Quantcast
Channel: Modern Mum's Thingy
Viewing all 293 articles
Browse latest View live

Kenapa korang kena join Cabaran Jom Kurus

$
0
0

Bukan senang nak kurus. Tapi kalau kena gaya dan caranya memang boleh sahaja, yang penting kena ada semangat yang jitu. Itulah antara Cabaran Jom Kurus untuk mereka semua yang ingin mendapatkan berat ideal.

Dalam setahun, JK1M akan menawarkan 2 kali program Cabaran Jom Kurus program. Program ini adalah hasil idea dari Kevin Zahri dan didokong oleh beberapa coach yang hebat hebat juga.  JK1M ini ini boleh dikatakan hampir ada disetiap di negeri di Malaysia.

Apa kata korang intai intai website tersebut dan lihat sendiri keseronokannya. Sebelum ini pada Feb 2018 dan terkini pada Ogos 2018.

Cabaran Jom Kurus

hahah bersama Team KLCC Delta untuk squad pingpong

 

Aku sendiri telah mengikuti 2 kali program JK1M 10 dan JK1M11. Memang seronok. Aku malas nak bebel topik yang sama kenapa kita kena kurus seperti entri blog sebelum ini.

Tapi aku nak kongsikan keseronokan dan kemanisan kalau kita join dalam  Cabaran Jom Kurus ini. Something yang sangat sangat aku hargai dan cherish disebalik program JK1M. Bukan sekali aku menulis tapi 2 kali tau. Dan aku dapat kumpul pingat untuk ping pong dan Volleyball. ishh .. puas sangat walaupun hanya silver. Tunggulah next aku nak jugak dapat Gold. heheh

    BACA : Jom kurus dengan JK1M

 

 

Kenapa korang kena join Cabaran Jom Kurus

  1. Berada dalam suasana yang lebih positif – misi untuk kurus

    Aku sangat berpegang pada prinsip ini. Apa-apa sekali aktiviti yang korang nak lakukan, kita mesti berada di kawasan yang sama, atau bahasa kasar, kandang yang sama. Barulah semangat dan passion akan datang.

    Cabaran Jom Kurus

    Team klcc – Dodgeball. Gambar dari Kevin Zahri Flickr

    Contoh, kau tu nak kurus tapi aktif dalam geng yang suka makan atau masak. Hahhaha memang cari nahas lah! Serius… korang akan bersemangat untuk workout. Aku perati sahaja, kalau jenis yang attached dengan group ni kesemuanya berat badan cepat turun. Yang sekali sekala tu tak berapa sangatlah. Sometimes kita perlukan orang lain untuk support dan tahu potensi kita.

    That’s what friend are for !

  2. Kenal ramai orang dari pelbagai background

    Kalau di pejabat kita hanya kenal orang yang sama, knowledge yang sama dan mungkin persikataran kawasan perumahan dan lifestyle yang sama. Eh… tak boring ker?

    Bila aku masuk program ini, memang seronok sebab boleh kenal pelbagai jenis manusia. Dari yang muda sampai yang umur 60 tahun pun ada. Sampai terlupa yang aku pun dah kategori veteren heheh. Hati pun muda jer.

    Lepas tu background yang macam macam ada. Ada yang engineer, surirumah, guru, student dan nenek atuk pun ada. Dan baru- baru dapat jumpa seorang VIP yang berpangkat Dato. Perghh .. hebat tak?

    Semua orang nak sihat dan seronok bersukankan.

  3. Check point untuk uji tahap fit diri sendiri

    Kadang kita rasa kita dah kuat dan sihat. Tapi haa cuba lari 5km tengok.  Cuba buat tabata 15 minit tengok. Bila kita buat beramai ramai barulah kita tahu kita ini berada di mana. Bukan syiok sendiri. Aku boleh sahaja berzumba dalam 1 jam, kiranya makanan aku lah dari zaman muda muda yang aktif aerobik.

    Tapi aku bila buat HIIT aktiviti bersama team KLCC Delta di bawah kelolaan Kapt. Black. Baru aku tahu tinggi rendah langit haha. Pancit oit.

    Cabaran Jom Kurus

    Weekly routine di KLCC

    Di awal awal program ini kita semua perlu ambil ukuran berat badan, ukur lilit dan tahap kecergasan kita. Selalunya di akhir program memang akan decrease.  Kalau tak turun pun disebabkan muscle kita bertambah gitu.

    Dulu aku nak pusing padang KLCC tu menangih hahah sebab aku tak suka lari tapi bila ramai ramai ni Eh…. seronok pulak.

  4. Dapat Ilmu dari pelbagai orang

    Group KLCC Delta yang aku join ni memang ramai yang setia dengan Kapt. Black. Semuanya mengamalkan healthy lifestyle. Kesemuanya Suka juga makan makan dan berkumpul. Memang akrab sangat. Yang penting lepas tu ‘burn’ lah balik beramai ramai.

    Aku bukan dapat ilmu dari Kapt Black sahaja tapi setiap dari ahli yang join. Setiap orang itu unik dan ada pengalaman tersendiri. Contohnya setengah orang makan nasi pun tak gemuk tapi jangan sesetengah orang lain pulak haaa bagai dipam pam.

    Jadi macam satu collective data, kalau rajin bersuai kenal, bersembang dan pelajari dari setiap seorang yang ada pengalaman masing masing dalam misi nak kurus.

    Ramai juga yang berjaya kurus, tapi sekarang dalam stage untuk build up muscle pulak. heheh aku nak kurus and maintain fit sahaja sebab faktor umur.

  5. Dapat bermain sukan OhLimpik dengan orang yang sama level

    OhLimpik ni bagi aku memang best. Tujuan aku masuk kali kedua sebab seronok sukan volleyball dan pingpong yang aku main sejak zaman sekolah. Aku rasa bukan aku sahaja, ramai kan. Especially surirumah yang hanya duduk dirumah dan tidak pernah lagi bermain sukan dari zaman sekolah. Padahal dulu olahragawati kut kan..

    Cabaran Jom Kurus

    Hebat tau akak nih….

    Bukan aku sahaja. Baru baru ini aku berjumpa dengan seorang kakak yang dah berumur 57 tahun masuk tournament Ping Pong untuk acara mix double. Weh.. masuk semi final tau. Yang lelaki pula umur 58 tahun menang no 2 untuk cara single

    Aku memang impressed sangat sangat, sah akak tu masa muda muda aktif.

    Cabaran Jom Kurus

    Bersama team JK1M tebrau. haa cuba teka umur berapa tuuu

    korang tak teringin ke? Jom kita jumpa next Ohlimpik yang dijadualkan pada Januari 2019.  Serius memang enjoy weh! Kalau tak percaya korang boleh tengok gambar gambar koleksi Kevin zahri di Flickr.

 

Ini antara faktor faktor pendorong aku kenapa aku tetap join untuk Jk1M. Bukan aku sahaja, ramai yang lain pun spesies macam aku. Ada yang join Jk1M 7 tapi join semula JK1M 11.  Sebab keseronokan bersukan bersama kawan kawan yang sama dan yang pasti kerana program Ohlimpik yang memang ohsem

Aku sudah, korang bila lagi?

Jangan simpan or sayang lemak tu hahahha… kita sama sama kasi cairkan dan jadi bertambah sihat. Eh korang tau tak, kalau kita aktif bersukan hormon kita pun cantik dan kita pasti happy dan gembira bila join Cabaran Jom Kurus ini .

Itulah yang aku rasa.

The post Kenapa korang kena join Cabaran Jom Kurus appeared first on Modern Mum's Thingy.


Makan udang Galah di Teluk Intan yang sedap yakmat!

$
0
0

Ish aku sungguh terkenang-kenang sangat makan Udang Galah Teluk intan hari tu. Serious sedap korang. Aku pun tak ingat di mana aku dapat info pasal ini, tapi kes viral viral jugaklah. Jadi kalau korang terlajak ke Teluk Intan, atau Tapah atau ke Lumut pastikan ini jadi  salah satu destinasi makan yang wajib  korang singgah.

 

Udang Galah Teluk intan

masak ni memang sedap

 

Semuanya kerana  aku ada outing trip with officemate abam di Pulau pangkor.  Aku tak berapa puas sangat makan di Pulau Pangkor tu. Tapi nasib baik masa hari pulang kami singgah makan laksa dahulu di food court berhadapan Jeti Pulau Pangkor.

Kali kedua aku makan di situ memang tak menghampakan. Jadi apa kata korang cuba juga nanti. Maybe ikan fresh or belacan yang sedap.

Eh ! cerita pasal laksa pulak .

Aku nak cerita pasal Udang Galah Teluk intan tu di Restoran D’Tepian. Yang paling best aku tak tahu pun nama restoran ni. Aku hanya waze udang galah. heheh nasib baik sampai walaupun terlepas simpang masa nak sampai ke situ.

Udang Galah di Teluk intan

 

Udang Galah Teluk intan

tengok kemain abam aku senyum

Masak apa yang best?

Serius kita orang blur nak masak apa, opkos lah kita orang nak yang sedap. Tapi nasib baik waiter dia bagus sangat.  Dia boleh duduk semeja dan suggest masakan yang best.  So di suggest 1kg tu boleh masak 2 jenis masakan. Ambillah nasi. Bila dia offer amik sayur sekali kami cakap kami nak enjoy ratah udang jer. Nasi tu buat syarat jer .. konon.

BACA : Nasik lemak best di Melaka

Mula mula terkejut jugak dengar harga, or sebab aku yang tak biasa beli udang galah. Rupanya ada grade pulak. Yang paling besar A1, lepas tu A, B dan C hahah gitu.

 

Udang Galah Teluk intan

ini size A1

 

Size A

 

Tapi bagus, kami dibawa tengok size udang tersebut so boleh lah kita bayangkan rupa size udang tu.

So dia suggest 1 masak lemak, 1 lagi masak cili. Perfect combo weh… lepas tu rasa udang tu memang fresh sangat. Manis and sedaplah. Ditambah dengan cara masakan yang memang sedap.

So kerja aku, memang observe orang keluar masuk. Di saat kami sampai tu dalam waktu magrib, orang tak berapa ramai. Kami jamak so kira okay lah kan. Abis makan kami cari lah surau atau masjid

Aku tengok ramai jugak orang luar yang datang makan disini. Dahulu mungkin viral so penuh lah, alhamdulillah masa kami sampai banyak jugak tempat kosong.  Tapi kalau baca dekat blog lain ada yang suggest call terlebih dahulu. Kami main terjah jer. Nasib baik hahah

Tapi sesungguh kami terkejut dengan juadah yang sampai, rasa takut tak habis. Besar besar dan banyak weh. Dalam 10 ekor udang weh.  hamikk!! makan sampai muntah hahah

Total kos RM108.00 kalau tak silap. Termasuk air, udang, nasi.  uihhh kalau compare dengan  restaurant di kuala lumpur boleh sangat you alls. Or compare dengan Lobster di Genting tu, kira ini berbaloi jugak.

Sah akan repeat. Lepas ni balik Tapah kami akan singgah ke sana lagi.

Info penting

JAM : 4 PETANG HINGGA 12 MALAM
HARI : DIBUKA SETIAP HARI
NI NO TELEFON DIA : +6010 – 530 7713 (Man Udang)
NI NO TELEFON DIA : +6013 – 299 0991 (Azizah)

The post Makan udang Galah di Teluk Intan yang sedap yakmat! appeared first on Modern Mum's Thingy.

5 Tips pengurusan kewangan bakal pengantin perempuan perlu tahu

$
0
0

Nak kahwin? Sesiapa pun mesti nak kahwin kan. Malah ianya Impian untuk semua orang kut . Tapi sebelum korang berkahwin banyak benda yang korang kena faham dan ambil serius. Dan memang tidak akan habis sebenarnya, korang kena terus belajar  dan belajar sampailah ‘ tertutup mata”. Tapi first thing first aku rasa korang cuba hadam Tips pengurusan kewangan bakal pengantin  perempuan kena tahu. Ini basic untuk korang kena hadam

tips pengurusan kewangan bakal pengantin perempuan

 

Memandangkan dengan umur aku yang dah 44 tahun aku rasa, aku bolehlah nak berkongsi sedikit sebanyak tips pengurusan kewangan bakal pengantin perempuan yang boleh korang jadikan perdoman.

Ini semua ada lah lesson learned atau pun trial and error yang aku dah pernah buat. Aku betul betul rasa bersalah kalau tak kongsikan benda macam nih.  Lagipun ini lah tujuan aku ada blog kan. Sharing is caring

Walaubagaimana pun benda ini adalah subjektif mengikut pemahaman dan penerimaaan korang nanti. Aku memang suka sangat mendengar dan observe orang disekeliling aku agaknya itulah sebab aku sesuai kerja dalam bidang UX design ni.. penuh Empathy dan aku cuba letakkan diri aku.

Kaji dimana silap dan cuba implement. Yerlah bukan untuk orang lain, untuk aku sendiri memperbaiki diri sendiri.

Nak cakap direct pada ahli keluarga benda ni sensitif tau, tapi hati aku ni membuak. Yang aku mampu buat share apa sahaja aspek kewangan dalam FB group famili.

Untung orang sekarang nih  boleh belajar secara online sahaja.

Kali ini perkongsian aku khas untuk topik kewangan sahaja, akan ada banyak siri nanti.. tunggulah aku titipkan satu persatu. (ikut mood) hehehe.

Aku antara orang yang tak banyak harta berbanding dengan kawan lain yang punya rumah sewa berbelas belas tapi konsep aku pulak kurangkan hutang, tidak mahu serabut dengan hutang. Rasa tak mampu pulak nak handle.

Tapi bila aku baca kisah2 budak sekarang yang banyak habiskan duit pada benda yang tidak sepatutnya,  nah aku buat entri ni bagi korang pikir sikit.

5 tips pengurusan kewangan untuk bakal pengantin perempuan

  1. Persediaan  duit untuk majlis perkahwinan

    Sebelum korang berkahwin, mula mula korang kena plan bebetul pasal duit yang korang ada. Kena simpan! kalau tidak macam mana korang nak kahwin. Kena ikat perut sikit lah, hehe aku dulu siap minum air suam jer masa lunch time. Sanggup ooo… nak kejar simpanan. Korang kena set  minimum RM1000 sebulan kalau nak kawin dalam masa 2 tahun. Ini minimum tau.

    Tidak ada pilihan! Habis tu nak baju best, pelamin best, event best. hehehe.. no choice beb. Melainkan mak bapak kaya lah.. huhuhu . untung laaar kaan korang.

    Okay ada satu kisah benar yang aku nak kongsikan ini, aku rasa kelakar sangat. Kisah anak kawan aku (lelaki) yang mana dia hanya pikirkan duit hantaran kawin yang perlu disediakan untuk bakal isteri, tidak terpikir lansung pasal kenduri kahwin yang perlu diadakan bagi pihak lelaki.

    So muka dia, kawan aku cakap sangat sangat terkejut or baru tersedar dari mimpi. Jangan tak percaya, inilah kisah budak-budak millenial. Aduh  tergelak besar aku bila dengar kawan aku ini bercerita. Ini cerita real okay.

    So bakal pengantin perempuan, korang kena selidik betul betul bakal suami korang ni bersedia tak dari segi kewangan. Janganlah push nak kahwin dalam keadaan financial belum kukuh. Actually ianya bukan financial kut, but ia menunjukkan persediaan mental dan perancangan masa hadapan pasangan kita.

    Jangan lepas bab nikah kahwin lepas tu korang tempat tinggal pun tak ada huhuh.. adakah korang tetap nak teruskan perkahwinan bila tahu bakal imam belum bersedia?

