Quantcast
Channel: Modern Mum's Thingy
Viewing all 293 articles
Browse latest View live

Pakej Percutian Ke Jepun untuk orang yang tak suka backpackers

$
0
0

Tiba tiba je mood rindu nak ke jepun melanda! Semuanya sebab anak sedara aku baru dapat posting ke Tokyo bermula July nanti.  Aku nak sangat insist atau paksa rela korang melawat ke negara  matahari terbit ini. Kalau tak mampu ber bacpack mcm aku korang boleh cari pakej Percutian ke Jepun yang ada.

Jepun ni serius best korang. aku selalu tanya anak aku yang pernah follow kita orang travel ke US dan Uk dan beberapa negara lain dia sendiri pun cakap nak repeat Jepun. Satu pengalaman yang priceless. Dari segi culture, teknologi,  orang, makanan, History, attraction, amusement park. Memang best. Selamba je biarkan anak aku tu jalan tertinggal di belakang. Tak risau lansung nak kena culik

BACA : Travelogue ke Jepun

 

budak yg demam masa ni tapi dia kuat semangat nak jalan

Walaupun Kos pengangkutan train di jepun sebenarnya mahal contohnya JR pass yang aku ambil untuk 7 hari dlm Rm1100 hahah lebih mahal dari tiket AIRASIA yang aku dapat pada masa itu dalam RM680. (korang nampak tak perbezaan tu) Tapi itulah satu pengalaman yang sangat sangat priceless and berbaloi

Lagi satu kalau korang pergi jepun tak turun berat badan memang pelik, sebab di sana kita akan terus berjalan dan berjalan tukar train. Tapi kami enjoy lah. hahah walaupun tersilap train.  bagi kami memang tak ada masalah sebab kami prefer untuk explore sebegini.

 

Pakej Percutian ke Jepun

sewaktu pergi ke factory outlet tiba tiba je snow turun di musim summer. ko rasa?? perghh… first time rasa snow..

Kalau ada anak bawak dia oang p tengk aquarium yang besar di sini. Osem

 

Bergantung sepenuhnya pada HP untuk tgk jadual train

 

Tapi tak semua orang mampu konsep redah macam kami tau. Haa mari kita tengok korang macam mana, kalau korang ada ciri ciri ini korang mampu travel macam kami.

Self Guided Tour/ Backpackers

  1. Buat research & Study tempat yang dituju
  2. Pandai buat itinerari
  3. Pandai baca map
  4. Cekap dalam penggunaan teknologi
  5. Rajin bertanya
  6. Sanggup Sesat
  7. Sanggup missed makan sebab nak cari halal food susah
  8. Tak kisah accommodation macam mana
  9. Sanggup pindah randah accommodation

 

Haa.. korang sanggup tak? Kalau sanggup kita geng. !!  tapi janganlah sekat niat korang tu kalau tak mampu follow cara aku ni. Korang boleh cari mana mana agen pelancongan yang menawarkan Pakej Percutian Ke Jepun. Banyak lagi korang kena tahu pasal travel ke Jepun ni sebenarnya. sebab kami pun tahu selepas kami balik. Alhamdulillah tak jadi ada-apa. Korang baca entri aku pasal info wajib tahu sebelum ke Jepun .

Pakej Percutian ke Jepun

So kalau korang decide nak cari agen pelancongan aku rekomen korang supaya menggunakan servis perlancongan daripada Muslimtravelbug Sdn Bhd.  Mereka menyediakan servis pelancongan lengkap penerbangan ataupun hanya ground arrangement sahaja.

LENGKAP PENERBANGAN -> PAKEJ PERCUTIAN KE JEPUN
GROUND ARRANGEMENT SAHAJA – >  PAKEJ KE JEPUN

Kenapa rekomen mereka?

  1. Berdaftar dengan kementerian pelancongan KPL 8549
  2. Harga pakej yang sentiasa dibawah harga pasaran Malaysia.
  3. Mempunyai pejabat operasi di Malaysia dan boleh dikunjungi bila-bila masa.
  4. Ahli pejabat terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di agensi pelancongan muslim terkenal di Malaysia dan berpengalaman luas.
  5. Professional dan diiktiraf sehingga pernah menguruskan rancangan tv ASTRO RIA untuk penggambaran SYOKNYA SEOUL.
  6. Deposit rendah dan khidmat pelanggan dan mudah dan mesra.

Butiran Lanjut :

NO PEJABAT : 03 89575770 (Isnin-Jumaat 9.00-5.30 petang)
Alamat Pejabat : B-4-2 Putra Walk Taman Pinggiran Putra 43300 Seri Kembangan Selangor
Waze : Muslimtravelbug Sdn Bhd
Email : info@muslimtravelbug.com
Laman web : muslimtravelbug.com

The post Pakej Percutian Ke Jepun untuk orang yang tak suka backpackers appeared first on Modern Mum's Thingy.


Sup Tulang NOXXA

$
0
0

SUP TULANG/EKOR/KAMBING

Images from  https://www.angsarap.net/2014/12/03/sup-tulang/

Sup Tulang

Ramuan:

  • 1 kg Tulang atau Ekor atau Kambing – Potong ikut saiz sup
  • Air secukupnya
  • 1 packet kecil Perencah Sup Adabi
  • 2 Bawang Besar + 5 Ulas Bawang Putih + 3” Halia – Blend lumat tanpa air
  • 4 Sekawan
  • 1 sudu besar Ketumbar – blend kasar
  • 1 sudu besar Lada Hitam – blend kasar
  • 3 helai Bay Leaves (Daun Salam)
  • 6-7 biji Kentang – kupas, basuh and potong (rendam dalam air garam, to avoid oxidation)
  • 2-3 buah Tomato – belah empat
  • 1 tin Green Peas (buang airnya)
  • 3 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Cuka
  • Untuk Garnishing, Setangkai Daun Sup/Daun Bawang – basuh, hiris kasar-kasar
  • Bawang Goreng – beli yang dah siap
  • Opitonal = Sambal Kicap

 

Sup Tulang Noxxa

 

BACA : Nasi Daging Noxxa

 

Cara – Cara

  • Masukkan bahan 1 sampai 8 ke dalam Pressure Cooker.
  • Tutup Pressure Cooker, align Pressure Dot on White Dot.
  • Tekan On/Off Button.
  • Tekan Butang High Pressure 20 min, tekan On/Off Button sekali lagi so that Red Light is steady.
  • Bila Pressure Cooker dah Beep, pusing tombol, buangkan steam.
  • Dah buang steam, buka tudung, masukkan kentang and green peas.
  • High Pressure lagi 8 min.
  • Dah siap, pusing tombol, buangkan steam lagi sekali.
  • Masukkan Tomato and Garam.
  • Opt: 3 tbsp cuka to cut lemak
  • Stir, hidang and tabur Daun Bawang/Daun Sup and Bawang Goreng
  • Sedap dimakan dengan Sambal Kicap, cicah roti panas from Noxxa Breadmaker

The post Sup Tulang NOXXA appeared first on Modern Mum's Thingy.

Rendang ayam Pencen NOXXA

$
0
0

Kenapa ayam pencen

Rendang ayam pencen noxxa. Ada orang suka masa rendang dengan ayam biasa tapi sesetengah orang  memang prefer guna ayam pencen bila nak masak rendang. Ada banyak sebab kenapa orang suka, ada orang cakap sebab rasa isi ayam pencen ni lebih kurang macam ayam kampung , isinya padat dan tidak begitu lembut

Jadi Kali ini aku nak share cara-cara masak rendang ayam pencen NOXXA menggunakan periuk noxxa lah.

Pasti korang pernah mengalami daging ayam tersebut terlerai dari tulang -tulangnya kan. Kadang Kadang dia sengaja biarkan masak lemak untuk pastikan gravy tu meresap kedalam daging daging ayam tersebut. tapi risikonya seperti yang aku cakap tadilah. Habis terlerai.

Jadi ,acam mak mentua aku masa rendang pula, kebiasaanya dia akan goreng ayam tersebut sebelum direndang kan. Alasanya supaya isi daging lebih intact walaupun dah masak agak lama.  Ini untuk mengatasi masalah yang aku cakap di atas tu.

Tapi bagi aku pula, aku tak berapa suka taste tersebut sebab ada rasa goreng dan daging agak keras. So jalan terbaik adalah kita cari Ayam Pencen dan masak menggunakan NOXXA haaa.. confirm sedap dan meletup .

 

rendang ayam pencen noxxa

credit image dari http://www.butterkicap.com

 

RENDANG AYAM PENCEN NOXXA

  • 1 ekor AYAM PENCEN (old chicken) potong 20
  • 6 sudu besar MINYAK MASAK
  • Blend tanpa air- 10 ulas BAWANG MERAH
  •     3 ulas BAWANG PUTIH
  •     2 inci HALIA
  • 3 btg SERAI, dititik
  • 1 cwn CILI GILING- rendam cili kering, bila lembut, di blend, atau beli
  •            CILI GILING dari pasar
  • 1 pkt rempah RENDANG IDAMAN SURI (AMWAY)
  • 1 kotak SANTAN
  • 1 pkt KERISIK
  • 1 helai DAUN KUNYIT, hiris halus-halus
  • 3 helai DAUN LIMAU PURUT
  • 10 biji CILI PADI, dititik ß Optional

Cara-cara

  1. On kan Pressure Cooker. On kan butang merah (ON/OFF BUTTON)
  2. Tekan butang STIRFRY, lampunya berkelip-kelip
  3. Tekan butang merah lagi sekali, lampu jadi steady
  4. Bila periuk panas, masukkan minyak masak
  5. Tumis Bawang Merah, Bawang Putih & Halia yang dah di blend, masukkan serai
  6. Bila layu, masukkan CILI GILING
  7. Bila pecah minyak, masukkan Rempah Rendang Idaman Suri.
  8. Tumis sampai masak.
  9. Off kan butang. Masukkan semua isi ayam. Golek-golekkan ayam.
  10. Tutup periuk. Setkan tombol ke Pressure.
  11. Tekan On/Off button. Tekan High Pressure 50 min.(periuk biasa 3 jam)
  12. Bila siap, pusing tombol. Keluarkan wap sampai habis.
  13. Bila sudah tiada wap, buka tudung.
  14. Tekan butang STIR-FRY semula
  15. Masukkan Santan, Daun Kunyit, Daun Limau Purut,
  16. dan kalau suka Cili Padi.
  17. Tak perlu garam. Kacau dari semasa ke semasa, sampai kering,

Rendang ayam ni kira menu wajib aku di pagi raya selain menu lain seperti nasi daging dan semestinya aku menggunakan periuk noxxa lah untuk memasak. Ada kawan kawan aku di pantai timur pula suka masak nasi minyak sebagai juadah utama.

Ishh.. tak sabarnya nak raya

The post Rendang ayam Pencen NOXXA appeared first on Modern Mum's Thingy.

Fakta Menarik Tun Mahathir Mohamad

$
0
0

Tun Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 atau cukup dikenali sebagai “Tun. M” ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia. Tun M merupakan Perdana Menteri keempat dan ketujuh  Malaysia. Sejarah Tercipta! Malah boleh dikatakan antara pemimpin tertua dalam sejarah dunia.

Mengetuai barisan kabinet 2018 dalam pemerintahan baru sejarah Malaysia.

Beliau  menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

Seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Tetapi sangat dihormati oleh semua pemimpin dunia terutamanya dari Negara negara OIC.

Tun Mahathir Mohamad

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bila mana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.

