Quantcast
Channel: Modern Mum's Thingy
Viewing all 293 articles
Browse latest View live

Menyusuri Sejarah komunis di Piyamit Tunnel, Betong Thailand

$
0
0

Kisah komunis pada tahun 70an sangat sangat menghantui kami di Gerik.  Jadi bila aku tahu pasal Piyamit Tunnel di Betong memang teruja sangat nak jejak kesana. Korang mesti hanya tahu pasal pertempuran Bukit Kepong. Askar Melayu dan komunis. Tapi korang tahu tak kisah Komunis di Hulu Perak ni?

Tahun 1974 keluarga aku pindah ke Gerik. Tahun yang sama juga aku dilahirkan. Sampai sekarang abang abang aku tak faham kenapalah bapak aku pilih pindah  antara Gerik dan Ipoh.  Owh ..sebelum itu bapak aku berkhidmat di Balai Bomba Kuala Kangsar.  But Why Gerik??

hahah Allah sahaja yang mengetahui kenapa… aku pun terlupa nak tanya pada arwah bapak aku.

Piyamit Tunnel ini menjadi salah satu tarikan pelancong di Betong. Memang menarik untuk korang bawa anak anak kesana, Iman tu tak habis habis tanya kisah komunis. heheh sekarang seronok lah kan. Kalau hidup zaman tu takut juga

 

 

Kalau korang datang ke Betong bagi aku 2 tempat yang wajib korang jejak adalah ke Piyamit Tunnel ini dan juga awan nano I yerweng yang menjadi tumpuan utama sekarang. Tempat lain tu aku rasa boleh skip lah . heheh ini aku lah.

 

Kisah komunis tahun 40-80an

Kisah Komunis bermula dari tahun 1940 an rupanya, kisah Chin Peng yang pernah membina markas di Gerik, pertumpahan darah bila ramai orang awam dan anggota keselamatan ramai terkorban.  Pernah diisytihar kawasan hitam.  Harian Metro pernah buat artikel pasal komunis di Gerik ni. Korang boleh baca dari link ini. 

Itu yang abang abang aku pelik kenapalah bapak aku pilih Gerik bukan Ipoh. Pindah ke kawasan yang memang berisiko.

Korang tahu pada tahun 70an hingga awal 80an kut, masih ada curfew antara  Gerik- Baling – Pengkalan Hulu. Kalau tak silap lepas pukul 7 malam dah tak boleh lalu dah. So kita orang kenalah menginap tempat yang terakhir. Nasib baiklah bapak aku ni bomba, so kita orang selalu tidur di barrack bomba sahaja.

Demo cara mereka masak danpenerangan sejarah komunis disini.

 

Masa dahulu kawasan sini sejuk, hutan masih tebal. Kalau pergi ke sekolah pukul 7 page, masih lagi berkabus.

Pada tahun 70an memang banyak askar dikawasan Gerik, sebab kami berada di Banjaran Titiwangsa bersambung ke Thailand.  Memang hutan tebal. Jadi tak hairanlah komunis suka berada di kawasan ini.  Masa tu memang suspicious sahaja dengan kaum cina, sebab tak tahu dia orang ni komunis atau memang orang cina di Gerik.

Jadinya, disini selalulah  askar dan kenderaan masuk kawasan Gerik. Paling best kalau dia orang baling ration  makanan pada kami anak anak yang berada di tepi jalan bersorak kepada mereka. Tengok kereta kebal pun seronok yakmat.  hahah.. those days.. gila best!! suka makan makanan askar, makan jem nenas derang sedap. Kari tin pun sodap.

 

Piyamit Tunnel Betong.

Kawasan ini agak jauh ke dalam dari kawasan Betong Thailand menghala ke Yala. Highway 410 dan menuju ke Ban Charp Parai Village, dan juga akan melewati Betong Hot Springs.

Kalau dari pekan Betong tu, korang kena ikut Highway 410 tu dan kemudian akan masuk ke satu simpang sebelah kiri. Simpang ni kecik aje, macam simpang nak masuk jalan kampung. Kitorang pun terlepas sikit simpang tu, nasib baik ada waze.

Kalau nak waze korang tekan je Piyamit Tunnel. Hati2 sikitlah dengan local traffic kat situ sbeab jalan ni taklah besar sangat. Korang akan pass by Betong Hot Spring. Kitorang tak stop situ sebab kat Malaysia ni pun dah berlambak hot spring.

Then korang akan lalu di jalan yang mendaki dan lepas beberapa corner sampailah kat PIyamit Tunnel. Ada designated car park kat situ, tapi ada je yang park tepi jln but hati2lah jangan sampai halang lalulintas.

Entrancenya seperti nak memasuki kuil yang besar. Korang kenalah berjalan sikit dan beli tiket di ticket booth di belah kanan. Kalau nak ambil2 gambar lagi di kawasan tu pun tak apa sebab landscapenya cantik jugak, tapi we all decide ke tunnel terus. Harga tiket RM8 untuk dewasa dan kanak2 RM2.50. Kalau nak bayar dalam Baht pun boleh.

  • Ban Piyamit 1, Tambon Tano Mae Ro
  • Opening hours: 8AM- 4.30PM

Lepas beli tiket, kenalah buat sedikit light hiking hehehe. Kena lalu kawasan hutan sikitlah. Iman sempat juga terjumpa sekor ulat gonggok yang saiz besar tu tapi lupa pulak nak ambil gamba. Kawsan tu terjaga..sejuk je rassanya.

Tapi jangan risau sebab laluannya berbumbung dan ada anak tangga yang tak curam pun.

Lebih kurang 10 minit berjalan sampai ke sampailah ke kawasan tunnel tu. Ianya merupakan antara tempat pelindungan dan penyimpanan makanan untuk komunis.

Aku mulanya agak malas nak datang kawasan ini, sebab malas nak mendaki tapi tak sangka it turns out to be satu yang pengalaman menarik untuk aku. Sebab aku jumpa dengan otai bekas Komunis weh!!  So dapat first hand story dari dia orang.

Piyamit Tunnel

Mereka dah berumur 68 tahun dan yang paling terkejut boleh berbahasa Malaysia. Rupanya dia orang ni adalah rakyat Malaysia dari Kuala Selangor dan Kajang. So perbualan kita orang bertambah lagi menarik. Mereka join komunis dan masuk hutan dalam usia belasan tahun. Katanya hati masa tu tengah panas.  Aku yakin mereka telah di brain wash oleh leader leader komunis ni.

Kawasan pertama, adalah tempat mereka memasak, yang menariknya cara mereka memasak. Untuk mengelakkan aktiviti mereka dikesan apa yang mereka buat ialah memasak di dalam gua yang dikorek di mana asap masakan akan disalur keluar dari gua melalui lubang2 terus ke permukaan tanah di atas gua tu.

Bila asap itu naik ke atas, ia akan nampak macam kabus di dalam hutan..brilliant kan.

Piyamit Tunnel

Di sekitar tu juga ada menara tinjau pihak komunis dan kawasan memasak yang lain.

Seterusnya ada muzium, beberapa barang dan sejarah penubuhan komunis di kongsi disini. Sekarang aku rasa menarik lah untuk aku tengok. Dahulu mana ada orang Melayu sokong kan. Banyak askar kita mati kerana mereka.

Macam- macam barang di showcase. Salah satu macam kerusi dr gigi. hehhehe hebat jugakkan.. err.. ke tempat untuk apa yer?

Lpeas masuk muzium kita masuk tunnelm pulak. Ramai yang menaggap tunnel ni ialah jalan bawah tanah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada yang kata boleh keluar ke Banding atau Pengkalan Hulu. Sebenarnya tunnel ni hanyalah tempat mereka berlindung atau bersembunyi daripada dikesan.

Aku agak takut nak masuk tunnel tu sebenarnya.. apa phobia orang cakap. Tapi tunnel ni agak cerah, tinggi dan ada air cond. So memang seronok juga masuk dan menyusuri dalam tunnel tu. So bayangkan zaman dulu mesti gelap yakmat and panas kan. Ishh.. tak terbayang tu.  Pastinya dulu tunnel tu dulu tanah semata mata, boleh runtuh. Sekarang elok diplaster dengan simen.

 

Piyamit Tunnel

 

Kata dia orang tunnel itu dibuat dalam masa 3 bulan dengan menggunakan 100 orang tentera.  Fuhh… macam mana dia orang buat kan.  Tempat ini hanyalah salah satu station sahaja, katanya ada satu lagi markas yang lebih besar di atas bukit tersebut.  Dalam tu ada tempat rehat, tempat mesyuarat dan tempat tidur.

Sempat jugaklah aku videokan beberapa interview aku dan dia orang. hahah beberapa soklan trap yang husband aku buat, jadi serba salah dia orang nak jawab tapi jadi kelakar pulak selepas tu.

Perang pun dah habis, dan ancaman komunis juga telah berjaya ditamatkan melalui Rundingan Damai Haadyai. Saki baki komunis telahpun meletak senjata dan keluar dari hutan. Mereka berdua ni tak pulang ke Malaysia dan telah menjadi warganegara Thailand.

 

Piyamit Tunnel

Nama dia Kapten Ah Chang. Ko tak tau nak react mcm mana jumpa ngan komunis ni. Tapi uncle ni sgt kelakar sebenarnya.

Satu pengalaman yang best untuk kitaorang kesana. Bawaklah famili dan anak anak. Perjalan pulang tu korang aku dapat tengok salah satu pokok tua yang agak besar dan tinggi dan berusia beratusan tahun.

 

 

 

 

The post Menyusuri Sejarah komunis di Piyamit Tunnel, Betong Thailand appeared first on Modern Mum's Thingy.


kedai cermin mata murah yang viral di sungai wang

$
0
0

Kalau nak kena tukar cermin mata multifokal aku pakai sekarang ni menangis oit! Harga aku buat ni dalam RM1800 huhuhu. Lepas tu bila aku dengar ada kedai cermin mata murah yang viral sangat tu di sungai wang, aku saja nak tengok berapa harga dia boleh bagi.

