Quantcast
Channel: Modern Mum's Thingy
Viewing all 293 articles
Browse latest View live

Hada Luxury Youth Oil penuh khasiat minyak argan dan marula

$
0
0

Seringkali yang bermain di fikiran aku adalah, bab penjagaan muka dan juga make up. Adakah kedua benda ini berasingan atau adakah sebenarnya ia boleh dilakukan serentak pada masa yang sama. Jadi aku terus mencari  dan cuba memahami sehinggalah aku jumpa dengan Hada Luxury Youth Oil yang penuh khasiat minyak argan dan marula oil

Bila masuk lewat umur 30an paling ketara yang aku lihat perubahan pada kulit muka adalah parut sangat lambat untuk hilang, freckles atau jeragat mula timbul dengan meriah. And for my case dah jadi melasma dah.

BACAPanik Attack dengan masalah Pigmentation

Di saat aku menulis ini, aku nak bagitahu aku dah consume hada luxury oil ini hampir 1 setengah tahun.  Hada  mengandungi ekstrak minyak argan oil, marula oi dan beberapa kandungan lain.

buah argan yang menghasilkan minyak argan

Hada Luxury Youth Oil bukan percubaan argan oil yang pertama

Aku pernah beli argan oil sewaktu MAHA tahun 2014 rasanya, Aku lupa dah brand tersebut. Yang pasti aku memang terpengaruh dengan kelebihan minyak ini. Tapi  masalahnya pada masa itu, aku tidak berapa istiqamah dan tidak berapa tahu pemakaianya.

Tahun lepas 2017, aku diperkenalkan Hada luxury oil ni oleh ofismate lelaki, aku ulang .. lelaki tau. Dia bagi aku test free jer. Dia share kisah Isteri dia telah membeli secara pukal untuk kegunaan sendiri dari Morocco disebabkan ingin mendapatkan yang asli. Macamamna pun aku yakin sbb Wife dia memang cantik.

Asalnya untuk kegunaan sendiri, tapi bila dia sendiri yakin dgn khasiat ini terus dia bercadang untuk menjualnya sebab dia telah beli dengan kuantiti yang agak banyak.

Istimewanya HADA Luxury Youth Oil bukan hanya mengandungi khasiat Argan tetapi Marula oil.

Pada mulanya aku ingat ianya akan membuatkan muka berminyak. Eh. bukan aku seorang berperasangka begini tau.

Tapi sebaliknya yang berlaku.

Hampir kesemua orang yang membeli akan punya perasaan yang sama. Salah seorang kawan aku yang turut menggunakannya pula pada asalanya muka agak berminyak tapi tidak ada masalah lagi sejak pakai huda oil ini.

Yelah orang sebut oil terus kita terbayangkan minyak yang bergenang genang kan! minyak ini terus serap dalam kulit kita. Memang best.

Barulah makeup tahan lama dan muka nampak glowing sikit

Hada Luxury Youth Oil memang bagus untuk melembabkan kulit.

Sesungguhnya aku dahulu agak naif dalam menjaga kulit muka. Yang aku tahu kalau nak bagi kulit sentiasa lembab kena minum air banyak (melalui pembacaan walaupun tak buat) lepas tu brg makeup pula pakai foundation dan letak bedak.

Lansung tidak paham keperluan “prep” sebelum mengenakan make up. Makin hari bila tengok Youtube dan IG semuanya bercakap keperluan serum, primer and bla bla. Masih tidak faham, mungkin faktor orang tua hahaha. Agak slow untuk memahaminya

.

BACA : Belajar Make up pula

Kalau boleh aku ulang masa, memang nak jaga muka dari dahulu lagi. Memang tidak acuh lansung masa zaman muda muda .

Jadi, untung anak anak muda sekarang, mereka memang mendapat pendedahan mcm-macam cuma sayangnya kadang kadang tersalah pilih produk pula. Terlebih make up dan salah amik skin care

Aku sangat happy dengan Hada Luxury Youth Oil

Setelah 1 setengah tahun pakai memang aku dapat lihat perubahan hasil pada kualiti kulit aku sendiri. Seriously !

Dahulu hanya berharapkan 3 bulan sekali ke facial untuk overhaul kulit. hahaha. Mana boleh!

Penjagaan kulit ini perlu istiqamah dan dibuat setiap hari without fail. Cuci kena kasi bersih sebersihnya.

Untuk korang yang asing dengan Argan dan Marula oil ini, mari aku share apakah sebenarnya benda alah ini. Sebenarnya bukan argan & marula oil sahaja di campurkan dalam Hada Luxury Youth Oil ini tapi ada ramuan lain. Sebab itulah berbau haram

Lagi satu disini orang hanya heboh dengan Argan OIl tapi di luar negara semua tengah kemaruk dengan Marula oil sebab ia ringan, ia menyerap cepat, penuh dengan nutrien dan menghidratkan super tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Khasiat minyak argan dan marula

salah seorang pelanggan yg share pasal penggunaan pada rambut

Khasiat minyak argan dan marula

Rugi kalau aku tak kongsikan khasiat kedua minyak ni. Jenuh dah aku buat research dan study setelah aku panik dengan keadaan kulit aku dulu. Jadi baik aku kongsikan dengan korang. So apakah argan dan Marula oil

Argan Oil

  • Sangat Femes di Malaysia tapi banyak di brandkan dengan nama lain.
  • Mengandungi Asid ferulik, antioksidan yang memusnahkan radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan UV.
  • Baik untuk kesihatan kulit dan rambut kita.
  • Ciri-ciri anti-oksidan dan anti-keradangan yang membimbangkan untuk pertumbuhan rambut yang kuat.
  • Antioksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak Argan membantu menghilangkan parut dan bintik-bintik umur.

Marula oil

  • Minyak yang dibuat dari buah Marula dan berasal dari Afrika ini merupakan rahsia kecantikan perempuan Kenya selama ratusan tahun.
  • Mampu melindungi kulit dari dehidari bahkan di tempat yang panas.
  • Memiliki kandungan  lemak esensial yang bagus untuk kulit untuk melawan radikal bebas dan membantu melawan kerusakan kulit akibat paparan sinar matahari.
  •  Kaya dengan asid lemak penting Omega 9 – Oleik dan Omega 6 – linoleik yang sangat hidrat dan mengurangkan kemerahan manakala berkhasiat, penyembuhan, pelembab dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Minyak Marula membantu mengurangkan kehilangan air transepidermal dan meningkatkan kelancaran kulit.
  • Bagus untuk kulit, rambut, massage oil, kurangkan signs of aging

kalau nak tahu lebih lanjut khasiat marula oil korang boleh baca di laman web Marie Claire .    atau korang boleh baca dari www.organicfacts.net   atau pun lagi satu link dari negara jiran kita https://www.bukalapak.com/     yang menerangkan juga manfaat dan khasiat marula oil dengan lebih terperinci.

Aku bukan cakap sembarangan.

Memang aku  suka buat research, study, yakin dan baru beli dan pakai.  Jadi apa salahnya aku kongsikan di blog aku ni pula kan.

Rutin Penjaagaan kulit dan Make up sekarang

Sejak dah pandai sikit cara menjaga kulit ini. Aku share rutin cara aku jaga kulit sekarang dan Make up.kan aku dari awal lagi aku mencarin solution 2 in 1 kan.

  1. Cuci muka
  2. Toner
  3. HADA LUXURY YOUTH OIL
  4. Serum
  5. Moisturiser
  6. Sun Block
  7. PRimer (kadang kadang)
  8. Foundation
  9. Bedak.

Walaupun mengambil masa yang sikit lama untuk prep. tapi hasilnya Make up aku boleh bertahan sampai malam kalau musim ABC dan kulit aku pun lebih terjaga.

Eksperimen aku berjaya!

Kalau korang berminat nak membeli minyak ini boleh sahaja wassap kat bawah ni . Memang aku terus bantu opismate aku tu untuk menjual minyak ni sebab aku testimoni bergerak hahaha

Lupa nak share harga pulak

Harga

  • RM69 untuk 15ml
  • Postage rm7

Maklumat penuh

Website : http://www.hada.com.my

IG : @hada.com.my

Marula oil ni mahal tau. Kalau tak percaya cuba korang gugel. Tapi yang ini siap combine dengan argan  Oil lagi. PERFECT COMBO

Kalau berminat boleh  tekan jer icon wassap bawah nih…

The post Hada Luxury Youth Oil penuh khasiat minyak argan dan marula appeared first on Modern Mum's Thingy.


6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

$
0
0

Kalau sebelum ni aku pernah share 10 tempat menarik untuk aktiviti keluarga di kuala Lumpur, Jom kita pusing pusing area selangor pula. Memang banyak lokasi 6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor untuk aktiviti keluarga di hujung minggu.

Pelbagai pilihan yang ada mengikut lokasi dan semestinya mengikut bajet keluarga.

Yang pasti tempat  sebegini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan family kita dan anak anak. Ianya pasti sesuatu yang Priceless !

 

Sunway Lagoon

Taman tema air di Petaling Jaya, yang terletak hanya 15 minit dari Kuala Lumpur. Mempunyai lebih 80 jenis taman yang menjadi tarikan pelancong terdiri daripada Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem atau Taman Jeritan, atau habiskan keseluruhan hari anda dengan merasai kesemuanya.

Rasai pengalaman berada di pantai berpasir untuk meluncur, jambatan gantung terpanjang di dunia untuk laluan pejalan kaki, permainan pelancar tertinggi di Asia, zoo interaktif pertama di Malaysia dan laluan keluang ‘flying fox’ terpanjang di Asia.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik pengunjung datang seperti karnival dan konsert.

Marilah berkunjung ke Sunway Lagoon sebagai tempat untuk bergembira bersama keluarga dan juga tempat bersantai, sesuai untuk golongan tua dan muda.

Wet World 

Taman tema air pertama di Shah Alam yang terletak di pinggir Tasik Shah Alam dan sangat sesuai untuk melakukan aktiviti santai bersama seisi keluarga. Dibuka pada 1995, memenuhi keselamatan pengguna bawah umur dengan kedalaman air tidak melebihi satu meter yang dianggap sebagai mesra kanak-kanak.

Antara permainan air yang menjadi tarikan ialah Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island.

Selain itu, kedudukan tempat-tempat menarik di Shah Alam memang berdekatan antara 1 sama lain, contohnya lokasi wet world dengan Bukit Cerakah iaitu dalam 10 minit memandu.

Disamping itu, pengunjung juga dapat melihat flora & fauna di taman botani Shah Alam.

Bangi Wonderland

6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

berada di lokasi yang strategik di antara Bangi dan Kajang berhampiran dengan susur keluar Bukit Mahkota Lebuh Raya Utara-Selatan.

Bangi Wonderland menawarkan 15 tarikan permainan berasaskan air iaitu Boomeriang, Water Cannon, Spiralax, Body Slide, The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.

Antara tarikan lain adalah Wonder Loop, Magic Funnel, Green Pearl, Pirates Bay, Kids Adventure, Meander River, Typhoon River dan Pirate Spa.

Selain itu, pihak Bangi Wonderland turut menyediakan pakej-pakej keramaian atau majlis persendirian bagi pengunjung yang berminat.

    

 

Kidzania Kuala Lumpur 

6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

Tempat menarik sesuai untuk kanak-kanak merasai pengalaman berkerjaya seperti orang dewasa. Lokasinya terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Anak-anak anda boleh merasai berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, stesen radio, studio TV, teater dan banyak lagi.

Terdapat 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak.

Mereka akan bekerja dan diberikan gaji. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania dipanggil KidZos, boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalamnya.

Aktiviti KidZania ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Jumpstreet Asia

6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor

JumpStreet Trampoline Parks ini terletak di daerah Petaling Jaya, iaitu berdekatan dengan landmark Jaya One. JumpStreet Trampoline Parks adalah tempat permainan urban yang menakjubkan dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan trampolin dari lantai hingga ke dinding.

Bagi mereka yang pernah melalui pengalaman hebat bermain di sini, mereka pasti akan datang kembali.

Bagi mereka yang belum mencuba, datang dan rasai sendiri pengalaman di JumpStreet Trampoline Parks terbesar ini.

Datang bersama rakan-rakan dan keluarga anda untuk menikmati keseronokan melompat di indoor JumpStreet Trampoline Parks ini.

  • Waktu Operasi: Hari biasa 11pg – 9mlm, Sabtu & Ahad 9pg – 9mlm
  • Harga Tiket: RM27
  • Tel: 03-7969 1051

District 21 

Aktiviti lasak cukup sinonim dengan kawasan hutan dan bukit-bukit yang dijadikan medan untuk penggemar setia sukan lasak menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

Namun sekarang tidak perlu ke hutan lagi kerana sebuah taman tema pengembaraaan, District 21 telah di buka di IOI City Mall Putrajaya.

Pendek kata, semua aktiviti yang disediakan sangat mencabar dan lasak.

Apa yang menarik tentang District 21 ialah ibu bapa boleh menjadi penjaga anak mereka ataupun boleh turut sama sertai anak-anak dengan aktiviti yang disediakan. Di District 21 terdapat 11 tarikan pengembaraan dan kebanyakannya tidak pernah dilihat di Asia.

Antaranya ialah wall climbing, roller glider, pump track dan banyak lagi.

 

Negeri Selangor memang banyak tarikan menarik

Negeri Selangor bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa tetapi pada masa yang sama, memiliki pelbagai tempat yang indah dan menarik untuk aktiviti keluarga.

Kempen Discover Selangor, #TakeMeAnywhere pada tahun ini juga memberi penekanan kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk melawati tempat-tempat menarik di Negeri Selangor

Jom bawa famili kita!

The post 6 Tempat Aktiviti Menarik Di Selangor appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Cinta Bukan Kristal

$
0
0

Sinopsis Cinta bukan Kristal

Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya atas desakan Mak Su nya.  Percintaan aryana dan  Syafiq anak ketua kampung mendapat tengtangan sekeras kerasnya dari Mak su nya lakonan Ayu raudah. Mak Su sendiri menghadapi konflik dalam rumahtangga dan mereka hidup atas jualan kuih muih sahaja. inilah antara  titik tolak untuk Sinopsis Cinta Bukan Kristal
Sinopsis Cinta Bukan Kristil
Akhirnya dia dihalau untuk terus berdikari di Kuala Lumpur. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Sifat jujur gadis kampung berjaya menarik perhatian Dato Manan dan isterinya untuk mendekati gadis ini.
Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai  pembantu pejabat Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.
Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Namu Adrian sering ditinggalkan bersendirian menguruskan hal keluarga kerana Sofia terlampau sibuk dengan urusan perkerjaan sebaga pensyarah dan mengambil PHD dalam masa yang sama.
Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini? Ianay satu temparan hebat untuk sofeia lakonnan Iskandar yang ambil mudah atas urusan rumhatangganya.  Keletah aryana bukan sahaja memikat Dato Manan dan keluarga malah Adrian suaminya sendiri.

CINTA BUKAN KRISTAL

JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Nana Khalil, Shuhdatul Ain, Siti Solehah
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh

The post Sinopsis Cinta Bukan Kristal appeared first on Modern Mum's Thingy.

Cabaran di e channel NegaraUmmph TV

$
0
0

Korang, aku baru sahaja hantar satu video yang memang UMPPHHHH... hehehe walaupun tak mencapai tahap AF atau Malaysian Idol tapi ini sesuatu yang berkaitan dengan  Hari Kebangsaan 2018 kita. Korang kena tahu pasal NegaraUmmph TVni.

Tahun ni memang special sikitlah bagi aku, dengan pucuk pimpinan baru ianya seolah Nafas baru untuk rakyat Malaysia kan dan aku memang sokong program seperti ini. psst.. aku memang seorang yang patriotik tau.. tengok perbarisan hari merdeka pun boleh meremang bulu roma hahaha.