Biodata

  • Tun Mahathir Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, AlorSetar, Kedah pada 10 Julai 1925
  • Anak bongsu daripada 9 adik-beradik (5 lelaki, 4 perempuan)
  • Anak kepada Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.
  • Menuntut di Kolej Perubatan King Edward VIIUniversiti MalayaSingapura,
  • Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
  • Memulakan kerjaya sebagai Doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
  • Berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 
  • Punyai Empat orang cahaya mata, iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan dan beliau mempunyai 3 orang anak angkat.
  • Anak-anak beliau ialah Marina, Mirzan, Mahathir, MokhzaniMukhriz, Maizura dan Mazhar.
  • Pada tahun 1957, beliau berhenti daripada perkhidmatan kerajaan
  • Membuka kliniknya sendiri iaitu MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Klinik Melayu PERTAMA

Buku yang pernah dihasilkan

  • The Malay Dilemma (1970)
  • The Challenge, (1986)
  • Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the Challenge of Change into the 21st century (1989)
  • The Pacific Rim in the 21st century,(1995)
  • The Challenges of Turmoil, (1998)
  • The Way Forward, (1998)
  • A New Deal for Asia, (1999)
  • Islam & The Muslim Ummah, (2001)
  • Globalisation and the New Realities (2002)
  • Reflections on Asia, (2002)
  • The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened, (2003)
  • Achieving True Globalization, (2004)
  • Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006)
  • Principles of Public Administration: An Introduction, (2007)
  • Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual), (2008)
  • A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, (8 Mac 2011)

Kerjaya Politik Tun Mahathir Mohamad

  • 1945 kerjaya politik bermula  menentang Malayan Union
  • 1945 Pengerusi Parti negeri Kedah
  • 1964 Ahli parlimen kota setar pada tahun
  • 1965 Majlis tertinggi Umno pada tahun
  • 1969 dipecat keahliannya dalam UMNO
  • 1972 Masuk UMNO semula
  • 1973 Dilantik sebagai Senator
  • 1974 Menteri Pelajaran
  • 1976 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
  • 1981 Perdana Menteri Malaysia ke Empat
  • 2003 Bersara
  • 2008 keluar Umno
  • 2009 Masuk UMNO semula
  • 2016 Meninggalkan UMNO kerana tidak bersetuju dengan  kepimpinan Datuk seri Najib
  • 2016 Tubuhkan Parti Primbumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bergabung sebagai parti pembangkang Pakatan Harapan
  • 2017 Ketua Pembangkang
  • 2018 Isythihar Pencalonan Kerusi Parlimen Langkawi
  • 2018 Menang pilihanraya ke 14 dan Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 7

Kejayaan Zaman Tun Dr Mahathir  sebagai Perdana Menteri ke 4

  • Dasar Ekonomi baru
  • Dasar Pandang Ke timur
  • Malaysia dari negara pertanian kepada perindustrian
  • Menubuhkan Syarikat Proton
  • Wawasan 2020
  • Koridor Raya Multimedia
  • Putrajaya
  • Isu Bosnia Herzegiva
  • Skandal IMF

Kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke 7

  • Menang pilihnraya pada 10 Mei 2018 dibawah tiket Parti Harapan
  • Membentuk dan Memanggil The Elders sebagai penasihat kerajaan

The post Fakta Menarik Tun Mahathir Mohamad appeared first on Modern Mum's Thingy.

Resepi kuih kuba guling

$
0
0
Resepi kuih kuba guling viral ni bunyi macam kelakar kan, kuba tu sebenarnya adalah dari perkataan Kerbau, di femeskan dan diviralkan di Kelantan.  Tiba- tiba sahaja ramadahn 2018 kuih Kuba guling ni menjadi femes dan viral. Jadi nama sebetulnya dalam bahasa kebangsaan kuih kerbau guling lah kan.. hahaha..
Unik nama kuih ini kan. Rupanya memang tak indah, namanya pelik tapi tersangat lah viral tau.

 

Kredit : featured image from NST, korang boleh baca link di page dia orang. hehe nak sampai ke kelantan tu entah bila. Nanti aku pergi aku amik gambar yer..

 

Kalau ikut kata kawan aku dulu namanya lain., dan memang ramai yang jual sebelum ini lagi. Tapi tempat yang tersangat viral ini rasa kuihnya memang sangat berbeza. kerana itulah kawan aku sanggup berator panjang untuk merasa kuih ni.
Jadi aku titipkan resepi kuih kuba guling tu disini manalah tau aku nak buat satu hari nanti sebab rasa pelik bila ada part tempurung bakar tu. Macam manalah agaknya taste tu kan.
Yang pasti ramadahan baru ini salah seorang kawan aku gigih beratur dekat 2 jam untuk merasa keenakan kuih dan memang sedap katanya.. Katanya memang rasa menyesal pun ada, tapi alang alang dah beratur tu hahah gagakan juga dari kempunan nanti.
One day I akan rasa juga.
Resepi kuih kuba guling

haa ini gambar kawan aku yang puas dpt beli jugak katanya .. 2 jam tu beratur..

Bahan-bahan resepi kuih kuba guling :

  • 250gm tepung beras
  • 150gm tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung pulut
  • 200gm gula
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 liter air
  • Tempurung bersih yang dibakar (tumbuk, tapis & ambil airnya sahaja)
  • Secubit garam
  • Kelapa parut yang digaul bersama garam (bahan ini untuk digulingkan kuih yang telah siap)

Cara-cara  masak kuih kuba guling

  1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali, gaulkan serata dan kemudian hidupkan api.
  2. Kacau semua bahan menggunakan api yang kecil sehingga pekat (proses seakan membuat kuih koleh kacang)
  3. Sediakan loyang atau bekas yang disapukan sedikit minyak
  4. Tuangkan adunan yang likat tadi & biarkan sehingga sejuk
  5. Apabila sejuk, potongkan kuih tersebut dan gulingkan di dalam kelapa parut yang digaulkan sedikit bersama garam.

 

Kalau sesiapa yang dah mencuba resepi ni apa kata korang komen dekat blog akak ni haa. Bila aku sampai kelantan memang akan jejak jugaklah menacari satu hari nanti.

Kalau korang tengah plan nak masak untuk raya nanti , jangan lupa singgah entri aku cara-cara masak ayam rendang pencen dengan noxxa. Walaweh.. sedap oit.

The post Resepi kuih kuba guling appeared first on Modern Mum's Thingy.

7 Tips jimat Minyak balik raya

$
0
0

Tips jimat Minyak balik raya ni adalah melalui beberapa pembacaan saya dan juga pengalaman saya sendiri. Memandangkan tak lama lagi Hari Raya akan menjelang dan ramai di antara kita yang akan memandu jauh untuk balik ke kampung. Dah tentu kena allocate kan bajet untuk petrol kan. Bayangkan kalau dari JB ke Kangar, atau ke Kota Bharu…jauh tu. Harga petrol pun tak lah murah sekarang.

Apa kata kita tengok sikit tips  macamana nak jimatkan penggunaan petrol sempena perjalanan balik kampung nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga kita berjimat. Selain faktor kereta yg kita pakai juga memang mempengaruhi cara penggunaan minyak kita.

7 Tips jimat Minyak

  1. Enjin dalam keadaan ok
    Yang ni rasanya basic kot dan rasanya semua akan aware benda ni. Pastikan kereta anda dlm keadaan baik. Seeloknya buat minor check-up dengan mekanik anda kalau boleh sebulan atau dia minggu sebelum perjalanan. Kalau last minit ni biasanya penuh workshop sebab semua nak buat servis masa tu. Tapi at least pastikan tarikh servis tu belum overdue lagi lah. Kalau ada yang major tu baik repair dulu
  2. Pressure tayar anda
    Saya pernah diberitahu oleh mekanik yang keadaan tayar boleh mempengaruhi penggunaan petrol, especially long distance journey. Enjin akan perlukan lebih kuasa kalau tayar kita lembik, maknanya lebih byk petrol digunakan. Cuba korang kayuh basikal dengan tayar lembik. Penat kan ?So pastikan tayar berada di tekanan psi yang betul. Biasanya kalau penuh satu kereta dengan bag lagi, kalau boleh naikkan 1-2 psi dalam tekanan tayar. Dikatakan kalau tayar kita kurang 1psi, penggunaan petrol akan terkesan sebanyak 3%…haaaa.
  3. Kurangkan berat kenderaan
    Nak balik kampung ni kurang-kurangkanlah benda yang nak dibawak balik ye..heheh Janganla nak sumbat semua barang dalam kereta tu. Basikal budaklah, buaian 2 bijik, bag itu bag ini ..kurangkan mana yang patut ye. Bayangkan korang kayuh beskal bawak benda-benda tu…haa sure tercungap-cungapkan..macam tulah enjin kita perlukan petrol yang lebih banyak kalau berat sangat kereta tu.
  4. Aerodinamik
    Nak jimat petrol bukak tingkap dan off air-cond ? Ada betul dan tak betulnya kat sini. Memang penggunaan alat elektrikal tambahan seperti air-cond misalnya akan mempengaruhi sikit penggunaan petrol tetapi dengan membuka tingkap kereta akan menggunakan lebih banyak petrol. Aliran angin dari depan akan masuk ke dalam kereta membuatkan aerodinamik terganggu..hmm nak dimudahkan cerita..jom kita naik beskal lagi. hehehe. Biasa kalau nak laju korang mesti tunduk sikit bila kayuh kan sebab kalau duduk tegak rasa angin tu tolak badan kita. Haaa mcm tulah kalau kita drive sambil bukak tingkap.Satu lagi sekarang ni banyak kereta dah pasang ‘roof-rack’ atau ‘roof box’ tu. Benda ni pun akan efek aerodinamik dan penggunaan petrol kita. Kalau tak perlu sangat bukaklah dulu ..kalau x perlula sebab kot ada yang pasang hanya sebagai aksesori dan gunanya sekali dua je
  5. Memecut
    Ingat..Kelajuan boleh membunuh. Ingatkan orang yang tersayang. Salah satu lagi tips untuk jimat petrol semsa memandu jauh ialah kita kena menten kelajuan kita. Jangan selalu sangat memecut atau memperlahankan kereta dengan tiba-tiba. Kalau jarak kenderaan depan tu masih jauh dan selamat, korang cuma lepaskan pedal minyak je perlahan-lahan dan jangan tekan brek tiba-tiba. Tekan brek pun perlahan-lahan unless dalam keadaaan emergency. So be alert.Memandu laju boleh menjimatkan masa untuk sampai ke destinasi tapi penggunaan petrolnya juga bertambah dan risiko kemalangan juga bertambah. So masa perjalanan VS duit petrol VS kemalangan. Pandai-pandailah kita ‘balance’kan ye
  6. Pilih Jalan
    Jalan highway ker jalan kampung. Bila jam teruk biasanya kita akan guna jalan kampung. Kadang-kadang jalan tu pun jam jugak akhirnya. Sometimes kalau jalan kampung tu jam lagi tinggi pengunaan minyak kereta kita. Ada traffik light, jalan tak elok dan mcm2 lagi. Seelok-eloknya kita referlah pada abang ‘waze’ dan tengok dulu traffik sebelum exit dari highway. Ataupun pilihlah hari dan waktu yg korang rasa kurang jam. Formula ni sapa yg tahu bolehlah share yer sebab kadang2 kita rasa balik awal pagi tak ada jam, tp bila semua org fikir mcm tu dan akhirnya semua gerak awal pagi hehehe.
  7. Jaga Emosi
    Emosi ni yang buat kita marah-marah semasa memandu. Bila dah bengang dan ak sabar kita pun buat keputusan yang kurang waras. Ciluk lane moto lah, potong sana sini, brek sana sini. hehe. Perjalanan akan rasa lebih jauh dan memenatkan kalau sedang beremosi ni. Penggunaan petrol pun jadi makin tinggi. So stay calm and relax.Ada tips mengatakan untuk rileks ni kita boleh buat simple matematik sebelum mula drive. Taoi jgnlah kira bajet tahunan perbelanjaan rumah…itu lagi stress jadinya haha. Buat je yg simple dan yang tak ada kena mengena dengan kehidupan anda cewah.Teori mengatakan dengan cara ni kita akan mengaktifkan lagi otak bahagian logik  daripada bahagaian emosi. Wallahualam. Boleh cuba balik raya ni tengok mcmana kesannya hehe.Bagi yg beragama Islam, kita selawatlah, beristighfar dan bacalah doa naik kenderaan sebelum kita mulakan perjalanan.

 

Harap-harap tips jimat petrol balik raya ni dapat membantu kita sikit untuk menjimatkan sikit penggunaan petrol kita. Walaupun mcm nampak simple tapi sebenarnya kesannya besar. Sebab tulah kadangkala kawan kita yg drive kereta sama dengan kita dan balik kampung dengan jalan jalan dan waktu yg sama dengan kita….tapi bila sampai destinasi, petrolnya ada 2 takuk lagi sedangkan kita punya tinggal 1 setengah takuk.