    Sekarang range perkahwinan dari 20-35k? Aduhh… zaman aku dulu hanya RM6k untuk majlis dan RM4k untuk bahagian lain tetapi ini 18 tahun yang lalu.

    Nanti aku cerita dengan terperinci bagaimana korang boleh optimumkan duit simpanan korang. Banyak sangat cara kalau korang rajin baca di internet, salah satunya menggunakan platform ASBF.  Nanti aku buat entri khas pasal ini yer.

  2. Pembahagian kewangan keluarga suami – isteri (dua-dua bekerja)

    Jangan guna pepatah ulat dalam batu boleh hidup. adeh.. itu memang habitat dia !.

    Sebelum berkahwin pastikan korang bincang dan set dulu contribution antara husband and wife.  Kalau sama-sama bekerja takkan lah nak suruh abam tanggung semua. Penting tau ini. Kena dapatkan persetujuan seawal mungkin. Kalau tidak nanti akan salah seorang dari korang akan kesedapan.

    Aku masa mula mula kahwin aku set 60-40, maknanya dia  tanggung 60% perbelanjaan rumah dan aku 40 %. Bila gaji dah bertambah dan husband pun stabil, so aku naikkan kepada 70-30. Perbelanjaan rumah yang aku maksudkan dari bil, sewa rumah, kereta, anak, makanan dan semuanyalah.

    Walaubagaimana pun, Ikut perkembangan financial kedua dua pihak, tetapi kena set macamana sekalipun,  portion Lelaki mestilah yang lebih besar.  Ada sebab kenapa portion suami kena besar.

    Tetapi untuk kIta perempuan yang bekerja ni kenalah bantu jugak suami. Sebabnya dia pun ada hobi atau benda yang di suka atau barang yang dia henda beli. Janganlah biarkan dia bayar segalanya.

    Kenapa portion suami kena besar? Sebab dia adalah ketua keluarga dan supaya kita ingat diri kita adalah orang kedua dalam carta organisasi rumah. Duit bukan segalanya tapi contohnya kalau Kerajaan nak tadbir negara, dari duit lah akan menentukan perkembangan atau penyusutan sesebuah negara kan.

    Kerana duit aku pernah lihat isteri kurang hormat kepada suami. Dan ini sangat bahaya. Besar mana pun gaji isteri, biarlah portion husband lebih besar. Sebab ada kesan psikologi sebegini. Kita nak suami kita proud dia lah nakhoda untuk kapal kita. dan isteri pun tidak besar kepala!

    Mungkin aku agak konvensional tapi sebab aku kenal diri aku. hahaha.. so aku perlu setkan satu yang husband kita yang mengepalai semuanya. Banyak yang berlaku dikeliling aku bukan 1, bukan 2 bukan 3 tapi banyak. Banyak sekarang kes perempuan menjadi breadwinner, laki goyang kaki di rumah. Sedih bila aku dengar kisah kawan kawan aku.

    why?

    Sebab, orang perempuan ni emosional. Ada hari dia okay, ada hari dia penuh dendam. Mula mula sanggup biayai kesemuanya tetapi bila dah terlebih mula lah mengungkit. So ini tidak bagus untuk hubungan suami isteri. Maka.. jadilah isteri derhaka pulak. Apa yang kita bagi sebelum ini jadi sia sia.

  3.  Isteri sebagai menteri kewangan

    Walaupun portion suami lebih besar, tapi taraf menteri kewangan kena dipegang oleh isteri. Buat monthly financial rekod dan juga yearly planning. Share dalam Gdrive yang dua-dua bolek akses. Automatik korang akan nampak duit pecah kemana.  Buat untuk suami juga, suruh dia tulis hutang dan simpanan berapa. Ada setengah lelaki agak ego bab-bab ini, tidak suka berkongsi dengan isteri.

    Paling best jadi penjamin untuk kawan kawan tanpa pengetahuan pasangan. Contoh aku, kami suami isteri dah agree tidak akan sesekali penjamin tanpa persetujuan, dan even aku nak pinjamkan duit kepada ahli keluarga pun aku inform pada suami walaupun duit aku.

    Tapi percayalah korang, kalau salah seorang dari pasangan kita gagal manage kewangan dengan baik pasti akan mengakibatkan kegagalan kewangan famili. Trust me. Ini lah yang berlaku di sekeliling aku. Banyak sangat dah berlaku.

    ketiga, wahai isteri sila pastikan suami juga ada simpanan, peganglah prinsip sikit sikit lama jadi bukit. Masa tidak akan berpatah balik. Tak guna kalau kita menyesal kemudian hari.

    Jadi, suruh suami transfer duit untuk segala perbelanjaan dan portion simpanan dia juga. Untuk pastikan dia juga akan punya simpanan, kita sebagai isteri tak salah buatkan semua. Yer.. ini lah yang aku buat. Bukan susah pun, transfer online jer. tapi kena kitalah jadi ceti yang kejar suami kita supaya dia bagi portion untuk saving.

    Sebenarnya kami dah cuba dengan konsep pandai pandai lah simpan sendiri semasa diawal perkahwinan. Memanglah tidak banyak simpanan sebab gaji kecik, dan aku mengharapkan husband akan allocate simpanan sendiri tapi heheh tidak bergerak. Alhamdulillah setelah berbincang, aku yang transfer duit tabung haji dia dari jumlah bulanan yang telah diberi pada aku.

    Dengan kata lain, jangan bagi duit dalam akaun gaji kita nampak banyak tapi akhirnya akan berlaku penyusutan pada hujung bulan tanpa simpanan. Ini kerana kita perasan duit dia banyak dan boleh dibelanjakan sesuka hati. So tolak duit untuk simpanan siap-siap

    Selain dari itu isteri kenalah simpan rekod segalanya dengan sistematik, sebab kalau salah seorang pergi dahulu senang untuk refer. Mana wasiat, mana hibah dan tidaklah nanti tersekat di Amanah Raya. aku pun dalam proses nak buat sebab terbaca kisah ini di Facebook.

    Part Hibah ni pun aku dah kaji lama. Nanti aku share dengan korang di lain entri. Tunggu!

    Itulah aku cakap di awal tadi, nak kahwin pun kena ada ilmu sebegini selain dari ilmu masakan dan menjaga anak anak nanti

  4. Nafkah untuk isteri, dan pastikan ada akad tau.

    Ada seorang sahabat baik aku sendiri bercerita tentang kisahnya, nasib suami dia bermacam masalah. Kena kejar dengan bank kerana menjadi penjamin orang, handphone rosak berkali kali. Kereta rosak lah. Sampailah satu hari dia pergi ceramah agama tentang betapa pentingnya nafkah yang diberikan kepada isteri.

    Tetapi sahabat aku ni sangat lemah lembut bahasanya, jadi perbincangan dengan suami sangat smooth dan si suami bersetuju untuk mengubah kepada yang lebih baik. Sejak suami dia mula memberi nafkah setiap bulan, memang  rezeki dan perjalanan suaminya pun lain. Kata suami kawan aku ni, kalau macam ni dari awal lagi dia akan buat.

    So, aku pun berkongsi cerita kepada husband, dan dapat diterima baik. Ya Allah memang betul. Bukan lah dia terus dapat duit berkepuk, tapi dengan bonus dan increement dan sewaktu dengannya contoh kita sihat , tak ada kecelakaan. dan memang aku suruh laki aku lafazkan pada hari pertama kita orang buat kata putus untuk dia masukkan duit pada aku secara bulanan.

    See.. betapa pentingnya nafkah kepada isteri. Dan alhamdulillah husband aku memang tidak lokek untuk belanja kami sekeluarga. Kalau boleh setiap kali gaji dia akan dahulukan dengan belanja makan makan terlebih dahulu katanya lebih berkat.

  5. Perempuan kena ada saving sendiri!

    Ramai aku tengok trend sekarang, perempuan yang prefer jadi surirumah bila habis belajar. Tak salah pun memang bagus.  Tetiba rasa nak jadi isteri mithali, nak jaga anak. Eh! bagus dah niat tu tapi kenalah sejajar dengan persediaan. Ingat..Kasih suami pun boleh berubah tau. Tambah tambah yang berkahwin muda ni. Jauh lagi perjalanan. Banyak dah kita baca kan pengalaman orang lain .

    Tapi aku still merasakan kalau boleh kerja lah beberapa tahun  dan paling penting cuba berikan kebahagiaan kepada orang tua kita.  Dahlah bertahun belajar untuk mendapatkan ijazah, end up tidak bekerja lansung. Adui siapa nak bayar hutang belajar.

    Ingat.. At least kita ada beberapa ribu untuk simpanan asas sekiranya berlaku apa apa.  Sebab banyak kes bila perceraian ataupun pasangan meninggal ramai yang terkapai kapai.

    Kalau suami paksa berhenti bekerja pastikan dia bagi duit nafkah + perbelanjaan lain termasuk personal stuff dan juga untuk parents kita.  Tapi kalau gaji hanya RM3000 di bandar besar aku rasa agak tough dan tidak masuk akal.

    Pengalaman ahli keluarga aku sendiri, nyaris nyaris kakak aku sendiri dipaksa berhenti kerja oleh bekas abang ipar aku, kononnya kerja sebagai jurutera daerah pada tahun 1990 an dah cukup besar. Mujur.. mujur arwah bapak aku menghalang, kerana jodoh kakak aku tidak panjang.  Bayangkan kalau dia tidak bekerja dengan menanggung 4 orang anak. huhuhuhuh… dah lah stress dengan masalah personal ditambah pula dengan masalah kewangan.

    Alhamdulillah, malah aku tengok dia pula yang punya simpanan yang lebih banyak dari kami kerana berkat jimat cermat semenjak dari zaman dahulu. Sekarang dia pusing dunia sahaja, dah pencen.

 

So dimana nak mula belajar pasal tips kewangan ni?

Ilmu kewangan boleh dicari di laman web atau buku atau follow beberapa sifu kewangan. Kalau boleh rajin rajin lah membaca okay..ini antara sumber yang bagus luar negara yang korang boleh refer  https://www.goodfinancialcents.com/guide-to-newlywed-couple-budgeting-2/

Banyak juga sifu sifu kewangan yang korang boleh refer di Facebook seperti Dr.azizul, harith faisal dan kawan blogger yang dah jadi financial advisor abam eriq. aku memang selalu follow dia orang nih. Sayang.. aku dah tua baru dapat ilmu ilmu macam ni. Dah masuk umur 40an kita bukan lah nak kejar harta tapi peace of mind. hehehe..

 

 

The post 5 Tips pengurusan kewangan bakal pengantin perempuan perlu tahu appeared first on Modern Mum's Thingy.

12 tip didik anak pengurusan kewangan

$
0
0

Aku memang sangat-sangat pentingkan bab pengurusan kewangan ini. Maklumlah gaji tidak lah sehebat orang lain yang 5 figure. Lagi satu sebab aku sendiri frust tidak dapat pendedahan awal seperti sekarang, zaman kita dahulu try and error sahaja. Jadi aku rasa kita sebagai orang tua wajib trained, ajar dan didik anak bab ini selain dari ilmu lain. Entri aku kali ini untuk perkongsiaan 12 tips mendidik pengurusan kewangan untuk anak anak.

Tidak semestinya orang bergaji besar boleh punya simpanan lebih banyak dari orang gaji kecil. Semuanya adalah dari segi pendedahan dan ilmu yang kita ada. Jadi walaupun tajuk ini agak ‘heavy’ untuk anak kecil. But trust me, kita memang kena expose dan ajar anak pengurusan kewangan dengan betul. Aku pernah share pasal iman dah kisah duit raya sebelum ini. so memang aku monitor closely pasal peel dia bab duit ini.

First and foremost kena pahamkan mereka value duit tersebut. Jadi lebih senang kita nak tolak permintaan mereka and fahamkan mereka kenapa tidak boleh membeli sesuka hati.

Rengekan dia tu memang biasalah . Nama pun budak. Tapi hati mak bapak sendiri kena keras. Kami pun bukan boleh control setiap masa tapi at least kita cuba.

Iman anak tunggal, jadi aku takut betul dengan stigma orang yang cakap anak tunggal apa pun boleh dapat ni.  Eh.. tak bolehlah begitu kan. Anak banyak atau sikit yang penting kena tahu berjimat cermat juga. Kelebihan aku sebab aku anak seorang jadi aku boleh control tapi jika anak seorang pun aku tak boleh control memang teruk sangatlah aku nih.

Ini cara kami. Mungkin orang lain pun ada cara sendirikan. Niat aku bukan nak tunjuk bagus tau, tapi aku selalu rasa teruja kalau baca bab-bab cenggini dan kebanyakkanya dari luar negara.  Kenapa tak banyak orang cerita bab ini dinegara kita yer. hurmm..

Aku yakin ramai juga ibu bapa yang dah ambik langkah yang lebih hebat tapi mereka tiada blog untuk sampaikan seperti aku dan rakan blogger lain. Jadi terimalah perkongsian aku ini sebagai salah satu usaha untuk sama sama menjadikan anak-anak kita lebih baik.

tips didik anak pengurusan kewangan

kemain suka kalau bab kira duit ni. Masa kira kira ni boleh selit bab matematik

12 tips didik anak pengurusan kewangan

1. Duit syiling tempatnya di tabung

Rumah kami ada banyak tabung syiliing. Ada 1 dibilik atas dan 2 di bawah. Seingat aku sejak dia boleh merangkak kami dah ajar ambil syiling masuk tabung yang disediakan. Beli lah tabung yang comel-comel mesti dia suka.  Seingat aku jugak, dia tidak pernah sekali pun masukkan syiling dalam mulut. Automatik setiap kali dia ternampak syiling di lantai iman akan kutip dan terus masukkan dalam tabung.

Kedua, setiap kali dia nampak syling kami dari wallet, handbag atau di atas meja akan menjadi milik dia sepenuhnya. Kami yang suruh dia ambil simpan dan ianya umpama tabung bunian atau Force saving untuk iman dari kami

2. Setting goal dan fahamkan dia

Selalu kalau kami travel, kami akan buat research terlebih dahulu harga sesuatu barang. Contoh semasa ke US harga Lego jauh lebih murah dari sini. Jadi setiap kali kami ke Lego di Malaysia kami akan sama-sama tengok harga barang tersebut. Jadi dia akan belajar bersabar untuk yang terbaik.

3. Allocation beli mainan atau buku setiap bulan

Masa dia kecil, basically kami set RM30 setiap bulan in case dia nak beli mainan atau buku. Tapi apa yang kami lakukan kami ajar dia sekiranya dia mahukan toys yang lebih besar dia perlu kumpul untuk bulan seterusnya. Tapi dah lama tak belikan sejak dah darjah 1. Cuma hadiah pada hari jadi.

Apa yang dia belajar disini? dia faham nilai duit, nilai sabar dan keseronokan mengumpul duit untuk benda yang lebih bernilai. ini sememangnya salah satu tips didik anak pengurusan kewangan

Kami prefer dia beli barangan yang lebih berkualiti bukan kuantiti.  Salah satu sebabnya aku tak suka toys yang banyak dah bersepah di rumah. Kedua beli barangan elok mungkin kita boleh jual satu hari nanti. contohnya collection CARS, Nerf, tobod.

4. Upah RM – Kerja rumah dan baca buku

Selain dari membantu kerja di rumah, kami kadang kadang bagi dia upah untuk membaca buku cerita sebab dia sangat sangat tidak suka membaca novel selain lawak kampus.

Bunyi macam duitan tapi terpaksa lakukan sebegini untuk createkan perasaan cintakan buku. Kebetulan dia aim untuk membeli kasut bola yang berharga RM130 rasanya pada masa itu. Nak tak nak dia memang kena buatlah.  Hujung minggu dapat duit dia masuk wallet.