Tapi berapa murah agaknya dia boleh bagikan? Susah aku nak dengar orang boleh bagi harga murah untuk kategori cermin mata orang tua ni hahha. Aku panggil cermin mata orang tua sebab selalunya orang umur 40an ke atas akan mengalami masalah ni. Bukan saja dah ada kedut and lingkaran hitam bawah mata, rabun dekat pulak tu.. bahasa saintifik presbyopia

Tengok Handphone sat dekat, sat jauh. Sah lah korang macam aku.

 

Kedai cermin mata murah

 

Kenapa Kedai cermin ni mata murah sangat?

Yang menjadi timbul tanya kenapa dia boleh bagi harga murah, apa beza dengan kedai lain? Itulah yang bermain dalam kepala aku. Bila aku baca blog ben atas kepuasan hati dia dengan harga yang diberi, maka aku pun cakaplah dengan abam aku kena pergi jejak jugak ni.

Setiap tahun memang ada peruntukan dari syarikat abam RM450 untuk seorang. Setakat spek untuk iman memang lepas. Tapi huhuhu kalau multifokal macam aku ni, aduiii… kena top up. Bukan sikit sikit tau. RM1800 – RM450 haa.. cer kira.

Tahun ni kami dah plan nak berjimat, banyak nak pakai duit or lebih baik travel hahah lagi best. So itu yang we all jejak jugak pada hujung minggu baru ni.

Seronok sebenarnya bila aku dengar owner kedai ni (william) educate setiap orang yang masuk ke kedai ini.  Betapa Lens alpha blue ini boleh  sekat sinar biru dan silau malam. Siap demo pada kami.

 

Kedai cermin mata murah

Cuba cari muka hakak!! ramai giler orang yang mai ni weh

 

Kedai cermin mata murah

Bersungguh explain kat kita orang nih …

Berbalik dengan kisah aku yang pakai cermin mata multifokal yang berharga Rm1800 tuuu.. huhuhu . lens yang aku pakai dari brand HOYA. Memang brand ini agak terkenal sebenarnya.  rata rata yang pakai multifokal dari brand ini. Tapi betul juga kata william, sebenarnya kalau kita keluar negara terdapat pelbagai brand sebenarnya.  Banyak yang kita tidak pernah dengar

So lojiklah harga yang ditekan oleh lens Hoya, boleh kata macam monopoli dalam bidang optometrik ini ditambah pula dengan kos periklanan yang mereka lakukan.

Jadi kalau ada pilihan yang lebih murah, why not kan? So kali ini kami anak beranak memang order saorang satu sebab nak perabih bajet tahun ini .

aku pulak nak spek yang lebih ringan dan lebih nampak muda hahahah.. jangan mare.. ini sindrom mak mak 40an.

kesimpulan kenapa dia boleh bagi harga murah

  • Lense Alpha Blue 420 telah di daftarkan atas nama company ini
  • Tidak menggunakan kos iklan yang tinggi seperti syarikat lain.
  • Aplha Blue 420 lense baru nak dilancarkan, jadi masih dalam promosi ( baik korang grab sekarang)

Kedai cermin mata murah

Eye Pro Vission Kedai cermin mata murah , Siap Satu jam

Untuk cermin mata anak aku, hanya mengambil masa dalam 45 minit sahaja. kecik kedik dah pakai spek kan. Haa main gajet lagi sakan. Untuk frame dan alpha lens 420 proses untuk siap memang cepat. Tak sempat nak pusing pusing area bukit bintang haha. bayar RM125 sahaja.

Jimat duit!

Sebelum ini kami perlu tunggu beberapa hari.  Tetapi untuk multifokal makan masa beberapa hari. Memandangkan aku tidak memerlukan dengan kadar segera, jadi aku pun tidak berapa kisah . ( ada alasan nak jalan jalan pavilion dan sungai wang)

 

Kelebihan lens Alpha Blue 420

  1.  Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
  2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
  3. 100%  sekat sinar biru dan ultra ungu (UV420)
  4. Tahan lasak kerana diperbuat dengan 12 layer berbanding lens biasa
  5. Tidak mudah pecah
  6. Kalis air
  7. Kalis calar
  8. Harga mampu milik

 

So korang kalau bercadang, nak tukar spek tu boleh lah jengah kedai ini.  Memang ada pelbagai option tapi kalau korang memang nak cari frame yang berjenama aku cakap awal awal yer tidak banyak disini, kutlah nak cari Oakley ker, rayban ker, Coach ker, Fcuk ker, memang tak ada. Tapi pilihan lain tu still banyak

Kedai cermin mata murah

Pilih… jangan tak pilih kaak

Tapi macam kita orang ni, dulu sahaja kisah nak melawa dengan frame berjenama, tapi disebabkan nak jimat bajet kami okay sahaja dengan frame yang ada di Eye Pro Vision

 

Lot G1111
Ground Floor
Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

 

The post kedai cermin mata murah yang viral di sungai wang appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sukarnya mencari makanan halal di Jepun

$
0
0

Baru baru ni aku terlihat satu iklan Malaysia Halal Expo 2019 yang akan berlansung pada 24-26 Januari 2019 di KL Convention Centre yang mengfokuskan untuk Olimpik 2020 nanti.  Automatik terus aku mengimbau kenangan aku sewaktu travel ke negara matahari terbit ini. Fuh! sukarnya mencari makanan halal di Jepun.

Tapi bila ada kesukaran di sit, maknanya ada peluang yang baik disitu. Kalaulah aku punya produk yang best aku rasa inilah platform terbaik untuk peluang tembusi pasaran halal di Jepun.

 

makanan halal di Jepun

resoran halal tak jumpa. duduklah dulu

 

Bukan apa, aku teringat pengalaman aku menjelajah negara Jepun pada tahun 2016 dulu. Memang seronok gila okay pergi Jepun ni, tapi  korang tahu.., aku turun berat dekat 3kg kut dalam masa 12 hari sahaja.

Cuba korang pikir kenapa?

Hahahaah.. sesiapa nak kurus cepat sila pergi Jepun., no joke. Confirm turun. Selain dari kesukaran nak mencari makanan halal, kita juga banyak berjalan dari satu lokasi ke lokasi lain. Tak cukup kalori nak burn, abis lemak lemak yang sedia ada ni yang burn haaaa.

Kesukaran mencari makanan halal ni aku boleh rumuskan ada 2 faktor

  1. Masalah nak mencari tu satu hal, sampai sesat-sesatlah
  2. Dari segi faktor harga yang memang boleh buat peluh meleleh dengan laju.

 

Persediaan bawa pre-cook dari Malaysia

Aku memang bergantung pada stok makanan yang dibawa dari Malaysia seperti  stok Brahim tu memang penyelamat aku disana, selain itu aku banyak bergantung di Family Mart. Tapi yerlah, itu pun hanya mampu makan roti kosong sahaja. Jenuh scan ingredients menggunakan google apps.

 

 

 

Sebelum aku bertolak ke sana lagi aku dah buat banyak research dan mencari info info yang berkaitan halal ni. Dah ada list restaurant juga. Kiranya  dah siaplah list dalam handphone ni. Tapi untuk backpackers seperti aku ni, tambah-tambah yang pertama kali datang ni menguji kesabaran. Kadang-kadang sampai sesat barat orang cakap. kaki dah letih!

Owh, lupa aku nak cakap, aku memang travel bertiga sahaja aku, suami dan anak yang berumur 7 tahun pada masa itu. Dan memang kami susun semua itenirari sendiri, bukannya melalui travel agent yang siapkan semua door to door sevices. Bayar sahaja fees nya korang akan di bawa ke lokasi yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.

Nafsu travel aku ni besar, hahah ongkos nya tidak berapa besar. Janji dapat jejak orang kata. Travel with kids berbeza yer, anytime dia boleh mintak makanan kalau dia lapar. Kalau orang tua ni bolehlah ditahan tahan lagi. Tambah tambah kalau musim sejuk memang akan cepat rasa lapar.

Sesat di Gion mencari kedai halal

Kalau pergi osaka, aku suggest korang jejak ke GION bandar situ memang cantik yakmat. Sebab ada satu part tu mereka mengekalkan senibina jepun dan korang boleh nampak budaya jepun yang sangat cantik.  Disitu korang boleh lihat ramai orang pakai baju kimono berjalan jalan jalan terkedek dengan terompah yang comel.

Sumpah aku cakap sini part yang paling best. Rasa seperti tengok cerita Oshin. So kami pun layanlah ambik gambar, jalan jalan dengan asyik sekali.

 

makanan halal di Jepun

nampak sedap je kuih uih ini

 

We all memang dah set dalam kepala akan singgah makan di dua tempat ni. Nama kedai tu ayamya dan Naritaya. Aduhai korang tau, dahlah sejuk,kami dah berpusing pusing walapun menggunakan google maps.  Hampir 1 jam lebih kami berusaha mencari tempat makan tu.

Si kecik tu memang dah merengek rengek kelaparan dan keletihan.   sampai kena dukung dibelakanglah.  Akhirnya dapat jumpa satu Japanese yang boleh cakap dan faham english.. aghhh.. penyelamat. Dia siap hantar kita orang makan kat situ sampai depan pintu. (ini memang kelas laa orang jepun)

Bila dah sampai, kena tunggu dulu que beberapa minit  lepas tu barulah dapat  masuk.

Disebabkan we all ni bajet traveller, hahaha we all amik set yang boleh dikongsi 3 orang ahahha.. portion orang jepun makan sikit oit.. sebab teringin nak makan wagyu. Itu pun dah  harga satu RM 160 Pastu agaknya dia kesian tengok hero kecik tu.. siap belanja makan sausages.

 

 

Masa di tokyo we all  try satu restoran satu set cost us around RM260.. uwaa.. nangis oiit! Abis tu takkan nak  masak sahaj. Teringin nak rasa masakan dia orang juga, tapi yang halal lah kan.

Korang tau , sepanjang perjalanan  mencari kedai makanan halal  tu, bersepah family mart and kedai serbanika yang kita orang masuk. Mencari makanan halal sementara dapat jumpa kedai tu. Kira orang hanya minum coffee dan roti kosong yang we all confident makan. Paling sedih masa tu, roti tu pun habis .. uwaaa.. kelaparan

Cuba bayangkan kalau ada produk halal di Familiy Mart tu, tandanya  produk kita dapat tembusi  pasaran jepun. Masyaallah kan seronoknya.