 

NegaraUmmph TV

bawa anak pergi tgk Perbarisan hari kemerdekaan tahun 2015 rasanya nih

 

Jadi, sebab itulah aku sokong 100% program macam ni, sebab ianya bagus untuk menaikan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia tak kiralah Melayu, Cina, India, atau lain lain.

 

BACA : Tempat menarik di Selangor

 

Program NegaraUmmph TV ini adalah adalah satu echannel yang akan berlansung terus menerus  selama 24 jam pada hari kemerdekaan kita nanti iaitu pada 31 Ogos 2018. So nama pun gah haruslah ianya berkaitan dengan Negaraku, dimana ia akan memaparkan wajah wajah rakyat Malaysia yang ceria dan gembira menyanyikan lagu Negaraku.

So apa yang kita perlu buat hanyalah ambil video dan submit. Tadaa… simple sahaja.

 

Bagaimana anda boleh turut serta dalam cabaran NegaraUmmph TV

Semua Handphone dah boleh buat rakaman video kan, tapi sebaiknya ambillah dengan pencahayaan yang baik baru lah jelas muka tu .. biarlah satu Malaysia nampak gitu. Kalau ada Mic pun bagus juga.

Nyanyilah dengan bangga tau. Tak kiralah bersama sahabat handai atau keluarga kalau nak menggunakan instrumen musik pun boleh. Amat digalakkan. Macam aku heheh aku paksa anak dan husband join sekali.  Seronok oit. kelakar pun ada juga sebab aku selalu ke laut. Bila dengar balik malu pun ada tapi demi negara apa salahnya.

Tak kiralah korang berada di mana, di Malaysia atau di Luar Negara, janji ada internet dan boleh masuk ke laman web NegaraUmmph TV

 

NegaraUmmph TV

Baper kali take daaaa.

Cara menyertai NegaraUmmph TV

  • Langkah 1: Pergi ke http://negaraummph.tv/
  • Langkah 2: Rakamlah Lagu Negaraku dengan versi tersendiri
  • Langkah 3: Klik hantar
  • Langkah 4 : Tunggu sahaja video korang live dengan jutaan rakyat malaysia yang lain pada 31 Ogos nanti.
NegaraUmmph TV

korang boleh upload atau terus record sahaja nanti

 

Tak kisah lah korang nak humming atau macamana sekali pun janji bunyi lagu Negaraku tau. Jangan  jadi lagu negara lain pulak hahaha.. tapi yang pasti, korang kena pastikan ianya UMMMPH.. .and penuh semangat. Lepas tu nak best lagi apa kata korang share di sosial media so kawan kawan pun boleh tahu program ini, kita kasi Viral lah… Takkan nak femes sorang sorang jer hahaha.

Eh.. maksud apa kata kita kongsikan positif vibe macam ni. Jom kita kuatkan semangat rakyat Malaysia bersamaNegaraUmmph TV.

TQ BOH untuk idea yang brilliant macam ni.

 

 

The post Cabaran di e channel NegaraUmmph TV appeared first on Modern Mum's Thingy.

Restoran Halal di Perth yang mendapat status halal daripada Western Australia Halal Authority

$
0
0

Kalau datang ke Perth, Jangan risau  ada banyak Restoran Halal di Perth yang boleh kita cari. Cuma harganya kalau kita convert dengan duit RM memang agak terasa lah. Tapi kalau dah bosan masak or tak sempat boleh sahaja terjah restoran halal ni.

Penduduk Islam di  Perth,  memang boleh dapatkan senarai premis makanan yang mempunyai status halal daripada Western Australia Halal Authority. Jabatan ini telah menyediakan sebuah ‘booklet’ yang boleh didapati di masjid atau di premis runcit milik orang Islam.

Terima kasih kepada azlin ahmad dari group cuti perth yang telak kongsikan maklumat yang sangat berguna. Kalau dapat awal info ni memang akan mudah. Jadi aku simpan kat sini untuk rujukan masa depan dan untuk orang lain juga sebab nak ulang repeat perth lagi nanti.

BACA : England aku datang lagi

Tetapi perlu diingatkan menurut kawan aku yang menetap di Perth katanya, segala yang menggunakan servis selalunya harganya agak tinggi. Memang betul pun. Aku peminat BOOST, ingatkan pergi ke OZ dapat murah tapi lagi Mahal.

Jadi baiklah kita masak sahaja. Kos barang mentah agak murah. Tapi .. eh tapi lagi, dalam banyak-banyak tempat ini aku nak remind, korand wajib cuba 2 tempat makan yang takkan dapat sama di Malaysia.

Restoran Daniella yang menyajikan Lamb Ribs dan juga di Freemantle dengan sajian fish and chips, lobster di situ bagi aku so-so jer.

Restoran Halal di Perth

  1. D’ Angkasa Restaurant
    Unit 1 Clarence House,
    566 Hay Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9325 1747Satu hidangan boleh dimakan untuk dua orang.
    Dari jam 11:30 pagi – 4:30 petang,
  2. Indonesia Indah Restaurant
    118-120 Barrack Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9221 3970
    Menyediakan makanan nasi campur.
  3. Utopia Barrack
    71, Barrack Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: 0433 826 888
  4. Shimizu Donabe and Bento
    166, Murray Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9221 0111
  5. Lebanese Roasted Chicken & Kebab Express
    Shop 1, 544 Hay Street,
    Perth, WA 6000
    Tel: (08) 9218 8567
  6. Sri Devi Curry House
    313, William Street,
    Northbridge, WA 6003
    Tel: (08) 9228 8720
  7. Utopia Square
    14, 109 James Street,
    Northbridge, WA 6003
    Tel: 0433 826 888
  8. Q International Cuisine
    71, Bennett Street,
    East Perth, WA 6004
    Tel: (08) 9325 6206
  9. Tamarind Cafe
    20/40 St Quentin Ave
    Claremont WA 6010
    Tel: (08) 9385 6616

(Sekitar Fremantle)

  1. Istanbul Restaurant
    19B Essex Street
    Fremantle, WA
    Tel: (08) 9335 6068
  2. Royal Malaysian Cuisine
    Shop 22, 155 Canning Highway
    East Fremantle, WA 6158
    Tel: (08) 9339 8337
  3. Maya Masala
    Shop FC 7, Belmont Forum
    Shopping Centre
    227 Belmont Avenue
    Clovedale, WA 6105
    Tel: (08) 9478 5355
  4. Charcoal Chicken Express Cafe Dianella
    Shop FS 01 Centro Dianella
    Corner Grand Promenade and
    Alexander Drive
    Dianella, WA 6059
    Tel: (08) 9276 9122kerana kedai ini lah motivasi kami nak datang ke Perth hahaha. Lamb rack dia jauh lebih sedap dari TONY Romas. Banyak dan Murah ya amat secara relatif kalau kita hendak bandingkan dengan Value sejenis RIBS di Malaysia.
nt/uploads/2018/08/daniella.jpg” alt=”” width=”600″ height=”424″ sangat juicy dan lembut>

[caption id="attachment_6123" align="alignnone" width="600"]

kali lah denagn 3. Rack of lamb ribs tu bawah RM70. masih murah dibandingkan dengan tony romas

  1. Out Back Jacks Cannington
    1-13 Hamilton Street
    Cannington, WA 6107
    Tel: (08) 6350 1994
  2. Malaysian Dining Delight
    111, Manning Road
    Bentley, WA 6107
    Tel: 0424 522 486

Dibuka dari jam 11 pagi – 10:30 malam.
Popular dikalangan pelajar Universiti Curtin kerana terletak tidak jauh dari kampus.

BACA : Eh boleh dapat tiket murah di Matta Fair

Restoran Halal tetapi tiada logo halal di premis

  1. Ispa Kebabs
    110 William Street
    Perth Western Australia 6000
    Tel : 08 9379 0022

Premis ini dibuka dari jam 9 pagi – 9 malam.

Terdapat beberapa cawangan lagi iaitu di Harbour Town, Wellington Street dan beberapa pusat membeli-belah di luar bandar.

  1. Insan’s Cafe
    113 Murray Street
    Perth WA 6000, Australia
    Tel:+61 8 9221 0588

Ia dibuka dari jam 11.30 pagi – 9 malam.

  1. Levant Lebanese Restaurant
    139 Barrack Street
    Perth WA 6000, Australia
    Tel:+61 8 9325 3496

Ia dibuka dari jam 9 pagi – 9 malam.
Telah beroperasi selama lebih 15 tahun.  Makanan arab  sejati  di Perth

  1. Satay On Charcoal
    6/16 Mends Street
    South Perth 6151

Ia dibuka dari jam 5 petang – 9 malam. Ditutup pada hari Khamis.
Lokasi premis ini agak terlindung sedikit berada di Mends Street, terletak di belakang premis Roj Kebab.

  1. Roj Kebab
    16, Mends Street
    South Perth, 6151
    Tel: 08 9368 2668

Dibuka dari jam 11.00 pagi – 11 malam.
Lokasi premis ini lebih strategik dari premis Satay on Charcoal.
Makanan yang dijual adalah dalam kuantiti yang banyak. Satu hidangan “Seafood Basket” boleh dinikmati dua orang.

  1. Makan-Makan
    357 Albany Highway
    Victoria Park
    WA 6100
    Tel: (08) 9470 2333

Tips Mencari makanan di Restoran Halal di Perth :

  1. Waktu operasi kebanyakkan restoren ini bermula jam 11 pagi – 3 petang. Kemudian ia ditutup sebentar sebelum dibuka semula jam 5 petang – 10.30 malam.
  2. Kebanyakkan makanan dihidangkan dalam kuantiti yang besar. Satu hidangan boleh dikongsi dua orang. Melainkan jika saudara mempunyai selera yang besar.
  3. Dikebanyakkan premis, cili sos disini tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Ada yang terlampau pedas dan ada juga yang masam.

The post Restoran Halal di Perth yang mendapat status halal daripada Western Australia Halal Authority appeared first on Modern Mum's Thingy.

Imaan Suci Wipes cuci make up dengan mudah

$
0
0

Dulu kan, aku skeptikal bila ada sorang member ni cerita pasal imaan suci wipes ni bagus untuk remove make up. Selama harini, aku pakai baby wipes jer .. hehehe. Bagi aku sama sahaja. siyess. So memang lah tak tergerak nak beli. Until one fine day sorang kawan aku bagi test sendiri, barulah aku dapat rasakan perbezaannya.

 

imaan suci wipes

nampak tak muka aku terkesima tuu….

 

Texture tisu nya agak berbeza, ringan dan macam ada corak corak seperti honey comb diatasnya. Sangat Lembut dan boleh diregang regangkan tapi susah nak koyak.

Sejak pandai jaga kulit nih walaupun dah masuk ‘gold series’ aku memang tersangatlah risau tahap kesihatan kulit ni.  Takut kisah menyesal berulang kembali. Masa takkan berpatah balik tau, korang kena ingat ni. Jenuh dah aku bebel dalam blog aku pasal masalah kulit aku yang ada pigmentasi ni.

Dah pandai Make up

Bila dah rajin make up maknanya aku bukan lagi pakai bedak dan gincu. Aku baru tahu cara nak ‘prep’ muka sebelum aku oleskan muka aku ni dengan eye shadow, blusher dan gincu. Kalau korang baca entri belajar make up  aku sebelum ini memang aku cuba follow step itu sebaik mungkin.

Paling aku tak tinggal untuk aku letakkan argan and marula oil, serum susuk beradu, mositurizer cream, sun block dan primer kalau rajin barulah aku letak foundation seterusnya bedak dan bla bla bla. So boleh korang bayangkan berapa banyak layer aku letak?

Semua ni untuk jaga kesihatan kulit. Takut nanti foundation akan masuk terus kedalam pori pori dan akhirnya ada jerawat.

Alhamdulilah uolls..  lama dah muka ni tak ada jerawat, Orang kata pakai make up akan buatkan kulit rosak. Kalau main letak terus macam tu memang lah. Yang penting  dan amalkan step prep tersebut dan jugak dari segi aspek pembersihan.

Imaan suci wipes penyelamat.

Disebabkan berlayer layer prep tu, jadi bab pembersihan itu sangat penting walaupun aku pakai pencuci muka. First and foremost kalau betul nak kulit sihat korang kena pastikan make up kita di buang sebersih bersihnya.

Kalau keluar berjalan di shopping mall pakai imaan suci wipes ni zasss… senang. Aku  pastikan aku bawak ia kemana mana. Actually pakai imaan ni memang dah boleh hilangkan make up dan ko boleh sembahyang dengan senang hati. Kalau ambil air sembahyang tu memang sampai ke muka tanpa was was.

Tu yang kadang marah bila kita pakai telekung di surau korang kan nampak byk telekung yang berbekas foundationkan. Alahai kalau malas sangat bawaklah Imaan suci wipes ni.

Kalau pergi facial, korang perasan tak dia orang akan cuci muka kita berulang kali. Sejak aku mula titik beratkan pasal babjaga muka ni memang aku jadi seorang yang oberservant. Di rumah aku sendiri ada beberapa pencuci muka yang aku suka cuba dan test.

Dalam bentuk foam, cream, milk cleanser ataupun oil. Semua aku ada. Semuanya sebab aku nak pastikan muka memang betul betul bersih.

Tapi sebelum itu aku akan pastikan aku pakai make up remover terlebih dahulu. In fact Imaan suci wipes ini juga boleh dijadikan rutin harian dalam proses membersihkan muka.

Jadi kalau kita keluar takkan lah nak bawak semua kan.  Walaupun berjalan dengan handbag yang besar cukuplah aku pastikan aku bawa Imaan suci wipes dan juga zing radian film yang sangat handy tu.

Insyallah bahan bahannya adalah yang selamat untuk dipakai.

Bahan Bahan

  1. Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)
  2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak
  3. Phenoxyethanol : ejen pewangi
  4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)
  5. Perfume : minyak wangi haruman bunga
  6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )
  7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic
  8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )

Terkini yang aku tahu mereka telah tambah lagi formulasi untuk Imaan Suci Wipes iaitu formula Aloe Vera dan Double vitamin E. Korang boleh follow laman web Imaan World untuk update terkini.

Jadi pastikan dalam setiap handbag korang ada Imaan Suci Wipes ni. Barulah telekung di setiap surau tidak melekat foundation dari muka kita tu. MUka bersih hati pun senang nak beribadat kan. tak gitu?

The post Imaan Suci Wipes cuci make up dengan mudah appeared first on Modern Mum's Thingy.

Aduhh pening, Jubin lantai meletup dan pecah

$
0
0

Jubin lantai meletup dan pecah  secara tiba tiba ni  confirm boleh buat laki bini pening kepala tau.  Ini lah benda yang berlaku pada kami awal bulan Ogos hari tu betul betul sebelum trips aku nak Perth. Sedang elok elok baca pasal perth di internet. Tiba tiba je kita orang dengar bunyi meletup-meletup kecil dari bawah jubin.

Hanya keluar bunyi ” tiiik…. tiik… tiik “ untuk seberapa seketika, rasanyalah dalam beberapa minit. Lepas tu .. haaa tu dia.. terus meletup “Prak…. Prak…” macam gempa bumi.

 

Jubin lantai meletup

Jubin yang mula mula meletup dah pecah

 

Terbuka dan terjungkit dua tiga jubin yang berdekatan. Memang tak sempat nak ambik video. Berlaku terlampau pantas.

Serius panik. Sebab kekonon rasa macam gempa bumi lah. Mendapan tanah lah. Memang macam blur tau. Dan sewaktu benda ini berlaku dalam waktu malam seingatnya dalam pukul 9 malam. Oh dan pada masa ini berlaku waktu siang dinegara kita terlampau panas. Ada kaitan tak agaknya yer?

Tepuk dahi kita orang.