Sukalah dia tengok wallet bertambah gemuk. “Perasaan” seronok ini lah yang kami cuba bentuk. Konsep sikit sikit lama lama jadi bukit.

5. Bawa anak pergi ke bank bersama-sama

Setiap kali musim raya, dia sendiri akan kira duit raya dan tabung syilling. Paling kelakar pertama kali bila kami buka buku bank dia umur 3 tahun, dia hanya nampak buku bank tapi dia tanya mana duit dia. Habis dibelek buku bank tersebut untuk mencari duit yang dibawa awal tadi.

Jadi masa itulah kami explain duit tu pergi mana . Apa itu bank dan sebagainya.

Lagi satu aku sering update berapa jumlah terkumpul duit simpanan dia dari jumlah allocation yang aku masukkan setiap bulan.

6. Belanja duit mereka sendiri

Iman pernah berlakon drama sewaktu umur 6 tahun bersama Izzue islam untuk drama mr.maid suami ibu. Jumlah yang dia terima consider agak banyak, mencecah ribuan ringgit juga.

Walaupun dia berumur 6 tahun aku memang cakap duit ini untuk simpanan dia tetapi dia boleh ambil sedikit untuk beli apa yang dia suka.

Dia beli toys TOBOD yang berjumlah RM200. Mahal kan.. tapi trust me sehingga sekarang dia sangat sangat appreciate barang tersebut. dan aku sering kali cakap simpan elok-elok nanti boleh jual balik toys ni.

7. Belanja vs Simpan

Setiap kali raya memang kutipan duit raya dia boleh mencapai ratusan ringgit. fuh berbanding dengan zaman kita memang tak pernah capailah angka inikan.  Jadi sekali tu pada musim raya, betul betul selepas balik beraya di rumah saudara dia request stop di gas station nak beli aiskrim.

Korang tau apa yang berlaku. Aku cakap duit raya kan dah ada pakai lah. hahaha dia tak mau, nak simpan katanya. Tapi kami paksa juga dia pakai duit tersebut. Betul betul lepas beli dia cakap ” uihh mahal jugak aiskrim ni”

See…  bila pakai duit sendiri baru terasa kan.

Lagi satu senario, baru-baru ini dia telah melakukan kesalahan so iman kena bertanggungjawab dan tanggung kerugian tersebut. Perghh… dia punya sedih kena keluar duit tabung tu, baru dia tau nilai duit . Korang boleh baca apa yang iman kena bayar dalam entri kisah iman dan gajet

8. Bawa mereka bersama untuk membeli barang

Kadang kadang bawa dia bersama untuk shopping memang bahaya. hahaha dia memang suka dengan trolley shopping, suka sangat kalau nampak trolley penuh.

Jadi kami suruh dia tengok harga barangan yang hendak dibeli jadi dia boleh faham apa  yang dikatakan mahal dan murah. Tapi setengah orang kata bahaya kalau aku jadi ini salah satu tips didik anak pengurusan kewangan.

Tapi it just a matter how you control the situation.

9. Selalu bincang harga barangan atau produk

Anak lelaki ni keterujaannya pada sports stuff dan juga automatif. Sejak dah berumur 8-9 tahun minatnya memang ke arah sukan pula, tidak lagi Toys R US, sekarang dia memang selalu ajak masuk kedai Nike, adidas dan sewaktu dengannya lah.

Kami boleh sahaja window shopping dan enjoy tengok barangan yang sedia ada tanpa membeli apa pun.  Sambil tengok sambil bandingkan harga. Fahamkan bila dia boleh bila kasut seterusnya sebab kasut yang ada masih elok.

Begitu juga dengan kereta kereta yang hebat di atas jalan raya. Disebabkan suka bermain game racing iman boleh kenal kebanyakan jenis kereta dan harga kereta tersebut.

Tak salah semaikan impian dia untuk memiliki kenderaan hebat untuk mendidik dia perlu kerja kuat dan pandai menyimpan untuk impian besar (walaupun mak dia tak suka orang perabih pada kereta, mak suka anak beli rumah!)

10. Tunjukkan lah contoh terbaik untuk mereka

Anak anak ini imitate apa sahaja perbuatan ibu bapa mereka. Kita kena selalu share kenapa kita boleh beli ini , kenapa tak boleh. Juga kena share apa yang kita buat dengan gaji kita.

Apa impian kita. Apa nilai duit pada kita. Contoh kenapa kita pakai myvi sahaja.  aku cakap biarlah kereta kecik sahaja janji kita dapat merasa semua benda boleh travel, boleh makan best  dan masih boleh menyimpan.

11. Ajar nilai sedeqah

Ini paling penting. Hampir setiap minggu kami akan bekalkan dia RM1-RM2 untuk dia masukkan dalam tabung masjid sewaktu sembahyang jumaat.  Pertama nak ajar nilai sedeqah, kedua untuk berbuat baik, ketiga tidak semestinya kena ada duit banyak untuk bersedeqah.

Boleh refer Bank Negara juga untuk lebih maklumat lanjut dalam mendidik anak anak celik kewangan or boleh baca di majalah labur juga untuk tips yang terbaik

Bagaimana, dah bersedia?

Pengurusan kewangan ini penting tetapi kenapa di sekolah tidak ajar yer. Atau mungkin kami yang tak tahu.  Tak apalah kan, takkan nak suruh sekolah sahaja yang buat semua. Tapi .. cumanya personally aku rasa subjek subjek sebegini dan juga pembentukan moral penting dididik dari kecik.

Ianya perlulah dilakukan dengan cara bersahaja mengikut tahap umur mereka. Jangan jadi ibubapa yang kedekut tapi berbelanja lah seadanya. Perlu tahu bila berbelanja dan bila untuk menyimpan.

Aku nak iman membesar sebagai orang yang celik kewangan, juga untuk anak anak korang pun dapat follow tips didik anak pengurusan kewangan aku ni. Aku tak nak nanti Gaji besar tapi tak pandai urus pun tak guna.

Tapi semua bermula dari ibu bapa, untuk bakal ibu korang kena pandai urus kewangan sebelum berumahtangga lagi, sebab itulah ramai yang cakap wife adalah menteri kewangan. Jadi Korang wajib baca entri aku sebelum ini Tips pengurusan kewangan untuk bakal pengantin perempuan yang harus tahu. 

The post 12 tip didik anak pengurusan kewangan appeared first on Modern Mum's Thingy.

Kuching tour packages dengan Traveloka

$
0
0

Korang dah ada plan nak ke mana mana hujung tahun ni? heheh… Sebenarnya consider dah terlambat jugak tau kalau bulan 11 baru nak book hotel dan juga flight. Bagi aku lambat, sebab selalunya aku hunt harga murah-murah sahaja untuk travel nih, untuk dapat harga murah paling kurang 3 bulan dari tarikh berangkat. Tapi dalam usaha aku nak mencari ni aku terjumpa Kuching tour packages dengan traveloka.

Eh… Giler murah!

Kuching tour packages

Landing page untuk traveloka

Alang alang dah mencari ni, mai aku nak share ngan korang kenapa korang patut cuba bercuti cara macam ni, yakni carilah tour packages yang menawarkan Flight + Hotel.  Berbaloi jugak tau. Sebab aku dah cuba test and experiment dengan beberapa portal lain bila nak travel, dan memang dah sampai ke beberapa tempat sebelum ni.  Aku kan      bajet traveller, hobi aku pulak hunt tiket murah, hotel murah. Satu kepuasan untuk aku kowt.

Aku dah pernah sampai bandung 2 kali dengan pakej sebegini, dan Ho chi minh jugak. Apa yang aku nak sampaikan ianya sangat worth it and value for money. Korang kena try 3 bulan sebelum tarikh,  or 6 bulan ataupun 1 bulan. Jadi korang boleh appreciate Value for money yang aku cakap kan ini sebab ada perbezaannya. Tapi tidak semestinya jugak kalau korang cuba bercuti dengan feature baru yang di tawarkan di portal Traveloka.

Psst.. sebenarnya ramai orang tak tahu. Jadi bila Traveloka dah ada feature nih, apa lagi.. kita serbu laaa….

hahah nafsu travel aku ni besor, sanggup pakai kereta kecik, rumah kecik janji dapat travel.  Alhamdulillah satu family memang kepala pun sama.  Setahun wajib travel 3 kali samada ada lokal atau oversea.  Tapi yang penting MURAH and berbaloi baloi.

Kuching tour packages

nampak tak kaler purple tu? haaa disinilah dia feature baru tu

Cakap pasal murah, aku nak paksa korang try test Kuching tour packages dengan traveloka ni. Tak cuba tak tahu kan.

Feature Combo Flight + Hotel terkini dari Traveloka

Macam biasa korang masuk jer traveloka www.traveloka.com , lepas tu di landing page dia tu korang akan nampak beberapa option kan. Tekan lah Tab “Flight and Hotel”

Isi lah informasi macam biasa, mana korang nak pergi, date untuk return, berapa orang and seterusnya. Jangan takut, isi jer, boleh main main jer dulu. Aku selalu buat, hahah sebab konsep aku nak murah. Korang pun mesti nak murah kan .. kan  Best ooo  bila dapat harga best ni.

Asalnya aku nak pergi Phuket untuk hujung tahun tapi aku ter’cuba’ hehhee ke kuching pulak sebab Iman belum pernah lagi ke sana.  Tekan jer.. takde sapa marah aih…

Wehh.. menarik jugak Kuching tour packages dengan Traveloka. Cuba korang tengok nih . Kalau korang tak yakin juga, okay mai aku share satu persatu yer senang untuk korang refer cara booking. Aku tahu ramai yang tak berapa IT Savy kan. Dun wori.. i will guide you all.

Step by Step booking di Traveloka

  1. Masuk web www.traveloka.com
  2. Sebaiknya korang register dahulu untuk yang belum pernah daftar. So nanti senang you all nak keep track booking information.
  3. Ada 5 tabs penting yang korang akan nampak So klik Flight + hotel, setelah isi info-info penting tekan sahaja button yang color orange tu
  4. Result carian akan dipaparkan

    haa nampak tak list hotel ni… skroll ke bawah okay

  5. Sort Result untuk carian mengikut kemahuan korang samada nak tengok lowest price, highest price, review atau pun popularity
  6. Jangan lupa skroll result sampai bawah, sebab ada banyak sangat list nanti

    Kuching tour packages

    Pastikan isi nama betul betul.jangan silap

  7. Select Hotel yang berkenan di hati
  8. Maklumat Flight pergi dan balik – pastikan betul betul yer
  9. Maklumat Hotel yang dipilih – adakah itu yang di pilih?
  10. Klik Continue Booking kalau telah berpuas hati
  11. Masukkan maklumat traveller, Nama, IC dan phone number.
  12. Follow lah navigation process ini sehingga habis dan walla, korang dah boleh travel ke Kuching

    Kuching tour packages

    follow je flow nih

Aku nak ingatkan satu benda penting, feature or pakej ini  hanya boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android. IOS coming soon.

Apa ada di Kuching?

Macam macam ada.

Last aku ke kuching pada tahun 2008, uih dekat 10 tahun kan. Lama sungguh! Sempatlah 2 kali kesana.  Selalunya aku pilih hotel yang dekat dengan waterfront.  heheh tips penting ni, so pandai pandai lah korang pilih hotel nanti yer

Kuching tour packages

image courtersy tourism malaysia

Untuk orang yang suka di bandar, atau shopping dan juga suka makan makan , korang pilih duduk di area sini. Pelbagai pilihan yang ada nanti.

Kuching tour packages yang di tawarkan di portal Traveloka ni hanya menawarkan Flight dan hotel yer, walaupun ada word “TOUR”, segala ground pakej korang ditanggung sendirian berhad yer hehe.

Jangan risau, tak sesatlah kalau ke kuching. Waze kan ada. Yang penting korang kena rajin lah buat research hendak kemana.  Sewa lah kereta so korang boleh pusing pusing di area kuching ni.

Kalau korang tanya aku apa yang best disana, dan wajib korang jejak heheh mai cek nak bagi list  kat korang.

Check list melawat Kuching, Sarawak

Haa ini check list wajib untuk korang.

  1. Seafood Top – Banyak pilihan dekat sini, kalau datang kuching tak jejak sini , rugi ..rugi.
  2. Pasar minggu satok Beli ikan -Terubuk ni wajob beli korang oit. Murah sangat kalau datang sini. Boleh bawak balik. korang suruh dia pack comey comey nanti okay.
  3. Muzium Kebudayaan Sarawak
    Terdapat tujuh rumah tradisional yang unik, yang tersebar di atas kawasan seluas 17 ekar yang mempamerkan aktiviti harian mereka.
  4. Kuching Waterfront – menyusuri tebingan Sungai Sarawak yang sangat cantik, dan boleh naik boat ke seberang
  5. Tugu kuching – uih mai kucing tak ambik gambar disini tak lengkap laa
  6. Pusat Hidupan liar matang  – Terkenal dengan ” The Great Orang Utan Project”
  7. Beli Kek lapis – ada beberapa tempat yang best , tapi yang banyak orang cakap Kek Lapis Dayang Salhah Sarawak

 

So, dah bersedia untuk berlepas? eh!

hahahah pi booking tiket and flight dulu di Traveloka.com nun. okay .. selamat berlibur

 

 

 

 

The post Kuching tour packages dengan Traveloka appeared first on Modern Mum's Thingy.

Seminar Saham Patuh Syariah yang patut orang islam ambil tahu

$
0
0

Kali kedua aku join seminar saham sebab nak mencari kekuatan untuk aktif dalam bidang saham ni, tapi kali ini fokus kepada Seminar Saham Patuh Syariah. Perasaan takut rugi tu masih menebal dalam diri aku, sesungguhnya aku bukan lah risk taker. Jadi simpanan aku boleh dikatakan agak konvensional, hanya simpanan melalui unit amanah saham ABSF, unit trust dan juga tabung haji.

Aku memang minat sangat bab kewangan ni, banyak kali juga lah aku kongsikan dalam blog aku ni atas kesederan dan kepentingan menabung, pendidikan kewangan pada anak-anak. Tapi bab saham ni memang aku surrender, Aku belum mampu untuk berkongsi dengan reader selok beloknya. Tapi aku nak kongsikan ilmu apa yang akan korang dapat jika berada bersama dengan aku.

Bila tak mampu, kita kenalah mencari kan!

aduii terlupa nak selfie dalam dewan tadi.. masuk kereta baru teringat. Sebab info info nya best sangat

Seminar Saham patuh syariah

Penting untuk aku fahami berkenaan patuh syariah nih, dan aku sendiri memang concern bab-bab ini walaupun tahap ilmu agama  aku tu tidaklah tinggi sangat tapi ini asas dalam kehidupan orang islam haihh.. kalau tidak, kita ni jatuh makan benda haram kan jadi darah daging kita pulak tu. Jangan buat memain. Jangan terjah sahaja.

Kenapa aku betul semangat untuk datang kali kedua, sebabnya aku ingin mendengar  pula pendapat dari ustaz ustaz berkenaan hukum  hakam  pasal saham. Disebabkan malas nak fikir pasal bab ini, aku hanya laburkan wang aku di unit trus yang mempunyai manager menguruskan kaunter saham patuh syariah. hehehe kerja senang.

Tapi aku tetapkan dalam hati, apa kata aku datang seminar ni dengan berlapak dada. Dengar pula perspektif labur saham  patuh syariah sendiri.