 

Family Mart & Lawson tumpuan utama

Kalau pergi family mart  kat Malaysia ni memang rasa macam nak makan semua sebab macam macam ada.  Balas dendam hahaha. Sekarangkan demam family mart di Malaysia.

Feel paling kelakar  masa kat Jepun, tengok oden yang cucuk-cucuk tu, rasa nak makan je masa sejuk sejuk tu hahaha.. mesti best makan panas-panas. Tapi korang tau lah kan, sah sah tak boleh!

Itu yang bila bukak dekat malaysia abis kena serbu family mart tu.

Masa kat Jepun, situlah memang tempt nak cari roti dan juga nasi separuh masak. Ishh.. kalau lah ada sambal hitam kat situ ya allah senangnya hidup ni. Sebab di Family mart ni memang complete microwave dan coffee. Macam pit stop orang jepun makan untuk yang lebih murah.

Pleaselah, harapnya banyak produk halal ada di sana selepas ini sebab harganya mampu milik, sesuai sangat untuk bajet traveller macam aku ni ha!. Jenuh menabung tau untuk travel

 

Deretan kedai makanan halal di UENO., disini memang senang nak cari makanan.

Masak sendiri pun best.

Aku dah cakap awal tadikan, aku hanya bawak stok brahim macam nasi goreng, nasi lemak tapi paling best aku rasa masa kat Jepun, aku ada bawak pes asam pedas brahim.

Kalau korang pergi jepun, aku galakkan korang ambik homestay contohnya dari airbnb sebab korang boleh masak masak untuk bekalan sewaktu berjalan-jalan.

Lepas tu korang beli lah seafood kat sana.  Masyallah punyalah sedap. Aku andaikan sebab ikan, sotong, udang kat sana fresh yakmat. Bila masak tu kan masakan ko yang pakai pes  brahim tu pun sedap sampai menijilat jari. Aku tanya dengan kawan aku yang duduk sana , dia kata sebbab semua tangkapan hasil laut memang fresh.

Jadi kalau lah ada pes-pes untuk masakan yangboleh kita beli dengan mudah dah selesai masalah kita tak payah nak bawak banyak banyak kat sini.

 

makanan halal di Jepun

masak and tapau makanan sambil mengadap gunung fuji

Malaysian Halal Expo 2019

Malaysian Halal Expo 2019 ini adalah inisiatif dari Kementerian Pembangunan Usahawan  dengan kerjasama SME Corp Malaysia Ia akan melibatkan  pameran dari pengusaha pengusaha produk  Halal tempatan. Simple sahaja, tujuan expo ini adalah untuk memasarkan produk  produk Halal tersebut ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 akan datang.

 

Sebab tu aku cakap awal awal tadi, kalau ada produk best aku pun nak join sebab aku tengok potensi market ni luas. Lagipun sijil halal Jakim diiktiraf di Jepun.

Bukan sahaja pelancong dari Malaysia, tapi  Indonesia, brunei, dan negara islam yang lain memang akan mencari produk produk halal bila melancong ke sana nanti

Aku rasa macam nak  singgah pameran ni sebab masa pameran ini lah akan nampak produk yang susah korang nak jumpa di mana mana mall sebab sesetengah mereka memang target untuk pasaran luar negara. Pandai kan diaorang, market sah sah lebih luas.

 

Jom kita jumpa di sana nanti pada 22-26 Januari nanti di KL Convention Centre.

 

 

Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019

 

The post Sukarnya mencari makanan halal di Jepun appeared first on Modern Mum's Thingy.

Cara make up paling mudah dengan MUA Hayati

$
0
0

Ini kali ketiga aku masuk kelas make up, gigih nak belajar tau sbb aku dulu aku memang tak reti lansung nak jaga muka.  Tak reti jaga maksud aku, penjagaan kulit dan juga make up make up nih. Cara make up paling mudah yang aku dapat pelajari dalam Inspire Make up class ini.

Tapi kali ini aku serius, aku sendiri  tak percaya masuk kelas dengan MUA Hayati ni aku boleh make up macam yang aku idamkan, memang mudah betul rupanya.

Kalau tengok di youtube kan, macam berlayer layer kena tepek. Pendekatan kali ini memang berbeza. sap sap soi orang cakap. Ini lah yang buat aku terkejut

Buat pertama kali juga aku mengenakan cream foundation, selama hari ini aku hanya pakai liquid foundation sahaja. Kerisauan aku sebab takut dia melekat di muka dan jadi jerawat. hahahha ini teori aku … pandai je kan.

Sekali lagi sangkaan aku salah. Elok molek jer letak dimuka. Tapi of course dengan teknik yang betul MUA ni ajar. Sebelum ni sembrono jer  pandai pandai sendiri jer.

 

 

Cara make up paling mudah, step yang simple sangat

  1. Primer – Burbery
  2. Pembentukan kening
  3. Concealer di bahagian kening
  4. Foundation – Naturactor
  5. Shading – Tak nak buat pun tak apa
  6. Loose powder – Naturactor – letakan jadi tapung komak kat muka tu
  7. Eye shadow
  8. Blusher
  9. lisptick
Cara make up paling mudah

Nampak dah span bulat tu… Rega Rm30, osem oitt pakai span nih.

 

Haa.. mak aih .. gila senang sahaja. katanya ini sesuai untuk make up harian. Dia sendiri ambil masa dalam 15 mins sahaja nak make up kalau nak kelauar. Berbanding dengan aku hahah terkedek kedek. Cuma masa dia ajar ni of course lah ambik masa sikit, terutamanya geng semua bukan kaki make up macam aku and nina nih.. haha lucu betul.

Cuba korang tengok balik steps yang aku pernah share dalam entri sebelum ini. entri  belajar make up  dengan MUA yang lain. hahahah banyakkan steps dia. Gila cuak aku masuk kelas tu sebab tak terkejar. Or maybe sebab masa tu adalah kali pertama.

Kesimpulannya lain MUA lain caranya. Lagi banyak tempat korang pergi belajar confirm lagi banyak ilmu yang korang akan belajar. Practise make perfect maybe, dari kali pertama aku belajar berbanding yang ini aku terasa senang. Maybe lah kan

Nasib baik aku datang juga kelas Make up super mudah ini.

Memang nasib baik, sebab aku hampir tak dapat join sebab ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kalau tak datang memang menyesal hahah. Berbaloi baloi kelas ni

MUA yang kita orang join ini dikenali nama dengan mak andam kiri, atau nama sebenarnya Hayati hashim.  Walaupun umur lebih kurang aku tapi memang aku suka tengok penampilan kak yati, kulit cantik, badan pun slim jer. Rupanya selain dari make up dan mengandam  ada juga mengajar grooming.

 

Cara make up paling mudah

Cantikkan kak yati ni

 

Dalam kelas ini dia ajar kita orang pakai produk naturactor. Memang dah pernah dengar produk Jepun ni, memang femes tapi tak pernah cuba. Surprisingly foundation dia memang cantik letak kat muka.  Terus nampak glowing.

Yang best tu, span yang MUA bagi pakai ni memang senang untuk di dap dap…terus blend satu muka. Bukan span telur tu. Kami pakat terkejutlah. Kata kak yati span ini dari german, sedikit mahal tapi boleh tahan bertahun.  Tapi okay sangat sebab harganya dalm RM30

Kami terus pakat order sebab terlampau impressed dengan diri sendiri hahaha. Selama hari ni aku rasa make up tak pernah elok pun

Kenapa kelas make up ini best?

Kelas ini mengambil masa hampir 3 jam. Berbanding dengan kelas lain, kak yati ini betul betul ajar step by step setiap satu.  Maksud aku dia masih menggunakan model dihadapan, tapi setiap satu teknik tersebut kami akan buat di muka sendiri dan dia tidak akan proceed proses seterusnya sekiranya kami belum siap.

Satu teknik dah okay, semua dah paham dan ada sesi soal jawab dan bila kami semua ni dah clear baru dia ajar part yang lain pula.

Sebelum ini kelas make up yang aku hadir tu, dia siapkan model yang ada tu dari mula sampai habis. Bila nak sampai praktikal kami dah lupa hahahah.. itu aku lah yer. Main agak agak sahaja.

 

Cara make up paling mudah

Dah macam alien dah sensorang aku tgk .. hahah

Semasa kelas Make up dengan MUA ini yang bestnya dia ada pembantu yang assist kita orang dalam masa yang sama.

Kelas ini sangat kondusif bagi aku, jadi hampir kesemua kami boleh make up di akhir kelas. Semua macam tak percaya okay.. tak percaya dengan diri sendiri. Padahal ada diantara kami ni beauty blogger yang banyak mencuba pelbagai produk kecantikan apa lagi tergedik gedik lah kami push kak yati dapatkan produk ini yang dia pakai masa kelas ini .

Kesimpulannya kalau betul teknik dan berguru memang jadi senang. Dok berguru kat youtube memang boleh tapi tiada orang yang tegur. Macam aku aritu aku belajar satu benda yang paling penting semasa aku cuba nak bentukkan kening. Barulah paham kening rendah dan kening tinggi hahaha. seronok bila belajar melalu kesilapan ni. Terus aku paham.

Yang penting korang kena rajin tanya why like this.. why like that.

Kelas kami memang dalam keadaan santai. Walaupun bilik agak kecil tapi yang best cermin besar kat depan tu haa.  Bising dengan gelak tawa kami bila sesiapa sahaja  silap dalam proses nak siapkan make up tersebut.  Mua kak yati pun boleh tahan kelakar orangnya. Senyum sahaja masa mengajar. It was fun, team yang belajar pun semua sporting.

Banyak tips yang aku dapat dan dapat menjawab permasalahan yang aku tak faham selama hari ini.

Banyak tips rahsia yang MUA ni kongsikan dengan kita orang. Korang kena join kelas dia baru korang tahu, kalau aku cerita semua abislah MUA ni nak cari makan. Tapi kalau aku cerita pun mesej mungkin tak sampai sepenuhnya hahaha..