Apa nak buat pun tak tahu. Terus lah we all bukak laptop and google. Terus dah tak study pasal Perth. huhuhuu.. ni antara infor dari  sinarharian yang aku dapat baca

So banyak lah info yang kami dapat sebab- sebab berlaku ini. Tapi masih tak puas hati so kami pun gigih bertanya dengan kawan kawan yang lain.  Pelbagai assumption yang keluar  pasal Jubin lantai meletup dan pecah ini . Yerlah case ini sangat rare. Tidak semua orang bertuah untuk mengalami masalah macam ni kan.. huhuhu

Dalam kepala otak ni terus terbayangkan RM yang akan melayang nanti. Abislah tahun depan dah tak boleh travel. Giler serabut.

Lupakan Seketika masalah Jubin lantai meletup

So  akhirnya kami tetap pergi Perth , lupakan hal ini sementara waktu. Sebab benda dah nak jadikan. Alhamdulillah memang kami enjoy dekat sana sambil gelakkan diri sendiri nak tanggung kos yang tak dijangka. Plus nak melayan habuk habuk dalam rumah nanti.

Sebenarnya kami cuba berlapang dada dan anggapkan ini hanya dugaan kecil jika dibandingkan dengan masalah  orang lain. Or (aku ni biasalah) terus terpikir maybe zakat tak cukup bayar ker, sedekah tak cukup ker. Sebab sebahagian pendapatan kita kan hak milik orang lain juga.

Eh… ter divert cerita lain pulak.

Back to reality

So apa yang berlegar difikiran kami suami isteri, adakah kemungkinan besar kami perlu menggantikan jubin pecah yang terlibat atau satu kawasan penuh family area. Kalau separuh adakah kami yakin kawasan lain tidak affected.

Kedua sanggupkah nak lihat jubin yang berlainan warna. Aduh sakit mata ni nanti. Jadi kami mula panggil beberapa kontraktor untuk dignosed dan sebut harga. Sebab memang clueless lah pasal benda ni. Cuba cari info di internet pun tidak mencukup. Jadi disinilah aku rasa aku  perlu share pasal dark history in our life gitew..

Jubin lantai meletup

proses bongkar tiles dah settle now letak tiles baru pula

Kemungkinan faktorJubin lantai meletup dan pecah

  1. Jubin 2 x 2  mudah pecah
    kontraktor mengatakan kebanyakan kes owner yang bersize begini yang banyak menghadapi masalah jubin pecah. Luas permukaan yang besar dan terdapat ruang udara
  2. Jubin baru di bina atas jubin lama
    Kerana tidak mau rumah terlampau berhabuk, kontraktor terdahulu mencadangkan kami bina jubin baru diatasanya. Jadi faktor gam yang tidak kuat.
  3. Tidak Cukup ‘ Gam”
    Untuk pemasangan jubin, perlu pakai simen gam yang khas. Jadi kemungkinan tidak cukukp kuantiti diletakkan
  4. Jubin terlampau rapat
    Kesilapan kami dahulu, kononnya tidak suka jarak jubin yg renggang. So ini sebenarya tidaklah bagus sekiranya ada ‘ pressure’ dari faktor perubahan tanah atau suhu.

Salah seorang kawan aku dalam bidang arkitek cakap, agak pelik sebab ianya berlaku selepas 10 tahun dari tarikh we all  pasang jubin ini. Sekiranya memang ada masalah gam tidak cukup, selalunya berlaku pada 3 tahun pertama.

Pelikkan .. heheh. so kemungkinan faktor jubin yang terlampau rapat yang menyebabkan ianya berlaku.

 

antara cement gam yg dipakai

 

Jubin Dining area pula pecah

Aduh, masalah lagi. Sewaktu aku on the way ke rumah kawan untuk small gathering, Abam call katanya Jubin dining pula dah terjungkit. Tepuk dahi kali kedua.

Habis meja makan pun boleh terangkat katanya. No choice terpaksa rush untuk beli tiles lagi sebab we all ada 1 hari lagi dengan kontraktor ni. Hati tak tenang sewaktu aku ber gathering dengan kawan kawan. Huhuhuh itupun terlambat sampai rumah.  Kami perlu selesaikan dengan segera sama ada pilih tiles yang sama atau berlainan size untuk mengelak melarat ke kawasan dapur pula.

Dah kena pikir RM tambahan.

So lesson learned !

Harapnya pengalaman kami dapat membantu orang lain yang jugak nak buat renovation nanti.  Cuma kami bersyukur sebab selama hari ini kami hanya bergantung kepada wak kontraktor yang sama kebetulan dia pulang ke Indonesia.

Kami mencuba memanggil 2 kontraktor yang lain. Alhamdulillah dapat 2 harga yang berbeza. Sekurang kurangnya dapat membuka mata kami harga renovation kami terdahulu agak mahal rupanya. Aduh tertipu rupanya.

Kontraktor yang kami dapat ini hasil gugel di FB. Kerja memang pantas dan murah . Walaupun mula mula agak takut takut. Total hari yang diambil dari hack sampai siap 4 hari sahaja.  Kualiti pun bagus dan yang penting murah separuh dari harga yang lain.

Kalau sapa sapa berminat nak no dia .. sila pm sis. rasa takut pulak nak share nanti ada orang marah ker kan.. takut orang cakap kacau harga market.

Atas benda yang berlaku ini membuatkan kami terus terfikir perlu mengasingkan duit kecemasan khas untuk perkara sebegini. Selama harini ini hanya fokus untuk tabung simpanan masing masing dan hanya mempunyai tabung travel bersama.

Jubin lantai meletup

Yeay dah siap dalam masa 3 hari. tapi … nampak tak dining area kat belakang tu dah pecah juga

Dari RM300 sebulan seorang kami bersetuju untuk tambah jadi RM400 seorang.  Rumah yang dah hampir 15 tahun ini memang memerlukan maintenance setiap tahun.  itu belum lagi masalah bumbung bocor, kabinet almari rosak dan pagar pecah hahaha…. sekarang kami perlu prioritized kan apa yang perlu.

Beginilah kehidupan rumahtangga, huuhuh memang memerlukan pengurusan kewangan yang betul.  Kali ini terpaksa lah kami suami isteri ambil dari tabung simpanan masing masing jer. So lepas ni kena buat tabung lain pula.

 

berangan nak buat konsep macam ni pulak. nak kaler scheme macam ni lah

The post Aduhh pening, Jubin lantai meletup dan pecah appeared first on Modern Mum's Thingy.

Serum susuk beradu bagus untuk penjagaan kulit lebih sihat

$
0
0

Nak tanya korang, korang amalkan tak pemakian serum dalam rutin harian korang? Rasanya kalau tanya memang ramai yang tak amalkan kan? Haa.. ni aku nak terangkan betapa pentingnya kena letak kat muka kita tu… so ini kalilah kita cerita pasal serum susu beradu.

Ramai tiada kesedaran keperluan serum dalam rutin harian

Sebenarnya kalau aku buat survey dikalangan umur macam aku or to be specific kawan terdekat di opis dan kawan-kawan sekolah, yakni umur 40-50 tahun, kesedaran untuk menjaga kulit ni memang agak kurang dengan awek awek yang muda remaja. Padahal purchasing power tu dah ada.

Kebanyakkan rasa tidak ambik endah, rasa terlewat, tidak ada rasa keperluan sbb telah berkahwin dan punya keluarga.

This is reality.

Tapi aku sangat tak bersetuju kalau pandangan sebegini. Jangan terantuk baru terngadah.

Berbanding pula dengan golongan umur 20-35 tahun lagi concern bab menjaga kulit ni sebab tengok IG, Fb dan rajin baca blog macam aku nih. Mak mak yang umur 40 ke atas ni aduii tak sempat nak godek so hanya mengamalkan apa yang orang dulu buat.

serum susuk beradu

hari pertama pakai serum susuk beradu ni. eh.. bila tgk gambar mcm smooth pulak kaan .

Tapi itulah  kadang-kadang golongan yang muda muda  ini pula ada yang terover concern pun ada sampai tersalah beli skincare pun ada pulak. Jangan beli yang timbang kati yer.

So cerita bab mak mak yang umur 40an ini .. yang dah umur golden series ni consider macam agak terlewat. Kena pilih skincare yang untuk aging pulak. Tak boleh yang biasa biasa. Antaranya aku lah.. hahahha.. lewat 30an baru lah kelam kabut sebab dah keluar seketul pigmentasi yang membentuk melasma. Kalau aku tak rawat dengan cepat akan jadilah butterfly melasma di kiri kanan pipi aku nih.

Panik ya amat!!

Jadi mana mana reader yang baca pasal entri ini. Aku nak korang Insofff macam aku. Serius nih, nanti sendiri yang menyesal.

Rutin harian aku dulu, letak benda yang paling basic kat muka tepek bedak pakai gincu. Bab penjagaan muka pula setakat cuci muka dengan facial cleanser dan pergi ke beauty centre  4 bulan sekali. Exfoliate pun ikut dan. But now semua dah berubah. Am getting better walaupun agak terlambat. hahhaha..

serum susuk beradu

Kenapa serum penting

Sebenarnya makin kita tua, makin kulit kita makin kurang aktif seperti dahulu. Kollagen pun makin berkurangan. Jadi kalau kita tidak treat atau ambil tindakan yang sewajarnya so makin teruklah kualiti kulit muka kita.

Actually it applies to all. Badan kita ni pun kena setiasa sihat. Kena selalu bersenam barulah pusingan hormon badan kita cantik. Toksik-toksik pun boleh keluar melalui peluh. Semua kena seiring.

Jadi selain dari rutin penjagaan muka aku sangat sangat menyarankan korang ambil Serum dalam ruti n penjagaan kulit atas sebab sebab ini

  • kelembapan yang lebih tinggi
  • lebih halus
  • Kadar resapan lagi tinggi
  • Moisturiser untuk bahagian luar tapi, serum meresap ke dalam kulit
  • Menguatkan dan mengukuhkan sel sel kulit dari dalam
  • Untuk elak penghidratan,
  • Peningkatan khasiat
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah jerawat

Walaupun krim muka lain mengandungi hanya 5 hingga 10 peratus bahan aktif, serum muka boleh mengandungi sehingga 70 peratus! 

Kulit pasti akan lebih cantik, tekstur licin, menjadikan liang  pori pori kelihatan lebih kecil dan meningkatkan tahap kelembapan.

Oh yes.. selain aku risau pasal masalah jeragat ataupun pigmentasi, aku perasan pori pori dimuka aku makin membesar. Maybe sebab kulit muka tidak anjal seperti dahulu. Jadi sebab itulah aku tak tinggal dah serum ni. 

serum susuk beradu

Kenapa Serum Susuk Beradu

Sebenarnya memang kita boleh dapat pelbagai serum dipasaran. Tetapi serum selalunya harganya lebih mahal dari penjagaan kulit yang lain. Boleh mencapai ratusan ringgi. Tetapi  Serum Susuk beradu hanya RM60 sahaja untuk satu botol yang berisi 10ML.

Serum ini dikeluarkan oleh Imaan Suci World (ISW) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, yang  juga terkenal dengan produk utamanya iaitu koleksi wipe tissue tanpa alkohol, Imaan Suci Wipes. Setiap produk ISW dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi untuk korang yang merasakan serum ini tidak perlu dalam rutin penjagaan muka, apa kata korang cuba try test sendiri dengan serum susuk beradu yang mengandui 24k gold dan beberapa khasiat lain. Confirm korang akan rasakan perbezaan yang ketara.

No harm of trying sebab serum susuk beradu ni sangat worth it dengan harga dan khasiatnya.

The post Serum susuk beradu bagus untuk penjagaan kulit lebih sihat appeared first on Modern Mum's Thingy.


Itinerari ke Perth 7 hari 6 malam

$
0
0

Yeay kami dah  jejak Perth pada 10-16 Ogos 2018. Jadi, mari kita share Itinerari ke perth 7 hari 6 malam dan apa yang istimewanya negara kanggaroo ini.

Korang nak tau, sebelum ini ajakan aku untuk ke Australia selalu abam aku tu haa…,memang tak pandang lansung.

Kononnya OZ ni dekat boleh pergi bila bila. Dah pergi Europe, US and Jepun tapi susah betul nak convincekan abam untuk ke sini. konon nak p tempat yang jauh – jauh dulu.

Tapi bila bagitahu sini ada Factory Outlet yang best jugak, hahah terus dia pun tergedik gedik buat research pasal Perth.  Travel bagi kami kena complete. Makan best, scenary best and shopping mampu milik and best lah. Kalau tak memang rasa tak lengkap.

Ada kawan aku pula tidak suka bershopping. Mesti dia pening kalau join travel trip kami ni. Lain orang lain caranya lah kan. Ikut sendiri.

Okay mana nak mula dulu yer. Banyak ni nak cerita.

Itinerari ke perth 7 hari 6 malam

Perth airport jam 6.50 pagi. sebab flight kul 12.30 malam

Harga tiket yang kami dapat dalam RM580 seorang, return tau!! Murah ke mahal? hehhe okaylah ni oit. Takkan nak RM250 pulak. Dah lama dah set dalam google flights dan kami bukan hunt semasa  #airasia free seats. Kami hunt bulan Dec 2017, travel bulan 8,2018. Berbaloi? opkos laa.

Bagi aku and abam Satu kepuasan kalau dapat tiket murah macam ini kan. Owh… sebelum tu kalau korang nak mencari makan halal di perth aku dah siapkan list restoran halal yang telah dapat kelulusan Western Authority halal dari sana.

Total Bajet per person

Kami travel 3 dewasa 1 kanak

  • Flight                                 RM580
  • Penginapan                      RM324
  • (tolak kredit ARIBNB yg terkumpul, kalau nak tahu caranya korang baca sampai habis)
  • Kereta Sewa & minyak    RM250
  • Bus – family ride              RM150
  • Makan                               RM200

TOTAL     RM1504/per person                  

Shopping RM600-800

Itinerari ke Perth 7 hari 6 malam

Konsep kami kalau boleh jimat kita cubalah., kalau rasa nak makan best.. balun jer. Jangan exceed limit sudah.  So 3 hari pertama kami hanya naik bas sebab dalam town percuma cuma ada yang terkeluar sikit kami amik family ride.

Punyalah kedekut kan.

Best naik bas dia orang. Tak sesak lansung. Lagipun we all memang plan konsep percutian yang rilek2 sahaja. Travel di perth ni agak jauh jauh juga tempat attractionnya contoh kalau nak ke lancelin dalam 2 hours, albany lagi lah jauh. Mall di perth pula tutup awal. Pukul 6 sunyi sepi dah Perth nih.

Jadi Kami susun jadual yang nak keluar bandar untuk hari ke 4, 5, 6. Cramp terus disitu selain dapat jimatkan kos. Dan kena bertolak awal juga lah.

Kedua kami suka nak jadi macam orang “local”. jalan jalan di ceruk ceruk bandar, alaa kekonon dok perth lah. Sebab itulah kami cakap kami tak mampu nak ikut trip bawah agent.

Ada masa nak berhenti minum kopi ker, or ulang shopping ker. Kami pergi sahaja.

Itinerari ke perth 7 hari 6 malam

hari pertama sampai, kedai lambat bukak . Kami lepak di taman yang berdekatan sambil makan corica pastries oit.

Seronok bila tengok balik google track kami hahaha… hari pertama sampai terus pulun pusing di area CBD. korang tengoklah map kami ni. Disebabkan check in pukul 3 makanya kita pusing area dekat dekat. Simpan energy..Yang penting sampai hajat nak makan Apple strudel Corica pastries tu .

Nah aku dah prepare list restoran halal kalau korang nak pergi nanti.

Day 1 Pusing area CBD

Ini adalah basic Itinerari ke Perth yang telah abam draf dari awal. Tapi biasalah ada perubahan.

Day 1 : 10 August 2018

Day 2 : 11 Aug

Day 3 : 12 Aug

Day 4 : 13 Aug

Day 5 : 14 Aug

Day 5 : 14 Aug

Day 6 : 15 Aug


Nanti aku akan cerita details untuk setiap tempat yang aku pergi nanti.  Ini mukadimah sahaja. hehehe

Penginapan

Kami dari dahulu memang suka ambik airbnb sebab mudah untuk memasak. Kalau ke luar negara kos makan tersangat mahal. Jadi ini sahajalah caranya untuk jimat selagi boleh. Mengikut kata kawan aku yang menetap disana, harga yang melbiatkan servis perkhidmatan memang agak mahal. Contohnya kedai makanan.