Jadi jomlah kita berjimat cermat di jalan raya dan pandu dengan selamat. Semoga kita semua jadi pengguna yang bijak di jalan raya.

 

 

 

The post 7 Tips jimat Minyak balik raya appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis drama Isteri Untuk Diikhtiraf

$
0
0

Sinopsis drama isteri untuk diiktiraf sebenarnya telah bersiaran dari awal bulan Mei2018 di RTM. Aku pun tanpa tak sengaja telah mengikuti drama ini yang bagi aku menarik dan penuh geram dengan lakonan Redza Rosli. Aku betul betul tak perasan kewujudan drama in pada mulanya kerana terlampau fokus pada drama NUR di tv3.  Nasib baik aku sempat marathon untuk episod sebelum ini.

Agak cliche percintaan diantara watak orang kaya dan orang miskin, tapi watak sekelilngnya seperti lakonan sheila rusli sebagai mentua yang agak evil, watak along sejuk je lihat dia yang membuatkan orang tertanya tanya kenapa tiba tiba dia muncul. Watak ana julia yang amat menjengkelkan tapi rupanya adalah sepupunya sendiri.

Cerita terus berkembang dengan beberapa plot yang agak menyakitkan hati dengan tingkah laku  Tengku wildan sehinggalah dalam ig dia digelar #wildanthesetans.  INi yang membuatkan aku terus nak menonton drama ini.

 

Sinopsis drama Isteri Untuk Diikhtiraf

tengku wildan dan ana julia yang menyakitkan hati

 

Sinopsis drama isteri untuk diiktiraf

Mengisahkan Safiyya (lakonan Elvina Mohamad) menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Suasana di hari pengebumian ibu bapanya agak sedih, dimana bapa saudara dan ibu saudaranya mencadangkan dia diserahkan kepada rumah anak yatim.

Namun datuknya tidak sanggup melepaskan saffiya semasa kecil, dan membesarkannya terus sehingga berjaya dalam pelajaran. Kerana itu saffiya terhutang budi dengan datuknya dan hanya ingin bekerja di kawasan kampung namun nasib tidak menyebelahi.

Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan (lakonan Redza Rosli) anak Tengku Hairie (Arash Mohd) tuan punya resort

Akibatnya, Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tanpa disangka-sangka Tengku Hairie   datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan.

Raja Mona (lakonan Sheila Rusly) dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Tengku wildan akhirnya akur kerana mengimpikan jawatan CEO bila ayahnya pencek kelak.

Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin. antara skrip dalam Sinopsis drama isteri untuk diiktiraf

Sampai sahaja di bilik, terus Tengku Wildan mengunci pintu bilik. Safiyya terus merenggangkan tangan Tengku Wildan dari pinggangnya. Namun, lelaki ini lebih pantas bertindak memeluknya. Terkejut Safiyya lantas menolak dada Tengku Wildan dengan tangannya.

“Siapa pandai-pandai main kat bawah tu? Macam mana boleh terlanggar abang aku kat bawah tadi? Siap pegang-pegang lagi kenapa?” Bertalu-talu soalan meluncur dari mulut Tengku Wildan. Bernanah hatinya melihat Tengku Wafie yang tidak berkelip memandang Safiyya. Namun, dia tidak salahkan Tengku Wafie dalam hal ini. Tengku Wafie pun belum mengenali Safiyya lagi. Dan isterinya ini pun pastinya tidak mengetahui kepulangan Tengku Wafie semalam kerana Safiyya pulang lewat malam tadi.

“Manalah saya tahu abang awak ada pulan,” balas Safiyya. Dia masih cuba melepaskan dirinya daripada Tengku Wildan.

“Kenapa turun bawah tak pakai tudung tadi?” soal Tengku Wildan tadi. Bau wangian dari tubuh Safiyya membuatkan dadanya berombak kencang. Wajah mulus Safiyya direnungnya. Memang cantik.

Maka bermulalah kesengsaraan Saffiya. Tengku Wildan hanya berpura – berpura melayan Safiyya dengan baik bila berada di depan keluarganya saja, namun sebenarnya Tengku Wildan melayan Safiyya seperti orang gajinya saja.

Dalam masa yang sama Tengku Wildan mabok cinta Ana Julia (lakonan Janna Nick) namun pada awalnya Ana Julia tidak melayan Tengku Wildan sehinggalah dia mengetahui status sebenar Tengku Wildan yang merupakan anak orang kaya, barulah Ana Julia cuba berusaha untuk menjadi isteri Tengku Wildan.  Paling menyakitkan hati, tengku wildan sanggup membawa saffiya sekali semata mata untuk dating bersama ana julia.

Semuanya kerana kasihkan Datuk yang membesarkannya dari kecil

The post Sinopsis drama Isteri Untuk Diikhtiraf appeared first on Modern Mum's Thingy.

Zing+ Radian Film 3 in 1 facial cleanser amazing value in small package

$
0
0

There’s been numerous products of  3 in 1 facial cleanser in the market today but recently I was introduced to this new products which for me the best for its ingredient and most importantly it comes in ergonomic design. This product is called Zing+ Radian Film.

Apart from its refreshing feels, it is for me the handiest cleansing foam. Zing+ Radian Film is actually a 3 in 1 facial cleanser nicely packaged in a light handy casing.

 

Why do I feel it handy?

Because  with Zing+ Radian Film, I don’t have to carry a make-up remover and facial foam with me whenever I want to perform my pray in a surau. Usually, I have to bring my facial foam to take off my make-up just before taking my wudhu.

Having done this usually will end up with my handbag got wet or if it is not put in properly in your handbag, it will tend to leak out. I hate it when it happened. phew…!

Zing+ Radian Film is a cleanser in a form of thin film. It almost feels like light plastic or paper and not in liquid form. So it is dry. Zing+ Radian Film comes in a small and light casing which make it easy for you to put it in your handbag, just like your compact powder casing.

 

3 in 1 facial cleanser

it diluted once water drops on the zinc film

User Friendly

I found it very user friendly. All I need to do to take out my make up is to take a piece of Zing+ Radian Film and put in my palm. Then I gently applied few drops of water onto it until the film turns into foam. It is important for you to ensure your hands are dry before taking Zing+ Radian Film from its case to ensure it wont’s turn to foam from before you placed it into your palm.

Apply the foam to your face , wash and rinse as usual..and walla..done. Make-up is out and I can now take my wudhu. Oh, before using Zing+ Radian Film, I always make sure to check and recheck that I fully lock the  cleansing foam (usually its tube is wet by this time) into my handbag.

Not to worry about that anymore hehehe.

During my first experience using the film, I didn’t expect that this thin tiny film is able to do the trick. But to my surprise, with just a small piece of film,  the moist form the foam is able to removed my make up and also leave a fresh and moist feeling to my skin. In fact I can continue face washing with beautiful eyes open.

Awesome !

Now when I look at its formula, I was not surprise how this products provides great feeling to my skin.

 3 in 1 facial cleanser Zing+ Radian Film contains the following :

  • Royal jelly from Australia’s native honey bee which supports skin renewal and boost production of collagen.
  • Aloe Barbadensis offers anti-inflammatory and antioxidant
  • Citrus acid which has benefits of improving texture of skin
  • Rose essence oil for skin nourishing, whitening and anti-wrinkle
  • Witch hazel  acts as natural cleanser and toner which also makes your skin glow and smooth complexion.

Travel saviour

As for those of you who loves travelling  like myself this is definitely a saviour, it really really helps a lot. I will definitely carry Zing+ Radian Film along because it is not in a liquid from which I need to be aware during clearance in airports.

Super Easy.

 

3 in 1 facial cleanser

Other benefits

It provides other benefits to the skin too such as fixing large pores and skin getting worse in cosmetic residues, skin pigmentation and discolouration, blackheads and acne and dry or rough skin.

Wow ! So the Zing+ Radian Film is a 3 in 1 facial cleanser which also gives you refreshing and soothing feeling. It is easy to carry form and suitable for any skin type.

Oh I should highlight this. It is also suitable for children as well, since it does not sting the eyes during washing

Packaging

1 box = 1+3 refill packs
1 pack = 50 films
1 box = 200 films

 

I tell you…This small package really comes with huge value lah…

 

For those of you who would like to get the Zing+ Radian Film, you may contact this person

  • CJ Winners          019-7503887
  • Adrisha Affendi  012-6821248

https://www.instagram.com/zingplus_mpm/

Price

  • 1 Box Radian – 200films : RM 199 including postage to West/East Msia (Newly Launched)
  • 3 Box Radian – 600films : RM 471 including postage to West Msia  +RM 25 postage to East Msia

The post Zing+ Radian Film 3 in 1 facial cleanser amazing value in small package appeared first on Modern Mum's Thingy.


Buffet ramadhan Four Points by Sheraton Puchong Warisan Sajian

$
0
0

Nasib baik aku sempat pergi Buffet Ramadhan Four Points  by Sheraton Puchong. Serius best and mantop mantop menu dia. Memang bulan ramadhan nih tak putus putus dengan jemputan buffet.  Alhamdulilah syukur. Tapi itulah aku nak cakap, best lah buffet ramadhan kat sini.

Buffet Ramadhan Four Point by Sheraton Puchong 2018 kali ni didatangkan khas dengan  tema Warisan Sajian . Juadah menyajikan makananan yang pelbagai juga. Walaupun kebanyakkan hotel pasti menyediakan Kambing Golek dan Satay tapi ada sesuatu yang istimewa pasal satay di sini.

gambar ikhsan razzwey sbb aku termiss part bakor bakor nih

Buffet Ramadhan Four Point  by Sheraton Puchong

haa dpt pun merasa roti john bln ramadhan ni

Harga Berbaloi

Untuk minggu terakhir ini, Hotel four Points By Sheraton ini menawarkan hanya RM78.00 dewasa dan RM39.00 untuk kanak kanak. Mesti korang terkejut kan. Memang tak dapat harga macam ni di Kuala lumpur atau selangor.

Maka tak hairanlah aku tengok FULL HOUSE pada hari yang aku pergi tu. Family, Corporate, OFis mate dan artis Maya Karin pun aku jumpa hari tu.

Memang berbaloi baloi.

Buffet Ramadhan Four Point  by Sheraton Puchong

Pilihan  Modernmumtingy untuk Buffet Ramadhan Four Points

hahaha standardlah aku, aku mesti suggest makanan apa yang best dan wajib untuk korang cuba.

  1. Asam laksa
    aku memang akan test banyak tempat yang offer laksa or asam laksa. Anak tokay laksa, macam ni lah .. hahaha.  Tapi asam laksa dia orang ni memang best ya amat. Kuah dia tu memang mantop. Tengah menulis ni pun dah kecor air liur. Power!
  2. Satay
    Aku selalu marah laki and anak aku yang akan amik satay setiap kali pergi buffet. hahah tak puas puas. Tapi satay di sini luar biasa. Anak aku yang mula mula terjah  dan rasanya 2/3 kali dia ulang. Bila dah pekena secucuk .. betul memang sedap. Jadi korang yang akan kesana nanti jangan lupa lah yer terjah kaunter satay.
Buffet Ramadhan Four Point by Sheraton Puchong

ini budak sgt sukaa dapat makan satay best katanya.

Buffet Ramadhan Four Points 

kredit image by razzwey

 

Buffet Ramadhan Four Points 

Warisan Sajian Buffet Ramadhan Four Points

Pilihan makanan memang banyak. Kalau aku nak tulis satu satu memang lah jenuh. hahah.

Juadah itu antaranya pelbagai jenis nasi dari nasi kandar, nasi putih, nasi goreng. Noodles pulak seperti, asam laksa, mee kari nyonya,

Kambing bakar? opkos lah ada. Tak lengkap lah buffet ramadhan tak kambing tu. hehe tapi yang rare aku tak jumpa dekat tempat lain. Ada yong tau fu. hehhe yang rare ni lah yang aku suka nak cuba.