Okaylah aku share tips simple yang aku dapat

  1. Cream Foundation – pakai span lebih elok and blend
  2. Liquid Foundation – pakai berus
  3. Pembentukan Eye line – tak payah buat line terus, buat dari kiri ke tengah, lepas tu kanan ke tengah
  4. Loose powder tu biarkan penuh tepung komak, lepas tu last kali baru brush rata

nak lagi? hahaha korang  kenalah join kelas kak yati ni.

Jadi, aku memang amat amat menggalakan korang join kelas dia sebab aku puas hati sangat. Balik rumah abam tengok pun cakap natural jer gitu.

Cara make up paling mudah

kemain kan semua

Lamar Wedding & Event Management
No. 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh Fasa 2
68100 Batu Caves

📱Yati: www.wasap.my/60174562645
🌎Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh

FB: https://www.facebook.com/lamarwedding/
Instagram: https://www.instagram.com/bussaina.rias73/
FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100009198164901
Catwalk Class: https://www.facebook.com/InspireWithinFan/

👰Wedding planner, Event Management, Catering, Modelling Agency, Catwalk Class, Make-Up Class, Spa etc.-apa nanti korang contact sendiri kak Hayati eh…

The post Cara make up paling mudah dengan MUA Hayati appeared first on Modern Mum's Thingy.

Kunang Kunang Pictures kongsi Ilmu teknik Shooting dan Editing

$
0
0

Aku memang bertuah sebab berada dalam komuniti kelab blogger ben ashaari yang tidak putus putus menganjurkan program dan kelas kelas yang amat bermanafaat kepada blogger. Kali ini Kunang Kunang Pictures  yang pernah memenangi Anugerah skrin 2017 untuk dokumentari pula berkongsi Ilmu videography dan Teknik editing dengan Adobe Premier.

 

Kunang Kunang Pictures

Kelas kami bermula dalam Jam 10 pagi, dan terbahagi kepada 2. Sesi penerangan basic untuk mendapat kan gambar yang cantik seperti kelas yang pernah kami hadiri bersama kelas fotofon bersama Sony   Sesi tersebut diteruskan dengan praktikal dengan menghasilkan video berdasarkan story yang dihasilkan.  Sesi kedua pula fokus kepada teknik editing dengan menggunakakan Adobe Premier Pro.

Boleh kata basic untuk photo and video tu lebih kurang sama .

Asas Teknikal fotografi/Videografi

  1. Iso
  2. aperture
  3. White balance
  4. Metering
  5. light
  6. rule of third
  7. frame
  8. perspective line
  9. reflection

 

images from https://www.wordstream.com/blog/ws/2015/01/05/marketing-videos

 

Kira ini macam rule of thumb yang perlu dihadam oleh photographer and videographer untuk menghasilkan gambar dan video yang menarik.

Setelah diberikan penerangan ringkas ini, kami dicabar untuk brainstorming satu video. Ah.. nasib baik lah ada pengalaman belajar dan kerja dalam pembikinan video ni, tapi kesemuanya heheh video video skema untuk projek and corporate video. Tapi basic tu tetap samalah kan. Cuma trend dan style video tidak seperti zaman aku belajar broadcasting tahun 1994-1998, hampir 25 tahun yang lalu.

Bak kata suami aku banyak yang dah langgar  dengan apa yang belajar dahulu, tapi hasil video zaman kini lebih menarik dan trendy.  Banyak juga perkongsian Kunang Kunang Pictures bersama kami tentang youtuber yang telah berjaya mengaut keuntungan yang banyak dalam new media ini. Kebanyakkan youtuber Indonesia banyak menghasilkan video yang sangat kreatif dan berkualiti walaupun hanya menggunakan  HP .

Teknik video editing yang best dan idea yang sangat mantap membuatkan mereka mempunyai viewer yang ramai. Aduh!! aku yang telah mempelajari bidang ini pun tidak mengamalkannya,  terasa rugi sangat. Tapi selepas attend kelas ini memang semangat betul nak buat video yang best dalam proses nak kumpul equipment sikit sikit. Mengembalikan zaman kegemilangan belajar broadcasting kunun.. kih kih. padahal .. member2 semua dah jadi direktor yang hebat hebat.

Maka bermulalah sesi Shooting dan Editing

Jadi apa lagi, kami pun berbincang untuk hasilkan 1 video yang berkaitan larangan rokok. Setelah dapat kata sepakat kami pun terus buat storyboard untuk memudahkan team members paham storyline semasa production nanti. Maka terhasil lah storyboard orang lidi kasil lukisan aku hahahah..

Tak apalah  yang penting semua fahamkan.

Dalam masa 1 jam kena shoot dengan MultiCamera (MCP) dengan menggunakan mirrorless sony Qaseh and fujifilm hakak punya. Ada yang bertindak sebagai pelakon, videographer, director dan sebagainya.  Tapi itulah, maklumlah semua amatur maka terbahak bahaklah kami ketawa disebabkan semuanya seperti impromtu.

 

Kunang Kunang Pictures

En shah dari kunang kunang pictures tengok jewww kita orang kalut untuk semasa shooting

 

Semua kasi tibai! tapi tibai tibai pun banyak kami belajar tanpa disedari. Dari segi direction, planning, flow, audio issue dan banyak lagi. Aku memang suka kalau belajar melalui kesilapan ini. Boleh faham sepenuhnya.

Haa.. inilah hasil video kami dalam masa beberapa jam. Bangga juga walaupun banyak lagi yang boleh ditambah baik. Eh.. memang banggalah sebab dalam masa beberapa jam sahaja, kami faham dan keperluan sewaktu shooting.

Dan juga boleh produced video dalama masa satu jam dengan menggunakan software adobe premier ini, tambahan pula nak ambil dan sync footage dari 2 kamera yang berasingan. Aku pulak tu yang buat editing untuk group dalam keadaan terkial kial untuk membiasakan shorcut dan function tersebut.

 

15 Tips untuk Penggambaran dan Mengedit Video

  1. Buat Storyboard dan / atau Skrip untuk mudah proses pengambaran nanti
  2. Rule of third
  3. Elakkan Konflik Antara Cahaya Semulajadi dan tambahan
  4. Tetapkan ‘white balance’.
  5. Elakkan ‘Menonjolkan’ Subjek dibawah cahaya cerah. Perlu lebih explore teknik lighting supaya nampak lebih natural
  6. Pelbagai shot
  7. Susun footage yang telah diambil dalam folder-folder khas untuk mudah kerja edit
  8. Jangan terlbih transition dan jugak efek
  9. Pilih Muzik Anda dengan hati-hati.

 

Kunang Kunang Pictures

Produksi kunang-kunang pictures sebenarnya terdiri dari mereka yang amat berpengalaman dalam video produksi. Mereka pernah bekerja di bawah Stesen TV3 sebelum membuka produksi sendiri.

Antara Rancangan tv yang pernah mereka hasilkan seperti 999, NONA, meja bulat syariah, mana kawan adik, sahabat backpackers dan juga Lensa 106 di ASTRO. Pengalaman mereka memang banyak. Ilmu yang dikongsikan juga tidak cukup buku untuk kami kongsikan.

Konsep pembelajaran Adobe Premier santai sahaja, tapi membuatkan keterujaan setiap dari kami untuk cuba melakukan editing menggunakan software ini.

Selama hari ini aku lebih selesa menggunakan i-movie untuk proses suntingan, tapi sekali kenal dengan Adobe premier ini memang jauh berbeza. Berbaloi sangat untuk orang yang minat video editing.  Banyak effect boleh di apply disini.

Tapi hahahha.. mudah untuk orang faham jugalah kan. Untuk pertama kali agak terkial kial juga untuk familiarize dengan features yang ada.  Tapi .. kalau tanya aku memang aku sangat sangat teruja.

Pengalaman Kunang Kunang pictures dalam pembikinnan video ini memudahkan penyampaian mereka kepada kami. Ianya lebih kepada praktikaliti untuk pembikinan video dan tidak terlebih.

Selain menghasilkan video untuk rancangan TV Mereka jugak aktif dalam pembikinan wedding photography dan Videography. Jadi korang yang berminat untuk hire untuk wedding nanti boleh visit Youtube and IG mereka tau. Jangan risau mereka memang pro.

 

 

 

Info Lanjut Kunang kunang Pictures

 

Terima kasih Penaja

Terima kasih tidak terhingga kepada MaTIC yang sentiasa sahaja memberikan ruang untuk kami menimba ilmu. MaTIC memang sangat sangat supportive blogger KBBA selama hari ini. Ruang kelas yang sangat selesa dan terbaik

MaTIC yang terletak di Jalan Ampang  merupakan hub untuk tourist atau pelancong dalam dan luar negara. Kemudahan disediakan di MaTIC sangat terbaik seperti kaunter pelancong, dewan mesyuarat, pusat handcraft, kebudayaan dan segala yang berkaitan dengan bidang dan perkhidmatan Pelancongan

Hari kami tidak lengkap tanpa makanan yang enak dari CCK kitchen, nasi arab bersama ayam bbq. simple tetapi sedap sehingga menjilat jari.  CCK kitchen terletak di Shah Alam.  Jujur aku cakap, juadah simple yang disediakan oleh mereka pada hari tersebut buatkan aku teringat ingat lagi. Silap haribulan hujung minggu ni aku pasti jejak ke restoran mereka

Oh sambil tu kami juga dihidangkan dengan kuit kapit mak inang yang maberles sgt.

The post Kunang Kunang Pictures kongsi Ilmu teknik Shooting dan Editing appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi Slot Samarinda TV3

$
0
0

Drama Setelah Cinta Itu Pergi telah pun mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 17 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Basically Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi adalah lakonan mantap Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar.

Selain mereka berdua pelakon lain  yang turut sama memeriahkan drama ini adalah Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan.

Aduh! aku memang terkesan dengan drama ini disebabkan aku juga mengalami nasib seperti marina yang lambat perolehi zuriat. huhuhu sedikit emo bila menonton drama ini. Haihh.. kalau korang tak emo tengok drama ni tak tahu lah hahaha.  Memang banyak perempuan ketiga yang spesies macam ni.

 

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Mereka akur dan  tidak menidakkan takdir Tuhan dalam perkahwinan mereka.