Betul sangat pun, sebab aku peminat tegar air dari Boost. Selalu disini range bawah  Rm18… haa ni 7aud bersamaan RM21 hinggit. Giler mahal . INgatkan pergi tempat dia orang murah.. ceh.. mahal rupanya.

Okay penginapan aku ni jimat sikit sebab dah ada credit dari airbnb.  Korang kaki travel tak sign up jadi member  memang rugi. Tapi eh kena melalui referral barulah korang akan dapat untung. Lepas tu promote pada orang lain pula korang akan dapat credit dalam akaun nanti.

Jadi masuk ikut link atas ini yer untuk jadi member airbnb. Jangan cakap akak tak payung yer. Berbaloi baloi. haaa kalau korang percaya boleh tgk receipt aku nih.  Moral of the story ambilah AIBNB . Aku hanya bayar RM900 sahaja bahagi pulak dengan 3 orang (aku, abam dan kawan) sorang jatuh RM300 sahaja.

Next aku nak cerita bab shopping apa best di Perth nih .. Jangan tipu korang tak shopping hahaha…

The post Itinerari ke Perth 7 hari 6 malam appeared first on Modern Mum's Thingy.

Aku beli produk Garden of Eden di Koyara Online wey…

$
0
0

Korang orang yang macam mana ? aku, husband dan jugak kawan kawan  rapat di ofis ni kan ada satu sejenis perangai suka pergi farmasi atau health store. Suka betul tengok barang barang yang disitu hehehe pelik jugak kan. We all suka jer belek belek vitamins and supplement or apa sahajalah. Tapi sekarang ni pesen lain pulak dah. Rajin membelek secara onlie. Korang pernah dengar nama Koyara?

haa… untuk orang yang health concious, aku nak suggest korang cuba try intai satu lagi portal ecommerce yang bernama koyara nih. Portal ini hanya fokus pada produk produk kesihatan semata mata.

Bila aku maksudkan portal yang berasaskan produk kesihatan sebabnyaTidak bercampur dengan produk produk lain, tidak seperti e commerce yang sedia ada yang ada macam macam sampai mata kita pun tak boleh nak beli produk yang kita plan nak beli.

Apakah koyara

  1. Koyara adalah Malaysian based Online Health Store
  2. Menawarkan 50 jenis produk kesihatan termasuk skincare, vitamins, supplements, dan home cleaning products.
  3. Produk yang diniagakan kesemuanya telah mendapat kelulusan dari kementerian Kesihatan Sahaja.

Keistimewaan Koyara

  1. Kalau ragu ragu, korang boleh chat dengan health proffesional yang bersedia membantu korang.
  2. Goal dalam pembinaan portal koyara ini adalah mereka mahu membantu masasalah keshatan!

Tips shopping di Koyara

  1.  Penghantaran percuma untuk semua orders bawah RM50 (utk semenanjung shj)
  2. Terdapat pelbagai offer  diskaun setiap minggu, so kene sentiasa check and alert untuk dapat deal yang best

 

 

Design dan User Experience

Sorry guys, heheh aku ni UX designer, aku memang tak boleh lari kalau nak cerita pasal bab ini. Sebab ini membantu kerja kerja aku jugak, aku memang suka study bab ini..

Bagi aku  nagivation di portal ini Simple sahaja tapi yang penting produk kesihatan  yang selalu korang nampak di farmasi boleh dicari di sini dengan mudah. Ini User Experience yang sangat bagus bagi aku. Tidak complicated. Masuk portal nak beli sabun, navigate menu di kiri terus sahaja nampak pilihan yang sedia ada.  Umpama jalan lurus sahaja. Insyallah tak terdivert ke bahagian lain .. hahaha.. korang paham kan maksud aku.

Jadi kalau korang memang dah set dalam kepala untuk mencari produk kesihatan terus sahaja terjah kesini. melainkan korang memang jenis orang yang suka window shopping.

Portal ini masih baru, so banyak lagi room of improvement yang boleh dibuat.  Tapi apa yang boleh katakan ianya adalah straight forward and fokus pada produk yang berasaskan health oriented.

Cuma aku nak tekankan, user ni ada macam macam.  ada orang suka simple ada orang suka yang meriah dengan segala produk. So aku nampak lah halatuju portal ini sesuai untuk orang yang memang mencari barang kesihatan lepas tu check out.

Kebetulan semasa aku menggodek godek portal ini aku tengah mencari solusi untuk masalah pigmentation aku ternampak promosi produk Garden Of Eden. Memang lama dah aku tengok dekat farmasi. Dulu aku pernah beli salah satu oil dia. Memang best. Bila dah ada experience yang bagus ni memang aku tak teragak agak untuk terus membeli.

heheh korang tengok apa yang aku beli nih ..

Produk Garden of Eden

Jom kita cerita pasal produk ni pulak. Alang alang kan . sorrylah aku ni memang tak boleh simpan info macam ni.  Tergedik gedik jer nak cerita. Meletup kat kepala ni kalau tak dikeluarkan. Ini lah masalah blogger.

Selalu kalau aku terjebak ke dalam mana mana farmasi, mata aku selalu juga terpandang produk ni.  Aku ni sebenarnya melalui fasa apa erk.. fasa midlife crisis kut. dah 44 tahun ni banyak benda dah start risau. Selain dari aspek kesihatan aku memang sangat sangat concern pasal kulit aku. Nanti korang dah sampai umur macam aku ni akan faham kenapa.

Kalau korang baca blog aku, memang banyak aku cerita pasal produk produk beauty especially skin care. Aku tidak cerita sangat bab make up kan, sebab itu secondary. Yang penting nak kulit sihat dan aku sendiri tak pandai make up hahaha.

Semuanya kerana melasma dan pigmentasi yang bertambah meriah. Tapi alhamdulillah atas usaha aku beberapa tahun ni memang aku nampak hasilnya. Kulit bertambah moist dan lembab. The more you dig pasal isu ni … memang banyak benda yang kita belajar dan tak akan habis lah .

Kebetulan sunblock shiseido aku nak habis, aku pun terus sambar yang sunblock ini. Best juga sebab bau orange . Eh lupa nak cerita sebelum ini aku banyak pakai argan and marula oil, sewaktu aku share info tersebut salah seorang reader ada cakap dia orang pakai Rosa E dari Gerden of Eden ni.  katanya best jugak.. hahha terus aku pun pasang angan angan nak try.

Lepas tu jumpa pula di Kayora dan kebetulan ada promosi menarik, aku sambar lah set penjagaan muka ni.  Aku dah cuba beberapa minggu.  Memang best semuanya.  Berasaskan botanical, sesuai dengan branding “garden of Eden” Ini yang buat aku teruja.  Pakai rosa E bau rose, pakai sunblock bau orange, pakai scrub berasaskan tomato.

Aku masih berusaha untuk mengengkang masalah pigmentasi ini. So memang aku tak akan putus asa lah. Aku terus mencuba dan mencuba.  Dalam banyak banyak produk ni aku nak review khas untuk masalah pigmentasi.

Rosa E Serum

kalau ikut dibawah Produk Garden Of Eden ini ada macam macam . Banyak juga Serum di bawah rangkaian Garden of Eden ni ada untuk anti aging, kulit kusam, kulit berjerawat dan kulit berpigmentasi/jeragat.

Betulah kata reader tu, sedap pakai serum rosa E ini. ianya seperti oil based. Tapi sangat halus dan serap ke muka.

Rutin harian aku sekarang, toner, rosa E, moisturiser cream, sun block dan foundation. Memang terasa smooth sahaja kulit. Memang letih pakai berlayer layer, tapi terpaksalah dik non.

kelebihan rosa E

  • Ramuan minyak biji Rosehip yang kaya dengan asid lemak penting, Omega 3 dan 6, yang menyediakan nutrien kulit penting untuk menyuburkan, membaiki dan menyalin semula sel-sel kulit baru
  • Selain dari itu ia juga mengandungi Vitamin E Asli dan Minyak Benih Anggur yang kaya dengan antioksidan semulajadi, Proanthoxynidins, untuk menyediakan perlindungan antioksidan ke kolagen kulit terhadap serangan radikal bebas yang berbahaya

Kombinasi terbaik adalah dengan Satin White Day Cream, penggunaan keduanya akan dapat di lihat dalam 2-3 bulan. Kelebihan Day cream ini sebab dengan perlindungan spektrum UVA dan UVB yang luas yang berfungsi sebagai pelindung matahari dan pelindung kulit.

Satin White Day Cream mengandungi ester Vitamin C yang antioksidan yang kuat dengan kesan pencerah kulit.

Rasa lain hari ini

Hari ini aku sempat lah apply kesemuanya dan make up sikit ke ofis hehehe… rasa muka ada nampak cerah setelah pakai dalam 2 minggu .. over kan. jadi hati berbunga bunga sikit . Perasan lah muka nampak semenggah itu yang buatkan aku semangat nak tulis entri ni.

nanti aku update lagi dalam entri aku untuk progress seterusnya.

The post Aku beli produk Garden of Eden di Koyara Online wey… appeared first on Modern Mum's Thingy.

Mirelle Beauty Brightening Serum wajib dipakai dalam rutin harian

$
0
0

Makin lama mencari penyelesaian masalah jeragat atau pigmentation makin banyak info yang aku tahu. Maka makin aku sedar naif nya aku dalam penjagaan muka. Sungguh aku tak sangka serum sangat penting dalam rutin harian. aku hanya fokuskan muka ini dengan moisturiser cream dan sunblock. Kali ini aku nak share pasal satu lagi produk serum dari Mirelle Beauty Brightening Serum dan juga BB cream nya.

Sejak aku faham kepentinggan serum ini plus ada experience dalam produk serum yg lain  sebelum ini, aku tidak teragak agak untuk terus mencuba serum dari Hawa Skin Care. Itulah bak kata P.ramlee “kecik kecik tak nak belajar ” heheh. So far tak ada masalah walaupun aku tukar tukar produk, macam buat  R&D pulak aku ni kan.

Tertarik nak mencuba produk mirrele beauty serum dari Hawa skin care disebab kan kandungannya. Antara bahan yang digunakan dalam produk adalah habbatus sauda, minyak argan, madu, kulit kayu manis, minyak tea tree, minyak badam, minyak zaitun, minyak blueberry.  Dalam entri sebelum ni aku pernah review pasal argan and marula oil kan. Memang terbukti  bagus, itu yang buat aku tidak teragak agak nak cuba yang ini pula.  Tambahan Ianya produk buatan Malaysia dan semestinya Muslim serta dijamin 100% HALAL

Yang pasti persamaan serum ini teksturnya sangat halus berbanding moisturizer cream yang biasa . Kenapa teksturnya  wajib halus? Ini adalah kerana serum khas untuk  adalah rawatan dibawah kulit. Atau dengan kata lain terdiri dari molekul molekul halus yang akan menembusi kulit kita.

 

bagaimana serum membantu dari dalam

Kulit kita akan bertambah kering bila meningkat usia

Makin berumur makin kulit kering tau. Tambah tambah bila hampir dekat dengan menopause. Itulah sembang- sembang dikalangan kawan kawan yang berumur . huhuh dilema orang 40an ginilah uolls.

Range produk skincare untuk wanita yang 40an ke atas sememangnya berlainan dari yang biasa. Kalau pakai yang biasa biasa tidak membantu sangat. Jadi jika tidak mampu mendapatkan set skincare yang seperti aku cakap, aku sangat sarankan korang untuk mengambil serum mirablle ini. Jangan tunggu lagi.

Aku memang obses untuk lembabkan kulit aku sekarang

Faedah yang paling biasa  dalam penggunaan serum ini termasuklah mengurangkan  penghidratan, peningkatan khasiat, mencerahkan kulit, dan pencegahan jer awat. Mereka juga membantu mengukuhkan sel-sel kulit. Walaupun krim muka lain mengandungi hanya 5 hingga 10 peratus bahan aktif, serum muka boleh mengandungi sehingga 70 peratus

Mirelle Beauty Brightening Serum

teksturnya sangat halus dan wangi.. sejuk sahaja letak kat muka

Faedah menggunakan Mirelle Beauty Brightening Serum

  • Ia sesuai untuk kulit kering, normal, kombinasi dan sensitif.
  • Mencerahkan kulit daripada masalah kulit kusam.
  • Membantu menutup liang-liang pori besar
  • Merawat masalah jerawat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Merawat masalah kulit kering
  • Melembabkan kulit wajah
  • Merawat kulit sunburn
  • Bebas dari bahan kimia terlarang

 

perasan macam anak dara jap. Hehhe amacam? ada nampak glowing tak?

Mirelle Beauty BB Cream

Aku tak pernah menggunakan BB cream tapi disebabkan dah expose dengan beberapa produk penjagaan dan kecantikan kulit aku pun terpikir nak cuba. Selama hari ini memang prefer pakai foundation sahaja.  Biasalah aku ni kalau nak beli sesuatu barang confirm akan buat research dulu

So apa itu BB cream?

BB Cream adalah singkatan untuk krim ‘blemish balm‘. Ia adalah kombinasi serba boleh produk seperti pelembap, primer, SPF, asas, rawatan kulit, dan concealer. Ia pada asalnya dicipata di Jerman sebagai krim all-in-1 untuk digunakan oleh rawatan selepas laser pesakit. Dengan kata lain ianya untuk perlindungan, menutup parut-parut, dan penghidratan. hehehe in hasil pencarian sejarah BB cream

Jadi Miralle beauty BB cream ini adalah produk pertama yang aku cuba pakai. Disebabkan kadang kadang lepas sembahyang di luar atau di opis pun, aku rasa senang nak calit Mirelle Beauty Brightening Serumdan juga bb cream ini sebab handy.  So aku tak payah dah pakai foundation. Tapi sebaiknya yang aku baca kalau nak betul betul nampak muka peloles lagi, selepas BB cream pakai lah foundation dan loose powder. Nanti aku nak try buat lah tgk macammana.

 

 

Tapi bagi aku cukup dah kalau pakai serum dan bb cream mirelle beauty nih. Rasa confident lah sikit dari pucat dan kusam sahaja hehehe. Takkan nak bawak semua produk dalam handbag.. aduh jenuh la.

Cuma aku nak ingatkan, kalau korang tidak mencuci BB Krim-tidak kira apa jenamanya sekalipun ia akan membawa kesan sampingan untuk kulit korang Ya.  BB Cream memang sangat bagus. Ianya seperti asas atau pelembap berwarna biasa, tetapi BB Cream juga mengandungi pigmen warna, yang menyumbat kulit jika ditinggalkan untuk jangka masa yang panjang.

Bukan salah BB cream yer tapi sendiri yang tak jaga

Jadi salah satu tips penjagaan muka bila masa memilih BB cream pilih lah yang tekstur ringan seperti keluaran Hawa Skin Care ini bukan yang tebal dan berat. Ingat aku cakap di atas tadi, yang tebal confirm akan membuatkan pori pori kita tersumbat dan akhirnya akan jadi jerawat dan masalah lain pula.

 

Info Lanjut.

The post Mirelle Beauty Brightening Serum wajib dipakai dalam rutin harian appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

$
0
0

Drama bersiri 15 episod ini diadaptasikan daripada Novel Bahagia Bukan Bidaan karya novelis Hessa Widad. Drama ini sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 3 September yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan mengisahkan percintaan dan perkahwinan yang telah didalangi oleh orang yang dipercayai.

Seperti sudah lama tidak melihat lakonan Nora danish untuk slot samarinda TV3. Kehadiran dia sebagai tonggak utama membuatkan aku terus menonton drama ini. Bukan aku sahaja tetapi beberapa rakan aku yang lain juga.