 

Buffet Ramadhan Four Points 

lauk pauk seperti Kurma kambing, ayam masak kicap, ikan keli berlado, sotong kunyir, sup tulang. Ulam ulaman tu opkos lah ada. Kuih muih , sayur sayuran complete semua’

Haa itu belum lagi kebab dan seafood bakar bakar and version goreng pun ada. Tapi aku terkilan tak sempat nak sambar ketam goreng tu. Aduii tengok meja sebelah makan tu melelih air liur aku.

Buffet Ramadhan Four Point  by Sheraton Puchong

eh.. maya karin pun mai makan sini tau

 

BACA : Nak makan hotel lain? boleh refer senarai buffet ramadhan hotel di kuala lumpur and selangor

Ambience

Aku suka setup interior design disini. Walaupun berkonsep terbuka tapi masih terbahagi kepada seksyen seksyen tertentu. Furniture pun cantik haha. Dah namanya perempuankan.  Tapi paling best ada sudut untuk kanak kanak tengok  TV dan aktiviti. Coolkan.

Parking pun senang sangat. Walaupun mula mula aku cuak sbb kawasan tu memang agak pack. rupanya nya parking dibawah hotel ini bersambung dengan pusat komersil puchong. So jangan risau bab ini okay.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Selama harini aku lalu lalang je depan hotel ni. Tak pernah pulak nak singgah. Tak sangka makanan makanan dia memang best. Of course aku akan datang lagi nanti maybe HI tea pulak sebab tengok promo dia orang ni pun best.

Buffet Ramadhan Four Point by Sheraton Puchong

Untuk maklumat lanjut:

Four Points by Sheraton

The post Buffet ramadhan Four Points by Sheraton Puchong Warisan Sajian appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis drama Pengantin 100 Hari

$
0
0
Pengantin 100 Hari Sebuah drama yang penuh konflik dan sarat isu kekeluargaan. Mampukah Amar berlaku adil dengan isteri-isterinya? Seorang yang dikahwini dengan penuh rasa cinta, sorang lagi kerana terpaksa!  Sebuah drama yang memaparkan poligami dalam konteks yang agak berbeza. Cinta, pengorbanan, kesetiaan dan kezaliman yang berlaku diantara mereka.
Jangan lupa saksikan drama ini yang mula bersiaran 25 Jun 2018
Pengantin 100 hari

WATAK PELAKON 

Aiman Hakim sebagai Amar
Amelia Henderson sebagai Erina
Aishah Azman sebagai Sofia
Zila Bakarin sebagai Puan Yasmin
Edika Yusof sebagai Rushidi
Jasmine Suraya sebagai Farah
Fazreen Rafi sebagai Iqbal
‘Pengantin 100 Hari’ yang menampilkan lakonan Aiman Hakim, Aishah Azman, Amelia Henderson, Fazren Rafi, Fanna Azizan dan ramai lagi. Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh Amor Rizan. Bakal ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.

Info Drama Pengantin 100 hari

JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amor Rizan
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Yusri Saleh, Faiz Izzat

SINOPSIS PENGANTIN SERATUS HARI

Puan Yasmin  lakonan zila bakarin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia wanita yang dicintai oleh  Amar tapi dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina.
Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar dan merasa sangat tidak adil. Amar mengahwini Erina tetapi Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya.  Tapi berbeza pula dengan Erina, dia mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar dan dia sendiri meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan.
Namun Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan  kesan dari itu dia disahkan mandul atas kecelakaan itu. Amar makin bertambah tertekan, plan asalnya mahu mencari sofia untuk membina semula rumahtanggang mereka tetapi berukar jalan cerita. Amar tidak mahu Sofia menderita kalau mengahwininya semula dan akhirnya Amar menceraikan Sofia.
Pengantin 100 hari
Tanpa pengatahuan Amar sebenarnya sofia telah berbadan dua. Sofia bertindak mahu merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin bekas ibu mertuanya yang akhirnya mengalami gangguan jiwa.
Berbalik pulak kepada kisah Erina yang akhirnya sudah tahu Amar ada anak dengan Sofiam, dia mengambil keputusan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.
Jadi bagaimana kesudahannya. Bermula dengan percintaan akhirnya pula kisah pengorbanan.

The post Sinopsis drama Pengantin 100 Hari appeared first on Modern Mum's Thingy.

Menang contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan

$
0
0

Buat julung kalinya, aku masuk contest SEO dan berjaya pula dapat NO.2.  Mulanya aku perasan aku dah lead dirangking pertama … tetapi berjaya dipintas oleh blog lain. Walaubagaimana pun, perasaan tu macam YEAH!!  bestnya, rasa nak lompat lompat tinggi dan sangat puas  kowt. Hadiah tak dapat lagi maklumlah baru sibuk raya kan.

Sejak mula berjinak-jinak dengan dunia blogging and wordpress  inilah Contest SEO pertama yang aku masuk. Hadiahnya adalah RM200 tunai dan Pakej fotografi perkahwinan yang bernilai RM600 dari syarikat orange photography.

Contest SEO

Sapa nak bagi duit RM200 oit…. hehehe.. betul tak?? Kalau ada anak sedara aku nak kahwin sekarang memang aku akan bagi jer pakej ni, tapi malangnya tak ada . hahaha.. so terpaksalah aku dan abam jadi pengantin sehari dengan props tambahan IMAN. Cute apa…. hehehe. So nnt gambar tu dah keluar korang jangan terkejut yer. Habaq awal-awal ni

Tapi to be frank sebenarnya aku tidaklah kejarkan sangat nilai RM tersebut, (cewahhhh) tapi lebih kepada untuk challenge diri sendiri. Selama hari ini apa yang aku buat adalah membuat entri entri tertentu untuk memintas entri yang sering berada di rangking carian utama. Fuh.. ingat senang ker? Kadang-kadang susah, kadang kadang senang jugak.

boleh baca and lihat entri aku untuk contest ini di http://modernmumthingy.com/pakej-fotografi-perkahwinan/

Kepuasan Berblogging

Contest SEO yang aku masuk tersebut adalah contest pakej fotografi perkahwinan yang dianjurkan oleh http://www.coretananuar.com/ . Korang ingat suka suka ke dia buat contest ni. Bijak dia nih … hehehe .. nanti kalau aku rajin aku explain kenapa.

Menulis untuk blog sebenaranya memang best. Dari plan asal aku untuk jadikan sebagai catatan diary tapi akhirnya aku dapat meneroka lebih dari itu. Sometimes lebih dari pada experience dalam dunia pekerjaan aku sendiri. Bagi aku pada masa inilah aku dapat explore dengan beberapa teknik dalam dunia internet.

Advantage untuk aku, sebab ada knowledge dalam design, dan serba sedikit dalam penulisan berdasarkan degree yang ada plus experience dalam dunia IT. Tapi bila bekerja dalam organisasi yang besar memang tidak sama bila berblogging. Kita hanya tertakluk kepada bidang atau JD sahaja.

Terus aku rasa nak mengajar di UITM di school masscomm sebab ada course baru  media digital.

Blog sebagai medan eksprementasi

Aku treat blog  ini seperti aku run company sendiri. Kau lah writer, kaulah boss, kaulah orang teknikal, designer dan marketer.  Blog ini sebenarnya juga satu medan eksperimen untuk aku.

Dalam dunia pekerjaaan aku sebagai UX designer, role aku lebih mengkaji dari segi respond audience terhadap design dan navigation dalam sesuatu website atau portal. Tetapi aku perasan, Company aku tertinggal benda yang paling penting iatu dari segi aspek penulisan atau copywriting untuk web atau internet. Atau lebih tepat penulisan yang menepati SEO.

Seringkali content writing dan design dipandang rendah dalam company aku untuk sesuatu projek. Mereka lebih mementingkan aspek teknikal dan functional. Padahal respond pertama pengguna atau audience adalah rupa bentuk, struktur content dan navigasi dalam sesuatu projek

Opss bukan user sahaja tau tapi ranking dari enjin carian jugak sangat sangat penting tau. Tapi nampaknya derang tak berapa ambil berat isu ini. itu yang aku frust tu. Jadi baik aku eksperimen dengan blog aku sahajalah.

Apakah SEO

SEO atau search engine optimisation sangat penting dalam  memastikan ranking pencarian dalam google. Ianya adalah teknik dalam mengoptimasikan laman web atau blog kita.

Bukankah  mental model  atau behaviour kita sekarang untuk mencari maklumat adalah dengan menaip dalam kotak carian google. Cuba korang fikir sejenak. Apakah keyword korang taip sekiranya ingin mencari maklumat seperti tomyam sedap di kawasan tertentu.

Jadi disinilah seorang role penulis laman web ataupun blogger penting untuk mengetahui bagaimana untuk menyusun content dalam blog masing masing, dan juga keyword yang terbaik atau paling hit.

BACA10 steps to make your Website SEO friendly

Bagaimana enjin carian memandang laman web atau blog kita

  • Keyword Research : Mencari keyword yang paling banyak diklik orang di search engine, targeted keyword tersebut untuk di optimasi agar dapat ranking tinggi.
  • On Site SEO : Teknik mengoptimasi laman web atau blog agar  lebih relevan dari segi artikel maupun content, dan untuk mempermudah Google menjadikan blog anda ranking dengan keyword yang anda target.
  • Off Site SEO : Teknik mengoptimasi laman web atau blog dari luar menggunakan seperti Backlink, ini dapat mendorong posisi  anda di search engine.
  • Like Post Social Media : Banyak yang menyukai artikel anda di Social media seperti Facebook, Twitter dan Google+, dan ini juga berpengaruh memastikan ia dioptimasi

Ya inilah sebahagian dalam SEO. Tapi Sebenarnya ianya adalah lebih dari itu. Banyakkkkk…..tak larat nak tulis hehhe.

Aku hanya mampu kongsi maklumat SEO atas platform wordpress , dan aku tidak berapa arif atas platform lain seperti blogspot, tumblr atau wix.  Tapi sebenarnya sama sebab enjin carian bergerak Atas algorithmi yang sama.

Dengan ada beberapa plugin yang sedia ada dalam wordpress, insyallah dapat meningkatkan lagi SEO kita.

Tapi bagiamana pun aku rasa setiap blogger  perlu tahu benda yang asas untuk pastikan content kita sering menjadi carian utama bukan sahaja menulis hentam sahaja. Ini nasihat untuk orang yang baru nak berjinak dalam dunia blogging yer.

Untuk yang sifu sifu heheh boleh pandang sebelah mata je catatan aku ni. Kasi chance lah aku nak buat pahala okay.

Kelebihan SEO

  1. Mendatangkan trafik yang banyak
  2. Penting untuk meningkatkan penjualan
  3. Meningkatkan daya Saing

Dasar SEO

  1. Title Tag
  2. Meta Description
  3. URL
  4. Heading (h1, h2, h3, h4)
  5.  Image & Image ALt Tag
  6.  Link to Site Authority

dan ada lagi.. nak tahu?? haa.. cer research sendiri … tak boleh bagi semua . ada masa aku sambung.

Eh… tetiba content aku pun jadi serious. Tapi aku assume mana mana blogger yang baca ini akan faham apa yang aku ingin sampaikan.

Jadi pesanan penaja .. cewahh… rajin rajin lah masuk pertandingan seperti ini supaya kita tahu kita berada di mana dan bukan syiok sendiri.

Untuk bakal bakal company untuk paid review

hahahha. pilih lah daku… insyallah entri review korang di blog aku ni akan sentiasa berada di ranking 1 atau 2. Sebab aku memang selalu check and check progress setiap entri aku .

The post Menang contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sentosa Villa Taiping macam di bali pula rasanya

$
0
0

Raya ke 5 baru ni , kami buat kelainan lagi. keluarga aku beramai ramai berangkat ke Sentosa Villa taiping. Cewahh.. Kami berhari raya di situ pula. Maklumlah dah tak ada orang tua.

Beginilah cara kami beraya, janji singgah semalam ke rumah peninggalan dan terus shoot ke taiping pula berkonvoi dengan 5 kereta. Lagipun Grik ke taiping bukan lah jauh sangat. Sambil tu boleh singgah ke kuala kangsar kampung arwah mak pulak. Yang penting tetap bersama sanak saudara kan.