“ALHAMDULILLAH! Sudah tiga tahun kita berkongsi hidup sebagai suami isteri. Terima kasih abang, kerana sudi menjadi suami yang terbaik sepanjang hidup Rina.” jemari Ikram dikucupnya. Dahi Marina disambut mesra dengan kucupan.

 

Setelah Cinta Itu Pergi 

 

Namun, Janji yang kukuh terpateri  pada mulanya akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina sebelum ini. Insyirah merupakan adik ipar kepada Ikram. Suaminya Izlan telah ditangkap dan dipenjarakan   kerana kes dadah. Setelah melahirkan seorang bayi perempuan, Ikram membawa balik Insyirah ke rumahnya.

Insyirah memang licik sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina lakunan nina Iskandar remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta.

 

Setelah Cinta Itu Pergi 

 

Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram

 

Setelah Cinta Itu Pergi 

 

Marina kecewa yang amat sangat dengan tindakan Ikram dan Marina  akhirnya pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.

Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina. Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” – Ikram

Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Baca : Sinopsis Drama Pujaan Hati kanda

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka.

Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja?

Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Info drama Setelah Cinta itu pergi

  • JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
  • GENRE :Drama
  • HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di TV3
  • PENGARAH : Heykal Hanifah
  • PENERBIT : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

Jangan risau kalau korang terlepas drama ini . Boleh tonton di www.tonton.com.my

The post Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi Slot Samarinda TV3 appeared first on Modern Mum's Thingy.

Malaysia Halal Expo 2019 medan permulaan makanan halal diterima baik di Jepun

$
0
0

Tokyo Olympics 2020 dan Tokyo Paralympics 2020 akan menjadi satu medan dalam  usaha menjadikan  produk dan perkhidmatan halal diterima dalam pasaran Negara Jepun. Namun sebelum ia diterima baik di sana,    , strategik agensi  dibawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan berharap Malaysia Halal Expo 2019, (MHE2019) pada 24-26 Januari akan mendapat sambutan hangat dari kesemua SME yang  akan terlibat dan juga dari pengunjung kelak.

 

Malaysian Halal Expo 2019

 

Aku memang berharap event MHE2019 yang akan berlansung di KL Convention Center kelak akan menjadi satu event yang sukses, dan membuka mata negara Jepun betapa kita mempunyai pelbagai produk yang sangat berkualiti dan yang penting ianya halal. Pengalaman travel  ke Jepun sebelum ini membuatkan aku menyedari betapa pentingnya produk produk halal perlu menembusi pasaran sana.

Kisah travel aku disana memang menjadi memori yang indah. Sewaktu mencari makanan halal  tidak sesat tidak sah lah hahhaha…, kalau jumpa tempat yang berdekatan pula ianya bukanlah harga mampu milik untuk backpackers seperti aku.  Gigit jari dan telan air liur sahaja walaupun jenuh menabung untuk travel.

Tapi sempat juga kami merasa beberapa kali di restoran halal, jadilah buat kenangan merasai makanan disana.

Walaubagaimanapun, aku memang yakin, rakyat jepun sendiri pasti tertarik untuk mencuba makanan dan produk khalal dari negara kita nanti. Cuma kita perlukan promosi yang hebat dan inilah yang di lakukan oleh  Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang mana kabinet telah bersetuju untuk menandatangai Memorandum of Comitment (MoC) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun.

 

Malaysian Halal Expo 2019

Susulan itu, satu Majlis Pra Pelancaran Malaysia  Halal Export telah pun disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan  pada 8 Januari baru baru ini di Cyberjaya

 

Sedikit perkongsian berkenaan Malaysia Halal Expo 2019  (MHE2019) yang akan diadakan nanti. Dalam konteks event Malaysia Halal Expo Halal bukan merujuk kepada makanan semata mata, tapi ianya lebih meluas, ia lebih dari itu

Perasmian Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE2019 )  akan disempurnakan pada 24 Januari 2019  pada jam 2.30 petang . Malaysia Halal Expo 2019 turut bekerjasama dengan JAKIM , Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM) sebagai rakan strategik dalam menjayakan ekspo ini.

 

images from https://www.havehalalwilltravel.com/blog/muslim-friendly-japanese-snacks/

Malaysian Halal Expo 2019 Clusters

  • Halal Food
  • Halal Bioteknologi
  • Halal Farmaseutikal
  • Halal Bahan ramuan
  • Halal Kosmetik
  • Halal Lojistik

 

Aktiviti Utama  Malaysia Halal Expo 2019

  • Pameran Halal
  • Pocket Talk
  • Business Matching
  • Islamic Innovation Challenge

Pocket Talk kelihatan seperti satu aktiviti yang menarik bagi aku. Ianya adalah sesi perkongsian maklumat ringkas dengan pembentangan dan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan dengan pengeksportan produk dan perkhidmatan Halal. Selain itu, sesetengah sesi akan mengadakan sesi perkongsian oleh syarikat yang telah berjaya mengeksport produk mereka terutama ke Jepun. Bukan senang untuk kita mendapat ilmu semudah ini.

5 sesi Pocket Talk3 sesi forum2 sesi singgah santai Selebriti (menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail) dan juga agensi-agensi yang terlibat seperti SME Bank Berhad, JAKIM, Matrade dan lain.

Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award  pula kepada SME yang berinovasi dalam industri halal dan juga business matching yang melibatkan antara usahawan dengan syarikat-syarikat daripada negara Jepun dengan anggaran potensi jualan sebanyak RM50juta.

Rekabentuk & Budaya dalam Industri Makanan

Aku teringat dalam salah satu subjek yang pelajari sewaktu ijazah sarjana dahulu. Dalam kelas ini  kami membincangkan betapa pengaruh budaya dan rekabentuk boleh menembusi ekonomi negara. Aku ambil contoh demam K-pop yang melanda negara kita, kesannya kita lihat betapa banyak restoran korea yang menembusi pasaran F&B dan juga telah menjadi satu trend dikalangan anak muda negara kita.

Jadi, Olympic 2020 pula adalah satu platform yang memang terbaik untuk kita membawa satu memperkenalkan produk dan servis halal dari negara kita. Bayangkan negara negara islam yang akan turut serta dalam sukan bertaraf dunia nanti. Bukan sahaja Indonesia dan Brunei, tetapi termasuklah dari negara UAE, Turkey dan lain lain.

Cukup besar!

Yang paling best aku tengok disini usahawa usahawan SME pasti akan peroleh keuntungan yang berlipat kali ganda dengan matawang Jepun yang jauh lebih tinggi dari negara kita. Eh.. silap silap nanti aku pula yang berniaga haahaha.

Peluang dan ‘karpet permaidani‘ telah disediakan di Malayasia Halal Expo hanya perlukan penggerak sahaja untuk ke sana.

Aku membayangkan next trip aku ke Jepun yang aku dah plan pada tahun February 2020 nanti  produk halal boleh sudah mulai masuk di Family Mart. Sangat sangat membantu bajet traveller seperti aku.

Info Penting

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.halal-expo.my.

  • Tarikh : 24 hingga 26 Januari 2019  (Khamis-Sabtu)
  • Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang  
  • Lokasi : KL Convention Center

The post Malaysia Halal Expo 2019 medan permulaan makanan halal diterima baik di Jepun appeared first on Modern Mum's Thingy.

Rawatan liang pori besar dengan carbon laser

$
0
0

Makin banyak menulis dan research makin banyak benda yang tahu. Tambah-tambah bila dah jadi blogger ni makin ramai kenal orang dan berpeluang untuk mencuba pelbagai benda. Lepas tu ditambah dengan pesen aku yang suka bertanya. So aku nak kongsi dengan korang, baru baru ni aku mencuba teknik Rawatan liang pori besar dengan carbon laser

Selain itu, pancaran laser ini adalah penghasilan tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru.

Selalu aku nampak dalam fave dan juga promosi   yang lalu lintas dalam fb ads. Maklumlah aku bukanlah generasi millenium yang berada di kalangan kawan kawan yang betul betul kisah pasal ini. Aku adalah Gen X, dikalangan mak mak berusia 40an.

 

Korang jaga tak kesihatan kulit muka?

Ada kawan kawan aku yang memang kisah jaga bab muka, tapi ada juga memang yang tidak kisah lansung untuk menjaga. Aku perasan sejak pandai pakai make up ni aku rasa macam pori-pori agak besar. Sebab itulah aku terpikir jugak pasal rawatan liang pori ini.

Jadi ini kisah aku mak  mak yang kisah pasal bab penjaagaaan diri. Dalam masa yang sama memang aku gigih ambil surya cholorphyll untuk kurangkan masalah dark spot

Pengalaman aku ke klinik skin valet ini aku memang mengharapkan dapat buat treatment facial biasa sahaja sebab heheh memang dah lama tak buat di spa mana mana. Lagi satu sebab sejak dah pandai jaga muka sikit aku memang pastikan cuci muka, exfoliate, mask dan yg sewaktu denganya. Tapi liang pori ni macam susah nak improve pulak.

 

 

Alhamdulillah aku memang berpuas hati dengan pencapaian aku sendiri yang dah pandai hahahah.. bab make up tu no dua. Macam macam aku cuba untuk pastikan tahan kulit muka aku okay.  Sebab kalau pandai make up tapi tak pandai jaga muka tak guna juga. Abis break out nanti . Ini yang aku tengok banyak berlaku pada anak anak muda…

Tapi masih berusaha untuk kurangkan masalah pigmentasi atau jeragat, fuh ini memang parah. Perlukan ongkos yang banyak untuk masalah ini. Yang pasti masa jumpa beauty consultan ni kata kulit muka aku dah even or sekata.

Sesi menganalisa kulit dengan beauty consultant

So bila aku sampai sini, berdua dengan seorang lagi blogger ika. Beauty consultant tu scan , analyze muka kita orang.

Memang berbeza antara kami berdua, walaupun jarak beza hampir 20 tahun. Tapi alhamdulilah masalah aku tidak serius, maybe sebab muda muda dulu aku memang kurang berjerawat cuma aku tak sunscreen sebab aku tak tahu hahaha.

Tapi pernah melalui juga saat getir masa zaman U sebab pakai cream tradisional. Hahah tudia punya jerawat naik tiba tiba. Nasib baik aku cepat cepat pergi farmasi dengan amalkan pemakaian Dalicin T . Terus elok dah muka aku nih .