 

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Kisah Ain Farhana lakonan Nora danish yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah.

Episod 2. . . “Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – Azlan . . “Terima kasih.” – Ain Farhana. #BahagiaBukanBidaan 😭😭😭 . . . “BAHAGIA BUKAN BIDAAN” @bahagiabukanbidaanofficial #bahagiabukanbidaan @tv3malaysia . . Produced by @countryuniversalsdnbhd . . Producer @jalenar_e_j_a_b @syawallo . . Cast: @noradanish @adpadiputra @ikanabella @arjalee @lala.wansharmila @zamarulhisham93 @jonathanputra @lisdawati15 @fauzinawawi_new @makwanjuwanju @azrisabrii . . Director : @eoonshuhaini Asst Director: @awiedeanofficial Conti: @annissuraya PM: @atoksahib / @eannasir_ DOP: @lensamalekmarwi75 Technical: @eddynoraffendy @haffisputeri @jaifredo @akidzahrol Art Department: Hairul A Masdol @nazernaz Angah Sarjen Makeup @jassyedchek @kay_baqi Wardrobe stylist: @seriaydeen_official . . @tv3malaysia @dramasangat #bahagiabukanbidaan #bbb #samarinda #samarindatv3 #dramatv3 #dramatv #cerekarama #cerekaramatv3 #tv3malaysia #tv3 #dramatv3 #slotsamarinda #slotsamarindatv3 #dramasangat

A post shared by Bahagia Bukan Bidaan (@bahagiabukanbidaanofficial) on

Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

“Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?” – Azlan

“Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat.” – Ain Farhana

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

azlan suami ain farhana yang curang dan gila talak

Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan. Haknya sebagai ibu dinafikan! Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori, tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

“Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana.” – Nik Zachary

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu?  akhirnya Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap.

Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua? ataupun drama ini seperti Drama Cinta bukan kristal  atau Drama Semerah Cinta Humairah

 

Pelakon Bahagia Bukan Bidaan

Nora Danish
Hana (Ain Farhana)
Adi Putra
Nik Zachary
Zamarul Hisham
Azlan
Ika Nabella
Aina
Wan Sharmila
Murni
Arja Lee
Talha
Jonathan Putra
Danny
Lisdawati
Maksu
Fauzi Nawawi
Paksu
Azri Sabri
Lokman
Mak Wan Julia
Rosnah
Sheryy Ibrahim
Kartini

The post Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan

$
0
0

Naira, si gadis garang, selalu berwajah masam dan malang. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Baginya semua tidak ikhlas dan suka ambil kesempatan kerana, baginya Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Namun adakah kehadiran Iqbal Raid adalah lelaki kiriman tuhan untuknya.

BACA : Sinopsis Bahagia bukan Bidaan

Lakonan Remy Ishak dan Mira filzah adalah pendokong utama untuk drama arahan Rashid Sibir ini. Pertama kali menonton episod pertama sebenarnya terpesona dengan lokasi di Kedah. Kedai kedai klasik menghidupkan lagi suasana drama ini.

Entahlah, aku suka sinematografi drama ini.

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

Naira hidup menderita selepas kematian ayahnya disebabkan dia terpaksa menggalas tanggungjawab melindungi resort arwah ayahnya dan juga pelindung kepada adiknya Zeenta dan uminya. Semuanya kerana  akibat perbuatan abangnya Mirza yang juga seorang penagih dadah yang telah meminjam dengan Along

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu dan misteri mula menganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Setelah terdengar ugutan Along di lorong kedai, Raid merasa simpati kepadanya.  Tanpa disedari Raid seronok untuk menawan hati Naira yang muka macam masam, ego dan sombong itu.  Sebenarnya maira stress dengan situasi yang di perlu hadapi itu.

Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

 

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

Permulaan perkenalaan keduanya juga agak terkejut dan kelakar bila naira tersilap menaiki keretanya di simpang trafik. Semuanya gara gara melarikan dari along yang menuntut hutang.

Iqbal Raid lelaki misteri yang begitu ikhlas mencintai Naira dan ingin menjadi pelindung kepada gadis malang ini. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

BACA : SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL

Mirza mendakwa bahawa Raid merupakan seorang gay dan dia menjadi penagih dadah disebabkan oleh Raid sewaktu mereka sama-sama menuntut di UK.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, tetapi terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Selama 10 bulan Raid menghilang tanpa sebarang berita selepas terlibat dengan kemalangan dan mayatnya masih gagal tidak ditemui. Memang malang nasib naira tambahan pula Naira dalam keadaan yang sarat mengandung dan gigih untuk mencari kebenaran masa silam suaminya.

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

Faris seperti yang didakwa oleh Mirza pula adalah sebagai pasangan songsang Raid. Dalam masa yang sama tersebar berita bahawa  raid pernah menjadi lelaki simpanan kepada 2 datin.

Faris yang dikatakan pasangan songsang raid dan menceritakan hal sebenar malah memadu kasih pula dengan sahabat baik Naira iaitu Maryam dan menjaga Naira selepas kehilangan Raid.

Sebenarnnya Raid menghilang 10 bulan kerana terlibat dengan kemalangan yang telah dirancang oleh syarikat pesaing. Atas dasar keselamatan maka dia diminta untuk menyembunyikan diri tambahan pula kesan daripada kemalangan itu dia telah kehilangan ‘kelelakian’nya yang menyebabkan dia rasa hilang keyakinan untuk berjumpa dengan Naira Setelah dia sembuh ambil masa pula untuk mendalami ilmu agama

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Sinopsis Lelaki kiriman Tuhan

 

JUMLAH EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin, 9 malam
SIARAN TV : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
PENULIS SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd

 

WATAK PELAKON 

Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Kartina Aziz sebagai Umi
Harris Anuar sebagai Faris
Isyariana sebagai Zeenat
Uyaina Arshad sebagai Maryam
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria

LAGU TEMA / OST 

Kisah Ku Inginkan – Dato’ Siti Nurhaliza & Judika

The post Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan appeared first on Modern Mum's Thingy.

Siapa travel buddies korang?

$
0
0

Aku nak share pasal travel buddies, bila kita travel especially travel sendiri sendiri ni banyak cabarannya. Nak cari keserasian tu penting. Ada masa aku and husband memang boleh bergaduh kalau tersalah apa jalan ker ora apa apa lah. Normal lah kan. Masa travel macam macam benda boleh terjadi dan benda ni boleh berlaku pada sesiapa pun. 

Tapi walau bagaimanapun, bagi aku husband aku tetap my best travel buddies aka housemate jugak hahhaha. Setengah orang suka pergi dengan kawan kawan, macam aku ada juga travel dengan kawan kawan , tapi aku tetap merasakan dialah the best travel buddies aku. 

Ramai juga kawan kawan aku yang tidak dapat berpeluang untuk berkongsi minat yang sama macam aku ni. Ada husband yang memang tak suka nak travel. Tapi, Takpalah kan, aku yakin mesti ada persamaan dalam part lain juga. 

Aku bersyukur sebab kami banyak berkongsi benda yang hampir sama selain dari travel.

Travel buddies

Percutian ke perth yang terkini pada awal ogos 2018

Bagaimana aku kenal abam aka travel buddies nih

Kami kahwin pada tahun 2000. Kenal sejak zaman belajar di USM 1994-1998. Sama-sama bidang Mass Comm.  Kenal melalui aktiviti suai kenal kelab komunikasi USM. Kami selalu juga mengikuti aktiviti melancong yang dianjurkan oleh kelab seperti Langkawi, Pulau Pangkor dan tempat-tempat yang berdekatan.

Haa ini pun dah tanda tanda sama sama suka aktif lifestyle dan traveling macam ni kan. Petanda baik dah tu.

Negara pertama yang kami jejaki

Selepas mendapat pekerjaan dan berkahwin, kami memang berniat untuk travel bersama. Kami banyak travel di dalam negeri dahulu, maklumlah baru kerja gaji pun masih kecil.. Paling jauh pun ke Singapura.

Alhamdulillah bila rezeki dah mengizinkan, kami ke Arab Saudi pada tahun 2005 untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Pada waktu umur aku 31 tahun. Aku rasa inilah negara luar pertama yang jejaki dan aku rasa betul-betul jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai.

Kami memang dah pasang niat, kalau nak Travel kemana mana kami wajib ke sana dahulu sebelum melancong ke negara-negara lain. Orang cakap dah jatuh wajib kan, tak patut pulak rasa boleh pergi ke tempat lain tapi mekah ni diliewatkan pulak. Lepas tu barulah hati tenang. Selepas itu boleh dikatakan setiap tahun aku dan suami pergi melancong. 

Banyak koleksi gambar sewaktu travel kami kongsi di IG dengan hashtag #fairasaznitravel .. jangan lupa like ig kita orang tau hehehe

Mengapa Minat Travel

Sejak kecil memang famili aku suka berjalan jalan. Tapi masa itu hanya mampu travel dalam negara. Bayangkan 7 adik beradik boleh muat masuk kereta datsun lama semata mata ayah nak bawa ke pulau pinang dan berkhemah di pantai.

Aku rasa travel ke negara orang amat menyeronokkan. Ia juga seperti “booster” dan ‘rewards’ untuk diri setelah penat bekerja. Namun yang paling penting bagi aku ialah travel ini dapat membuka minda kita dan belajar melalui pengalaman tentang cara hidup bangsa lain di dunia ini.

Benda ni amat berharga dan  ‘priceless’. Aku  dan suami pun memang tak kisah sangat jika guna kereta dan rumah yang sederhana sahaja asalkan dapat kumpul dan peruntukkan wang untuk travel setiap tahun. Kami rela menaiki penerbangan tambang murah janji dapat jejak ke sesuatu tempat.

Travel buddies

Di Albert Dock, Liverpool yang sejuk yaaaaa amat

Best tau travel ni. Priceless!

Sebenarnya banyak benda dapat dipelajari sewaktu travel selain hanya dapat melihat tempat-tempat menarik dan berswafoto sahaja. Bagi aku semasa travel kebaikan dan manfaat itu kita perlu mencarinya.  Aku rasa amatlah rugi kiranya seseorang itu apabila pulang dari travel hanya mampu bercerita tentang tempat-tempat menarik yang mereka lawati dengan koleksi gambar dan selfie.

Setiap negara yang kita lawati pasti mempunyai sejarah, budaya dan cara hidup yang berbeza yang tidak dapat kita lihat dan alami di negara kita. Dari situ pasti kita akan dapat menimba perkara dan amalan yang bagus untuk kita lakukan di negara kita, setidak-tidaknya untuk kenangan dan manfaat diri kita sendiri.

Salah satu kenangan yang tidak dapat kami lupakan adalah  sewaktu ke negara Jepun di mana  kami lihat masyarakat di sana amat mementingkan kebersihan. Amat sukar mencari tong sampah di sana tetapi yang memeranjatkan tiada pula sampah dibuang merata-rata. Kebiasaannya tong sampah hanya boleh didapati di depan kedai serbaguna seperti 7 Eleven atau Family Mart ataupun di stesen keretapi. Jadi kami terpaksa menyimpan bekas tin minuman atau makanan di dalam bekas plastik dan membawanya bersama sehinggalah berjumpa tong sampah. Tong sampahnya pula bersih dan tiada bau sampah yang busuk. Aku, suami dan anak boleh merenung tong sampah tu sambil berfikir bagaimana mereka melakukannya. Kesedaran  mereka ini dipupuk sejak dari kecil lagi.

Aku juga suka perhatikan cara orang Jepun bercakap dengan orang walaupun pada anak  yang masih kecil.  Cara jurujual atau juruwang menyambut pelanggan dan memulangkan baki wang sama sahaja dengan orang dewasa mahupun anak kecil. Sungguh sopan sahaja bunyinya dengan ekspresi wajah yang tersenyum dan menunduk-nundukkan kepala.

Kami sengaja menyuruh iman yang berumur 8 tahun beratur untuk membayar barang. Apabila iman terkeluar dari barisan, ada yang akan menegur secara lembut tapi tegas dan apabila dia membayar dia akan menerima corak layanan yang sama daripada juruwang tersebut. Sebenarnya lebih senang mendidik anak jika kami kongsi pengalaman yang sebegini,

Travel buddies

Bab shopping mesti kena ada list husband aku. hahahha best kan… tapi mujorlah bini dia sedaq diri .. tak boros sgt

Travel pun perlu ada matlamat

Kalau ikutkan setiap percutian kami ada konsep tertentu dan kami akan pastikan matlamat ini tercapai. Bergantung kepada tempat tersebut. Contohnya kalau ke Bali memang matlamatnya untuk hanya beristirehat  jadi kami sanggup cari hotel atau resort yang best dengan panorama yang cantik. Sanggup lebihkan peruntukan untuk hotel kerana kami tahu kami akan meluangkan masa di hotel atau resort.

Kalau di  England atau Jepun pula memang untuk meneroka banyak tempat, jadi pilihan hotel/homestay yang murah dan selesa sahaja menjadi pilihan, asalkan berdekatan dengan stesen keretapi. Ini kerana banyak masa akan dihabiskan di luar dari di dalam hotel/homestay. So yang basic basic sudah hahahah.Lagipun currency dia orang tinggi.

Persamaan dengan husband dalam “travel”   

Sungguh.. dialah travel buddies aku  yang paling best. Persamaan kami semasa travel, boleh dikatakan semuanya sama. Kami memang tidak suka travel menggunakan agensi pelancongan. Selain dari faktor kos, kami suka kan kebebasan.

Suami selalu tergelak apabila melihat kumpulan pelancong bersama pemandu pelancong yang memegang bendera kecil. Kami istilahkan mereka ‘geng bendera’. Sememangnya kesemua travel kami dirancang kami berdua suami isteri. Kami suka membuat research mengenai tempat yang ingin dilawati terutamanya yang pertama kali.

Feel itu rasanya lagi lebih mendalam.

Kami juga mempunyai sumber rujukan yang sama iaitu melalui travel blog atau vlog dari youtube. Dari situ menentukan perkara2 yang ingin dibuat dan tempat2 yang ingin dilawati. Melalui persamaan ini juga,kami senang berbincang tentang rujukan kami. Malah kami akan kongsikan didalam google drive jadi bila bila masa kami boleh akses file yang sama dan tambah info yang terlintas.

Husband aku ni selalu cakap yang kita harus menjadi “traveller’ bukan “tourist’ dan apabila berada di negara orang, kita perlu ‘blend’ denganmasyarakat di sana . Lagi satu Perkongsian ini bukan berdua sahaja, tetapi pada hero kecik Iman tu. Dia pun travel buddies yang wajib ada kemana pun. Tak lengkap kalau dia tak ada.

Salah satu persamaan kami lagi yang menyenangkan pergerakan kami ialah suami  juga suka bershopping. hehehe.. Penting untuk aku nih.  Untuk ini aku tidak mempunyai masalah suami yang bermasam muka apabila isteri mengambil masa lama bershopping. Kadang kala tu aku pula yang kena tunggu dia. Malah dia juga lebih cekap untuk menjadi perunding harga barang yang saya ingin pilih (tawar menawar).

Kami juga tidak mempunyai masalah jika dia ingin hanya melepak dengan secawan kopi sambil memerhatikan orang yang lalu lalang ditempat itu.

Jenis negara yang sering menjadi pilihan

Sebenarnya kami tidak set apa-apa, kerana bagi saya jika bajetnya bagus semua negara adalah berbaloi untuk dilawati. Mula- mula harga tiket yang mampu milik sahaja. Namun memandangkan travel buddies kami adalah anak, dan suami jadi kalau boleh kami mengelak negara yang tidak berapa stabil dan berisiko. Kami suka pergi negara maju dan membangun seperti Jepun. Suka melihat peradapan mereka.

Pernah pergi ke negara china dan kami tidak berapa enjoy disana apabila melihat tatacara dan adab mereka.