Sebenarnya kami dah decide lama nak bercuti beramai ramai tapi selalu stuck dari segi jumlah bilik, Bajet , keluasan size bilik sebab heheh kami suka beramai ramai .. shhh…

Jadi pilihan kami ke sini memang tepat lah sebab pilihan hotel kami ni masih mengekalkan pilihan suasana kampung sesuai sangat dengan mood raya.

Satu lagi aku suka sebab aku rasa macam berada di bali pula.. ewah… tapi betul ni. Susah aku nak jumpa hotel and resort di malaysia yang konsep sebegini sebab selalu nampak dinding / bricks di kiri kanan. Kalau ada pun di Datai langkawi yang 6 star. mak aih .. mana mampu.

Sentosa Villa ni bagi aku sangat affordable   memang dalam bajet kami.

Sentosa Villa Taiping

bukan main lagi anak sedara aku nih bergambor kan…

Kenapa Sentosa Villa Taiping pilihan yang tepat

Aku bagi 7 sebab kenapa korang kena cuba try test untuk tidor di hotel ini. Ini bukan omongan kosong tapi ini lah apa yang aku dan famili aku rasa. Sampaikan rasa nak pergi lagi rasanya.

  1. Suasana Nyaman
    Sentosa Villa taiping terletak di kaki bukit larut taiping yang sering menerima jumlah hujan yang tinggi. Jadi pokok pokok tumbuh segar di kawasan sini. So bila pokok pokok banyak.. O2 pun banyak lah . Sedap and Nyaman sangat. Macam terlupa sekejap kita berada di kawasan bandar di taiping.
  2. Bilik yang besar
    Banyak Pilihan bilik disini, tetapi memandangkan jumlah ahli kami ramai kami terus memilih bilik Family. haa tu dia..1 double bed dan juga 2 single bed. Plus kami tambah lagi dengan extra bed.  Keluasan bilik memang sangat besar. Tingkap yang amat luas saujana memandang ke hadapan. memang osem betul bila bangun pagi.
  3. Landskap yang sangat menarik
    Sebaik sampai disini, habis kami terjah disekitar sentosa villa. Reception dan lobi areanya agak simple tapi aku memang terpesona dengan landskap di sekitar hotel ini. Siap ada sungai untuk bermandi manda. Jadi walaupun tiada kolam, anak sungai yang kecil ni pun membuatkan anak dan anak sedara aku yang lain terjun bagai nak rak.
  4. Sentosa Villa berada di Taiping bandar yang aman damai
    Taiping ni memang dari dulu  bandar yang nyaman, pokok pokok dan tasik pun besar. Kalau pagi pagi joging di area sini memang segar bugar rasanya.  Walaupun sekarang agak jammed atas tarikan pelancong tapi taiping tetap best tambaha tambah bangunan senireka yang mengekalkan warisan lama
  5. Photo ops yang sangat best
    Mood hari raya masih ada . Bukan main lagi anak anak sedara aku berjalan beramai ramai mengambil gambar. Setiap pelusuk kawasan disini memang sangat sangat best. Gambar pun cantik cantik. Korang tengoklah anak anak sedara aku semua bergambar .. haih macam nak masuk magazine.
  6. Sesuai untuk family day.
    kami amik dalam 4 bilik, cukup lah sekadar dapat berkumpul beramai ramai sambil mengambil gambar raya yang best dan pulun makan di bandar taiping. Semasa kami berada disini kami dapat lihat beberapa keluarga besar menganjurkan family day. Ada satu rumah bunggalow tu memang best aku tengok. Siap boleh masak masak dan makan makan secara terbuka atau di anjung.  Kata receiptionist tu ada 8 katil besar . Haaa.. menarikkan. Confirm nanti abang abang aku ajak datang lagi ke sini.Sentosa Villa Taiping
  7. Banyak tarikan sekeliling
    Taiping ni bandar berserjarah . Ikutlah mana korang nak hala, kalau rajin boleh pergi muzium, boleh pergi kuala sepetang. atau kalau ada anak anak boleh bawa ke zoo taiping . Malam pun boleh masuk lagi. Tapi favourite tempat kami di taman tasik taiping sebab meninggalkan seribu kenangan arwah ibu dan ayah setiap kali datang kesini,

BACAFamily day di The kabin & Jeneral’s Lodge

Jalan Jalan cari Makan di taiping

Kalau datang taiping, korang ada banyak pilihan tempat makan. Ya amat! Ikutlah perut korang suka atau tidak. Mai aku suggest apa yang korang patut cuba

  1. Food court larut matang – Murtabak, laksa, mee combat, bubur cha cha, satay
  2. Belakang bomba
  3. Cendol ansari dan rojak
  4. Koaytew dolly

Maklumat Sentosa Villa Taiping

untuk harga terkini korang boleh refer di laman web mereka.

Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak, MALAYSIA.

Tel : + 605 – 805 1000, + 6013 – 593 1000

Email : sentosavilla@live.com

Web : http://www.sentosa-villa.com/

TIPS penting

Kalau nak murah, sila call direct dengan hotel mereka .. hahah kami dah terkena bila menggunakan 3rd party harganya agak tinggi sedikit.

The post Sentosa Villa Taiping macam di bali pula rasanya appeared first on Modern Mum's Thingy.

Segarnya Buih Mandian DASHING 2 in 1 khas untuk Muka dan Badan

$
0
0

Zaman sekarang ni kaum lelaki pun dah mengambil berat tentang penjagaan diri tau. Antara barang yang biasanya diperlukan ialah pembersih muka. Memang banyak pembersih muka yang ada di pasaran tetapi kebanyaknya tersendiri dan ianya tak boleh digunakan sebagai sabun mandi. Ini yang aku nak share pasal mandian dashing 2 in 1 ni.

Lelaki cuci muka kah ?

Aku rasa produk ini amat sesuai untuk  mereka yang mementingkan penjagaan kulit dan nak mudah macam aku. Isteri aku selalu bebel kenapa lah malas nak cuci muka, End up aku “pow” facial form bini aku lah . hehehheh

Produk ini adalah keluaran jenama yang memang popular iaitu Dashing,  ianya adalah  Mandian Dashing 2 in 1 untuk muka dan juga badan. Selain daripada mempunyai kualiti pembersih yang menyegarkan, konsep 2 dalam 1 ni amat memudahkan.

Pernah jugak aku beli  pembersih muka. Bukan tak pernah.  Tapi orang laki ni memang tak rajin macam orang perempuan. Selalu nampak renyah sahaja .

Nak mandi guna sabun atau buih mandi dan bila nak basuh muka guna yang lain pulak. Kadang tu bila dah siap mandi , rasa malas pulak nak cuci muka. kan dua proses yang berbeza ni.

Bila aku jumpa dengan produk ni, why not aku cuba.

Memang menyenangkan. Buih mandian yang sama kita sapukan pada tubuh kita dan sekaligus sapu pada muka. Settled. Habis mandi, badan pun bersih dan wangi, muka pulak rasa fresh. Tak perlu lagi nak mengadap cermin untuk cuci muka pulak.

Lagipun kita dapat jugak jimatkan ruang di bilik mandi kita.

 

BACA : 3 in 1 facial cleanser  Zing yang mudah untuk travel

 

 

Kesegaran yang Awesome Mandian Dashing 2 in 1 dan baunya yang Best

Bila dah mencuba beberapa kali memang  aku dapat rasakan,  Kulit kita rasa segar dan tidak kering. Kelembapannya pun bertahan lebih lama.

Satu lagi yang aku suka ialah baunya. Aku perasan baunya berkualiti. Tak macam ada sesetengah produk yang baunya sama saja. Untuk pengetahuan you all BuihMandian Dashing 2 in 1 Muka dan Badan ni diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT). EDT ni adalah formula yang didapati dalam minyak wangi.

So sebab itulah aku katakana wangiannya berkualiti dan tahan lebih lama. Terdapat 4 variasi pewangi iaitu  Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Aku dah bau kesemuanya best.

Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, ia dapat membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Jadi korang boleh gunakan mana yang berkenan yer.

Bagi aku, aku suka Active dan Hattrick. Baunya lebih maskulin. Untuk Cool dan Ultimate Kick baunya sweet dan harum. Ikutlah taste masing-masing.

Ok, untuk harganya, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml.

 

Empat jenis pilihan

Mandian Dashing 2 in 1

semua best bau nya

 

Di bawah ni, aku sertakan sekali serba sedikit maklumat  tentang kandungan setiap variasi wangian produk ni

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.

 

nak citer banyak hehehe sangat subjektif kan, tapi korang boleh refer website dia orang untuk info lebih lanjut

 

 

 

 

 

The post Segarnya Buih Mandian DASHING 2 in 1 khas untuk Muka dan Badan appeared first on Modern Mum's Thingy.

Nak buat Penangguhan bayaran PTPTN, kenalah kemaskini maklumat dahulu

$
0
0

Penangguhan bayaran PTPTN

Hai.. untunglah korang yang membuat pinjaman dengan PTPTN. Hari ini 16 julai Pihak PTPTN secara rasmi telah memaklumkan  bahawa mana-mana baki peminjam dibawah gaji RM4000 sebulan boleh buat Penangguhan bayaran PTPTN di sini… ( iyer… klik lah link sebelah ini tapi korang bacalah dulu apa yang nak cakap di bawah).

Tapi dengan syarat setiap peminjam mestilah update atau mengemaskini maklumat penting sepert alamat, nombor telefon dan jugak emel.

Agensi seperti Kementrerian kewangan , LHDN dan KWSP juga akan membantu dari segi perkongsian data antara mereka untuk memudahkan lagi proses berkenaaan.

Betul lah kan, kalau tidak mana mungkin data tersebut boleh di ‘sync‘ kalau maklumat wajib tersebut tidak dikemaskini.

Secara logiknya IC hanya ada satu untuk setiap orang so boleh lah trace kan,  melainkan ia telah digunapakai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penangguhan bayaran PTPTN

Cuma sekarang mereka menghadapi masalah untuk ‘sync’ semua data disebabkan oleh hak privasi kita. Aku pun tak tahu macam mana dia orang nak handle isu macam ni. Susah jugak tau kalau tak boleh akses.

Melainkan  dalam PTPTN tu ada ‘input form’ yang boleh masukkan maklumat gaji terkini dah disahkan oleh pihak kwsp. Dah jadi kerja pulak dia orang nak update sistem nih. Tak gitu?

Aku cakap ni, sebab aku tahulah tidak semudah yang orang nampak. Sebab aku bekerja dalam environment IT ni.

So first thing first, pergi lekas update info tersebut kerana korang hanya ada masa sehingga tarikh Julai 25 sebelum ianya di audit oleh pihak PTPTN.

Seiring dengan jaminan 100 hari manifesto PH (Pakatan Harapan), PTPTN akan membenarkan penangguhan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan

Tapi aku nak korang fikir

  1. Bila korang akan mula bayar kalau ada tawaran penangguhan macam ni ?
  2. Kalau 10 tahun gaji tak naik RM4000 macam mana?
  3. Kalau korang tak kerja sampai bila bila nanti macamamna ? sebab ramai perempuan jadi full time housewives kan.
  4. Setuju tak kalau korang tak bayar, anak korang nanti pun tak layak dapat loan PTPTN nanti? – aku setuju sangat. Barulah adil
  5. Korang tak takut bab hutang ker? korang berhutang dengan semua rakyat malaysia tau. Jenuh nak cari sorang sorang di akhirat nanti.
  6. Korang jangan samakan dengan negara Europe yang ada education free sebab sana tax tinggi ya amat. boleh sampai 40%  potongan gaji korang.

Macamamana pun aku paham keperluan sesetangah korang yang perlu travel ke luar negara untuk urusan kerja, Jadi tersekat pulak.

Tapi sangat tidak patut kalau korang boleh habis beribu untuk travel tapi hutang tak bayar. Hutang ni melibatkan progress development negara kita dan untuk anak anak cucu cicit kita tau. So Jadi lah warganegara yang bertanggungjawab okay.

Entri aku sebelum ni aku ada share pasal satu couple ni travel ke oversea tapi disekat oleh pihak imigresen dan meroyan di FB. sumpah bagi aku rasa kelakar ya amat! boleh pulak settlekan hutang berpulung ribu sebelum FLY.