 

 

Untuk ika ada masalah jerawat pasir, dan kesan parut jerawat untuk aku pula masalah yang paling ketara adalah kulit berminyak di T zone. Pori- pori pun besar. Tak sanggup nak tengok screen tu. Perg! macam kawah

Selain itu ia dapat mengecilkan kelenjar minyak dan pori menjadi lebih halus. Ramai tidak tahu kulit berminyak menjadi punca kepada pori terbuka sehingga menyebabkan pengumpulan bintik hitam, selain peningkatan usia, jantina dan genetik. Untuk mengecilkan pori, kita perlu mengurangkan lebihan minyak menerusi rawatan karbon,” – harian metro

Tak sangka kulit berminyak

Adeh… aku ingat aku ni kategori kering yang akan bawa kepada masalah kedut. Ini based on analisis kulit yg aku buat tahun 2017 dahulu. So aku tanya kenapa pula mcm tu .. memang mati mati aku ingat aku ini kulit kering

Katanya… haaaa.. Ini point best.

Dia cakap kulit kita memang boleh berubah berubah mengkut pemakanan kita dan juga apa yang kita letak kat muka. Hahah sebab aku memang pulun cari moisturiser bila beauty consultan kata muka aku kering dulu

So hari ini aku dikatakan mempunyai masalah kulit berminyak dan pori pori besar. Dan yang paling mengejutkan di dahi.. aku ingat di pipi sebab boleh dilihat dengan mata kasar. Serius aku terkejut bila aku ditunjuk visual tersebut.

Oleh itu, aku di cadangkan oleh beauty consultan untuk buat rawatan carbon laser ini khas untuk rawat masalah pori pori aku yang besar dan akan mengeluarkan sebum yang banyak

Seperti biasa muka aku akan dicuci bersih terlebih dahulu, di wapkan juga sebelum satu stu bahan seperti carbon diletakkan ke muka. Dah macam kunta kinte dah muka aku tengok, tergelak besar aku.hahaha. korang pernah tgk drama kunta kinte? heheh okkay lupa .. akak Gen X..

 

Pengalaman rawatan Carbon laser untuk Rawatan liang pori besar

Satu alat khas di bawa masuk, besar haaa… so beautician tersebut meletakkan kan alat yang seperti pen tu pada muka, terasa macam gigitan semut semut. Ada part tak rasa sakit tapi bila part nipis especially dibawah mata tu haaa… ngeri jugak hahah.. okay ini perasaan aku …jer.. nasib baiklah mata aku ditutup dengan kapas basah dan jugak spek spesel tu.

rawatan liang pori

Setiap kali pancaran tersebut dikeluarkan terasa macam lightning atau cahaya kuat.

Setelah habis proses tersebut muka aku akan diletak mask yang agak tebal juga. Sejuk sahaja rasanya, kali ni jadi tepung komak pulak hahaha.. putih aih.

Untuk beberapa minit mask tersebut dibiarkan kering, dan mudah sahaja untuk ditarik. Perghhh.. feeling tu rasa best sangat. Muka macam putih bersih gitu .. rasa sahaja lakan..

Carbon laser ni jugak selain dari boleh merawat masalah pori pori ia boleh membantu supaya kulit kita nampak sekata.

 

Eh, kulit nampak cantiklah!

Kisahnya hari keesokannya, kawan aku tegur .. ahaha.. biasalah geng mak jemah memang macam ni, Nampak yang elok sikit pasti nak tau, katanya memang nampak kulit aku putih dan sekata, cuma di bahagian mulut sikit sahaja yang boleh improve lagi

Waa surpise kan.. seronok aku dengar… komen yang jujur gitu bukan dibayar hahaha… maknanya treatment ini memang bole menampakkan hasil walaunpun hanya sekali. Bayangkan kalau aku continuous buat treatment ini. Confirmlah akan okay,

Tapi bak kata beauty consultant tersebut, untuk kes orang yang buat whitening treatment memang boleh membantu pelanggan untuk dapat kulit yang cerah dan cantik. Tapi sebaik keluar dari klinik mereka terpulang kepada pelanggan sendiri untuk menjaganya.

Betullah jugakka, dah buat whitening treatment lepas tu pergi berjemur teEhngah panas memang cari nahaslah.

Banyak medispa yang menawarkan rawatan carbon laser ni. Tapi sekiranya korang berminat nak datang tempat yang aku pergi ni info seperti dibawah.

 

Skin Valet Bangi

  • 62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8,
  • Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
  • 03-8922 9181
  • Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
  • Waze : Skin Valet Bangi
  • Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Facebook : Skin Valet Bangi 
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi

The post Rawatan liang pori besar dengan carbon laser appeared first on Modern Mum's Thingy.


Lega dah tau cara kira Zakat ASB

$
0
0

Aku amik loan ASB ni tahun sejak tahun 2016. Maknanya aku dah dapat dividen sejak tahun 2017, dan ini adalah tahun ke 3 aku dapat dividen. Fuh! tapi tahun ini aku lega sebab aku dah tahu cara kira zakat ASB.

 

cara kira zakat ASB

Di hari aku ke pejabat zakat selangor untuk dapatkan penjelasa

 

Banyak blog yang refer untuk pembayaran zakat ASB ini antaranya  Jom Urus Duit.  dan juga www.afyan.com tapi aku masih rasa tak puas hati, dan kebetulan aku ant ara orang dalam projek CSR Zakat  dan kelab KBBA so aku pun ambik peluang untuk bertanyakan terus cara kiraan sebenar khas untuk zakat ASB

Katanya senang jer, pergi sahaja ke pusat zakat bawak statement sebab ada percent 69 % sahaja dari dividen yang akan dikenakan zakat. Wah… ini benda baru sebab info ini aku tak dapat pun dari kedua dua blog tersebut.

Jeng jeng..maka awal tahun baru ini serabut aku bertambahlah balik. Sebab ingat follow macam dalam blog tu sahaja, ini info baru yang aku nak kena hadam and paham pulak.  Selagi tak settle  bak kata kawan aku, abislah kena tibai kat bawah tu .. huhuhu…  mau tak takut kan. (kami memang selalu seloroh begini)

 

Bayar Zakat secara online

Selalu bagaimana korang bayar zakat? Zakat ni ada macam macam yer kawan-kawan. Zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan dan juga zakat simpanan. huihh.. baik korang settle awal. Kalau tidak akan jadi penyakit kedekut and susah nak keluar duit. ( baik ngaku hehehe)

Korang boleh refer mana mana web zakat untuk pembayaran zakat tersebut. Tapi part ASBF ni tak adalah pulak. So itu yang aku keliru.

Sebenarnya paling senang korang bayar secara online pun senang sangat aih.  Untuk kes aku, memang zakat pendapatan dah potong gaji siap siap, tapi aku ni lalai sikit kadang kadang sebab lupa nak tambah potongan bila gaji dah naik. ( macam lah selalu naik gaji hahahah)

Tetapi, heheh siap ada tapi pulak yer, aku suka top up nilai kekurangan tersebut setiap bulan puasa. hehehe kan bulan penuh baraqah tu. Tapi.. 2018 ni aku terlupa .. dan nasib baik aku sempat buat sebelum tahun 2018 berakhir. Sebabnya untuk aku masukkan nilai dalam income tax nanti. Korang tau kan?? Jangan tak tahu  zakat fidyah pun orang masukkan dalam rebat  income tax tu tau.

Macam aku bayar di zakat selangor sebab aku tinggal di kawasan selangor.

Cara kira Zakat ASB

Jadi, aku pun pergilah ke pejabat zakat selangor di Puchong sepertimana yang dicadangkan. Yang aku faham dari ke dua blog di atas tu untuk mereka yang ambik loan Financing ASBF  berkenaan isu zakat ini pula terbahagi kepada 2.

  1. Yang rolling semula keuntungan untuk bayaran bulanan
  2. Tidak mengambil keuntungan tetapi membayar komitmen bulanan melalui gaji

Kedua dua nya ada perbezaan yang ketara.  Jadi apa yang akan aku kongsikan disini adalah mengikut scale aku. Yakni yang no 2 tu. Aku memang tidak rolling keuntungan tersebut sebab aku buat ini sebagai force saving untuk aku. Jadi kalau korang nak tahu pasal yang no 1. tu boleh refer entri blog tersebut yer.

Alhamdulillah aku survive untuk 3 tahun ini walaupun kena bayar hampir 1250 setiap bulan untuk ASB. Ini sebabnya aku dah habis bayar rumah, kalau aku tak buat macam ni mesti duit aku hilang tanpa di kesan hahaha..

Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5% . Ada call customer service centre katanya  ini adalah kiraan terbaru setelah ASB ini sah bawah syariah  yang bermula dari tahun 2016

Cara kira zakat ASB untuk kes ASBF 200k

  • Tahun bermula ASBF RM200,000 + RM8,000 (cash sendiri)
  • Tahun kedua (ada keuntungan)
  • Cash (RM8,628 x 2.5%) + Keuntungan  ASBF (RM15,000 x 69% x 2.5%) + Jumlah kena zakat

kan aku dah cakap awal awal tadi, 69% sahaja dikenakan zakat atas dividen bukan kesemuanya yer. Sebenarnya aku dah  letak formula dalam Excel tapi tak tahu macam mana nak share dengan korang kalau berminat. Masuk sahaja ammount dalam cell yang setkan tu. (nanti aku pikir caranya yer)

 

cara kira zakat ASB

Pengiraan untuk cash + ASBF 200k

 

So aku bahagi siap -siap antara amount cash yang aku masukkan awal awal dahulu  dan juga satu bahagian lagi dividen tersebut . Tetapi Jumlah zakat yang aku keluarkan adalah duit cash + Dividen/pendpatan asb yer.

Aku harap korang paham apa yang aku tulis nih. huhuhu.

Kalau korang tak ada cash, boleh lah ignore sahaja bahagian biru tersebut.  Mungkin korang bawa keluar keuntungan itu kan. macam aku, sengaja biarkan dia beranak cucu kat dalam tu. Jangan nak PM nak pinjam pulak, aku sendiri pun tak boleh pinjam duit ni hahahah.. sorry guys.