Travel buddies

pergh yogyakarta yang penuh dgn tpt wisata katanya

Negara yang telah dikunjungi

Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam, Jepun, Hong Kong, China, England, France, Switzerland, Italy, USA, Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan terkini Australia

Percutian yang meninggalkan memori indah

Jepun dan Amerika. Tapi rasanya aku pilih Amerika sebab susah nak sampai lagi hahaha. Harga tiket pun mahal dan sangat jauh. Journey dalam 26 hours atas flight. 

Pengalaman di sana lain sikit. Memang sejak dari kecil kita menonton filem dari sana. Jadi tempat yang kita nampak di dalam filem, orang serta gaya bercakap mereka memang kita dah tahu melalui filem. Jadi apabila ke sana macam tak percaya apa yang kita lihat di filem tu berada depan mata kita sendiri.

Semasa di New York kami rasa terpaku kerana semacam berada di dalam filem, apa lagi bila berada di lokasi2 yang selalu ditunjukkan di dalam filem seperti berada di Times Square, berlari untuk mengejar ‘subway’ train yang penuh sesak, bermain di taman tema di Coney Island, mendengar cara mereka bercakap dengan kita dan sebagainya. Semuanya seperti di dalam filem haha.

Orang di Amerika sebenarnya lebih friendly dari orang Eropah, mungkin juga sebab senang kita nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Satu lagi kelebihan di Amerika ialah makan dan penginapan kita boleh dapat yang murah dan berpatutan  kalau pandai cari. Paling best ialah shopping murah ya amat. Kami memang amat teruja sangat bershopping di sana. Bagi aku di sana juga mempunyai pemandangan dan landskap yang menarik.

Setakat ini kami hanya dapat cover New York, Washington, Philadelphia dan sekitar Atlantic City dan kesemua tempat ini boleh lihat perbezaan. Secara ringkasnya, New York adalah kota metropolitan semuanya fast phase dan bergerak laju, Washington ialah pusat pentadbiran, walaupun fast-phase tetapi lebih teratur, Philadelphia pula lebih rileks dan santai dan Atlantic City sedikit seperti Las Vegas, lampu neon di malam hari dengan deretan kasino dan hotelnya.

 

Travel buddies

ni percutian ke Legoland. Budak tu lah paling happy..

nanti Sambung part 2 okay…

 

 

The post Siapa travel buddies korang? appeared first on Modern Mum's Thingy.

Kitsui Generation 3 Colla untuk bantu tingkatkan kesihatan kulit

$
0
0

Acap kali bila aku cakap aku dah berumur 44 tahun ramai yang tak percaya (Alhamdulillah).  Aku rasa maybe sebab aku ni kecik sikit, aktif, gila-gila dan kuat gelak.  But the truth is… it does not come in easy way! Realitinya kita semua memang kena jaga kesihatan, penampilan, luar dan dalam. Yakinlah bila dah berumur 40 tahun semuanya akan berlaku dengan cepat. Tapi yang penting kita janganlah  mengalah betul dak? Sebenarnya macam-macam juga yang tindakan yang aku lakukan seperti aktif bersukan untuk maintain tahap kesihatan ni. Termasuklah satu produk dari Kitsui or to be spesifik aku ambil Kitsui Generation 3 Colla

Owh sebelum itu untuk makluman korang, Kitsui Generation 3 Colla ni aku dapatkan di Guardian Pharmacy or memana farmasilah korang boleh jumpa. So bagi aku, tahap keyakinan tu tinggi lah sikit masa aku nak start consume haritu. Dan aku tengok Kitsui ini adalah pemenang Asia Pacific Super Health Brand from 2015 – 2017.

Kalau ikut yang aku baca, hasil boleh dilihat dalam masa 7 hari. Nanti kita tengok yer!

Lagi satu aku nak cakap, blog ini memang umpama diary aku dalam semua perjalanan hidup aku dari kisah travel, kisah anak dan juga kisah dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Bukan apa aku agree sangat kata2 Tun M    melayu mudah lupa”  hahaha.. akulah salah seorang tu. So blog inilah  tempat yang aku boleh refer apa yang dah buat and usahakan.

Pastu boleh bantu reader nilaikan sendiri apa produk dan action yang aku dah ambik. Terpulang pada korang kan. Tapi janganlah terlebih lebih pulak. Rosak buah pinggang nanti. Ambik satu persatu produk dan tengok hasilnya macammana.

Yang penting korang tengok lah tahap keserasian dengan badan korang nanti.

Sebelum aku cerita lebih lebih pasal Kitsui Generation 3 Colla ni aku rasa aku nak share terlebih dahulu why and why and why .. we have to do something about our body and our skin (ayat penyesalan sbb masa muda tak pandai.. jenuh ni nak overhaul)

Sebenarnya adalah normal kalau kita melalui proses kedutan, pengenduran dan  sebagainya tapi yang penting jangan tua sebelum waktunya.  Dalam keluarga aku sendiri aku boleh tengok mana mana kakak-kakak aku yang concern dalam bab ini memang nampak terjaga. So korang jangan cakap tah payah buat apa apa. Hahah so aku admit aku tak mampu nak makan sayur atau buah fresh setiap hari. Jadi ini adalah salah satu usaha aku.

Kitsui Generation 3 Colla

pastikan semua dah blend okay. nanti berketul pulak. Jangan letak air panas

Perubahan Kulit

Tahap kualiti kulit kita bergantung kepada pelbagai faktor: gaya hidup, diet, keturunan, dan tabiat peribadi kita. Sebagai contoh, merokok boleh menghasilkan radikal bebas, molekul oksigen yang sepatutnya sihat yang kini terlalu aktif dan tidak stabil. Maka terjadilah Sel-sel bebas radikal bebas dalam badan kita, ini pasti akan  membawa kepada masalah lain seperti kedutan awal, kasar dan tidak cantik. (ini melalui research aku)

Pengurangan atau perubahan dalam hormon

Di bawah ini pula adalah hormon atau  faktor utama dalam proses penuaan intrinsik  (dalaman) dan semua akan memainkan peranan dalam penuaan kulit. Inilah hormon penting yang akan mempengaruhi kulit kita 
  • Progesterone (mengawal tidur, imuniti dan fungsi otak)
  • Estrogen (menyokong pengeluaran kolagen yang bertanggungjawab untuk memelihara kulit yang licin dan bebas daripada kedut)
  • Testosteron (mengawal kelenjar minyak dan pertumbuhan rambut)
  • DHEA (melindungi terhadap tekanan oksidatif yang merupakan fungsi penting dalam penuaan kulit pencegahan) ‘
  • Hormon pertumbuhan manusia (menyokong keanjalan dan otot kulit)

Jadi janganlah yakin sangat korang akan terus Muda REMAJA!

Sebab itulah kita kena serius dalam menjaga kulit anda dengan menambah beberapa langkah lagi dalam penjagaan rutin kulit anda.
Kitsui Generation 3 Colla

rasanya masam masam. kan ada lemon dalam tu

2 langkah utama penjagaan kulit

1. Secara luaran

Menjelang 40-an, sepatutnya korang akan  lebih komited dalam rutin penjagaan kulit. Dalam fasa ini  kita tidak boleh lagi hanya mengambil langkah-langkah asas  sepeti pembersihan, toning dan pelembab semata-mata tetapi perlu masukkan beberapa langkah tambahan langkah tambahan. contohnya pengambilan serum, exfoliate seminggu sekali, dan pemakaian Sun Block itu dah jatuh  wajib tau.
kalau tidak korang akan menyesal mcm aku ni haa.. pigmentation dah jadi melasma. Tapi aku tak give up aku berjaya jugaklah sekat sikit sebanyak

2. Secara dalaman

Kalau korang faham faktor hormon  yang aku cerita kat atas tu, jadi secara otomatik atau wajib korang kenalah TOP UP or rejuvenate apa yang kita hilang.  Antaranya meningkatkan pengambilan sayuran sayuran dan  supplement seperti  Kitsui Generation 3 Colla ini
Based on my own research, disebabkan faktor lambat memperoleh zuriat yakni ada berkaitan dengan faktor hormon, aku memang nampak kulit aku tidak berapa cantik, rambut agak kering dan aku ini consider kulit kusam. Owh selain itu aku baru tahu aku tidak cukup iron dalam darah yang membuatkan kurangnya pergerakan Oksigen ke bahagian atas. Ini kisah sedih sewaktu aku tidak dibenarkan menderma darah.
Fuh semua berkait. Hormon lah, kurang Zat lah dan macam macam lagi.  So takkan lah aku nak duduk dia sahaja. Jadi sebab itulah aku mencari alternatif juga dalam meningkat kan tahap kesihatan aku ni.
Konsep aku mudah. At least aku dah cuba. Kalau rasa kita teruskan. So mari kita tengok apa yang isi kandungan Kitsui Collagen ini
Kitsui Generation 3 Colla

Hanya perlukan air kosong sahaja

Pastikan pengambilan air kosong yang banyak selepas itu tau.

Kandungan : 

  • Fruktos
  • Serbuk Lemon
  • Maltodekstrin
  • Kolagen Peptida
  • Omega 3
  • Acid Sitrik
  • Perisa Nenas yang dibenarkna
  • Guar Gum
  • Acid Ascorbic
  • Trikalsium Fosfat
  • Astaxanthin

Cara Pengambilan:

  • Bancuh 1 sachet Kitsui Generation 2 Collagen dalam air 150ml
  • Kacau hingga larut dalam air yang bersuhu biasa. Elakkan air yang panas.
  • Minum sebelum sarapan ataupun sebelum tidur, sebaiknya sebelum tidur
  • Untuk permulaan, boleh diamalkan 1 sachet sehari 

Kelebihan Kitsui

Merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga keanjalan, kelenturan serta kehalusan kulit.

  • Mengatasi masalah stretch mark
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
  • Mengatasi masalah kedutan halus
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Tegang serta gebukan kulit wajah
  • Menambah tenaga ( mudah bangun pagi )
  • Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus
  • Melembapkan kulit wajah
  • Membantu pertumbuhan sel baru
  • Mencantikkan rambut dan kuku

Ini semua adalah info yang aku dapat dari website dia orang. Aku letak sini siap siap senang korang nak refer. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, aku sarankan korang terjah website or Fb dia orang wokay.

Jom kita sama sama jaga kulit

Info Lanjut

Korang kalau nak tahu lebih pasal produk ini boleh pergi farmasi dan juga boleh masuk secara online sahja .

Website: Kitsui
Facebook: Kitsuimy
Instagram: Kitsuimalaysia 

The post Kitsui Generation 3 Colla untuk bantu tingkatkan kesihatan kulit appeared first on Modern Mum's Thingy.


10 Jenama besar F&B di R&R lebuh raya

$
0
0

PLUS telah membuat pembaharuan lagi dengan membuat kerjasama dengan 10 jenama besar F&B di R&R PLUS. So watch out guys... nanti korang akan nampak jenama- jenama yang best di R&R tertentu. Bukan lagi menu yang biasa biasa. Maka banyak lagi lah pilihan yang korang akan dapat dalam memenuhi selera semua orang.

Majoriti dari kita memang confirm akan singgah di R&R untuk mendapatkan makanan dan minuman atau melepaskan hajat. Memang penting sangat kewujudan R&R di PLUS highway untuk aku and family eh! rasanya utk semua oranglahkan.

 

Signing Ceremony dengan 10 jenama Besar

 

Abis tu kalau dah berjam jam di atas jalan raya mestilah kita kena renggangkan badan kita. Buang apa yang patut dan isi perut juga. Kalau dak gigil hehehe tambah tambah yang ada anak kecil. Pasti mereka merengek kalau perut tidak diisi

10 Jenama besar F&B di R&R

Selera orang kan pelbagai, jadi PLUS telah mengambil inisiatif dengan merevolusikan kawasan R&R di lebuh raya dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. Jenama tersebut adalah

  • Starbucks
  • Krispy Kreme
  • Harold’s Bread
  • Mohd Chan
  • Famous Amos
  • A&W
  • Dunkin Donuts
  • MyNews
  • Kenny Rogers
  • Nasi Kandar Line Clear

Amacam.. menarik tak?

10 Jenama Besar dalam bidang F&B

 

Aku memang tertarik dengan presentation yang dikongsikan oleh Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dengan supporting visual yang best! Segala yang bermula dengan survey untuk memulakan sesuatu inisiatif ini memang aku sokong. Jadi segala usaha yang akan dilaksanakan nanti akan lebih bermakna untuk para pelanggan yang akan mengunjungi setiap R&R.

“Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Berdasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, kami telah mengenalpasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya.

Atas survey yang dilakukan PLUS terus mengorak langkan dengan strategi baru mereka dengan memberi fokus terhadap jenama yang mempunyai pengikut yang besar. PLUS percaya  dalam dunia digital media sosial ia telah mencorak  serta tabiat pemakanan masyarakat masakini.  Pelanggan sanggup berbelanja lebih dalam makanan, hiburan, dan percutian dimana mereka suka membeli “pengalaman” berbanding dengan ” Produk”.

Medan Selera yang biasa bukan lagi menjadi pilihan pelanggan menurut PLUS. Justeru itu bermula tahun ini, PLUS akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama lain untuk beroperasi di R&R.

10 Jenama besar F&B

Mohd chan outlet akan berada di R&R

 

Bagi pengalaman aku sendiri, aku sememangnya prefer makanan yang lebih light dan boleh dimakan di dalam kereta kerana aku pilih untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Secawan coffee starbuck dan donuts dari dunkin donuts memang menjadi pilihan aku sejak dari dulu.

 

Plus R&R rawang

Jom pekena coffee machiato segelas

 

Dan sekarang ada satu jenama roti yang  sangat menarik untuk bagi aku iaitu jenama Harold’s Bread. Surprisingly kualiti kek dan roti yang disediakan memang sangat osem. hahah sori aku sedikit bias sebab aku rasa memang susah untuk mencapai tahap selera kek dark chocolate yang aku suka. Yang ini memang cukup rasa ke ‘dark’ an chocholatenya.  Confirm aku akan jadi pilihan untuk aku tapau dalam perjalanan nanti.

 

Tart tu memang sangat sedap

 

Salah satu info yang menarik dari speech yang aku dengar mereka merasakan selain menyediakan makanan yang pelbagai variasi tapi mereka dalam proses mentransformasikan R&R sebagai pusat atau hub komuniti dimana mereka boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga.  Ada betul juga, acap kali dalam perjalanan kemana-mana aku tengok banyak geng-geng motor berkumpul terlebih dahulu di setiap R&R

Aplikasi BOOST dan Visa Paywave

PLUS juga telah memulakan pembayaran tanpa tunai dengan projek perintis di R&R ayer keroh (arah selatan) dan melalui Visa Paywave di di R&R dengkil. Hurm mudah sangat ni. Sebab aku antara orang yang selalu terlupa untuk mengeluarkan wang tunai. Aku sokong segala yang memudahkan pelanggan

Inisiatif PLUS memang terbaik

Pengalaman travel ke negara lain membuatkan aku boleh membuat perbandingan, R&R negara kita memang mencapai tahap seperti di luar negara seperti negara maju US dan UK. Kiranya memang bangga jugalah bila kita punya servis yang sebegini baik.  Jauh berbeza meninggalkan  Negara di middle east.  R&R seperti ini juga merupakan “window” orang luar terhadap negara kita. Bagi aku sangat memalukan kalau kita gagal mentikberatkan servis dan perkhidmatan yang baik. Dari segi pemilihan makanan, tempat duduk yang selesa dan paling penting toilet yang banyak. Tapi yerlah bila musim perayaan memang selalunya jam dan padat.

 

10 Jenama besar F&B

Donut’s krispy creme pun ada ada tau

 

Cumanya, kalaulah kita sebagai rakyat Malaysia pula dapat menyumbangkan sedikit usaha dengan menghantar tray makanan di tempat pengumpulan mungkin akan lebih baik.  Mungkin pihak PLUS boleh educate atau create awareness untuk mendidik rakyat malaysia akan lebih prihatin supaya ramai boleh menikmati makanan dengan lebih cepat.