Berbalik pada kisah ustaz-ustaz tersebut. Wah rupanya mereka pun bukan calang calang orang, mereka pun telah lama melabur berkat bimbingan tuan haji ashaari academy.  Untung lah kan ! nanti aku kongsikan satu persatu ilmu yang aku dapat pada event tersebut,

antara orang penting yang ada pada seminar ini

7 RM Rules

Menurut Tuan haji Ashaari, ada 7RM Rules yang penting dan perlu di terapkan dalam trader atau pemain saham ni

  • Right mindset
  • Right market
  • Right meaning/moat
  • Right management
  • Right market price
  • Right moment
  • Right money management

Nampak macam senang kan, tapi semua tu berkait. Secara teori dan konsep memang aku boleh hadam, nak praktikan tu heheh mungkin lelah sikit. Ingat senang ker… hahaha tambah-tambah tak cukup ilmu didada

2 benda penting perlu difahami mengenai Saham

CEO bursa saham pula menekankan 2 benda yang paling penting.

  1. Disiplin dalam trading : Act or behavioural according set of rules
  2. Psikologi dalam trading : objective & Strategy perlu ada kenapa kita mahu membeli dalam sesuatu kaunter tersebut. Psychology of trader need to be trained. Optisimis Vs Pesimistik

haa mendalam sangat kan.  Paling tertarik Ceo bursa saham cakap perihal prinsipal Vs Degilism. Dimana kita perlu tahu bila untuk membeli dan bersedia untuk menjual. Kalau ada  ilmu yang kukuh pasti akan dapat akan membantu kita membuat keputusan.

Setengah orang Degil kerana decision making disebabkan oleh emotion. Jadi sebagai trader kita perlu tahu untuk kawal emosi kita, supaya tidak terlalu tamak atau pun takut.

4 prinsipal of trading

  1. Fundamental
  2. Charting
  3. Technical analysis
  4. Gut feel

Yang aku faham dari kata kata CEO bursa saham ini, kita perlu memahami dan pelajari ilmu ilmu charting dan sebagainya dengan lebih mendalam contohnya kelas yang sering di adakan oleh Asri Ahmad Academy.

Janganlah sembrono orang kata. Kelak kita yang rugi.

Betul sangatlah kan, zaman digital ni semua diatas talian tapi tidak sama jika duduk berguru dengan sifu yang pakar dalam bidang ini.

You are not the universe but the whole trader create market universe

Sessi forum Saham Syariah bersama ustaz

Berkonsepkan forum,  3 figura hebat dalam agama dan tuan haji Asri sendiri mengupas dan membincangkan dan berkongsi pengalaman berkenaan saham dan perpektif islam.   Ustaz husni, ustaz syed norhisyam, ustaz haslin memberikan hujah hujah yang bernas berkenaan saham syariah ini.

Memang membuka mata dan aku sampai rasa terkesima, betapa kita ni masih jauh ketinggalan,

Image courtesy sohoque.com

Betulkah orang Islam tidak perlu kaya, bersederhanan dan zuhud ? Menurut ustaz hazlin Berdasarkan hadis tersebut sebenarnya tidak tepat, mereka tidak menafsir keseluruhannya.  Orang Islam sebenarnya perlu menjadi kaya sebab untuk membantu orang islam yang lain pula.

Dan kita perlu kaya dengan niat  untuk membantu orang lain, dan caranya adalah melalui pungutan zakat .

ketiga, Ilmu perlu senantiasa berkembang, terutama dengan bidang IT dan dan Tecknologi.  Apa yang yang kita capai perlu lah melalui proses, kita perlu mempelajari benda baru dan dapat memberikan impak kepada kita

Allah tidak akan ubah nasib umatnya melainkan dia berusaha sendiri

Info lain yang menarik di Seminar Saham patuh syariah

  • Mengikut pengarah MITI, dalam senarai 40 orang kaya di Malayisia tidak kurang dari 10 orang adalah bumiputera. Sangat sedikit!
  • Dalam dasar ekonomi baru bumiputera diberi equity 25% tapi malangnya hanya 4% sahaja dicapai
  • 30 jun 2016, 5 juta CDS di keluarkan tetapi hanya 240,000 atau 4.8% sahaja milik bumiputra
  • Perkongsian menarik dari CEO MyFindb,com menggunakan mesin artificial intelligent dalam membantu pemilihan saham yang sesuai.
  • Pelaburan Saham adalah “wang lebihan” yang kita ada, bukan duit pinjam!
  • Ustaz huzni dari Lembaga Zakat menekan kan bermula lah dengan sedekah untuk terus capai kejayaan

lucu tapi sentap dak? hahah ini contoh soalan orang tanya financial ko tahap mana?

Maklumat lanjut

Sekiranya korang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh refer maklumat dibawah. Selain dari seminar, kelas belajar saham secara details selalu di update dari masi kesemasa
  • Address : ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD NO.13-1, Prima Samudera, Jalan Samudera utara 11, 68100 Batu Caves Selangor.
  • HUBUNGI  : 017 – 6600570 / 016 – 4660690
  • EMAIL :events@asriahmadacademy.com
  • WEBSITE :www.asriahmadacademy.com
  • FACEBOOK :HJ.MOHDASRIAHAHMAD

Doakan aku untuk istiqamah untuk memulakan langkah dalam bidang saham ini.

The post Seminar Saham Patuh Syariah yang patut orang islam ambil tahu appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

$
0
0

Sinopsis drama Seribu Rindu, Mengisahkan percintaan tiga segi, konflik dan kesetiaan di antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).

Cinta Maisarah dan Airel yang terhenti atas desakan bapa Airel sendiri iaitu Datuk Muiz yang mahu menyatukan Airel dengan Damia, anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari. Maisarah menyedari niat Datuk muiz yang sengaja memanggil untuk makan bersama diantara dia, ariel dan damia. Tersentap dengan perancangan datuk Muiz, dia mengambil langkah untuk mengundur diri.

Sinopsis drama Seribu Rindu

Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia 

Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang cef. Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma. Tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini.

Sinopsis drama Seribu Rindu

Maisarah memaksa hatinya untuk mencintai Irfan. Selepas 3 tahun, dia dapat merasakan keikhlasan Irfan mencintainya dan bersedia untuk menjadi seorang isteri buat Irfan.

Namun, sedang mereka bahagia, Irfan kemalangan dan lumpuh buat sementara. Airel pula muncul sebagai doktor yang merawat Irfan sehingga lah Irfan dapat berjalan semula.

Berlakulah konflik antara mereka bertiga,  seperti tajuk drama Seribu Rindu n Irfan mula menjauhkan diri bagi memberi ruang jika Maisara masih mencintai Airel. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Namun Maisara yakin cintanya hanyalah untuk Irfan seorang dan mereka kembali bersatu.

BACA : DRAMA LELAKI KIRIMAN TUHAN 

Komen Modernmumthingy Sinopsis drama Seribu Rindu

Lakonan zul arifin memanglah tidak boleh diragui kehebattanya, bila melihat teaser sebelum rancangan ini keluar lagi dapat rasakan tense dan tekanan yang diluahkannya sewaktu lumpuh

Kesengsaraan dan kesedihan maisarah pula yang sering berendam airmata menahan perasaan. Bila seorang wanita telah menyerahkan jiwa dan raganya memang terseksa bila diduga sebegini terutama suaminnya sendiri.
Sinopsis drama Seribu Rindu

Saat bahagia di hari pertunangan

Jangan risau, kalau korang terlepas drama ini masih boleh tonton di https://www.tonton.com.my/

OST : Alyah Jutaan Purnama

Info Sinopsis drama Seribu Rindu  

JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENULIS SKRIP : Siti Solehah, Raja Azidah, Anina Sahal, Eja Lorena, Shida Zali, Amin Shakib
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Fridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly

The post Sinopsis drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3 appeared first on Modern Mum's Thingy.

Fakta menarik Bohemian Rhapsody lagu dan Filem

$
0
0

Fakta menarik Bohemian Rhapsody  lagu dan filem dari kisah band terkenal Queen telah ditayangkan pada 28 October 2018. Kebanyakkan orang yang menonton filem ini memang merasakan ianya sangat sangat menarik.  Banyak fakta dan info mengenai freddie mercury telah dikongsikan dalam filem ini selain dari kisah Lagu, perjalanan kisah kumpulan queen dan kisah liar Freddie dalam LBGT dan HIV.

 

Fakta menarik Bohemian Rhapsody

Paling menarik, sesungguhnya aku tidak sangka ahli band queen sangat sangat educated. Malah Brian May memegang ijazah PHD, selain dari roger seorang dentist. Jadi aku yakin ini membuatkan orang lebih tercari cari fakta menarik untuk lebih memahami mengenai kumpulan Queen ini termasuk lah aku dan Abam.

Lakonan Rami Malek juga sangat meyakinkan dan berjaya membawa watak Fredie mercury dengan baik sekali.

 

Fakta menarik Bohemian Rhapsody

 

Fakta Menarik mengenai Lagu Bohemian Rhapsody

  1. Lagu Bohemian Rhapsody berkonsepkan opera yang mulanya mendapat tentangan dari produser EMI
  2. Lirik dihasilkan oleh Freddie mercury sendiri
  3. Dikeluarkan pada october 31, 1975 maknanya 40 tahun yang lalu
  4. Lagu yang pernah mengungguli ranking best selling UK sepanjang masa
  5. Fredding Mercury mula menulis lirik ini pada tahun 1968
  6. Scaramouche adalah karakter badut dari commedia dell’arte.
  7. Proses menghasilkan lagu mengambil 180 proses over dubbing sehingga berjaya menghasilkan satu lagu yang sangat epik hingga ke hari ini.
  8. Elton john merasakan lagu ini agak pelik untuk dimainkan di radio
  9. Lagu ini tersangat panjang, 6 minit dan tidak boleh dikeluarkan di radio pada mulanya
  10. Lagu ini berjaya dikeluarkan diradio dengan jasa baik DJ kenny Everett setelah kebanyakkan radio stesen menolak untuk memainkan lagu yang berdurasi 6 minit
  11. Queen mengahadapi masalah untuk mempromosikan lagu tersebut kerana rancangan seperti Top Of the Pops pada masa itu agak konvensional. Hanya membenarkan miming sewaktu rancangan ini ON air
  12. Video music Bohemian rhapsody mengambil masa 4 jam untuk dihasilkan
  13.  Simfoni gong bersaize 60 inch telah dimasukkan sekali dalam Roger Taylor drum kit khas untuk lagu ini

 

Fakta menarik Bohemian Rhapsody

Ahli kumpulan queen

Fakta menarik Filem Bohemian Rhapsody yang membuatkan korang nak menonton semula

  1. Lokasi Wembly Stadium tempat berlansung Live Aid sebenarnya tidak wujud lagi. Ia telah dibina khas untuk filem ini dan sangat impresif dengan ketelitian mock up konsert ini.
  2.  Gelas Pepsi diatas piano bukan product placement. Sama saperti konsert live Aid yang sebenar
  3. Dalam movie tersebut ahli band queen  risau dan ragu-ragu setelah berehat lama tetapi yang sebenarnya mereka berhenti seketika dalam jangka masa 1 tahun sahaja dan malah dalam big tour. Album The works juga di lancarkan pada jangkamasa  tersebut.
  4. Dalam movie ini, freddie telah memberi tahu Queens  sebelum konsert live aid hanya untuk menambahkan scene yang lebih dramatik. Yang sebenarnya Frediee sendiri tidak tahu penyakit tersebut sehinggalah tahun 1987 dan pada nov 1991 barulah dia membuat press statement. 2 hari sebelum dia meninggal.
  5. Penyanyi dari Canada Marc Mantel telah menyumbang suara untuk rakaman dalam filem ini.
  6. March mantel pernah menghantar cover version kepada Brian May dan roger taylor beberapa tahun sebelum filem ini dihasilkan.  Impressed dengan persamaan suara march dia telah menjemput bersama sama untuk projek Queen Extravanganza 2012
  7. Mike mayors yang memegang watak popular austin power,  memegang watak EMI Esekutif yang tidak menghargai lagu Bohemian Rhapsody dalam Filem ini
  8. Queen band masih menjadi artis naungan EMI walaupun mereka tidak mencapai kata setuju semasa mengeluarkan album A  night in the opera malah mereka banyak mengeluarkan album selepas ini dibawah label EMI
  9. Permulaan, Bryan singer yang memulakan file ini tetapi telah dipecat oleh 20th Century Fox. Filem ini akhirnya disiapkan oleh Dexter Fletcher
  10. Dalam filem ini Freddie berjumpa dengan roger dan brian selepas penyanyi utama meninggalkan group ini, hakikatnya mereka telah lama saling mengenali jadi Freddie terus ambil alih sebagai penyanyi utama
  11. Dalam filem ini digambarkan punca perpecahan disebabkan freddie mahu menghasilkan album solo, hakikat sebenarnya kesemua mereka cuba untuk menghasilkan album solo sendiri. Taylor juga pernah menghasil single pada tahun 1981

Lirik lagu Bohemian Rhapsody

Is this the real life? Is this just fantasy?
Caught in a landslide, no escape from reality
Open your eyes, look up to the skies and see
I’m just a poor boy, I need no sympathy
Because I’m easy come, easy go, little high, little low
Any way the wind blows doesn’t really matter to me, to me
Mama, just killed a man
Put a gun against his head
Pulled my trigger, now he’s dead
Mama, life had just begun
But now I’ve gone and thrown it all away
Mama, ooh, didn’t mean to make you cry
If I’m not back again this time tomorrow
Carry on, carry on as if nothing really matters
Too late, my time has come
Sends shivers down my spine, body’s aching all the time
Goodbye, everybody, I’ve got to go
Gotta leave you all behind and face the truth
Mama, ooh, I don’t want to die
I sometimes wish I’d never been born at all
I see a little silhouetto of a man
Scaramouche, Scaramouche, will you do the Fandango
Thunderbolt and lightning, very, very fright’ning me
(Galileo) Galileo, (Galileo) Galileo, Galileo figaro magnifico
(I’m just a poor boy, nobody loves me)
He’s just a poor boy from a poor family
Spare him his life from this monstrosity
Easy come, easy go, will you let me go?
Bismillah! No, we will not let you go
(Let him go) Bismillah! We will not let you go
(Let him go) Bismillah! We will not let you go
(Let me go) Will not let you go
(Let me go) Will not let you go
(Let me go) Ah, no, no, no, no, no, no, no
(Oh mamma mia, mamma mia) Mama mia, let me go
Beelzebub has a devil put aside for me, for me, for me
So you think you can stone me and spit in my eye?
So you think you can love me and leave me to die?
Oh, baby, can’t do this to me, baby!
Just gotta get out, just gotta get right outta here!
Nothing really matters, anyone can see
Nothing really matters
Nothing really matters to me
Any way the wind blows

The post Fakta menarik Bohemian Rhapsody lagu dan Filem appeared first on Modern Mum's Thingy.


Sinopsis drama terbaik dariku Samarinda TV3

$
0
0

Sinopsis drama terbaik dariku mengisahkan seorang wanita lakonan Zara zya yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan  terpaksa menerima realiti  bahawa suaminya itu menyintai perempuan lain.

Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas dan benar benar cinta terhadapnya.

Hakikatnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah (Fadilah Mansor) yang mahu menumpang kesenangan dan kekayaan yang dimiliki Aisyah. Dalam diam tanpa pengetahuan sesiapan Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah di Thailand.

Sinopsis drama terbaik dariku

bila ko nampak madu..

 

Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Sering mengadu bahawa dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami.

Malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah.

 

Sinopsis drama terbaik dariku

mak mentua naik hantu

 

Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah tambah tambah bila  dia telah berbadan dua. Suraya meminta yang lebih lebih dan taufiq cuba memenuhi permintaanya kerana itu lah cinta hati taufiq yang sebear.

 

Sinopsis drama terbaik dariku

 

Kehadiran Zaharah (Hanna Aqeela), seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah.

Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah. Saodah kemudiannya menghalau Zaharah.

Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah?

Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

ini lah antara Sinopsis drama terbaik dariku yang mewarni drama di malam hari di TV3

Lagu Tema / OST Drama Terbaik Dariku

Tiada Dendam nyanyian Zara Zya

Takdir Yang Terpilih nyanyian Superchild Band

Pelakon Sinopsis drama terbaik dariku

  • Syazuwan Hassan,
  • Zara Zya,
  • Hanna Aqeela,
  • Azar Azmi,
  • Azri Iskandar,
  • Dilla Ahmad,
  • Adam Corrie,
  • Fadilah Mansor,
  • Ikhlas Jalil,
  • Azar Azmi,
  • Ainina Ahmad,
  • Adrea Abdul, A
  • mirul Faqeem,
  • Aisyah Kamaludin,
  • Sabhi Saddi,
  • Aleza Shadan,

 

Komen Modernmumthingy sinopsis drama terbaik dariku

Aku Mula tengok syazuwan hasan ni dalam drama cik serba tahu  lakonan bersama Remy ishak sebagai watak artagonist. Masa tu dah nampak kehenseman dia yang tall and white nih. Selepas itu drama cinta fatarmogana bersama ariel dan azar azmi

consider masih baru dalam bidang lakonan tapi berjaya membawakan beberapa watak. Dalam drama ini, memang dia seorang yang menjengkelkan.

zara zya memang terkenal sejak drama I love you mr arrogant. Kelihatan agak bermumur dalam drama ini, mungkin agak kurang watak gila gila and watak perempuan yang terlampau baik.

 

Bagaimanapun kalau sesiapa yang dah terlepast tu jangan risau www.tonton.com.my kan ada

The post Sinopsis drama terbaik dariku Samarinda TV3 appeared first on Modern Mum's Thingy.

Hilangkan dark spot dengan surya chlorophyll

$
0
0

Katanya boleh hilangkan dark spot dengan surya chlorophyll kalau diambil untuk berterusan. Kita cuba sahajalah mana yang mampu kan. huhuhu..  memang segala benda aku cuba untuk kurangkan dark spot ni. Masih berusaha, sebab ianya sangat sangat menganggu.! Jelas aku memang tertarik untuk mencuba disebabkan iklan surya chlorophyll di instagram.

Maklumlah dah masuk 40’s memang sangat susah untuk hilangkan dark spot akibat dari kesan jerawat dan juga ditambah masalah melasma ini. dark spot ini adalah bintik hitam. Selalu aku sebut dark spot sahaja.

Rasanya orang yang dah masuk era golden series seperti aku ni memang faham masalah yang aku cuba kongsikan disini. Payah tau nak hilangkan dark spot ni.

 

hilangkan dark spot

Kenapa makin berumur makin banyak dark spot

Yerlah.. hehehe Kollagen dah berkurang,  lepas tu aging factor semestinyalah kan. Segala mak nenek aku cuba tau, nantilah…  korang dah masuk umur macam aku ni hahah korang akan sampai stage ‘panik”.

Aku pun tak tahu betul atau tidak tindakan aku, tapi aku sejenis orang yang tidak mahu give up bab bab cenggini. Alhamdulillah dengan berkat healthy lifestyle nih tak adalah orang kata aku umur 50an hahaha… fobia weh.!

Kes aku , Melasma dan pigmentation meriah naik semasa umur mid 30an, lepas tu naik umur 40 an pula kesan parut tersangat lah susah nak heal atau pun hilang.

Tapi aku tak give up tau. macam-macam lah aku cuba. Kalau korang nak tau korang bacalah entri sebelum nih. Macam-macam cerita ada kisah perjalanan hidup aku ni.

Jadi, ada banyak sebabnya mengapa kali ini aku nak mencuba Surya cholorphyll pula.  Basically kali ini aku tergerak nak mencuba untuk aku, anak, or untuk keluarga lah senang nak cakap.

Faktor umur sebegini semua zat badan dah berkurang, Jadi bila aku google info pasal surya chlorphyll ini mampu bawa kebaikan jadi aku pun tidak teragak agak mencari di Watson

 

Punca aku mencari solusi untuk masalah ini

  1. Masalah low blood yang makin melampau
  2. Kurang makan sayur yang berzat
  3. Masalah dark spot
  4. Masalah malasma
  5. Kulit tidak berapa cantik
  6. Aging Factor.

Masalah low blood aku ni bertambah crucial bila mana aku gagal untuk menderma darah.

Ujian yang dilakukan mengatakan darah aku ni kekurangan hemoglobin, IRON yang sepatutnya membawa bersama bekalan O2 atau oksigen ke seluruh badan aku nih tersangat rendah.

Sewaktu nurse ambil darah aku untuk test HB, darah aku ni terapung-apung dalam cecair kimia apa tah. Orang lain punya elok jatuh kebawah. Bertapa ringannya darah aku ni.

So darah aku ni macam kosong, takde zat. Patutlah muka aku kusam dan tak glowing. So Doktor advice aku ambil makanan yang mempunya kandungan iron lebih  seperti daging, ikan, dan juga banyakkan sayur sayuran.

Rasanya memang aku dah makan banyak sampai terlebih lemak ni hahhaha… sampai kena masuk program Jom Kurusl lah nak bagi nampak slim balik. Rupanya tetap tak balance or tak cukup!

Jadi bila aku mencari, dan mencari ternampaklah info berkenaan Surya chlorophyll ini  memula di koyara.com. Satu portal kesihatan.

Aku yakin ini salah satu usaha terbaik aku untuk memperbaiki kesihatan dalaman aku tu, yang akhirnya boleh dilihat dengan kualiti kulit aku. Selain dari penjagaan luaran. Tak cuba mana tahu. Dalam masa yang sama memang aku terus mengguna serum dari Rosa E dari produk Garden of Eden dan juga Hada, argan dan marula oil

So haritu terjebak masuk dalam watson so aku rembat lah sebotol.

Tapi kena ingat yer, bukannya ambil sebotol dah boleh nampak cantik. Untuk orang macam aku ni haruslah kena ambil masa juga. Banyak nak kena repair nih hahahah

So maka terjawablah kerisauan aku nih .

Untuk pengetahuan korang,  aku pula tidak boleh mengambil sebarang supplemen kollagen atas faktor kesihatan juga. Mesti korang ada cakap amik jelah kollagen apa apa.

Aku pernah menghidapi Endometriosis yang akhirnya membawa kepada masalah untuk mendapatkan zuriat selama beberapa tahun. Atas sebab inilah aku agak berhati hati.

Sistem badan kita berkait rapat

Semuanya berkait kait, dari dalaman membawa kepada luaran.  Sistem badan kita memang memberikan sign sign tertentu atas faktor kekurangan itum samada kita sedar atau pun tidak.  Kulit kusam, kuku tak cantik, rambut pun tak berapa cantik, tak bersinar.. haa itu semua tanda tandalah tu.

So korang janganlah ignore sign pada badan korang yer. Be alert.

Semuanya di hujung jari, dulu payah nak cari info ni. Apa susah korang google lah dan buat research sedikit sebanyak.

Haa berkat aku me research inilah aku tak terjumpa pasal Surya chlorophyll ini .  Baca beberapa blog dan jugak portal kesihatan. Dah yakin kita cubalah cari dan ambil.

Berkat aku jadi blogger memang banyak info aku tahu, banyak sharing yang aku dapat.  Aku sendiri kalau nak buat review memang memilih. Bila aku yakin manfaat sesuatu produk baru lah aku yakin.

Nak memudahkan korang, aku share lah info sedikit sebanyak pasal produk nih.

Apakah Surya Chloropyhll

Ekstrak dari daun mulberi untuk dapatkan klorofil, daun ni memang di kenali bebas dari racun perosak dan mempunyai alkali semulajadi.

Kelebihan dan Khasiat

  1. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia sesuai untuk mereka yang alami anemia atau tekanan darah rendah. (macam aku)
  2. Melancarkan proses detoks (badan dan hati)
  3. Menjadikan kulit lebih sihat
  4. Mengatasi masalah bau badan

Surya chlorophyll

  • Ada 2 perisa : lychee dan peach
  • Tiada bahan pengawet
  • Halal/GMP/HACCP
  • Sumber alkali semulajadi

Maklumat lanjut

Korang follow rapat kedua social media ni, banyak info terkini diselitkan.

See, itulah gunanya internet dan sosial media. kita salurkan dalam positif vibe.  Moga maklumat dan pengalaman aku ni dapat membantu korang korang yang ada masalah yang sama seperti aku nih  sebab aku believe in sharing.

The post Hilangkan dark spot dengan surya chlorophyll appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Drama Selafaz Cinta Astro Prima

$
0
0

Sinopsis Drama Selafaz Cinta gandingan Saharul ridzwan dan Syifa Melvin.  Konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah  lakonan Syifa Melvin yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri.

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

 

Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza.

Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza.

Reza Ammar (Saharul Ridzwan) merupakan seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Tidak  mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari yang juga bekas kekasihnya.

 

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka yang masih kecil bernama shila. huhuhu stress ke baca Sinopsis Drama Selafaz Cinta ni?

Kalau ikutkan watak utama Zahratul Jannah (Syatilla Melvin) bukanlah calang calang orang, seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Dan kisah ini bukan terpencil, ramai wanita mengalami nasib sepertinya

 

BACA : LELAKI KIRIMAN TUHAN

 

Jannah sangat patuh pada suami. Dahulunya dia eorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Namun lini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza suaminya sendiri.

Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah. Liza Liyana (Puteri Aishah) berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza.

Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

Lagu tema / OST Drama Selafaz Cinta :

Alasan Terindah nyanyian Farisha Iris

Pelakon Drama Selafaz Cinta

Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda M  azlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed, Kisah Orang Ketiga, Cinta, Drama 60 Episod, Drama Melayu, Drama Best, Drama Terbitan Suhan Movies & Trading,

 

Kalau terlepas jangan risau .. korang masih boleh menonton di ASTRO On demand

The post Sinopsis Drama Selafaz Cinta Astro Prima appeared first on Modern Mum's Thingy.

Syampu terbaik untuk rambut gugur dari Cadeau

$
0
0

Aku ada ramai  geng mak jemah kat opis umur  yang hampir sama jadi Hehhe masalah semua hampir sama.. masalah “gems” (gemuk), kulit dah start tak lawa, rambut dah gugur. Biasalah golden age. Kami pernah try  berjemaah satu syampu dari korea. Adeh.. tak jalan jugak. Baru ni salah sorang geng mak jemah aku aku ni bebel dah tak tahan, nak jugak jugak cari syampu terbaik untuk rambut gugur nya, berterabur dkt rumah katanya.

Sekali pegang rambut gugur tu segegam !

So dia pun google la info pasal Syampu terbaik untuk rambut gugur and  dapat baca satu review bagus dekat blog, terus dia contact ikut shoppe. Tapi Eh! baik pulak Head Sales ni, siap melayan soklan kawan aku tu, lepas tu dia sanggup hantar kat opis dan advice pasal benda alah nih . Aku dengar pun terkejut, sampai sunggup datang and explain.  Kawan aku amik shampoo and conditioner sahaja pada mulanya.

 

 

Selepas seminggu pakai dia update pada balik, err.. kawan aku ni memang jenih banyak cakap. Aku rasa laa.. sebab kawan aku bagi feedback pada dia, dia still rasa kering and bla bla, so Head Sales tu datang semula and suruh amik serum and toner juga untuk hasil yang lebih elok.

Dah masuk sebulan aku tak dengar dah member aku bebel. Okaylah tu kan.

So aku pun apa lagi, aku pun amik satu set jugak. Syampu tu namanya Cadeau Shampoo.  Masa mula mula tu  berbelit juga  nak sebut. hehee to be frank aku memang terpesona dengan packaging dia yang nampak “class’ bagi aku. Mcm packaging produk ‘khiels’ kan.  Size dia pula besar dengan complete range.

Aku dan rambut rock yang tak bermaya

Korang tahu masa zaman rock belajar di USM yakni 23 tahun yang lalu huhuhuh masa tu aku free hair.. hehe biasalah zaman muda. Rambut aku tidak berapa hitam, agak ‘blonde” hahaha… siap orang ingat aku ni budak “keyell”,  padahal hulu perak mari.  Tapi aku nak cakap betapa tidak sihatnya rambut aku.

Kering sangat! tambah cuaca di Penang panas pulau. Jadi ini membuatkan rambut aku menjadi lebih “frizzy”. Kalau korang nak tau macam mana rambut frizzy tu.. haa macam rambut jennifer aniston ni. Tapi dia artis tetap lah lawo, aku hahahah… hancorrr. Tak boleh nak letak gambar i tak pakai tudung. Tapi macam ni lah rupanya. Serabut kan!

 

frizzy hair

 

Aku memang susah nak dapat syampu yang sesuai dengan rambut aku. Setiap kali lepas syampu akan rasa rambut tersangat kering, lepas tu akan mengerbang. Memang tak cun. hahah.. Nasib baik dah pakai tudung.  Cover line sikit

Jadi aku boleh diklasifikasikan aku dalam kategori orang yang mempunyai masalah rambut dari dulu.  Kadang kadang cemburu jugak tengok orang yang rambut ikal mayang dan berkilat. Tapi yelah mungkin faktor pemakanan yang tidak seimbang, kurang zat dan juga penjagaan yang tidak berapa betul.

Setiap kali ke saloon risau je pakai hairdyer, rasa rambut macam lepas kena barbeque heheh. Korang macam mana ? Ada tak masalah macam ni. Untung la korang-korang yang rambut okay kan.

Ini definasi aku pasal rambut yang bermasalah. Jadi kalau korang ada simptom sama hehe sama samalah kita cari jalan untuk baiki. Adeh jangan tak percaya orang perempuan ni pun ada yang botak tau.

 

Syampu terbaik untuk rambut gugur

Apakah Rambut yang bermasalah

  • Rambut gugur dengan banyak
  • Kelemumur dan kadang berkeping
  • Rambut Kering

Lagi satu korang pernah dengar tak myth orang cakap, kalau gigi elok mesti rambut tak berapa elok. Yes! aku lah ada simptom-simptom itu. (nak cakap gigi aku elok sebenarnya hahah, tapi taklah jugak)  Sebenarnya semua berkaitan, dari penjagaan dalam dan luaran.  Aku pernah kongsikan pasal masalah hemoglobin aku yang kekurangan iron yang akhirnya membuatkan rambut cepat gugur. Pernah tak korang pikir sampai begini?

No joke!

Boleh baca dari artikel berkenaan ini di web www.health.com  Itu belum lagi masalah hormon aku dulu. haiihh.. ginilah kisah aku.

Aku memang suka membaca dan mencari, yelah ilmu kan dihujung jari. Everytime aku dapat info dan aku cuba memang aku suka kongsikan di blog aku nih. Manalah tahu korang boleh jadikan blog aku ni sebagai reference kan.

Makanya, kenalah cuba untuk memperbaiki kualiti rambut yang sedia ada. Takkan nak biar gugur begitu sahaja, taknaklah botak bila dah tua tua nanti.

So takkan nak mengalah begitu sahaja?

  1. Supplement yang bersesuian untuk masalah dalam – yang ini memang aku tak putus usaha, macam macam aku cuba nak tingkan kandungan hemoglobin aku nih.
  2. Penjagaan luaran – Pencarian Shampoo yang natural

sebab yang aku search, untuk korang yang mempunya case macam aku nih. Kena mencari sejenis shampoo yang natural based. Kena avoid chemical tinggi.