Aku malas nak cakap pasal hukum ASB ni, sebab aku bukan lah pakar. Tapi boleh refer di https://gilahartanah.com/hukum-pelaburan-asb/ untuk mengetahui pendapat  ASB. Cuma aku pegang salah satu pandangan dalam entri ni

ASB ‘harus,’ tapi perlu dibersihkan sebahagian dividen

  • Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016.
  • Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.
  • Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.

 

Nak cakap kelebihan zakat ni aku rasa korang pun dah paham kan. Malas nak cakap banyak . Tapi sebagai orang islam kita jalankan tanggungjawab kita. Makin banyak memberi makin banyak yang akan datang . Insyallah

lagi satu aku nak pesan kita kena plan our financial wisely.. tak banyak pun sikit. Kena juga tau.. (sekian khidmat masyarakat) hahaha

The post Lega dah tau cara kira Zakat ASB appeared first on Modern Mum's Thingy.

Panduan Blogger optimumkan Imej untuk blog

$
0
0

Sekadar perkongsian untuk rakan blogger bagaimana optimumkan imej untuk blog supaya layout blog korang akan lebih ringan, kemas dan tersusun. Tidak rongak, tidak turun naik dan yang penting tidak melambatkan proses loading.  Jangan sesekali upload size yang besar.. huihh.. Memang banyak yang korang kena belajar.

Kesan meletakkan gambar yg bersaiz besar akan membuat korang menyewa space yang lebih besar di hosting provider. Lebih besar lebih banyak RM yang akan dikenakan kepada korang nanti.. Optimumkan imej ini bermaksudkan kecilkan saiz gambar gambar.

Sebaiknya, size setiap imej mestilah tidak lebih dari 100kb… kalau boleh dapat dalam 75kb tapi kalau nampak gambar pecah, boleh up mengikut kesesuian.

Untuk tambahan perkongsian berkenaan imej ini, komposisi  atau susunan yang tidak teratur juga mampu menggugat minat pembaca. Jadi ini  sangat penting untuk semua blogger faham kepentingan imej, tak kiralah atas platform apa yang korang pakai samada wordpress atau blogspot atau apa sahaja.

 

 

contoh featured images yang pelbagai size. Ihsan dr blogger ina dari http://nurimanqhaisara.com/

 

Kenapa penting untuk optimumkan imej untuk blog?

  1. SEO 2019 adalah berkaitan dengan speed loading setiap blog atau website, bukan sekadar content semata mata. Jadi faktor optimize atau optimumkan  imej ini memang satu faktor yang perlu  dititik beratkan setiap kali korang membuat entri blog.
  2. SEO pula akan berkembang kepada  SXO , Search Experience Optimization.  tambahan pula dizaman Mobile kesemua faktor page speed, mobil responsif, content, internal linking dan bounce rate sangat sangat mempengaruhi carian masuk ke dalm blog kita.
  3. Jadi marilah kita pastikan imej yang di upload ke blog kita membawa kebaikan kepada blog dan bukan memudaratkannya lagi.
  4. Pernah tak korang alami macam ni. Kadang kadang korang rasa seperti tidak kena dengan blog, tapi tidak tahu apa puncanya. Sebenarnya faktor imej yang tidak standard juga memberikan impak  ketidakseimbangan kepada layout keseluruhan  blog.

 

Dengan pengalaman bekerja team designer yang ramai maka secara tidak lansung aku paham apa yang diperlukan untuk gambar itu lebih menyerlah dalam sesuatu layout. Kemudian bila masuk dalam dunia blogging baru aku sedar ada pelbagai kategori blogger pula.

Sebelum aku meneruskan perkongsian bagaimana nak optimumkan imej aku nak bawak korang faham sepintas lalu apakah design principles atau prinsip design .Kalau korang faham ini insyallah akan mudah faham seterusnya

Design principles/ Prinsip Design

Bila membina blog bermakna korang juga sedang melakukan kerja kerja design, kerana terdapatnya elemen gambar dan layout yang  menjadi tunggak sesuatu design

  • balance – keseimbangan

  • proximity – jarak

  • alignment – jajaran

  • repetition – pengulangan

  • contrast – kontras

  • space – ruang

 

Jangan cramp design blog dengan imej penuh skrin. pastikan ada breathing space

 

Yang lebih penting kita kena pastikan blog kita akan nampak lebih kemas dan mudah dibaca. Jangan lupa kita adalah manusia, kita perlukan ruang untuk bernafas.

Itulah kepentingan white space.

Pemilihan paragraph align left adalah yang terbaik samada untuk sebarang kerja design untuk printing seperti brochure, leaflet, buku dan ia juga bagus untuk design  digital platform seperti blog. Dengan kata lain apa sahaja yang melibatkan text yang panjang!

Manakala Justify akan membuatkan layout a bit cramp dan penuh. Pemilihan align left ini juga mewujudkan breathing space.

 

Tips Panduan Blogger Untuk optimumkan Imej Blog

  1. Tengok template layout blog yang dipakai, refer sample sedia ada
    Sebarang template yang korang pakai sebenarnya selalunya memberikan sample atau contoh dari size gambar untuk blog tersebut.  Sila click images tersebut dalam media, pastinya korang boleh lihat size dimension yang dipakai.
  2. Image Landscape atau potrait. 
    Lihat cara template tersebut, kalau kebanyakkan landscape tetapkan final output yang akan dipakai adalah landscape. Normally sewaktu design dibuat designer atau developer merekabentuk dalam kesesuaian gambar untuk layout tersebut. Jadi jangan terlebih kreatif sehingga menggangu layout asal
  3. Sewaktu Shooting
    Sewaktu pergambaran produk, scenary atau apa sahaja. Pastikan korang ambil gambar dalam bentuk landscape dan portait. Ambil perbagai gambar yang agak loose dan close up. Pastikan ada head room untuk  sekiranya ada orang dalam gambar tersebut.
  4. Proses editing
    Gambar yang diambil mestilah melalui proses editing, jangan sesekali up gambar dari phone ke dalam platform blog. Sizenya nanti ya ampun! mengaumlaaa. Tambah sekarang banyak phone mampu menghasilkan resolution yang besar.  akan kongsikan proses untuk editing. Dengan kata lain korang perlu mengubah saiz imej anda terlebih dahulu dalam editor imej seperti Photoshop, Lightroom, Pixlr – atau juga MS Paint, ataupun online tools
  5. Setkan Size
    Sebaiknya setkan size untuk gambar yang akan dipakai. size yang dimasukkan disini adalah dimension width x height dalam pixel format. Standardize kan untuk kesemua gambar
  6. Setkan template – standardisekan size
    Cara paling senang dan cepat, sekirannya pengguna photoshop siapkan satu file untuk proses editing. Drag gambar tersebut dalam size yang ditentukan. Kesemua gambar akan lebih seragam
  7. Watermark
    Untuk mengelak gambar dicuri, pastikan korang letakkan watermark. Pengguna psd boleh setkan satu layer khas untuk watermark.

 

Perbezaan layout untuk gambar yang diambil secara potrait dan landscape

 

Imej di atas menunjukkan perbezaan gambar yang diletakkan dalam format potrait vs landscape dalam mobil atau handphone.  Imej yang diletakkan dalam bentuk potrait telah mengambil space yang banyak berbanding landscape.  Screen shot diatas diambil dari Iphone X yang mempunya keluasan skrin yang luas.

Jadi, cuba bayangkan bagaimanakah pula kalau skrin mobil HP yang lebih kecil.

Basic optimumkan imej

Kita mesti kenal dan tahu jenis jenis format image yang boleh diguna pakai mengikut keperluan

  • Jpg : gunakan untuk gambar dan reka bentuk di mana orang, tempat atau benda dipaparkan
  • PNG terbaik untuk grafik, logo, reka bentuk teks-berat, tangkapan skrin, dan apabila anda memerlukan imej dengan latar belakang telus
  • Gif : jika anda memerlukan animasi, jika tidak, gunakan PNG

Cara editing di Photoshop untuk optimumkan imej

Aku memang menggunakan psd atau photohoshop untuk optimumkan imej yang akan dimasukkan didalam blog nanti. Ini sebagai contoh. File yang aku gunakan untuk editing lebih cepat.

Setkan satu file yang complete dengan imej size yang sama. Contoh blog aku dimension adalah 600 x 424 pixel. Jangan follow aku yer. Korang set ikut blog korang sendiri.

 

Optimumkan imej untuk blog

 

Setelah masukkan dalam template yang sedia ada dan juga ada editing atau improvisasi jika ada. Kemudian click export for web. Automatik kita ada dapat screen seperti dibawah yang memaparkan kualiti dan size imej yang berbeza.

Imej kita memang berwarna warni, lagi banyak warna lagi  maka besarlah file tersebut. Jadi final output yang terhasil selalunya berbeza beza, jadi selalunya aku tidak fix option yang mana. Yang penting tidak pecah dan size bawah 100kb

Dalam empat screen dibawah sebenarnya ada perbezaan kualiti gambar. Dari yg tingin hinggalah paling rendah. Pilihlah gambar yang sharp dan file bawah 75kb. Korang boleh tengok  perbezaan setiap file dibawah yang aku bulatkan warna biru

 

 

Untuk mereka yang tidak memmpunya software photoshop jadi option yang ada sama ada menggunakan paint dalam windows dan juga online tools sepeti Canva online yang korang boleh setkan dimension yer . atau beberapa tools lain seperi yang di highlightkan dalam entri https://wiser.my/kecilkan-saiz-gambar-sehingga-90-dengan-kualiti-optimum/

Sebagai contoh dari befunky.com dibawah ini juga ada menyatakan resize imej seperti di skrin kecik.

 

So ini lah sedikit sebanyak perkongsian aku kepentingan untuk korang refer. Buzz me kalau tak faham apa apa or letak komen dibawah yer.

The post Panduan Blogger optimumkan Imej untuk blog appeared first on Modern Mum's Thingy.

Pakej rawatan muka skin valet bangi

$
0
0

Kalau korang betul betul ada masalah kulit, aku memang galakkan korang ambik treatment secara pakej. Jadi korang boleh intai intai pakej rawatan muka dari Skin Valet Bangi.