Cuma yang aku risaukan sekarang pilihan makanan untuk keluarga yang kurang berkemampuan dalam memilih makanan ataupun anak anak sekolah yang sering mengikuti rombongan kemana-mana. Diharapkan harga yang ditetapkan adalah mampu milik. Semoga pihak PLUS tetap memandang mereka sebagai pelanggan utama.

Untuk Kedai yang sedia ada pula aku yakin, pelanggan yang pilih untuk makan wajib seperti nasi lemak, mee kari, laksa tetap menjadi tumpuan para pengunjung kerana rasa setiap orang itu berbeza

 

The post 10 Jenama besar F&B di R&R lebuh raya appeared first on Modern Mum's Thingy.

Tips Shopping di Perth yang wajib korang tahu

$
0
0

Aku dah janji kan entri sebelum ni, aku akan cerita khas Tips shopping di Perth. TIpulah korang tak shopping hahaha.   Alang alang dah murah balun jelah yer dak. Both of us.. bukanlah kaki shopping sangat tapi kami suka kalau dapat barang yang murah dari Malaysia. Satu kepuasan uolls.

Inilah kelebihan kalau travel sendiri, kita boleh je control time. Kalau travel dengan travel agent dan beramai ramai payahla sikit kan.

Sebut Oz jer korang terbayang apa? Mesti correlle kan.. pastu sekarang ni Bonds and Smiggle.  Ini aku cakap dari kategroi shopping lah. Janganlah jawab Kangaroo.

Correlle tu tak lah semurah yang aku dapat di US dulu tapi sebab aku nak menebus kebodohan aku beli satu set dahulu hahah jadi kali ni nak balas dendam. So sebelum pergi aku dah aim aku nak rembat 2 sets of correlle, beli smiggle .. and beberapa barang kecil di Kmart. itu sahaja… (konon) hahahah

 

Tips shopping di Perth

sampai kaunter .. ada diskaun plak lagi weh …

Paling best, laki aku sengaja pilih homestay yang berdekatan dengan Watertown yakni Factory Outlet. haa sebab tu lah aku cakap laki aku nilah best travel buddies aku. Dia boleh paham apa bini dia nak (padahal dia yang nak shopping  hahah). Apartment ni kami ambik dibawah AIRBNB. so aku dah jimat banyak sebab aku banyak promote airbnb.. alaa macam affiliate lah. Kalau ko promote pastu ada orang amik bawah ko dapatlah komisen.

Haa mai amik bawah aku otomatik ko akan dapat credit untuk travel kali pertama. heheh jangan cakap akak tak payung. Rugi tau kalau korang tak ada akaun airbnb and paling rugi kalau sign up tanpa referrral.

 

Okay back to cerita bab shopping. Setakat ni kalau travel Factory Outlet tu menjadi pilihan kami untuk shopping tetapi barangan dari negara yang keluarkan produk ini . Contohnya kalau ke australia carilah barangan seperti bonds, Quicksilver, and smigggle dan juga Oroton. Tapi.. dinasihatkan sebelum pergi sana rajin rajin lah survey barang di Mall terlebih dahulu. ataupun follow lah IG tertentu.

BACA ; TIPS SHOPPING DI NEW YORK, WOODSBURRY DAN WASHINGTON

Outlet besar seperti Coles, woolsworth, big W, Target dan Kmart dibuka sehingga 9 pm pada weekdays. Biasanya outlet2 ini ada di mall dan shopping area. Shopping centre biasanya dibuka 11 am pada hari Ahad.

Watertown

Tips shopping di Perth

rugi korang tak beli tau. aku ni anak dah besar. dan aku pun malas nak jadi personal shopper sebab tak cukup masa. Hnaya beli kan untuk anak anak sedara sahaja

 

Watertown mempunya beberapa outlet terkenal seperti  Levis, CK, Quicksilver, Cotton On, Orotan dan beberapa lagi. Korang boleh follow web https://www.watertownbrandoutlet.com.au/ untuk maklumat lebih details . Paling penting tengok operation hours yer.

Aku nak share experience di sini. Disebabkan kami memang tinggal betul betul berhadapan watertown memanglah advantage kami boleh repeat jer kalau ke sini. Tetapi operation hours nya alahai  dari kul 9.00 pagi – 5.30 petang. hahahah abis tu, tak bolehlah nak ke tempat lain kalau tiap hari kan. Maksud aku kalau lah dia bukak sampai 10 malam kan best. Cuma hari Jumaat jer dia bukak sampai kul 9.00 mlm

Jadi hari pertama sampai, memandangkan check in kul 2 kami pulun shopping dari kul 10-2 petang. Hari pertama aku tak beli apa apa pun. Sebab aku hanya aim jacket tapi tak jumpa yang berkenan dengan harga dan tak ada size.

Aku hanya beli cermin mata yg berharga RM10 dan juga Apple strudel di Corica (berdekatan dengan watertown)

Tips shopping di Perth

perghh.. mmg murah ya amat banding ngan KL laa

 

Tapi…  anak aku dah borong beli smiggle untuk dia dah kawan-kawannya. Sangat murah. Eraser dan pengasah yang berharga rm20++ disini dapat di beli dengan harga RM3.00 sahaja with minimum qty of 5. Iman rembat head set dalam 17.50Aud kat sini heheh dekat RM80 dan juga hadiah untuk BFF dia. 2 bulan sebelum pergi dah cakap banyak kali dah nak belikan hadiah untuk kawan dia. adeh

Bonds, untuk yang ada anak kecik korang kena pergi tengok. Hanya 10AUD. dekat sini orang jual dekat RM80 pun ada kan. Tapi yang peliknya disini, pada kali ke dua aku pergi boleh jatuh 6AUD. giler dak. Harga dia berubah ubah. Sama juga seperti smiggle, hari pertama je dapat murah. hari lain dah tak dapat dah.

Quicksilver abam beli dalam RM 35 kut. memang murah lah weh .. mana nak dapat. apa lagi balun lah . Cotton on produk OZ tapi tak semua murah. hahah aku beli spek rega RM10  itupun sebab murah and stylo. See .. aku ni bukanlah kaki soping sangat haha.

 

Tips shopping di Perth

kawan aku ni lah start borong quicksilver, siap panggil kita orang soping sekali.. hahah tapi berbaloi

 

Tapi akhirnya, pada hari terakhir baru aku jumpa jacket yang aku berkenan dengan harga RM110.00. Perbandingan dibuang dengan Uniqlo malaysia yang bernilai RM250.00 so, bagi aku murah lah . Bukan kedai hari hari yer. haa.. cakap terang terang. Kalau compare yang ni memang mahal lah jadinya weh.  Kedai jacket ni aku lupa nama dia  tapi berada di bahagain bawah Ground watertown.

Tapi, oroton tidak murah. Maybe bukan time sales dia. Murah lagi kawan aku beli di Pavilion. Ini aku frust sikit. Konon aku nak buat koleksi dan kununnya murah seperti Coach di US. Tapi nampaknya tidak .. so tak payalah nak membazir. My expectation was nak harga yang bawah RM500 sebab Coach boleh dapat harga macam tu di US. So jangan membazir.

Kmart

Aduh, aku dah follow IG dia sebelum aku pergi lagi okay. So aku dah tau apa benda yang aku nak beli. Barang barang dia memang quality tiptop. Terutamanya barang rumah and deko. Patutlah kawan aku pergi bawak balik 2 lampu. hahah aku pun sebat juga 1 lampu. Sebab murah ya amat. Yang penting dia bukanlah quality dari China. Standard mcm ikea tapi harga lebih murah. so On ke ta ONz? opkoslaaa…ONz

kalau ikutkan kerusi dia pun aku nak beli hahaha… tapi takkan kut. Nak citer betapa murah dan quality sebenarnya.

tah apa apa kan beli sudip. tapi comel yakmat. mana tahan

Baragan dapur seperti sudip yang comel hanya 1.50AUD bersamaan  RM4.00 macam tu. GIler murah. Mana nak dapat. Selain dari tu barang barang make up seperti eye brow, pencuci muka, face mist, blusher pun hara dari 2AUD hingga 5AUD. kalau korang kata tak murah aku tak tau lah.

Aku juga sempat beli baju dan seluar sukan dalm 10AUD sehelai. perbandingan dibuat dengan Decathlon. so murah lah wehhhh….takkan aku tak beli. Lepas ni aku posa lah beberapa bulan. Memang macam ni lah pesen aku. Kalau tak jenuhlah credit card beranak. Kena control.

Tips shopping di Perth

haaa tengok barang yang beli hehhehe… ni yang buat teringat nak p sana lagi. visa valid setahun

Big W

Tips shopping di Perth

Muka ada senyum sebab sempat rembat beberapa barang yang didamkan

Sini lagi satu tempat berhantu. aishh… giler !!. Contoh di the square miraabooka ni, ada terdapat beberapa mall yang duduk under one roof. Ada Big W, Ada k Mart, ada woolsoworth macam tu. So aku boleh pergi dan patah balik untuk mencari barang

Aku beli set Quilt hanya 9AUD bersamaan RM28 hinggit. Kain dia punyalah superb. dan aku rembat 2 yeee haaa. Memang tak nyesal.  Aku dan kawan aku pun sama sama rembat design yang sama. Sebab limited.  Baju baju budak pulak dalam 5Aud, kualiti tak payah cakap sebab memang best. Jadi iman lah paling banyak baju

So lepas ni pergi shopping complex memang kami takkan shopping lama. Kami pergi makan sahaja. Sebab posa shopping.  Tapi ini lah yang aku buat selama hari ini. Memang kami tak shopping sangat di Mall  Malaysia sebab harga mahal. Tapi dengan kata lain kami ni tak membantu ekonomi negara lah. tapi hahah terpaksa lah beb kena jaga ekonomi keluarga kecil kami.

Alang alang dah travel so kena lah balance kan balik duit keluar dan masuk.

Kalau nak banding dengan baju budak budak di sogo, tu semua made in china. di Big w ni made in Australia tau. Kualiti dia memang cantik and superb. Patutlah kawan aku yang duduk di perth ni cakap, dia orang pun suka shopping tempat macam ni sahaja. Tak payah nak aim sangat Quicksilver or branded yang lain.

Haa aku beli correlle di sini. Tapi sebelum tu pergi 2/3 BigW berlainan juga sebab design tak berkenan. Heheh nasib baik geng travel aku sehati sejiwa bab ni. Paling murah dapat correlle disini, round shape design lama dalam Rm150 untuk 16pcs. Aku beli yang baru sikit dalam RM260 Square.  Online correlle yang jual di Malaysia pun dalam RM360.00 kalau pergi shopping complex haruslah capai angka RM500. haaa mau aku tak beli 2 sets. rugi oit.

Chemist Warehouse

Siapa yang pergi OZ tak pegi or jejak sini memang lah rugi ya amat. Perfume murah sampai aku geram dan offer pada kawan kawan dengan harga upah rm15 setiap satu botol. Personal shopper selalu amik upah RM50 tau hahaha. lagipun boleh lah buat top up kos luggage. Bistu berat weh.. takkan lah FOC. Tunggu aku kaya gile macam Jho Low aku belanja kawan kawan hahah.. Tapi eh.. dah tolong beli harga murah ni pun dah okay sangat kan.

Ini contoh harga perfume yang aku beli untuk kawan kawan aku. sila convert dan bandingkan sendiri harga di Malaysia.

Tips shopping di Perth

Murah weh perfume

 

Selain dari itu kat sini juga aku suka beli supplement dan juga produk lain. Sebagai contoh lanolin cream ni hanya berharga rm12 sedangkan online yang jual disini dalam RM45.00. Pasal lanolin ni aku tahu dari dari rakan aku yang kaki travel juga. Bagus untuk kulit kering. dan pecah pecah. Boleh dipakai di muka atau satu badan.

Waktu operasi sehingga 9 malam. Jadi korang boleh susun jadual masa terbaek untuk ke sini.  At least ada option mengisi waktu malam

Freemantle shopping di Ed Shed market

Sila cari kedai Aussin ini untuk beli sebarang souvenir. Kalau jumpa di tempat lain tu sila lah tahan nafsu terlebih dahulu. Memang jauh beza harganya. Ownernya chinese Indon. Cakap melayu jer nak beli barang. Dan siap boleh mintak diskaun yer.

Aku hanya beli beberapa barang sahaja sebagai souvenir contohnya coaster, tshirt, dan kain. hahah sebenarnya aku serabut kalau byk barang kat rumah. Jadilah yang beli ini untuk dijadikan kenangan kawan kawan.

E-shed market hanya dibuka hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Hari lain tutup. Kat sini banyak dijual souvenirs dan sangat murah berbanding di Perth City.

Tips shopping di Perth

sini korang cari lah souvenir australia

Coles dan Woolsworths

Gila best beli barang dapur kat sini.  Memandangkan aku peminat kopi sempatlah aku rembat kopi LaVAZZA untuk dibawa balik ke malaysia nanti. Harga dalm RM12. di Malaysia dalam Rm45 rasanya. hehhe puas tau dapat murah. Ramai juga yang rembat MIlo, katanya lain. Tapi sebab family aku bukan kaki milo kami tak trylah.

Chocholate pun ada yang murah. Tapi beli lah yang rare. Nutella pun banyak kata murah tapi aku tak ambik pun. Sebab nak abis yang kat rumah tu berjaman. Ada kes yang letak dalam luggage berbotol botol akhirnya terbuang begitu sahaja sebab ada limit cecair yang dibawa naik dalam luggage.

Ramai yang beli kopi Dares. Aku sempat juga merasa . hurm.. hurm.. memandangkan aku hantu kopi hahah bagi aku hanya double espresso sahaja yang berjaya membuatkan aku teruja. Yang lain tu biasa aja. Sebab aku pernah rasa kopi local yang buat lagi sedap.  So aku hanya bawa pulang 3 botol kopi Dares

 

 

Kalau di ingat kembali, memang best shopping di Perth. Selain dapat tengok negara orang memang kami akan suka shopping juga. Tapi pesen yang murah murah lah. Pergi europe dulu memang tak mampu weh. Barang mahal. Kalau ke England pulak mampu pergi shopping di Primark sahaja and dapatlah beli handbag best di Bicester Village

So diingatkan korang yang travel ni heheh sila lah bawak duit lebih untuk shopping kalau ke Perth yer. Kalau pandai boleh lah buat bisnes. Kalau korang ada masa nak melayan permintaan orang. hehehehhe. Aku cuma tak sempat nak tengok pandora jer. eh… tapi lagipun takde bajet dah hahaha. Sebenarnya tak sempat sebabkan opertation hours dia orang kan sampai kul 5 sahaja. Payah!

Nanti kita sambung citer pasal attraction lain di Perth pulak wokay. Kalau korang nak tengok itinerari kita orang boleh jer baca entri aku yang sebelum ni kat sini. Memang tak sama dengan travel with travel agent. We all travel rilek-rileks sebab kekonon nak pergi lagi sebab ada kawan kat sana. Insyallah.

The post Tips Shopping di Perth yang wajib korang tahu appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Cik Reen Encik Ngok Ngek

$
0
0

‘Kalut! Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Jenuh dan pening  kedua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar. inilah permulaan Sinopsis Cik Reen Encik ngok ngek

Sinopsis Cik Reen Encik ngok ngek

sebenarnya mereka serasi tetapi ego kan

 

Semuanya kerana salah faham,  Irma perempuan yang telah diupah sengaja mereka reka cerita mengatakan Iqram telah membuntingkannya. Macamana Izyan merajuk melarikan diri.  Tapi kesannya kedua keluarga kalut dan bersedia untuk menanggung malu.

BACA : Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan

Azreen dan Harris kedua anak yang betul betul taat kepada keluarga. Sanggup mengorbankan perasaan mereka demi menjaga aib keluarga. Tapi masih berbelah bahagi.  Azreen dan Zaza bagai langit dan bumi. Azreen si murai yang berhenti bercakap dan garang pula. Lainlah zaza, top model yang pandai bergaya dan manja.