“Choose a natural, sulfate-free shampoo made with cleansing herbs and oils instead. Check out a natural foods store for options”

So aku tak salah pilihlah kali ini. Sebab aku dah pakai 3 minggu, aku follow betul betul follow advice derang, syampu, conditioner, hair tonic and serum. Barulah aku rasa rambut aku ni “berat”, tak berterbangan dan kurang gugur. Kalau ikut inventor syampu ni, boleh syampu setiap hari weh. Aku dulu syampu seminggu sekali jer sebab tak suka rambut rasa macam dawai.

 

Cadeau Syampu, Syampu terbaik untuk rambut gugur

Mengandungi  kandungan bahan organik , no chemical ingredient , ada KKM dan GMP . range utama produk ini seperti dibawah
  1. Anti Hair Loss Shampoo 
  2. Advanced Revitalizing Hair Conditioner 
  3. Adcanced Hair Growth Tonic 
  4. Advanced Crystal Repair Serum .

Kelebihan Cadeu shampoo

  • mengurangkan keguguran rambut akibat pewarnaan rambut dan rawatan.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  • Mengekalkan rambut yang dirawat atau berwarna dan kulit kepala lancar dan terhidrasi.
  • Menghilangkan kekeringan rambut dan mengeluarkan helai lembut.
  • Mengurangkan kulit kepala yang meradang untuk mereka yang mempunyai kulit kepala atau kulit sensitif.
  • Kawalan minyak dan memerangi kekeringan.

 

Dirumus khas menggunakan minyak kastor, minyak kelapa dara, minyak zaitun, ekstrak kek tease, peppermint dan lavender. Ia adalah syampu buatan tangan semula jadi yang memberi tumpuan kepada asid ricolenic dari minyak kastor yang merangsang folikel rambut untuk tumbuh rambut baru.

Tapi untuk full treatment untuk masalah rambut gugur dan kering macam aku ni. Aku sangat sangat menggalakan korang pakai full set dari shampoo, conditioner, serum and tonic. Each of this memainkan peranan yang penting.

Tonic untuk melicinkan kulit kepala kering,menyuburkan dan menguatkan folikel rambut, mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Hair serum akan membantu untuk lebih  lancar, keriting bebas dan juga menambah bersinar. Malak dah membantu  Mengisi retak folikel rambut yang menyebabkan rambut menjadi lebih kuat

Okay ke dak shampoo  Cadeu ni?

Okay sangat, sebab memang terasalah kurang kering rambut selepas shampoo. Rasa macam gi kat saloon pulak. I is memang pantang kalau lepas shampoo ada rambut yang rasa macam dawai tu. So kali ni aku memang follow betul betul, err maybe sebab dah taraf golden age ni memang rajin and kelam kabut nak buat maintenance hahahah.

 

Whasapp : 013 3019203

 

Makanan untuk Mengurangkan Keguguran Rambut

Selain dari usaha menggunakan shampoo Cadeu, aku share sedikit info yang aku dah research untuk pastikan ramburt kurang gugur dari www.yoyobeauty.com

  • Daging Merah
  • Telur
  • Oyster
  • Salmon
  • Tofu
  • Beans
  • Ketumbar
  • Udang

So kali ini usaha abis abisan, jaga luaran dengan ambil shampu yang organik sepert ini, supplement dan jaga pemakanan. Jom kita sama sama cuba yok!

 

The post Syampu terbaik untuk rambut gugur dari Cadeau appeared first on Modern Mum's Thingy.

Minyak zaitun berkualiti Jenama AL Ard Malaysia

$
0
0

Aku memang tahu, antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Tapi kadang tu liat nak jadikan ruti harian. Tapi sejak sejak dah jadi seorang yang health concious ni memang suka juga aku membaca info info yang berkaitan kesihatan. Owh satu lagi.. sejak aku ternampak  FB ads pasal Minyak zaitun Al-Ard Palestinean Premium Organic Extra Virgin Oil (PPOEVOO) dari  Al Masoud Trading yang dikatakan pengimport utama Minyak Zaitun yang berkualiti ini.

Aku ada seorang kawan ni yang agak berisi tau, tapi kolestrol dalam badan dia agak rendah dengan style pemakanan dia yang .. hurmm.. memang boleh tahan la. So dia sendiri beritahu yang memang dia amalkan sesudu mintak zaitun setiap hari.  In fact setiap kali buat check up dr. pun impressed lah tahap kolestrol dia.

Hehehhe last aku check kolestrol ni tak adalah tinggi sangat  berbanding dengan Husband aku yang kurus tu, bagi aku consider husband aku ni memang tahap kolestrol dia agak tinggi. Border kowt! Haa.. jangan ingat orang kurus ni sihat tau, peringatan untuk aku juga.

Masalah kolestrol yang tinggi ini juga berkaitan dengan sakit jantung yer. Ngeri weh

Alhamdulillah sejak kami kawal makan dan bersukan, memang lah tahap kesihatan ni improve banyak tapi kolestrol tu degil oiit.. Sangat susah. Yelah dah sebati dalam salur darah. Jangan buat main tau, ini lah yang boleh buat salur darah kita tersumbat dan akhirnya kena stroke. Umur umur yang 40an ni kenalah beringat sikit.  Itu sebabnya kami pun intai intai alternatif macam nih

 

Ya ampun, Jauhkan lah kami dari penyakit ini.

 

Okay now, back to kisah Minyak zaitun yang banyak khasiat ni. Kalau ikutkan manfaatnya, Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW dahulu lagi menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun. Apa lagi… kalau Nabi sendiiri yang jadikan ianya sebagai makanan sunnah. Tak payah lah kita pertikaikan lagi kelebihannya.

 

Petikan Info berkaitan Kelebihan Minyak Zaitun

  • Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
  • Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
  • Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.
  • Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.
  • Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K

Haaa.. tu dia.. banyakkan.

Tapi challengenya disini untuk mendapatkan Minyak Zaitun yang berkualiti dan tulen. Tahulah zaman sekarang, manusia ni kreatif sahaja untuk benda benda macam nih. Sampai kadang kadang kita boleh jatuh was was.

Al Masoud Trading adalah pengimport dan pengedar minyak zaitun secara terus daripada negara pengeluar minyak zaitun maknanya mereka tidak melakukan pembotolan semula dan apa-apa perkara seumpamanya. Al Masoud Trading adalah pengimport dan pengedar minyak zaitun secara terus daripada negara pengeluar minyak zaitun.

 

Minyak Zaitun berkualiti

Pastikan botol gelap macam ni yer..

Tips terbaik untuk Memilih Minyak Zaitun Berkualiti

  1. Botol Kaca Gelap AMAT PENTING untuk memelihara Kandungan Khasiat Minyak Zaitun,
  2. Pilihlah Minyak zaitul dari Palestine . Minyak Zaitun Organic Extra Virgin dari Palestine adalah hasil daripada Pokok Zaitun yang berusia Ratusan dan sehingga Ribuan tahun…
  3. Proses Cold Pressed. Haba yang tinggi boleh merosakan khasiat Minyak Zaitun, bagi mengekalkan khasiat Minyak zaitun yang tinggi proses perahan sejuk diperlukan.

 

Minyak Zaitun berkualiti

Ladang pokok zaitun di palestine yang dah beratus tahun

Khasiat Minyak Zaitun Berkualiti

  • Mengawal kolesterol dalam badan.
  • Mencegah kanser kerana bahan anti oksidannya tinggi.
  • Mencegah diabetes.
  • Menyihatkan usus kerana zat oleropein agylycone dalam minyak zaiton menjaga bekalan darah ke usus.
  • Mengatasi rasa nyeri pada sendi dan pengeroposan tulang.Maka lutut tidak sakit
  • Melembabkan bibir, menyuburkan rambut dan mencegah rambut gugur. Wajah berseri
  • Menanggalkan sel mati dan ini menyebabkan pengguna tegar lambat berkedut kulitnya.
  • Penggunaan Minyak Zaitun Organic Extra Virgin Palestine untuk Kesihatan Gusi dan Penjagaan Gigi.
  • Meredakan radang gusi dan gigi. Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh mengurangkan kesakitan dengan cara di sapukan di Gusi dan Gigi yang mengalami kesakitan.

Pengambilan minyak zaitun ada pelbagai cara.

  1. Minum satu sudu makan, sebelum sarapan pagi dan satu suduk makan sebelum tidur malam, ketika perut kosong. Jangan minum air selama tiga minit selepas minum minyak zaitun.
  2. Campurkan ke dalam makanan. Tapi campurkan ke dalam makanan yang sudah siap dimasak. Bukan ketika masak atau digunakan sebagai minyak masak.( adeh! aku selalu tumis dulu masa nak buat pasta
  3. Dinikmati dengan roti untuk mengantikan butter. -( ini kalau makan di Restoran Italianise starter derang mulakan dengan style mcm ni. sedap oit)
  4. Secara luaran, sapu minyak zaitun di kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan sebab. Minyak zaitun mampu menghilangkan kesan parut dan kekeringan kulit, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut  serta melebatkan dan menghitamkan rambut.

 

Minyak Zaitun berkualiti

Cawangan Al Masoud Di Shah alam

Pembelian

Online Shopee : https://shopee.com.my/almasoud_trading

Kedai : AL MASOUD TRADING No. G33A, Block 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan. Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

FB : https://www.facebook.com/pg/alardmalaysia

Call / Whatsapp : 019-4095570

 

The post Minyak zaitun berkualiti Jenama AL Ard Malaysia appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Drama Kan ku kejar cinta kamu Astro Ria

$
0
0

Sinopsis  Drama kan ku kejar cinta kamu, mengisahkan percintaan Alma dan Rayyan. Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

 

Satu tindakan yang sangat sangat berani.

 ” Hisy! Aku nak kena mulakan. ke? Hmmm…buat muka selenge.
Eh! Tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat. Ya lah cuba goda dia.
Eh…eh… nanti dulu. yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat. kan?
Jadi perempuan baik? Lemah-lembut. sopan-santun? Lagi bosan kot.
Argh! Tak boleh jadi ni! “
 – Alma

Kedua-dua keluarga mereka telah bermusuh sejak dari dahulu lagi. Tapi demi cinta mereka redah dan sanggup hadapi dugaan bersama. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. 

Alma hilang arah tambah pula Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Berbagai cara Alma lakukan untuk mendapatkan Rayyan semula. Tambah  pula dengan nenek Rayyan yang mengetahui perkahwinan mereka.

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut.

Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” 

Raiyan juga pernah berpesan kepada Alma, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler

BACA : Sinopsis Drama Selafaz cinta

Situasi bertambah buruk bilamana keluarga Rayyan merampas syer syarikat keluarga Alma sebanyak 60%. Alma terus dibuang keluarga apabila mereka mengetahui yang dia sudah berkahwin dengan musuh keluarga. Alma putus asa dan membawa diri ke JB. Tinggal bersama Kalsom dan jadikan keluarga Kalsom sebagai keluarga angkatnya.

Kemudian nekad untuk bercerai dengan Rayyan setelah mengetahui yang Rayyan akan berkahwin dengan Dilaila.

Rayyan bersetuju untuk bercerai dengan perjanjian. Mereka harus tinggal bersama selama 2 tahun atau syer 20% milik Alma menjadi milik Rayyan, dan beberapa syarat lain. Berbagai dugaan berlaku pada mereka semasa tinggal serumah. Bergaduh, bemesra. Dan Rayyan menjadi bertambah keliru apabila perkara negatif tentang Alma di ceritakan.

 

Alma sebenanyar mengatur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari! betul betul seperti tajuk Sinopsis Drama Kan ku kejar cinta kamu. Alma tidak putus asa

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. – Raiyan.

Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler…

Kalau terlepas jangan risau, boleh tengok di ASTRO on Demand

 

Pelakon Sinopsis Drama Kan ku kejar cinta kamu

  • Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
  • Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
  • Delimawati sebagai Nek Bonda
  • Hafidz Roshdi sebagi Huzail
  • Elya Miera sebagai Dilaila

Pengarah : Yusry Abd Halim
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Adaptasi Novel : Fauziah Ashaari

The post Sinopsis Drama Kan ku kejar cinta kamu Astro Ria appeared first on Modern Mum's Thingy.

Tambah Caruman Zakat JOM!!

$
0
0

Nak tanya, korang buat buat tak zakat pendapatan nih? Kalau dah buat, korang carum bagaimana? macam aku ni .. hhehe senang, aku suruh HR potong siap siap dalam gaji supaya tak lupa. Tapi,… tapi bila gaji dah naik, korang tambah tak caruman zakat? hahahah okay tak payah tanya korang. Aku pun terlupa weh. Alpa sungguh.!!

 

Tambah Caruman Zakat

 

Jadi, sementara aku mengkaji semula tangga tangga gaji aku ni dan jumlah yang aku wajib zakat aku share disini bagaimana kita boleh tambah caruman zakat  secara online sahaja dan tu ada kempen yang melayakkan korang menang pulak hadiah .

Tambah Caruman Zakat

 

Wajibkah zakat pendapatan ?

Aku ingat lagi, dahulu aku pernah berdebat dengan ex boss aku aku berkenaan isu ni. Sebab ada orang cakap hanya zakat perniagaan,zakat emas, zakat simpanan sahaja. Masa tu aku tidak dapat berhujah dengan betul tapi secara lojiknya aku cakap orang yang meniaga goreng pisang pun kena zakat apalah sangat dibandingkan dengan kita yang gaji beribu ni.  Masa tu aku muda lagi. Awal 20an so hahha tak berapa pandai lah.

Tapi aku memang yakin kepentingan zakat nih sebab ada hak orang miskin dalam harta seseorang. Sebenarnya, terdapat banyak dalil yang boleh dijadikan sandaran dan hujah. Mari kita telusuri antara dalil-dalil berkenaan:

  • Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, infaklah (keluarkan zakat) sebahagian daripada hasil usaha kamu (ma kasabtum) yang baik-baik dan sebahagian daripada apa-apa yang Kami keluarkan daripada bumi untuk kamu.” (al-Baqarah, 2: 267)
  • Fuqaha menyatakan, penggunaan kalimah ‘ma kasabtum’ (daripada hasil usaha kamu) adalah jelas menunjukkan kepada elemen pekerjaan. Apabila bekerja, akan ada harta dan ia disebut sebagai ‘pendapatan’. Maka, sesuai dengan perintah Allah SWT di dalam ayat di atas, ia hendaklah diinfakkan sebagai zakat
  • Allah menyebutkan dalam surat Az zariyat ayat 19 bahwasanya dalam harta seseorang terdapat hak orang miskin dan dalam hal ini harta tersebut harus dikeluarkan dalam bentuk zakat.

Jalankan tanggungjawab kita, jangan hanya salahkan pihak zakat kalau setiap kali viral di FB konon  pihak zakat tidak amik tindakan

Syarat Zakat Pendapatan

Meskipun masih menjadi perdebatan dikalangan ulama, mengeluarkan zakat adalah wajib dan sebaiknya harta yang diperoleh dari suatu profesi juga disisihkan sebagian untuk membayar zakat yang 2,5%. Adapun syarat untuk mengeluarkan zakat pendapatan diantaranya

  • Islam
  • Merdeka, bukan hamba sahaya
  • Harta milik sendiri dan bukan milik orang lain
  • Harta diperoleh dari hasil usaha yang baik
  • Cukup nisab yakni setara dengan 85 gram emas
  • Cukup haul, misalnya dalam jangka waktu satu tahun seperti zakat maal.

 

Tambah Caruman Zakat

Tambah Caruman Zakat

Kini Lembaga Zakat Selangor sedang melancarkan kempen Tambah Caruman Zakat Untuk 8 ASNAF dari 1 September – 31 Disember 2018. So korang sebenarnya boleh tengok tangga gaji dan jumlah caruman kurang atau terlebih. Boleh update secara online juga. atau hanya jumpa dengan HR, isi borang untuk tambah jumlah caruman.