Banyak cara yang aku tahu untuk korang speed up hutang ini. Mula mula korang pergilah tukar sistem ujrah dengan interest yang lebih  rendah. Kalau tak ada duit sangat paling kurang RM 50 sebulan pun okay, janji hutang tu berjalan.  So apa lagi pergilah ke portal PTPTN

Atau korang boleh tengok brader ni share di youtube cara nak selesaikan hutang PTPTN dengan pantas. Sis nak tolong sampaikan jer

The post Nak buat Penangguhan bayaran PTPTN, kenalah kemaskini maklumat dahulu appeared first on Modern Mum's Thingy.

Pertama kali cuba Sport massage

$
0
0

Kalau ikutkan nama Sport Massage ni mulanya aku bayangkan hanya untuk orang yang terlibat dalam sport atau sukan sahaja. Sebenarnya tidak. Sport Massage sesuai untuk semua orang. Tetapi istimewanya kita akan  diurut oleh mereka yang terlatih dan mendapat bimbingan professional. Tidak seperti urutan tradisional.

Hati  aku ni memang tertarik dari dahulu lagi untuk mencubanya tapi tidak tahu dimana. Maklumlah aku and abam memang suka kalau aktiviti-aktiviti massage ni. Pantang kalau travel kemana mana kami suka mengunjungi dan mencuba massage yang disediakan di hotel-hotel.

Sport Massage

amboi kemain abam menikmati massage

Selain dari itu, mungkin disebabkan percubaan kami untuk mendapat zuriat dahulu  telah membawa kami beberapa tempat untuk mengurut.  So itu yang membuatkan kami berani, Heheh macam macam kami dah cuba tau, Ikhtiarkan namanya.

Sehinggalah sekarang walaupun dah berjaya mendapat hero kecik tu, amalan mengurut tu macam satu kemestian sekiranya aku rasa badan agak keras atau tegang.

Hampir 12 tahun aku setia dengan kakak urut yang berdekatan dengan rumah aku ni. Kadang kadang kalau jadualnya penuh aku pergi kemana mana massage center dari china yang banyak di Puchong tu.

Kali ini setelah mendengar cerita dari rakan berkenaan sport massage ni aku memang tergedik gedik untuk mencuba. Jadi kalau aku kata best, haa memang bestlah.

Apakah sport Massage

Ia adalah sejenis urutan yang melibatkan manipulasi tisu lembut  dalam tubuh badan manusia.  Tisu lembut adalah tisu penghubung  ke tulang dan tulang rawan; ia termasuk kulit, otot, tendon, ligamen dan fascia (satu bentuk tisu penghubung yang melengkung dan memastikan tisu lembut yang lain).

Sport Massage ini akan membantu dalam membetulkan masalah dan ketidakseimbangan dalam tisu lembut yang disebabkan oleh aktiviti fizikal dan trauma berulang. Kebaikan sport massage sebelum dan selepas senaman, dapat meningkatkan prestasi, pemulihan bantuan dan mencegah kecederaan.

Masa yang tepat untuk ke Pro MMR Sport Massage

PRO massage ni terletak di Bandar Tasik Selatan, memang berdekatan dengan ofis dan rumah aku. Akhirnya setelah 2 kali tertunda kami berjaya juga mendapat slot temujanji. Bukannya dari pihak Pro M tapi kesibukan masa kami yang tak mengizinkan. Jadi sebaik pukul 9 malam 2 massuer telah bersiap sedia menunggu kami.

Kebetulan aku tengah ikut program  #fitsuperb5 di bawah selian kaptblack, setiap hari isnin dan rabu. Huhuhu hampir koyak rasa badan aku. Abis tu complete dengan squat lah, pumping lah.. Yelah dah 3 bulan aku bercuti dari aktiviti work out memang terasa badan ni hancor hahaha. Yelah Masuk bulan syawal makan tak ingat ingat kan. Haa tu dia jawab.

Jadi tepat sangat bila aku amik keputusan ke sini, Sebaik sampai kami perlu isi borang terlebih dahulu untuk berkongsi sebarang masalah yang pernah dihadapi dengan massuer. Ini untuk memudahkan kerja mereka sekiranya kita pernah ada history accident, patah , terseliuh atau apa sahaja.

Penting tau informasi ini untuk mereka.

nurul tengah interview aku masa nih …

Proses urutan bermula sama seperti tempat yang lain, dan aku betul betul  nak faham proses yang mereka akan lakukan. Mungkin disebabkan aku sudah terbiasa pergi massage aku lebih berminat untuk perhatikan teknik urutan mereka. Apakah kelebihan mereka ni.

Hampir sama tapi tidak sama hahaha..aku cuba explainkan nanti.

Sepanjang urutan tersebut masseur yang bernama Nurul ini menerangkan secara terperinci sistem badan kita secara saintifik. Membuatkan aku lebih memahami sistem badan dan bagi aku amat menariklah.

Katanya badan kita ni terdiri dari 3 lapisan. Surface, pertengahan dan dalam.  Cara dia mencari bahagian sakit tersebut bagi aku sangat special dan memang terasa perbezaannya. Terutama dia bahagian upper body atau lebih spesifik untuk bahagian belikat yang telah di demo kepada aku. Memandangkan nature of work aku yang sentiasa mengadap komputer  plus juga aktiviti separa lasak yang selalu aku ikuti, maka lojiklah kawasan tersebut lebih rasa sakitnya.

Sepertimana urutan tradisional selepas urutan badan kita akan diregang regangkan. Tapi kali ini amat berbeza. Tidak sama seperti urutan tradisional dan shiatsu. Memang sedap sangat. Kalau nak tahu korang kena pergi rasa sendiri. Serius aku nak suruh korang rasa.

Sport Massage

Sport Massage Berbeza dengan fisioterapi

Expectation  aku pada mulanya  seperti fisoterapi yang aku pernah pergi di SJMC untuk kes sakit ketumbuhan lump tetapi hehehhe aku dirujuk kepada bahagian ortopedik.. Pelik sungguh aku rasa pada masa itu dan yang paling tak tahan pulak DR. tu suruh aku attend fistioterapi pulak, macam tak kena but good things kalau tak aku pun tak tahu fisioterapi tu bagaimana.

Jadi,  sambil sambil mengurut  dengan Pro M sport massage aku sempat bertanya beberapa soalan dan aku baru perasan fisoterapi ini banyak menggunakan alat sampingan sekiranya kita berada didalam kesakitan. Atau lebih dikenali dengan teknik “pain management”. Berbeza dengan sport massage.

Kalau ikut dalam bidang sport massage ini normally ada pre massage, post massage dan juga penyelanggaraan. Selalunya Ahli sukan selalunya akan melalui proses2 ini terutamanya sewaktu tournament. Katanya kita masih kekurangan lagi di negara kita.  Pro M juga sering dijemput oleh majlis sukan negara sekiranya ada tournament besat seperti sukan Sea baru baru ini. Jadi sport massage ini diyakini dapat meningkatkan prestasi, pemulihan bantuan dan mencegah kecederaan.

Yelah kalau lihat mereka yang dalam tournament tidak berhenti pusingan perlawanan. Kita tengok pun naik letih. Maka pastinya urat2 mereka tegang dan stress.

Kesemua masseur ni bagi aku  mereka juga boleh dikategorikan bidang professional. Kesemua mereka ini memang telah mengikuti program akademik dah terlatih. Bagus kan. Aku rasa dia orang semua  ini ada future, dan akan berkembang dalam beberapa tahun lagi.

Nak Ulang lagi ke Pro M Sport Massage?

Of course,  kalau ikutkan kata husband aku nak pergi tiap bulan. Puas sangatlah tu. Sebab sebelum ni dia agak skeptikal untuk mencari tukang urut katanya. Berbeza dengan aku yang memang ada tukang urut tetap. Tapi macam aku sendiri pun agak tertarik dengan servis mereka sebab mereka sangat tahu anatomy badan kita. Memang rasa confident sangat sangat.

Jadi kalau korang pun berminat untuk pergi boleh cari mereka disini.

Pro MMR Sport Massage

Facebook: PRO M – Sport Massage & Treatment
Instagram: pro_m.sportmassageandtreatment
Alamat: No 20-4 jalan 3/146, Metro centre, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 012-3992109

Waktu Operasi:

Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam

PRM MMR akan buka cawasangan di Pusat Akuatik Bukit Jalil pada 9/10 nanti. haaa lagi senang korang yang selalu berjogging di kawasan ini boleh jengah disini. Stay tuned,, nanti akan diupdate dalm IG dan FB mereka.

The post Pertama kali cuba Sport massage appeared first on Modern Mum's Thingy.


Menyesal join Fitsuperb 5, tapi lepas tu bersyukur pulak

$
0
0

Selepas aku tinggalkan program Jom Kurus10 hari tu, aku masih lagi  bersukan dengan bermain tournament bola tampar antara ansara. Tapi bila masuk bulan puasa semua program terhenti. ( alasan sangatkan) BIla masuk musim hari raya, maknanya musim makan lah. hahahah terasa pulak badan ni di pam pam. Jadi aku tanpa lengah terus sign up unutk program Fitsuperb 5

 

fitsuperb

Plank pun punyalah banyak jenis. Ni je yang aku tahu memula tu

 

Kenapa badan di pam-pam selepas raya? haa ini aku baru tahu 1g carbs akan menarik 2-3ml air so since kita dah makan macam-macam dan makanan itu jugak akan retain air dalam badan. Jadi kena kasi balance balik lah. kasi buang apa yang tak patutu. So tak payahlah terkejut sangat kalau lepas raya tu badan naik mengejut yer hehehhe.

BACA : Kalau lepas work out selain amik protien boleh juga cuba SPORT Massage

 

fitsuperb

Group di putrajaya

 

Hari pertama join sperti biasalah kena amik ukuran berat dan juga bodt fat. mak aih… aduh! kekonon semua orang puji macam dah elok kurus tapi aku baru tersedar kurus pun bukan bermakna aku sihat. korang tau body fat aku berapa? 35 OITTT..  sebelum ni aku tak amik tahu pulak.

Dan juga pada hari pertama kami turun padang dah kena dera. dan kesannya 1 orang dah muntah 2 orang hampir muntah , salah seorangnya aku hahaha dan seorang hampir pitam. Habis tu selepas raya open house tak habis habis, bersukan pula tak ada. haa tu dia amik!! sampai nak muntah

 

fitsuperb

masa ni low blood, so kita buat slow and steady lah

 

Untuk wanita sepatutnya  body fat tidak  boleh melebihi angka 30. Untuk lelaki 25. Aduh duh duh.. Terus rasa nasib baik aku join fitsuperb kali ini.  Seriously.. aku rasa syukur. Memula rasa macam menyesal sebab kena korbankan masa malam. Tapi bila tengok result ni hahahah… adui terus kepanikan sekejap.

Maybe selepas ini aku sambung pula dengan JKIM12

Apakah program FItsuperb

  • Program dibawah seliaan Kapt Black
  • Terdapat 5 lokasi berasingan, KLCC, Putrjaya, TITIwangsa, sungai besi dan keramat
  • Fokus untuk Upper & lower Body Workout, Abs & Core Workout, Hip & Glute Workout, Advance Total Body Workout, Tabata dan HIIT Workout.
  • Selain dari kapt black ada 3 lagi assistant yang akan membantu secara alam maya dan juga fizikal

 

fitsuperb

team di KLLCC

 

Apa yang menarik program fitsuperb 5 ni

Orang kata kalau nak pandai kenalah berguru. So dalam ni ada 4 guru yang boleh kita refer untuk segala permasalahan berkenaan healthy lifestyle dan teknik bersukan yang sebenarnya.