Sinopsis Cik Reen Encik ngok ngek

zaza, haris, azreen bertemu 3 mata akhirnya.

 

Aduh… bagaimana ni.. apa yang harus mereka lakukan? Tapi tiba tiba ustaz yang bakal menikahkan mereka mencadangkan Harris dan Azreen jadi pengantin ganti.

What? Kahwin??

Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii   !!) What the hell?

Dengan Azreen, cikgu tadika tu?

Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi! Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi.

Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu. Zaza? Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

Tapi salah zaza juga kerana terlampau mementingkan karier sebagai Model ternama. Belum bersedia untuk berkahwin tapi selfish! Rugi dia melepaskan peluang dan rugi dia melepaskan haris

Sinopsis Cik Reen Encik ngok ngek

saat mereka dirompak

Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh. Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen.

Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.

“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?” Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan.

Pertemuan dengan Tok Cik yang membantu mereka yang telah disamun telah membibitkan perasaan sayang dan cinta tanpa sedar.  Pelik! sangat pelik. Haris tahu Azreen sempurna untuk menjadi isteri pandai segalahnya, perfect untuk membina keluarga tapi tetap merasa geram dan marah sebelum ini jika zaza rapat dengan Iman managernya.

Jadi apa yang harris mau sebenarnya.

Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak Harris memang laki yang bertanggungjawab dan melindunginya.

Sadis.. apakah kesudahannya. Yang pasti cliche drama sebegini pastinya happy ending tetapi perjalan dan kesengsaaraan mereka yang membuatkan aku tidak sabar untuk melihat kesudahan drama ini.

 

Info

JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Maya Adira
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali

Watak Pelakon drama Cik Reen Encik ngok ngek

Farah Nabilah sebagai Azreen
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan
Haneesya Hanee sebagai Zaza
Iswan Ismail sebagai Iman
Scha Elinnea sebagai Izyan
Farhan Asri sebagai Iqram
Dini Schatzmann sebagai Naqib
Nabila Razali sebagai Siti
Badrul Muhayat sebagai Che Azhan
Farisha Irwayu sebagai Che Embun
Rania Humaira sebagai Anum
Nik Adam Mika sebagai Qalish
LAGU TEMA / OST
Satu Peluang – Andi Bernadee

The post Sinopsis Cik Reen Encik Ngok Ngek appeared first on Modern Mum's Thingy.

Susu Fernleaf UHT berjaya buat Iman suka susu semula

$
0
0

Weh! buat pertama kali iman suka minum susu Fernleaf UHT! Semuanya bermula gara – gara nak masuk contest susu Fernleaf UHT. Boleh pulak si hero kecik tu tersuka dengan susu ni. Aduiii.. Miracle, Mak rasa nak nangih nih … Iman ni seorang budak yang tersangat lah payah nak suka makan dan juga minum susu, in fact 2 minggu lepas dia hampir kena gastrik. Memang tak sangka Iman boleh tersuka susu fernleaf UHT 100% mmmmm ni.

Boleh sujud syukur tau!

Last iman minum susu pada umur 4 tahun. lepas tu memang tak hingin dah susu-susu ni, dia kata… macam untuk budak budak jer minum susu. Padahal dia amik dengan cornflake dia tak sedar.. hahaha budak budak kan  ada part pelik disisi mereka.

 

Susu fernleaf UHT

Iman dah mula suka SUSU .. yeay.. mama pun happy yakmat.

 

Iman bersaiz agak kecil kalau dibandingkan dengan kawan kawan dia, kalau ikut kawan kawan aku yang bekerja dalam bidang perubatan dah advice banyak kali supaya dia kena ambil banyak protien and kalsium kalau ingin cepat membesar. Tapi budak, apalah dia fahamkan mana datang kalsium semua tu.

Kata iman dia tau sebenarnya sebab dah belajar dalam kelas sains darjah 2, tapi heheh sebelum ini iman tak minat lah susu.

Maybe, kesilapan mama dia juga hahah sebab banyak expose dengan pelbagai makanan sampai membuatkan dia picky eater. Padahal Kalsium antara zat yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Jadi disebabkan perkembangan positif macam ni confirmlah lepas ni aku tak akan putus belikan susu fearnleaf ini untuk iman setiap minggu.

 

Susu fernleaf UHT

Props Kotak Susu Fernleaf dah kena rembat

Sebenarnya ada 4 kotak 200ml yang dah standby untuk dibuat props untuk contest nih… tapi dah tinggal sekotak huhuhu semuanya sebab iman nak. Yang tak tahan tu dia siap call bila dah sampai rumah dari sekolah “Mama, boleh tak dia nak minum lagi “.. Adehhh… takkan tak nak bagi. Permintaan yang jarang jarang sekali dengar tu.

So apa lagi kelam kabutlah mama dia pergi Giant and top up stock untuk di rumah.

Aku bukanlah peminat susu coklat tapi Full Cream milk tu pulak wajib ada di rumah kalau nak buat coffee latte atau mocha. Ala – ala starbuck gitu kan. Memang dah lama tinggal condensed Milk yang kurang sihat tu.

BACA : Iman berjaya surprise kan Mama & Papa

Selama hari ini hanya beli susu full cream original, tak sangka pulak Iman suka susu chocholate. hahaha thanks to Fernleaf yang anjurkan contest ni dan secara tak lansung iman suka dan jadi bahan bekalan wajib untuk dibawa kesekolah untuk beberapa hari ini.

 

Photo by Matthias Zomer from Pexels

Agaknya apa yang buat iman terjatuh cinta dengan susu Fearnlef  UHT ni?

New Zealand ni aduh, negara yang sangat sangat cantik dan tak tercemar. One of my wish list juga nak pergi nanti.  The best thing pasal New zealand ni disebabkan kerana iklim cuaca dan suasana yang amat nyaman. haaihhh…..bestnya. I wish my wish become reality.. haahahha

Okay jom kita sama sama paham kenapa Susu Fernleaf ini memang terbaik

  1. Lembu bebas meragut di Luar.

    New Zealand adalah salah satu daripada beberapa tempat di dunia di mana lembu tenusu dapat meragut di luar kandang hampir sepanjang tahun di rumput segar yang memberi mereka yang terbaik dari alam untuk menghasilkan susu berkhasiat.

  2. Rumput yang sangat berkuatliti.

    Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara bersih dan air, pastinya segala ternakan seperti lembu ini akan dapatmenghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.

  3. Mengeluarkan Susu secara Natural dan Terbaik

    Kesemua lembu di sini mengeluarkan susu secara natural. Haiwan ternakan pun seperti manusia, bila kita happy confirm kita akan hasilkan yang terbaik. Malah yang paling best disebabkan 90% masa dibiarkan meragut secara bebas di luar secara tidak lansung semua ternakan mendapat  Vitamin D jadi tentulah susu yang dikeluarkan pun berkhasiat.

  4. Pakar Tenusu

    Hurmm cakap pasal new zealand sehingga adalah lawak yang mengatakan haiwan ternakan lebih banyak dari manusia. New Zealand memang pakar dalam bab pengeluaran Susu. Mereka mempunyai 140 tahun pengalaman dalam menguruskan bidang penternakan

  5. Susu Fernleaf adalah SUSU UHT

    UHT bermaksud Ultra High Temperature, salah satu teknik dan teknologi dalam penternakan yang melalui kaedah penstrilan dengan suhu yang tinggi mencecah 135-145% Celsius. Pemanasan ini bertujuan untuk membunuh seluruh mikroorganisma (baik bakteri pembusuk maupun patogen) & spora. Jangka hayat sisi ini boleh bertahan selama 6 bulan walaupun di luar peti ais. Tapi kalau dibuka kena lah simpan dalam peti ais yer.

 

BACA : Usaha tingkatkan selera iman dengan Bonissan

100% Mmmmm

So sebab itulah susu Fernleaf 100%mmmmm… haaa panjang mmmmm tu. Sebab memang terbaiklah kan. Jaminan yang diberikan sangat meyakinkan dengan angka 100%mmmmm  pastilah dijamin mampu sedap dah berkhasiat tanpa was was.

Tapi lagi Mmmmmm… kalau berpeluang tengok ladang di New Zealand tu…. bestnya….

Boleh refer https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/ untuk maklumat lebih lanjut

The post Susu Fernleaf UHT berjaya buat Iman suka susu semula appeared first on Modern Mum's Thingy.

Kesan gajet kepada kanak kanak, iman jadi cepat marah dan melentingo

$
0
0

Kerana handphone boleh buatkan Iman jadi orang yang berbeza. Dia akan jadi cepat marah, cepat tantrum dan entah apa apa perangai pelik yang keluar dalam diri dia. Ini lah antara kisah benar kesan gajet kepada kanak kanak.

Aku nampak setiap kali dia pegang handphone dia macam  tenggelam dalam dunia sendiri. Ini kisah iman pada minggu lepas. Aduhh sakit dada betul rasanya  tapi aku tau disebalik itu iman belajar sesuatu yang penting.

Sengaja aku tulis dalam blog aku, supaya nanti kalau dia besar dan matang, atau mungkin di saat dia buat perangai  lagi aku akan paksa dia baca tulisan mama dia disini.

Selain itu inilah perkongsian aku tentang kesan penggunaan gajet kepada kanak kanak. Aku percaya banyak lagi kisah di luar sana.

Payah aku nak jumpa kesan positif gajet pada anak-anak. Mungkin ada, tapi peratusnya sedikit dan yang pasti akan bawa kepada ketagihan pulak

kesan gajet kepada kanak kanak seperti Iman

Alkisahnya, iman ni aku dah ‘posakan” dia dari pegang handphone hampir 3 minggu disebabkan peperiksaan hujung tahun yang makin hampir. Kami dah berjaya dapat persetujuan dia walaupun agak berat pada mulanya.

Tapi pada hujung minggu baru ini disebabkan aku perlu gerak lebih awal ke tempat latihan volleyball dan papa dia pula belum sampai ke rumah maka kami bersetuju beri dia HP tersebut untuk tujuan komunikasi.

Lagipun yang membuatkan kami merasakan dia deserve untuk pegang HP pada hari tersebut kerana  pada hari itulah dia tiba tiba berani untuk tinggal di rumah seorang diri. Jadi dapatlah kurangkan rasa takut dan isi masa terluang dengan Handphone.

Rupanya berlarutan sampai ke petang, dia masih pegang HP tersebut. wah wah.. bukan main seronok lah dia sebab tiada mama yang marah dan papa dia pula terbaring keletihan di sofa kerana penat memasuki acara suka pada paginya.

Baca : Iman berjaya buat surpise untuk mama & papa

Sebaik aku sampai rumah, aku dan abam berkongsi cerita pengalaman dia memasuki acara rides pada pagi tersebut. Rancak berbual tanpa aku sedari rupanya hampir waktu maghrib.

Kebetulan Handphone  iman habis bateri, kelam kabut dia nak charge HP dan dia meminta aku pindah ke tempat lain kerana dia masih mahu tengok youtube sambil charging

Uihh.. aku baru sedar Handphone di tangan dia . Jadi aku terus cakap, tinggalkan hp disini dan sila pergi naik atas dan mandi memandangkan jam sudah  7.30 malam

Iman mula memberontak. Kesedapan mungkin.

Maka aku pun mula tinggikan suara dan seterusnya aku sedar dia mengamuk dan balingkan cermin matanya. Aku sendiri terkejut!. Eh…

Itu lah yang aku cakap, kerana Handphone dia jadi bukan dirinya, pemarah dan tidak boleh di kawal.

Aku pun apa lagi, mula menyingga. Dan aku cakap padanya kami tidak akan menggantikan cermin mata tersebut dan dia harus keluarkan duit sendiri atas kesilapannya sendiri.

Iman terkedu juga sebenarnya. Dia pun tidak sangka yang cermin matanya boleh patah sebegitu. Ulang kali aku cakap kami tidak akan sesekali membantunya. Sila fikir sendiri untuk selesaikan masalah tersebut.

Rupanya sewaktu aku naik ke atas, dia berusaha menggunakan sellotape untuk lekatkan cermin matanya kembali

Dan keesokannya pula dia ada weekly training Futsal , aku cakap biar dia training dengan cermin mata sebegitu. Sebab salah sendiri. Belajar susah!

Aku masih senyap sampai malam, ignore dia sebagai pengajaran kepadanya.

Kalut Kira duit simpanan

Aku lihat,  dia terus bangun ambil duit simpanan  dalam wallet superman yang telah dikumpul dari darjah 2 atas kerja rumah dan upah baca buku sebelum ini. Sambil mengira duit yang ada sambil meng’aduh’ nasibnya kerana terpaksa keluarkan duit sendiri.

Memang sedih betullah bunyi nya sampai aku pula jatuh kesian.

Aku dan abam pula memberikan isyarat mata, biarkan sahaja. Biar  jadi pengajaran pada dia. GItulah mak bapak. Ada masa marah, tapi rasa kesian itu tetap ada.

kira duit tabung yang ada bila wang kertas tak cukup

Malangnya duit dalam wallet tidak mencukupi. Acap kali dia tanya berapa harga cermin mata tu . Risau mungkin, sebab aku cakap kami tidak akan tambah walau sedikitpun. Kami cakap biarlah dia pakai cermin mata patah sampai dia ada duit.  Terus tiba tiba dia bangun teringat tabung syililng yang ada.

Satu demi satu duit syiling dikeluarkan, kira dan susun. Hanya RM30.00. Terus bertambah risau dan kebetulan dia teringat duit AUD yang dia dapat dari mak kawan aku semasa pergi pergi Perth tempohari. 20Aud bersamaan RM60.00. Bermakna dia sudah ada RM160

Terus dia lega.

BACA : Iman terkesan dengan teguran Papa

Kisah Jeb dan Filem Paskal

Apa lagi,  Husband aku pun ambil peluang untuk kaitkan dengan kisah Jeb dalam cerita paskal yang penuh Amarah dan dendam. Kami cakap, kalau jadi pemarah siapa pun tidak suka tambahan mula pandai baling baling barang..

Itulah yang kami bualkan bersama sebaik habis menonton movie tersebut. Perbincangan tentang sikap dan kenapa Arman disukai oleh semua orang.

Iman terus tunduk malu, dan angguk tanda setuju yang tindakan dia memang salah.

Bila kami pahamkan dia dan berjanji untuk bawa dia baiki cermin mata keesokan harinya barulah dia senyum dan berubah air muka dia. Drama iman dan kira duitnya pada malam itu sebenarnya berlanjutan sehingga 11 malam.

Keesokkanya Bila sedar duit dah habis, terus ambil buku baca sebab mengharapkan upah RM1 untuk satu buku.

Malam itu iman belajar 2 perkara penting

  1. Amarah memang membawa keburukan
  2. Iman baru sedar value duit yang dia harus keluarkan atas kesilapan nnya sendiri.  Memang dia ulang berkali-kali, sedih sebab duit yang di kumpul habis begitu sahaja.

Memang kesian tengok dia mengeluh tapi kami terpaksa ajar dia dengan cara yang agak susah macam ni. One day iman akan faham tambah-tambah bila Bila baca artikel dari UKM ni,  kanak-kanak dan gajet. Insyallah kita cuba perbaiki satu persatu..

Yang pasti masih terngiang ditelinga ini, sewaktu dalam perjalanan ke kedai cermin mata. dia siap pesan kepada kami kalau orang kedai cermin mata tu tanya tolong jangan cakap kerana dia yang baling dan pecahkan.

Dia malu katanya!

Kalau tanpa Handphone dialah paling banyak bercerita sampai kami tak larat nak layan hahaha.. tapi kami lebih prefer iman yang ini.

The post Kesan gajet kepada kanak kanak, iman jadi cepat marah dan melentingo appeared first on Modern Mum's Thingy.

Viewing all 293 articles
Browse latest View live