Tapi kalau buat secara online heheh ada peluang untuk menang hadiah tu.. apa lagi!

Kalau aku carta di atas tu korang sendiri tengok dah kaji terus amoun yg sepatutnya dicarum untuk zakat pendapatan atau kalau malas isi sahaja info di https://espg.zakatselangor.com.my/

 

Syarat-syarat penyertaan

  1. Terbuka kepada pencarum yang membuat caruman zakat melalui skim potongan Gaji (SPG) di Lembaga zakat selangor sahja ( kecuali kakitangan LZS)
  2. Tempoh Kempen bermula 1 1- september – 31 Disember 2018
  3. Pememnang utama akan dipilih melalui e-cabutan dalam tempoh bulan september – disember 2018
  4. Pemenang bulaan akan dipilih melalui e cabutan bulanan
  5. Hadiah mestilah dituntut dalam tempoh 2 bulan selepas pemenang dihubungi
  6. Pemenang akan dihubungi melalui emel dan penggilan telefon
  7. keputusan penganjur adalah muktamad dan diaudit

 

Sebarang Pertanyaan dan Maklumat

WEBSITE : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

EN. WIRA B. MUSTAFA (Pengurus)
019 3880591
wira@e-zakat.com.my

EN. MOHD HATTA B. ZAINAL ABIDIN (Eksekutif Majikan)
019 3880 573
hatta@zakatselangor.com.my

PN. NORHAZIRAH BT. AHMAD (Eksekutif Majikan)
012 6296791
hazirah@zakatselangor.com.my

The post Tambah Caruman Zakat JOM!! appeared first on Modern Mum's Thingy.


Dapur penyet sajikan menu istimewa Indonesia

$
0
0

Sebenarnya aku mula makan di dapur penyet ni dah lama tau, dari tahun 2012 kut. heheh rasanya lah.  Dengar nama Dapur Penyet ni dah lama dikalangan mak jemah yang kaki makan tapi tak jumpa pulak kedainya.

Masa tu aku selalu nampak cawangan di Maju junction tapi tulah  dah lama jejak tak jejak area sana. So hi-hi- bye bye jer., setiap kali aku lalu Jalan TAR aku tengok je kedai ni. Akhirnya setelah dibuka di Cyberjaya barulah aku cuba and jengah.

Dapur Penyet

 

Kali ini tergerak pulak aku nak review and menulis pasal apa yang best dan wajib korang try ke sini.

Sewaktu menu ayam penyet melanda Malaysia, memang beberapa Restoran yang sajikan menu ayam penyet ni  aku dah jengah sebab macam satu ketagihan. Aku hanya pandai makan ayam penyet, kalau ikan tu tak berapa nak suka sangat.  Pernah try daging tapi tak berapa se best ayam penyet. Itu mulut aku ler kan. End up Ayam penyet tu lah juga yang aku cari.

Masa dulu ada AP Penyet lah, satu lagi yang femes berdekatan Sunway Pyramid. ishh .. aku lupa pulak nama kedai tu. Situlah kedai pertama aku mula mencuba ayam penyet ni.

Tapi sejak Dapur Penyet buka cawangan di Cyberjaya,  Lunch hari minggu aku memang kesitu sahaja lah kalau aku tak masak.  Sebabnya aku paling suka ayam penyet bakar madu tu, bukan macam tipikal version yang aku dok balun selama hari ini di kedai lain.

Dapur Penyet

Dapur Penyet

Kenapa aku suka Dapur Penyet

  1. Ada 3 jenis sambal , merah dan hijau dan mcm sambal belacan tu. Pedas tapi asyik oit
  2. Ada pebagai jenis ayam, dari biasa kepada jenis ayam kampung bakar
  3. Ada variasi menu lain seperti, daging, ayam, IGA, dan Ikan.
  4. Menu tambahan lain yang menarik

Kalau Ayam penyet too mainstream untuk korang, so kalau korang jengah Dapur Penyet aku nak suggest korang try IGA bakar atau pun ribs. Serius layan.  IGA  atau rusuk dan dalam bahasa Inggeris  orang panggil ribs ni kalau di restoran seperti Tony Romas, TGI friday or CHilis, mahal oooo harganya. disebabkan aku memang hunter untuk Ribs ni so aku memang suggest sangat korang cuba makan IGA bakar disini.

 

Dapur Penyet

 

But to be fair, it’s not apple to apple comparison. Harga pun lainkan. Tapi point aku kalau aku rasa teringin sangat nak makan ribs ni dengan harga yang berpatutan inilah tempat yang aku tuju.

Disebabkan kita ni perut asia, perut kena makan nasi haa elok sangat korang jengah Dapur Penyet yang menyediakan Iga Bakar dan Nasi. Kenyang!

Kalau kami 3 beranak datang ke kedai sini Menu utama kami, Iga bakar dan Ayam bakar madu penyet. Itulah yang kami ulang ulang. Lepas tu nasi 3.  Harga 1 mangkuk nasi Rm1.80 boleh order asing. Tak payah nak order banyak-banyak. Ini pun dah kenyang sangat.

Selain itu Dapur Penyet juga menyediakan pelbagai jenis minuman. Ini antara yang aku ingat lah. Kami 3 beranak pun ada taste masing-masing. Aku setiap kali datang mesti bandung Cincau tu.  Tapi kalau betul betul nak rasa seperti berada di Indonesia korang amiklah Teh Botol tu. Khas bawak dari sana.

  • Juice Alpukat
  • Ice Milo Dinasor
  • Bandung Cincau
  • 3 Layer Tea
  • Rose layer Tea
  • Teh Botol Original

Aku bukan peminat Jus Avocado atau alpukat ni, rasa tersekat di tekak hahahha.. sorry, tapi kebetulan masa aku terjah ke dapur penyet yang entah kali keberapa hehehe di cawangan IOI putrajaya kawan aku si Dilla ni order air ni. Dia paksa aku rasa juga jus alpukat ni.  Eh not bad lah, boleh telan . Kalau ikut kata dia not bad jugak Dapur Penyet ni buat.

 

Dapur Penyet

 

Cuba korang pergi try okay ke dak. Sebab aku bukan peminat alpukat jadi memang aku tak boleh nak bezakan atau appreciate keenakan air ini. Padahal pergi indon banyak kali. Yang ini aku fail. Di Indon Avocado ni murah tau and besar besar.

Menu baru wajib cuba

Dalam  menu yang bukan mainstream ni ada 4  yang wajib korang cuba tau. Aku baru try 3. Ikan Joget sunda tu je belum lagi

  1. Ikan Joget Sunda
  2. Sate Ayam
  3. Ayam Bakar Madu
  4. Tahu Telur

Terkini aku try makan Tahu Telur tu. Wehh.. asyik wehh untuk Dessert.  Ranggup and krispy betul. Besar pulak portionnya . Tak terhabis hahaha… Kombinasi Tahu + Telur + sayuan + kuah kacang memang mantop. Confirm akan repeat lagi untuk menu ni.

 

Dapur Penyet

 

Cawangan Dapur Penyet

Yang aku tengok di website dia orang ada 17 cawangan , tapi yang sebenarnya dah ada 25 cawangan termasuk Brunei dan Singapura. Sejak dibuka di IOI Putrajaya aku hanya jengah ke sini .. dah tak pergi ke Cyberjaya .

 

Dapur Penyet

 

Untuk orang tinggal di Putrajya, Seri kembangan Serdang, Bangi aku suggest korang pergi 2 cawangan ni. Senang sangat nak cari cawangan IOI Putrajaya ni. Berada di Lower Ground, berdekatan Homepro yer.

 

Dapur Penyet IOI City Mall
Lot LG 78A,
IOI City Mall,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya,
03-89539600

Dapur Penyet Cyberjaya
No. 3A, Cottage Walk,
Persiaran APEC,
63000, Cyberja

Korang boleh refer senarai tersebut di sini  http://www.dapurpenyet.com.my/ouroutlets.html.

 

Dapur Penyet

Dapur Penyet

Satu Famili kaki Makan

Confirm korang akan suka datang Dapur Penyet sebab bila aku bawak famili aku dari Tapah datang makan ke sini, memang teringat ingat katanya.  So if dia orang datang KL memang Dapur Penyet lah juga dia orang tuju

Hujung tahun cuti ni JJCM dalam Malaysia sahaja. Cadang nak ke Penang dan Betong tu tapi yang aku teringat juga Udang Galah di Teluk Intan. Maybe sempat aku nak menyinggah masa balik KL nanti.

Hurmm.. mana food review lagi aku nak jejak lepas ni yer. Kalau hatyai too mainstream, dah . viral sangat aku nak akan bawak korang makan ke Betong Thailand. Tunggu aku update next entri.

The post Dapur penyet sajikan menu istimewa Indonesia appeared first on Modern Mum's Thingy.

2019 Segmen Blog Azlinda Alin

$
0
0

Azlinda Alin antara Blogger aku yang dikenali dalam satu group komuniti. Seorang yang sangat sangat rajin dalam update entri. Sis memang jelly dengan dia. Walaupun Busy tapi dia selalu berjaya plan her blog posting consistently.

while sis pula consider baru dalam bidang blogging, hanya tau buat entri tanpa memahami networking sepenuhnya dalam bidang blogging. hehhehe. Bila dah masuk sebelah kaki ni barulah nampak sikit sikit. So kali ni sis nak cuba paham, ikut and support azlinda alin.

Let’s see Ilmu apa yang kita akan dapat nanti. Be positive!

 

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN – Hai semua ! Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Pejam celik, pejam celik dah nak berjumpa dengan Tahun Baru 2019 ! Tahun baru, rasanya nak cari BLOGLISTS baru juga. Siapa yang nak masuk ke dalam BLOGLIST mummy?  Jom sertai 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Apa kelebihan join 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN?

2019 Segmen Blog

Klik untuk JOIN

Apa kelebihan 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN? Blog list untuk apa? Okay, mummy suka jalan-jalan blog rerakan. Sebab tu, kali ini mummy nak mencari BLOGLISTS sepanjang tahun 2019. Nak follow rerapat sahabat blogger blog mummy. Selain itu, ianya memudahkan mummy baca blog korang juga. Oh ya ! Pastikan korang jangan bagi BLOG korang TIDUR tau, susah pulak nanti mummy nak singgah komen hehehe.
Pemilihan BLOGLISTS 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN mummy akan pilih untuk beberapa orang SAHAJA, yang lelain tu.. kalau tak TERPILIH jangan risau, mummy akan letakkan blog korang di 1 entri KHAS. Special gituuu !

SYARAT 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

1. Follow blog ini : BICARA MUMMY.
2. Buat entri blog yang bertajuk 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN
 
3. Komen video mummy di www.youtube.com/azlindaazman . Kalau ada akaun YouTube, minta tolong subscribe sekali ! Boleh, kan? 🙂
4. Klik banner-banner iklan di blog ini (TAK PAKSA 🙂 ).
5. Semua penyertaan (blog) akan di letakkan dalam 1 entri KHAS ” BLOGGER AWESOME 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN “
6. 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN bermula dari sekarang sehingga 7 Januari 2019 !

7. Jangan lupa tinggal link di ruangan komen http://www.azlindaalin.com/2018/12/2019-segmen-blog-azlinda-alin.html

Oh ya, selain 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN . Setiap bulan mummy mencari TOP KOMENTAR (1 ORANG) untuk meneriama hadiah CASH dari mummy sebagai tanda SUPPORT. Jemput jadi TOP KOMENTAR bulanan juga ye !

The post 2019 Segmen Blog Azlinda Alin appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Pujaan Hati Kanda TV3 Slot lestary

$
0
0
Sinopsis Pujaan Hati Kanda drama yang mengisahkan Danny lakonan pelakon handsome Remy Ishak, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru dengan bersedia untuk berumah tangga. Tapi tidak semudah yang dirancang.  Dugaan pertama, ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.
Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda
Bayangkan penerimaan calon isterinya pada masa itu. Terk   edu dan terkejut dengan peristiwa itu. Nadine si pengantin perempuan terus ambil keputusan enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
Maka bermula kehidupan Danny yang tunggang terbalik. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara lakonan Mira Filzah dan juga gandingan nya dalam drama yang tengah hot sekarang Drama Lelaki kiriman Tuhan yang bersiaran,
Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Tiara adalah seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit dan dalam berusaha untuk mencari wang poket. Untuk mendapatkan persetujuan Tiara untuk menjaga baby tersebut Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu.

Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian dan perlu pulang ke kampung. Siapa yang harus menjaga bayi tersebut? Danny perlu berkerja dan dalam masa yang sama harus merungkai misteri bayi tersebut. Hendak atau tidak, Tiara terpaksa membawa bayi itu pulang ke kampung dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.
Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?  Bagaimana pula hubungan Danny dan Nadine selepas itu.
Hurmm tertanya tanya juga kesudahan drama ini. Kita tonton hingga ke akhir rancangan okay,
Untuk mereka yang terlepas rancangan ini jangan risau boleh catch up di www.tonton.com.my
Saksikan Pujaan Hati Kanda bermula 20 Disember 2018, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam hanya di Tv3.

Watak Pelakon Sinopsis Pujaan Hati Kanda

Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman
Lagu Tema OST Sinopsis Pujaan Hati Kanda
Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

The post Sinopsis Pujaan Hati Kanda TV3 Slot lestary appeared first on Modern Mum's Thingy.

Hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan Eye Gel Cosmoderm

$
0
0

Pernah tak korang perasan bawah mata sesetengah orang memang ada lingkaran gelap, sembab, dan paling teruk berkedut juga. Aduhh!! mimpi ngeri tau. Jenuh laa tepek concealer nak Hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni.

Ada sorang kawan tu satu famili memang mempunyai lingkaran gelap hitam yang sama, so  aku andaikan itu adalah genetik kut, memang susah nak treat katanya walaupun dah cuba pelbagai produk untuk Hilangkan lingkaran gelap bawah mata ini .

 

 

Tapi macam kes aku ni pula kalau tak cukup tidur, confirmlah jadi macam yang aku sebutkan itu.  hahah orang tua, maintenance kena tinggi lah. So kenalah cari eye gel pula, nak tergelak pun ada, masa muda tak reti semua benda ni. Dah terhantuk baru terngadahkan.

Memang kalau perhatikan betul betul area di muka aku, di kawasan mata yang paling banyak garisan halus dan kasar juga. Plus ada oil seed. Payah ker nak Hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni sebenarnya ya? Takpalah kita cuba je apa yang boleh. Jangan Give up!

Heheh aku juga suka skodeng kawan kawan yang lain, baik lelaki atau perempuan. Sah disitulah paling obvious sgt. Cuba korang renyih atau senyum, aduhai terserlah  sangat, bukan garisan halus sahaja tapi garisan yang kasar.

 

Hilangkan lingkaran gelap bawah mata

 

Sepertimana aku yang gagal menjaga muka di awal remaja seperti penggunaan sunblock sama lah juga utk kawasan mata. Memang tak tahu apa weh. Sekarang ni habaq mai.. segala serum lah, aku cuba. Tu belum lagi perfgi buat treatment pigmentasi

Tapii hehe  aku ada juga beli produk untuk kurangkan kedut dibawah mata sebelum ini.  Aku menggunakan eye cream dari brand Estee Lauder, tapi disebabkan harganya yang agak boleh tahan hehehe jenuh weh!. Padahal banyak part lain yang nak kena maintain ni.

Tapi kali ini aku cuba produk Eye Gel cosmoderm khas untuk hilangkan lingkaran bawah mata.