  1. Aspek pemakanan dan keperluan badan.

  • First thing first. kenali eating habit kita dan apa yang kita makan.  Bila coach Elve cakap agak sedih dan teruk kalau luaran nampak mantop tapi dalaman kita OUT. hehe korang paham dak? contohnya kes aku ni lah body fat ni tinggi uwaaa…
  • lagi satu kena paham berapa banyak karbohidrat, protien dan lain-lain diperlukan.  Sebab setengah diet amat melarang pengambilan nasi. Tapi kalau mengikut kevin zahri kita ni dah perut melayu boleh sahaja ambik tapi dengan ukuran suku suku setengah. Instead of nak diet akan membuatkan kita lebih craving pula, Jadi diet sihat adalah jangan dibuang terus karbo ini  sebab ia adalah sumber tenaga dalam badan,
  • Kemudian bila kita dah work out kita confirm akan rasa sakit sebab tissue dan muscle kita telah koyak, jadi kenalah ambil pula protien untuk ganti semula.

2. Work out

  • Seminggu 2 kali. Untuk aku hari isnin dan Rabu di kawasan dataran Gemilang putrajaya. Tempat ni berbumbung tapi open. Best sangat, berangin dan nyaman sahaja.
  • Selain dari kedua tempat ini sebenarnay kita boleh je join mana mana tempat yang kapt black buat kalau tidak sempat join pada hari yang ditetapkan. CUma tempat utama ni penting untuk rekod kita.
  • Memang betul betul kena dera. Kalau Squat tu ada macam macam jenis Squat dan rutin tersebut di ulang ulang Sampai ko rasa tak sabar nak habis hahaha. Tapi impaknya esok pagi badan memang rasa ringan dan sedap.
  • Memang aktiviti work out yang akan buatkan badan rasa kena dera. Tapi kalau sapa nak shapping badan inilah work out yang terbaik
  • Selalu aku refer dekat youtube untuk aktiviti work out ini. Buat Tapi tak bersungguh. Tapi program ini ada coach dan pembantu coach untuk betulkan position badan kita sebetulnya. Barulah aku tau nak squat cara betul hahaha.

 

fitsuperb

hahaha nak pengsan oit

 

Kelebihan join program sebegini sebenarya kita berada dalam satu environment yang sangat positif dan mission yang sama. and we support each other. orang kata buang negatif vibe . buang yang orang kata ” ala sementara hidup makan lah” .. hahaha.. Betullah jugak. tapi aku sendiri yakin dari makanan juga bawak sakit. Pendek kata kena bersederhana.

Yang penting kita kena ada ilmu, guru yang baik, peers yang support kalau tidak kita akan lost se lostnya. (korang paham dak aku tulis nih) Contohnya aku lah, selepas habis JK1M kira terasa sangat kurang semangat. Nak kongsi dengan kawan dan famili yang bertentangan memang agak rasa terasing, sebab mereka tak berapa appriciate or paham at the end diri sendiri yang demotivated.

Jadi korang yang nak amalkan healthy lifestlye joinlah program sebegini.  Follow je IG and FB kapt black bila dia announce untuk next program.

So my mission nak kurang BodyFAT!! Doakan yer

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, hubungi:

whatsapp : +6013 3310702

Instagram : @kaptblack

Facebook : Kapten Black

 

 

The post Menyesal join Fitsuperb 5, tapi lepas tu bersyukur pulak appeared first on Modern Mum's Thingy.

Bengkel Personaliti diri bersama Azie Sam

$
0
0

Bukan senang untuk tampil bergaya, menawan dan tertawan. Macam dalam entri aku sebelum sebelum ini. Aku sangat sangat tekankan. Segala apa ilmu itu perlu berguru. Salah guru lain jadi. Kali ini atas usaha kelab blogger ben Ashaari mereka telah membawakan  Bengkel Personaliti diri bersama  salah seorang yang pakar dalam bidang perunding imej

Aku memang looking forward segala ilmu begini, lagi banyak kita belajar lagi kita sedar kekurangan dan apa yang kita perlu improve.

Korang setuju tak.?

Aku akan share sedikit ilmu yang dapat hari tu . Kalau betul betul nak belajar korang carilah puan azie sam ni nanti okay.  Sangat best. Memang dia selalu mengadakan bengkel di Jabatan kerajaan dan swasta. Sesuai untuk bengkel personaliti diri muslimah juga.

 

Baju yang sesuai untuk orang badan berbentuk PEAR

 

Puan Azie Sam

Puan azie sam bermula dengan hijabsylist. Background study juga dalam bidang design. Puan azie sam juga pernah mengeluarkan tudung fazieda collection.  Aktif dalam membuat hijab tutorial di youtube yang telah mencapai jutaan viewer.  Atas respond yang sangat positif puan azie sam telah mengambil pertauliahan dalam bidang ini secara professional.

Apa yang puan azie tekankan dalam membina personaliti diri seperti di bawah ini.

  • Wow first Impression
  • Create Your own personality Syle
  • Colour Make your soul
  • Mix and Match outfit
Bengkel personaliti diri

Bersama pn azie yang comel lote tapi berbisa

Bengkel personaliti diri bersama Puan Azie Sam

Wow first Impression

First impression tu opkoslah  maknanya kali pertama orang pandang atau berjumpa dengan kita. Penting sangat tau. Memanglah tidak adil kalau kita judge orang sebegitu tapi realitinya kita mestilah berjaya menawan orang untuk terus mengenali kita.  Walaupun orang kata tak kenal maka tak cinta tapi… face the fact ia memang mempengaruhi kita kan.

So nak jaga first impression nih kita kena cover part ini ABC. adakah semudah ABC ? hurmm mai kita temgok apakah ABC.

  • Appeareance – penampilan
  • Behaviour – kelakuan
  • Communication  – Komunikasi

 

Kita jaga 3 part ABC ini dah cukup untuk memberikan orang melihat kita yang baik baik sahaja. So salah satu aktiviti  yang di adakan adalah kita orang di berikan 1 kertas untuk di tampal di belakang badan. Kemudian semua rakan rakan akan menulis apa yang mereka rasa mengenai kita. heheheh… korang rasa yang ini valid tak untuk aku.Ini lah yang aku pelajari semasa Bengkel personaliti diri ini.

 

ini impression untuk qaseh

 

 

ini aku punya daa… GARANG .. TEGAS… HEBAT

 

Sebenarnya aku tak terkejut pun..memang betul ramai yang cakap aku seperti garang or serious tapi juga agak ramah. Hurmm kenapa agaknya yer. Ini membuatkan aku terpikir aku ni sorang serious sgt kah? tak senyum kah .. padahal aku ni sorang yang kuat gelak  dan melawak juga. tapi nak cakap apa .. itulah impression orang terhadap kita.

Kalau kita tak suka so kenalah ubah. kalau kita rasa okay.. heheh menten sahajalah kan .

 

Create Your own personality Syle

Kami diberi satu kertas soalan dan perlu menjawab lah soklan tersebut. Personaliti kita ni bergantung kepada jawapan pilihan kita. eh. terus teringat psikometrik test yang aku pernah buat. Tapi yang ini lebih kepada personaliti kita. jeng jeng…

Dalam ramai ramai orang aku sorang yang pelik. Dalam 9 soalan. aku menjawab 3 A, 3 B dan 3 C.  Mixed belaka. eh.. debor dah ingat takde personaliti hahaha.

 

  • Kalau banyak jawapan A : Seorang yang natural seperti fadzilah kamsah dan farah fauzana
  • Kalau banyak jawapan B : Romantic seperti siti nurhaliza
  • Kalau banyak jawapan C : Classic seperti Dato Zeti akhtar .
  • Kalau banyak jawapan D : Dramatic seperti Diva AA

 

Aku semua balance daaa… rupanya dia cakap orang sebeginilah yang elok.. wah wah… seperti sesumpah atau chameleon. Berubah mengikut kesesuaian event dan tempat. Bukannya tidak ada personalit.

Jadi conclusiionya kita perlu titik beratkan  TOP ini untuk menjadi sesumpah yang baik. Tapi bak kata puan azie sam Jangan sampai tak hormat majlis yer

  • T – Time
  • O – Occaasion
  • P- Place

heeheheh nasib baik.. ingatkan Mix Personaliti dah!

Colour Make your soul

Sebagai kerja UX designer, aku memang agak cerewet pasal pemilihan warna tanpa aku sedar. Entri aku sebelum ini pernah menekankan warna  dan pemakaian yang sesuai untuk orang 40an. Entri tersebut based on my own research  semasa aku  meng audit diri aku. Disebabkan inilah aku rasa kena berubah lah sikit pernampilan diri ini.

Sebab aku sendiri tak lalu tengok muka dan penampilan aku di awal 20an hahahah  Padahal masa tu lagi zaman muda kan. maigad… tak sanggup sebab tulah kena join Bengkel personaliti diri macam ini kan!

Rupanya kalau nak pilih kaler warna baju and tudung. Gunalah color Wheel. hek eleh.. padahal itulah benda . yang aku selalu tengok dan aku sendiri tak praktik kan untuk pemilihan warna.

 

Bengkel Personaliti diri

kalau nak mix and match baju and tudung boleh refer color wheel ini. Senang kerja tau.

 

Satu tips menarik yang pn azie sam kongsikan dibawah ini

5 Warna Yang Tak Pernah Salah

  • Putih
  • Hitam
  • Kelabu
  • Navy Blue
  • Coklat

Kata puan azie sam,

lebih daripada 80% mesej yang ingin disampaikan dengan tepat adalah berkaitan warna dengan erti kata lain mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat. Jadi kita kena pandai pilih warna

 

heheheh matchy matchy tak kalau macam ini?

Mix and Match outfit

Tips yang penting dapat masa bengkel ini. Kenali dulu bentuk badan kita hehehe. Caranya adalah seperti begini, ambik ukuran badan kita dari bahu, pinggang dan pinggul. Eh.. nanti share atas kertas yer.

Atas simple formula ini maka kita boleh kita ketahui kita bentuk badan yang bagaimana. Aku bentuk Pear… pear malaysia katanya..hahah sebab ada seorang geng pulak agak berisi tapi pear obersea.

So kenali badan korang bentuk apa

  1. Rectangle
    Anda adalah bentuk segi empat sama jika bust dan pinggul anda adalah kira-kira lebar yang sama dengan definisi pinggang kecil. Kaki dan lengan anda biasanya langsing.
  2. Apple
    Jenis badan ini dicirikan sebagai bahagian pertengahan berat. Anda bentuk ini jika pinggang anda agak tidak jelas dan anda berat sepanjang pinggul anda manakala langsing di tangan dan kaki anda.
  3. Pear
    Anda bentuk pear jika payudara anda lebih sempit daripada pinggul anda dan anda mempunyai pinggang yang jelas. Anda biasanya mempunyai bahu sempit dan paha yang penuh.
  4. Hourglass
    Jenis badan ini dicirikan sebagai curvy dengan pinggul dan garis payudara pada lebar yang sama. Pinggang anda adalah jelas.

 

anda yang mana haaa?

 

Pear ni tahulah kan, bentuk di pinggul lebih besar, jadi kena pastikan skirt atau seluar kita tidak sarat. elakkan! dan juga tidak boleh pakai peplum. patutlah sebelum ni aku pakai macam serba tak kena hahaha.

Tips untuk orang badan pear (macam aku )

  1. Elakkan pakaian yang mempunyai bahagain yang akan menekankan bahagian pinggang contoh baju yang ada getah mencekak baju di pinggang atau pakaian yang kena pakai tali pinggang. Ini akan membuatkan pinggul nampak lebih besar..kenapa kena  elakkan, sebab ia akan  menarik mata ke tempat yang salah.
  2. Lagi satu jangan masukkan baju ke dalam seluar. sebab ini juga akan menyerlahkan bahagian bawah anda.
  3. Satu helah yang hebat untuk bentuk pir adalah memakai warna yang lebih gelap di bahagian bawah dan warna lebih ringan di atas kerana ini secara semulajadi menarik perhatian dan jauh dari kawasan masalah anda.
  4. Tudung, kalung dan aksesoris lain juga membantu.

 

Segala info yang aku share disini hanya 10% sahaja kut. Kalau betul betul berminat korang carilah puan azie sam ni. heheh aku belum mampu untuk bagi nasihat terbaek untuk korang tapi aku hanya suka berkongsi ilmu  disebabkan keterujaan aku sendiri.