Punca Terjadinya Lingkaran Hitam bawah mata

  1. Penat melampau
  2. Tidur lewat malam
  3. Bulatan gelap  adalah hasil lapisan nipis kulit di bawah mata anda yang menunjukkan saluran darah yang lebih jelas daripada di tempat lain di badan anda.
  4. Faktor umur, kulit kita kehilangan keanjalan dan keupayaan untuk tumbuh semula dan sebagai hasilnya, ia menjadi lebih nipis. Inilah sebabnya orang tua akan mempunyai bulatan lingkaran gelap  yang agak menonjol tanpa mengira berapa banyak mereka tidur.
  5. hiperpigmentasi  dikawasan mata a adalah keadaan yang menyebabkan lebih banyak melanin dihasilkan oleh kulit di bawah mata,

 

So conclusionnya, Lingkaran kebiru-biruan gelap itu (biasanya) hanya hasil cahaya yang dipantulkan dari saluran darah yang duduk tepat di bawah permukaan kulit yang sangat nipis. Setengah orang akan kelihatan  seperti  mata panda

 

 

Eye gel vs eye cream

Plaing obvious tesktur keduanya agak berbeza. Penggunaan rupanya satu sesuai untuk pagi dan untuk malam. Fungsi hampir sama untuk menjaga bahagian mata.

Eye Cream atau Krim mata

khusus untuk kulit halus di sekitar mata, jadi ianya cenderung lebih likat teksturnya. Mengandungi lebih banyak minyak daripada losyen muka biasa, dan mempunyai banyak bahan aktif.

Kulit di sekitar mata lebih fragile, lebih cenderung kepada kekeringan, dan lebih cepat untuk menunjukkan umur dan keletihan. Pergerakan mata juga mempercepatkan penampilan garis dan kedutan, dan cecair mengumpul di bawah mata dan menyebabkan bengkak dan lingkaran hitam. Krim mata boleh menangani beberapa isu ini.

Eye Gel

Sebaliknya, Ia lebih ringan namun  menghasilkan kesan yang sangat baik untuk mata. Dirumuskan dari bahan-bahan bukan berminyak yang yang mengandungi air banyak, dan direka khas untuk memerangi bengkak dan penuaan kulit.

Gel mata terutama sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, kerana ianya tidak dipengaruhi di kawasan yang kulit halus dengan lemak yang tidak perlu jika ada.

Sesuai untuk dipakai semasa siang hari kerana mereka kurang berpeluh di bawah cahaya matahari. Dan juga cantik di bawah solekan – ia menyerap ke dalam kulit lebih cepat daripada krim, dan tidak tinggalkan kesan berminyak.

kelebihan Eye Gel Cosmoderm

  1. Diperkaya dengan Co-Enzyme Q10 dengan Vitamin A
  2. Halal
  3. Kelulusan dari GMP
  4. Tiada Paraben
  5. Tiada SLS/SLES

 

Tips

Selain menggunakan ey gel dan ey cream, pastikan kulit sentiasa moist, dengan pengambilan air secukupnya Kalau rajin pakai lah eye mask untuk membuatkan mata lebih soothing dan relax.

Apa apa pun kulit kita ni memang kena selalu lembab and moist okay.

 

Kalau korang nak beli, ni boleh jer dapat kat mana mana farmasi. cuba pi terjah jer. Tapi kalau malas sangat or tak ada masa korang still boleh secara online ni. Haa.. tengok aku dah tolong tepek info kat sini. Cosmoderm ni dah banyak menang award dalam malaysia.

Kalau rajin baca bebera portal wanita yang lain, memang banyak success story berkenaan produk cosmoderm ni. So aku memang suka sangat produk yang berkualiti macam ni.

 

The post Hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan Eye Gel Cosmoderm appeared first on Modern Mum's Thingy.

Awan nano I yerweng Betong Thailand yang menakjubkan

$
0
0

Aku ni namanya je orang Gerik, tapi hanya jejak betong Thailand tu dalam 2 kali sahaja. Biasanya masuk sana hanya untuk makan makan tapi kali ni tergedik gedik nak ke sana kerana awan nano I yerweng. Osem yakmat bila tengok gambar2 tu. Ada orang panggil awan karpet, ada yang panggil sea mist betong.

 

 

22 December 2018,  we all naik ke penang  terlebih dahulu kerana abam nak ambik barang beskal, we all tidur semalam di penang so sempatlah naik Bukit Bendera waktu malam. View pun cantik juga, ada aku share dalam instagram aku. Dah sampai penang apa lagi, wajib lah makan makan hahaha.😝

So korang ada 2 options ke sana

  1. Plus Highway terus  ke utara , lepas tu masuk Highway Kulim – Gerik – pengkalan hulu
  2. Plus Highway keluar Kuala Kangsar -Lenggong – Gerik – Pengkalan hulu.

Untuk kami, the next day we all gerak ke Gerik, hanya mengambil masa dalam 2 jam dari Penang ikut highway Kulim -Gerik. Aku tidur semalam dirumah arwah bapak aku, dan we all gerak dalam kul 11.00 pagi. Perjalanan hanya 1 jam sahaja dari gerik  masuk ke Betong.

Urusan di Imigresen sangat cepat sebab tidak seramai orang di Hatyai. Belum viral sangat kut heheh. Lepas ni abis lah semua orang kejar nak tengok awan nano.

 

Apa menarik di Betong, Thailand

  1. Makan-makan di Betong.
  2. Air panas Otop Village
  3. Postbox terbesar di dunia
  4. Piyamit Tunnel
  5. Taman winter Flower Garden
  6. Awan Nano I -yerweng

 

We all stay di butterfly hotel hanya rm90 semalam. Agak besar juga bilik ni

 

Shopping tu okay juga, boleh lah beli jersey. Tapi aku ni fokus (konon), heheh aku hanya nak makan dan tengok awan nano. Adalah beli sikit untuk kawan kawan di ofis. Cuma ralat tak beli beras pulut, rupanya kawan-kawan aku berminat . Aku ni tak berapa nak masak masak kuih ni, jadi tak beli lah hahaha.

Jadi kalau korang ke sana jangan lupa cari yer!

Kita orang tak pergi semua pun, hanya pergi Piyamit tunnel dan Awan nano. Best jugak tau pengalaman di piyamit tunnel. Nanti aku share video disana. Tak sangka jumpa komunis real punya, hahah siap interview video dengan dia orang nih  dan paling terkejut mereka adalah  orang cina malaysia dari selangor.

Makan Best di Betong

Tapi kalau korang lajak ke sana, korang wajib cuba beberapa masakan di sana. Juadah korang patut cuba semestinyalah tomyam, kengsom, daging merah yang best, sangat berbeza di Malaysia. Ianya tidak berkuah.

Korang wajib cuba Perut lembu goreng. Rasanya hanya di Betong sahaja yang ada, hatyai pun tak ada. Makanan of course halal. Orang islam yang masak.

 

kerana perut goreng nihlah aku teringat ingat Betong!

 

 

 

Pulut mangga, pulut ayam eh.. kenalah cuba. Pulut sana molek sangat kejadiannya.

Hari pertama sampai, perut dah lapar. Memang waktu lunch. Terus tuju Kedai yang aku biasa pergi makan perut goreng  tapi malangnya tutup, mujurlah ada kedai yang berhadapan tu bukak. so tak dapatlah aku merasa perut goreng yang sedap tu.  Aku cuba jugak kedai tu tapi tak berapa umpph.. tak puas hati,  Kedudukan kedai ni berdekatan dengan pasar basah, kena masuk lorong belakang sikit.  Ada 4 kedai muslim di situ .

Aku cuba lagi kedai lain keesokannya sewaktu perjalanan pulang ni geng geng motor aku yang suggest terjah kedai sulaiman ni. hurmm.. puas! tak sia sia kita orang pusing 2 kali cari kedai ni. We all makan perut goreng, sup tulang lembut, udang petai, daging masak merah. Mabeles

Sempat juga mencuba beberapa juadah sarapan orang muslim betong, Lebih kurang macam kita tapi tak ada nasi lemak yer. nasi pulut ada.

 

Kedai sulaiman, 2 km dari pekan betong menju ke imigresen.

 

 

Cakoi tu sedap, cekodok keledek tu pun sedap sangat. Depan hotel butterfly

Menuju awan nano I yerweng

Kalau tengok google maps, mengambil masa dalam 45 minit dari pekan betong.  kebetulan minggu sebelum tu adik ipar aku ada ke sana, katanya dia orang sewa tuk tuk untuk 8 orang dengan harga RM200.

hurmm.. mahal jugak tu!

Terpikir juga kenapa dia naik tuk tuk, rupanya dia orang terlupa nak beli simkad kut, sebab husband dia dah pergi beberapa kali dengan motorsikal.

So we all stick to our plan, naik sahaja kereta kesana.

3.30 pagi dah bangun. so lebih kurang jam 4.00 pagi we all dah gerak ke sana. Akan melalui 2/3 kali pos kawalan askar thailand. hurmm.. suspen jer. Punyalah sunyi pekan betong ni. mulalah hati gundah gelana, patut sewa tuktuk ker.. hahah.. tapi separuh perjalanan nampaklah van pelancong dalam 2 biji. We all assume dia orang akan menuju tempat yang sama.

So hati lega sikit. We all follow je van tersebut dan ON Waze dalam masa yang sama. Tapi dalam satu selekoh membukit sedikit,  husband aku  cuba nak  follow yang salah satu van tengah overtake van kedua, tapi tetiba rasa gayat pulak sbb 2 kereta potong dalam masa yang sama.

Tetiba rasa ada kereta di hadapan, husband aku pun masuk semula tapi kena honnnn.. dengan salah satu van tersebut huhuhu.. Yer .. agak rapat juga, sbb dalam keadaan panik sikit.  Sudahnya we all berada diantara salah satu van tersebut untuk beberapa minit.

Bila ada ruang we all potong van yang di hadapan kami.

We all dah ke hadapan, kiranya dah tinggal lah kedua van tersebut. Dengan jarak yang agak jauh, sejuk dan sunyi aku tetap rasa naik tuk tuk bukanlah pilihan terbaik ke sana.  Bawak kereta sahaja lebih baik.

Alamak garangnya orang siam ni

Husband aku terus pandu kereta ikut waze, tapi Jalan yang masuk ke dalam tu memang kiri kanan hutan. Aku macam cuak jugak. terbayang hantu siam keluar hahaha

Sesekali ada lah kampung. Tiba kat satu simpang tu waze ni lambat pulak update, so we all dah salah simpang. Kiranya masa dah lari dalam  dalam 5 mins. We all amik keputusan patah balik bila tak nampak van tadi

Semasa we all uturn waze pun menunjukkan simpang yang we all silap tadi.  Seterusnya Jalan agak menaik dah masa ini.

Akhirnya we all sampai juga di kawasan bukit tersebut dan nampaklah van tersebut. Dalam proses nak parking tu, tiba tiba sahaja kereta kena ketuk kuat.

Alamak!

Pemandu van tu terus maki husband, dengan bagi bahasa isyarat scene potong tadi. Muka yakmat samseng oit!!!  dia siap cakap “this is thailand, you better watch out, remember aa.. this is thailand ! ” lebih kurang macam tula. Dalam 2-3 minit jugak lah agaknya dia maki kita orang.

Husband cakaplah sorry sebab memang tak nampak and tak perasan hampir kena. Tapi korang tahulah cakap ayam and itik. dia tak faham pun. Dia tahu nak maki maki jer.

Mujurlah mamat yang jaga parking tu orang islam kita. Mamat siam tu siap tanya pada mamat parking kita orang ni Muslim ke ?. Terus terusan tunjuk rasa tidak puas hati, macam nak bertumbuk dah gayanya. Nasib baik lah ada mamat parking tu  dia yang cool downkan mamat tu. kita dah cakap sorry pun dia dok tunjuk samseng juga.

Mamat parking tu cakap orang siam ni memang macam tu, tak macam orang Islam kita. Dia orang memang ala ala samseng sikit, cepat panas hati cepat marah.

Aduii.. itulah orang siam ni. memang sangat-sangat garang and sombong. Pagi tu Kejadian kita orang beli simkad  pada pagi tu pun lebih kurang macam ni lah. Padahal nak beli barang dengan dia, pun boleh nak cakap dalam suara yang agak tinggi.

Pointnya di sini hahah.. jangan main main dengan orang siam.

 

awan nano I yerweng

Awan Nano I yerweng di Gunung Silipat

Kalau korang google gunung silipat sebenarnya inilah tempat yang sama. Untuk hikers kebanyakkanya kenal dengan nama ini. heheh untuk orang tak berapa nak hikers macam aku ni search tempat ni sebagai awan nano iyerweng . Gitulah .

Kalau korang awan nano I yerweng, ada yang akan arrange kereta korang unntuk parking supaya lebih teratur. Toilet juga disediakan tapi yang paling best ada surau. Lega sangat!

 

Surau di puncak awan nano

 

Sebelum naik ke awan nano I yerweng  we all tunggu dulu masuk subuh, dan terus pergi ke kawasan tunggu naik motor. Ada orang pilih untuk berjalan kaki, heheh kita orang tak berapa nak rajin tambah pulak si kecik tu ngantuk lagi. Bayaran hanya RM2 naik, dan RM1 turun. boleh benor lahkan.

Terdapat dek di kawasan puncak dan beberapa kawasan lain yang agak rendah.

Masa we all sampai tak  berapa ramai sebab we all group terawal juga, nasb baik jugak. So we all duduk dalam 30-40 mins menunggu sun rise. Penting oo nak cari port untuk ambik gambar nih .

Memang cantik bila matahari mula naik, pancaran matahari tu dicelah celah awan nano tu, uuuhhh.. cantik yakmat. semua orang pun berebut nak ambik gambar. So acara ambik gambar tu dalm 30 mins juga lah, sebab susah nak ambik gambar dalam keadaan orang ramai.

Banyak sangat photo bomb! memang mencabar. Berbeza kenangan di Yogyakarta, kita berada di bawah melihat view kabus dan gunung merapi. Ini kita berada di atas, tapi lautan kabus atau awan nano i yerweng itu berada di bawah kita.  Rasa macam nak terjun and lompat- lompat macam dalam cerita kartun

 

awan nano I yerweng

masing masing duduk melihat awan nano terbentuk sementara menunggu matahari naik

 

Lagi satu , ambik gambar dengan handphone walaupun IphoneX heheh memang tak best. tambah2 bila membelakang kan cahaya naik tersebut. Melainkan memang nak effect sillhoute.  Kebetulan aku bawak LED portable. Okay sikitlah . So nampaklah muka.

Bila ada ruang kita orang dapat setup kamera Fujifilm kita orang dengan flash barulah aku puas hati tengok gambar tu.

 

awan nano I yerweng

 

Moral of the story, if korang memang nak capture gambar pemandangan  dengan handphone memang tak cukup. Rugi betul selfie, melainkan korang nak muka korang yang lebih besar dari awan nano I yerweng hahahah… tapi kena pandai cari lighting yer

Semasa perjalanan turun ada jugak kedai yang buka untuk breakfast. Orang Islam yang menjual tu. Kita orang dah terlepas sbb susah sikit nak parking jadinya we all jalan je terus balik, nak cover tidur balik. Oh sewaktu turun, kami melalui kawasan yang tebal tersebut, terasa air di tapak tangan. Sejuk!!

Boleh baca info pasal awan nano di harian metro juga sekiranya korang nak info lebih pasal kawasan betong ni. Jangan lupa baca pasal kisah komunis di Piyamit tunnel pula. 2 entri ni sahaja aku buat untu kisah travel kali ini .

 

 

The post Awan nano I yerweng Betong Thailand yang menakjubkan appeared first on Modern Mum's Thingy.

Viewing all 293 articles
Browse latest View live