Jangan jadi mangsa fesyen okay. So apa kata korang follow azie sam

Facebook: Azie Sam
Instagram : @Azie_Samm
Email : aziesamad@gmail.com

 

 

Thank you to MaTIC selaku penaja lokasi majlis dari dulu dan hingga kini. Servis memang terbaek sejuk betul aircond heheh dan juga kepada  @Mrs. Za  dan nurul izzah catering selaku F&B sponsor pada hari tersebut. Korang masuk IG diaorang ni confirm terliur. Sedap sangat.

Team Kbba bersama pn azie sam dan Pengarah Matic yang happening.

 

 

The post Bengkel Personaliti diri bersama Azie Sam appeared first on Modern Mum's Thingy.

Peek A Box membawa dunia kecantikan dengan cara yang lebih istimewa

$
0
0

Korang suka surprise tak?  Kalau dah namanya perempuan opkoslah suka kalau bab bab surprise macam ni. Tipu lah kalau tak suka. Tambah-tambah pula dari orang yang tersayang. Macam familiar jer bunyi  Peek A Box kan?

yerlah kita selalu acah anak kita dengan ayat “peek a boo.. cak” haa gitu.

Opps sebelum tu, Terima kasih sekali lagi kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang bukan sahaja membawa Bengkel Personaliti diri bersama azie sam tapi turut menjemput Peek A Box untuk membuat surpise kepada kami pada hari tersebut.

Sebenarnya aku lah yang selalu acah iman macam tu dulu sbb ada beli satu buku cerita ‘peek a boo’.  So Ayat ni  memang sangat bermain – main  dalam kepala aku.

Jadi bila syarikat peek a box memperkenalkan konsep ini kepada kami, jelas sangat muka keterujaan kawan kawan semua. hahah tak kira lah mak budak atau tidak.

Contohnya aku dan kawan kawan semasa bengkel ini … sewaktu kami diberikan kotak tersebut dan diberi count down untuk membukanya terus kedengaran…“waa….” wooo….” ” bestnya”…”fuyoo…”

Semua teruja dan senyum meleret.

Peek a box telah bertapak lewat tahun 2016. dan memulakan penghantaran seawal Januari 2017.  Aku summarize kan apa yang aku faham pasal Peek a box ini.

Apakah Peek A box

  • Kotak Kecantikan
  • Packaging yang menarik sesuai dijadikan hadiah
  • Menawarkan barangan kecantikan 4 hingga 5 produk dalam masa yang sama
  • Penghantaran terus ke rumah.
  • Berkonsepkan majalah mini, informasi produk juga diselitkan dalam kotak tersebut
  • Nilai barangan hampir RM150 tetapi boleh dibeli dengan harga RM59.00 sahaja
  • Setiap bulan, barangan kecantikan adalah berbeza
  • Juga menawarkan pakej langganan.

Konsep Peek A box yang sangat menarik

Mungkin aku yang terlewat dalam pendedahan Peek A box ini. Tapi bagi aku yang pernah mempelajari subjek advertising dan marketing di zaman Universiti dahulu terus merasakan apa yang kami pelajari dulu telah obsolete. hahaha. Seriously!

Sangat Brilliant lah idea ni.

Konsep marketing ini  bagi aku adalah alaf baru. Ianya satu medan dimana win win situation antara pengguna dan pengeluar. Produk diiklankan dalam sebuah kotak Peek-A-Box, kita sebagai pengguna dapat merasai, melihat dan lebih tepat merasai pengalaman sendiri untuk setiap satu produk yang diletakkan dalam kotak tersebut. Dan of course dengan harga yang sangat menarik hanya RM59.00. 

Peek a box

harga langganan mengikut pakej plan

Sangat berbaloi untuk kita sebagai pengguna untuk melanggan  Peek A box ini sebab nilai barangan tersebut boleh mencapai RM150.00.  Jadi sekiranya kita telah mencuba dan memakai beberapa barangan tersebut dan kita happy pastinya kita akan terus membeli produk tersebut kan? So untung lah pihak pengeluar sebab telah mendapat pelanggan setia secara tidak lansung

Jadi aku suggest korang intai intailah IG  Peek a box dia orang ataupun promosi yang sering diadakan dibeberapa marketplace seperti di shoppee.  Kadang-kadang mereka sering memberikan teaser melalui IG mereka. hurmm kind of interesting kan. You never know apa yang akan dapat nanti. Memang surprise. tadaaa….

Jadi untuk korang yang selalu kekeringan idea untuk membelikan hadiah untuk sidia atau BFF aku suggest korang cuba langgan sekali. Confirm teruja.

DIY Bersama Peek a box

Peek a box juga meletakkan kecantikan itu sangat serasi dengan wanita. Mereka telah mengadakan satu sesi DIY untuk membuat face mist dan Lip Balm

Laa.. senang rupanya. Seriously senang.

Betullah kata orang, kalau nak cantik dan nampak presentable kata kuncinya adalah RAJIN!

DIY face mist

  • Drinking water , Rose Water , Honey , Essential Oil
  • Campur kan Rose Water bersama drinking water , masukkan madu dan essential oil
  • Sukatan drinking water  kena dua kali ganda dari rose water yand di letakkan

DIY Lip Balm

  • Cocoa Butter , pewarna , vaseline , air mendidih , madu
  • cairkan cocoa butter tu dulu dalam air mendidih , tambag sedikit vaseline , boleh letak pewarna atau  madu sahaja pun boleh .
  • Pastikan Sebati kemudian biarkan ia sejuk dan keras.
  • Boleh di bawa kemana sahaja.

Tutorial Make up dan Hijab MUA Khai Azwan

Dari seorang photographer akhirnya menjadi MUA. Sangat menarikkan! Aku  pernah attend beberapa kali kelas Make up ni. Tapi tak pandai pandai jugak .. hahaha. Tapi boleh lah adalah improve sikit. Adaalah  pandai juga kalau banding dengan dulu.

Khai  Azwan cakap yang penting practise.. practise practise. Barulah dapat perfect. hehehe aku p opis pun make up light light sahaja.

Yang penting bagai aku adalah bab penjagaan muka. Prep sebelum make up.

Peek a box

cantik je brush tersusun

Tips yang di kongsi

  1. Prep sangat penting untuk elak muka rosak, elak foundation masuk ke dalam pori pori.
  2. Prep termasuk serum, moisturizer dan primer
  3. Pastikan pakai sunblock
  4. Pemilihan Foundation amik code yang agak gelap sikit dari kulit dan powder cerah
  5. Make up mulakan dengan bahagian kening
  6. Kemudian mata  untuk elakkan eye shadow berterabur selepas pemakaian foundation
  7. Pemakaian concealer penting untuk menutupi parut dan jerawat
  8. Brush pastikan ada beberapa jenis, paling kurang 2 wajib ada.
  9. Pastikan Brush sentiasa di basuh

Model yang pada hari tersebut memang mempunya feature yang sedia ada molek. Dari bentuk mata, pipi dan semuanyalah . Memang seronok tengok khai mengoleskan warna warna ke muka model tersebut. Nampak senang sangat.

Kalau aku hahah.. agak tersekat sekat rasanya.  Katanya konsep yang di kongsi pada hari itu ala ala have have. Dan aku lihat penekaanan di buat  pada mata dengan kaler rona gold. Lipstick yang di gunakan pun senang cantik warnaya. Ala nude tapi sangat natural.

Takapalah.. nanti kita cuba try test jugalah. Tapi paling tak tahan, khai pakaikan model tersebut dengan tudung bawal. Alahai.. lilit-lilit je dah jadi molek.  I is jeles dengan skill yang dia ada .

Korang boleh follow khai azwan di IG dan Fb.

So apa lagi… cepat lah langgan Peek A Box tu… Aku pun plan nak belikan hadiah untuk kawan nanti.

The post Peek A Box membawa dunia kecantikan dengan cara yang lebih istimewa appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Semerah Cinta Humairah

$
0
0

Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Humairah dijodohkan dengan Shahir sebagai meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Shahir pula sanggup mengahwini Humairah demi ibunya. Ini lah antara intipati Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Bagaimanapun, Perkahwinan ini tidak bermakna kepada Shahir kerana dia sudah ada kekasih, Camelia. Hubungan camelia dan shahir sebenarnya tidak direstui oleh ibu shahir. Di awal perkahwinan humairah dan shahir tidak menikmati berbulan madu bersama. Shahir sentiasa mengelak untuk bersama .

 

Pada peringkat permulaan  Humairah masih cuba untuk sesuaikan diri dengan status barunya. Biarpun dia isteri Shahir tapi dia masih kekok berdepan dengan Shahir, malah masih memakai tutup kepala bila dalam bilik dengan Shahir.

Perkahwinan yang disangka memberi cahaya baru dalam hidup Humairah rupa-rupanya tidak seindah yang diharapkan. Humairah sangat kecewa dan cuba bersabar sehinggalah Humairah mengandung dan lahirnya Harith.

Saiful, kekasih lama Humairah(adik Shahir) pula balik dari London “As a Wake  Up Call” menyumbang kepada hubungan dingin Humairah dan Shahir.

Namun tanpa disedari Shahir mula cemburukan Saiful dan Humairah. Camelia terus cari helah pisahkan mereka dan dalam masa yang sama Datin Suria berusaha rapatkan mereka.

Sinopsis Semerah Cinta Humairah

Musibah datang dalam perkahwinan mereka bila Shahir kemalangan dan menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah .  Kerana keadaan ini Shahir mengambil keputusan untuk menceraikan Humairah tapi HUmairah tak mahu. Dia tetap di sisi suaminya. Berbeza dengan Camelia pula dia terus mengambil keputusan untuk meninggalkan Shahir

BACA : Pengantin 100 hari

Pencarian Humairah dan adik beradiknya  terjawab bila meraka akhirnya  mereka berjaya berjumpa dengan ibu mereka.  Camelia dan sekutunya Hisyam ditangkap dan didapati bersalah mencuri duit dan merancang kemalangan yang menimpa Shahir. Semua yang berlaku terhadap Humairah dan keluarga mentuanya, hanya kerana dendam.

Info SEMERAH CINTA HUMAIRAH

JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : Julai / Oktober 2018
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangtree Production Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah , Fadilah Mansor, Fish Fazil, Fimie Don, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Wan Sharm

The post Sinopsis Semerah Cinta Humairah appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Cinta Koko Coklat

$
0
0

SINOPSIS CINTA KOKO COKLAT

Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’  menerima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangannya. Haikal lakonanan aqasha diterima sebagai pemandunya setelah Haikal menyelamatkan Damia dari satu cubaan culik. Inilah antara Intipati  Sinopsis Cinta Koko Coklat

Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara.

BACA : Drama Semerah Cinta Humairah 

Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yan  g disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia Malik memanipulasi. Malik juga mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish. Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim.

Sinopsis Cinta Koko Coklat

Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

 

 

JUDUL : CINTA KOKO COKLAT

JUMLAH EPISOD : 50 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : ntv7 (Slot Glamadrama)
SKRIP : Raja Azida, Baizura Kahar, Hafizh Alias
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Zahirah Macwilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Sura Sojangi, Azizah Mahzan Shahrolnizam, Nizen Ayob, Kay Maria, Farouk Hussain, Iman Zulkarnain, Dato Jalaluddin Hassan, Emelie Hanif, Iman Haidar

WATAK PELAKON 

  • Zahirah Macwilson sebagai Damia
  • Aqasha sebagai Haikal
  • Raja Afiq sebagai Malik
  • Mimi Lana sebagai Darwina
  • Azrel Ismail sebagai Faizal
  • Sweet Qismina sebagai Danisya
  • Sasqia Dahuri sebagai Zara
  • Faralyna Idris sebagai Jasnita
  • Nafiz Muaz sebagai Naim
  • Sura Sojangi sebagai Jasmin
  • Azizah Mahzan sebagai Puan Sri Soraya
  • Shahrolnizam sebagai Jamal
  • Nizen Ayob sebagai Ehsan
  • Kay Maria sebagai Kalsom
  • Iman Zulkarnain sebagai Rizal
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Farish

LAGU TEMA / OST

Ismail Izzani – Sabar

The post Sinopsis Cinta Koko Coklat appeared first on Modern Mum's Thingy.

Viewing all 293 articles
Browse latest View live