If pergi sekali sahaja mungkin tidak berapa membantu sebenarnya, maksud aku untuk orang yang betul betul ada masalah kulit berjerawat, atau masalah lain.

Aku masih ingat lagi, pada awal tahun 2000 pada masa itu belum lagi rancak pertumbuhan  medispa yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Aku pernah buat Pakej rawatan muka di New York Skin dan Shakura Pigmentation, memang berbeza kalau pergi hanya 2x treatment.

So for those yang memang mempunyai masalah kulit yang sangat kritikal aku sangat sangat recommend buatlah treatment secara pakej kerana lebih untung dari segi RM.

Aku pula lebih suka untuk mencuba satu- satu rawatan terlebih dahulu sebelum sign up untuk Pakej rawatan mukaseterusnya. Lagipun aku belum ada masalah kritikal, cuma masalah melasma yang seketul kat muka nih!.

 

 

Pertama kali aku cuba rawatan muka carbon laser khas untuk rawatan liang pori yang makin membesar.  Setelah dikaji, aku tahu masalah ini  berpunca dari kulit berminyak dan aku jarang memakai clay mask untuk mencuci lebih dalam liang pori.

Aku dah beli 2 produk clay mask sebab untuk atasi masalah ini juga, dari Loreal dan hanuka. Nanti aku share review dengan korang.

Pasal treatment aku di Skin Valet hari tu kan Alhamdulilalh aku puas hati dengan treatment carbon laser ini. So aku plan nak combine beberapa Pakej rawatan muka sekali gus kalau ada.

Or perhaps aku juga boleh ambil Pakej rawatan mukajyang ada promo macam di bawah ni kan

 

. YES FOR THIS MONTH ! Hai semua ! Seronoknya kan lusa dah weekend ! Apa kata weekend ni anda dapatkan skin consultation & analysis dari Skin Valet? Sebab ade offer seperti berikut. . 1. PARTY PEELING BUY 1 FREE 1 ➡ RM250 . Acne peel – Rawatan wajah yang mematikan kuman jerawat dan kecut kan jerawat yang aktif . Gluta peel – Rawatan yang mencerah kan wajah, glowing serta menjadi kan kulit uolls nampak flawless . Pigment peel – Rawatan mengawal jeragat sehingga ke akar, memudarkan jeragat, serta mencerah kan kulit . Brightening peel . – Rawatan wajah untuk anda yang inginkan penjagaan wajah secara total. Brightening Treatment dalam terapi ni mampu menjadikan muka cerah berseri selepas rawatan. . 2. BRIGHTENING LASER ➡ RM300 . – Rawatan laser yang mampu mencerah kan kulit, buang sel kulit mati, tona tak sekata, membuat kan wajah hilang kusam, memudarkan jeragat, boleh nampak kesan selepas rawatan tau . Juga ade potongan 15% untuk rawatang keratosis removal KHAS buat pelanggan setia #SkinValetBangi dengan kerjasama @amisi.medic.bangi . . Anda boleh dapatkan semua in di Skin Valet. Jangan lepaskan peluang YEAR END SALES di Skin Valet Bangi tahun ni. . Untuk maklumat lebih mendalam tentang senarai terapi TERBAIK bernilai tinggi pada harga mampu milik? KLIK link wasap kami di bio dengan segera.

A post shared by #SampaiJadi Facial Treatment (@skinvalet_bangi) on

Testimoni yang menarik

Beauty consultant sempat kongsikan salah satu testimonial seorang wanita yang berumur dalam 60an, seorang lecturer yang pada asalnya ingin mengilangkan masalah pigmentasi.

Dengan faktor umur dia, beauty consultan secara jujur memberi tahu agak mustahil untuk hilangkan terus masalah pigmentasi tersebut tetapi untuk mengurangkannya memang boleh dicapai

Pelanggan tersebut telah mengambil pakej berterusan selamat setahun dengan pelbagai treatment dan hasilnya paling menarik muka lebih moisture, cerah, kurang kedut dan lifting.

Aku sendiri pun terkejut melihat before and after treatment.  Sayangnya aku terlupa untuk ambil gambar tersebut dan hehehe tak boleh pun, nanti langgar privacy testimoni.

Tapi itulah yang aku nampak, dan aku suka pihak skin valet sangat jujur dan tidak memberikan janji janji manis kepada pelannggannya.

Kalu mana mana beauty medispa yang overclaim ni memang aku tak berapa suka, sebab aku dah pernah kena di Sakura Pigmentation

Kelebihan Pakej Rawatan Muka di Skin Valet Bangi

  1. Mesra Muslimah
  2. Harga Berpatutan
  3. Nasihat terbaik dari Beauty Consultant
  4. Mesra Pelanggan
  5. Parking yang sangat mudah
  6. Surau

Harga Pakej (Harga tertakluk pada perubahan)

Bila cakap pasal pakej harga selalunya memang boleh mencapai RM3000 tetapi boleh menjangkaui treatment selama 1 tahun tau.

Pakej rawatan muka

Info Skin Valet Bangi

The post Pakej rawatan muka skin valet bangi appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sambal jawa daging best resepi mak mentua den

$
0
0

Aku nak share resepi sambal jawa daging dari hasil turun temurun belah keluarga mentua. To be frank, mula mula aku tak berapa nak pandai nak makan sambal ni tapi lepas tu memang udahnya aku pulak teringat2. hahaha.

Biasanya juadah ini disediakan oleh keluarga belah mentua pada hari raya sahaja. Sebab prosesnya agak rumit.  Sebab portion setiap bahan bahannya memang lah banyak sangat dan proses untuk menghiris tu boleh rasa macam sakit jiwa oo. If daging tu 2kg, bawang dan cili tu 1 kg. haaa.. banyak kkan

 

sambal jawa daging

 

Kalau ikut kata abam aku tu, hahaha dia orang dari kecik kecik lagi akan duduk kat dapur dan rewang beramai ramai untuk menyiapkan juadah ni. Boleh nangis katanya sebab nak potong bawang tu

Bila dah meningkat dewasa, ramai yang dah kerja luar tapi mak dan ayah mentua aku tu gigih nak buat juga. Tapi itulah dia orang mampu buat dalam portion yang sikit sahaja.

Akhirnya bila aku terpikir dan pakai food processor makanya aku pun agak rajin juga nak buat, ini pun sebab kawan aku yg ajor (hahaha) .  Sebab proses ini lagi senang dan cik abang amik tugas masukkan bawang bawang dan cili kedalam food processor tersebut.

Lagi satu, aku ubah style sikit, nak pastikan daging tu lembut memang aku menggunakan  periuk noxxa aku. Version mak mentua aku kadang kena juga daging liat.  Tapi ini pakai noxxa korang tahulah kan camner lembutnya daging tu. Puas hati abam hadiah periuk tu untuk aku.

Bahan- bahan sambal jawa daging

  1. Minyak .
  2. Lengkuas – ibu jari
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Daging
  6. Cili merah
  7. Santan
  8. Belacan
  9. Perah air asam
  10. Gula garam

Portion

Kalau sekilo
Bawang kecik, bawang putih dan cili merah setengah kilo

 

sambal jawa daging

Cara memasak

  • Daging dan kunyit  di gaul gaul dan dipopok sehingga serasi. Masukkan campuran ini untuk digoreng sehingga kering, aku guna noxxa sebab daging lebih lembut dan cepat masak. Jadi kalau ada air tu pastikan air tu kering yer.
  • Selepas itu tuang minyak masak agak banyak dalam kuali
  • Masukkan bawang putih bawang merah dan  bawang putih, kacau sampai wangi. Lengkuas pun jangan lupa.
  • Masukkan cili
  • Masukkan Santan dalam secawan untuk kalau untuk daging sekilo.
  • Belacan pun dalam 1 ruas jari or sesedap rasa .
  • Jangan lupa air asam yer
  • Garam gula tu agak agak lah yer.

The post Sambal jawa daging best resepi mak mentua den appeared first on Modern Mum's Thingy.

Vitamin C Serum annona rawat masalah parut & kusam

$
0
0

Aku memang  tidak pernah puas mencari solusi untuk melasma dan jeragat yang  mencanak seiring dengan umur aku ni. Tapi alhamdulillah, memang berjaya juga aku sekat setelah  aku buat sedikit research masalah aku ini. Memang menghantui tau.  Awal awal lagi aku nak cakap, nak kulit cantik memang kena jaga luaran dan dalaman. Plus  treatment di beauty center.  Kali ini aku tekad nak cuba Vitamin C Serum annona ini pulak, kalau dapat treat masalah pori pori yang besar it’s a bonus untuk aku.

 

Vitamin C Serum annona

 

Setiap produk memang ada kekuatan dan kelebihannya, tapi tidak semua orang rasi or sesuai. So the only way untuk tahu kena cubalah, nak tak nak memang kena investlah. Dengan Harga RM39.00 aku rasa berbaloi untuk aku cuba.

Masa muda memang lah kurang berkemampuan dan tidak ada ilmu dari segi penjagaan muka. Alhamdulillah dengan faktor umur dan financial yang sudah stabil faktor penjagaan kesihatan luar dan dalaman memang menjadi prioriti dalam hidup aku.

Jadi korang jangan lah terkejut kalau tengok banyak produk yang aku pakai dan cuba kalau korang baca dalam blog aku ni.

Konsep aku senang, kenalah cuba dan kenali diri sendiri.

Yang pasti, aku sedar aku ini sejenis orang yang cepat immune. Disebabkan itulah aku punya pelbagai serum dalam satu satu masa.

 

Vitamin C Serum annona

Kenapa muka aku kusam/jeragat

  1. Tidak pakai suncreen or sunblock dari zaman muda. (sekarang dan insaf)
  2. Low BP, bermakna aku kekurangan iron yang membawa oksigen ke seluruh badan, kesannya aku cepat kusam. Jadi terpaksa lah aku ambil inisiatif tambahan dengan supplement iron
  3. Kurang minum air.

Ya! ini lah masalah aku yang aku find out kenapa muka aku tidak seglowing orang lain hahahah.. Agak frust bila kita pakai make up tapi tetap tidak glowing. Tapi alhamdulillah berkat menjaga akhir akhir ini  memang nampak lah hasil bila orang tegur nampak berbeza.

Jadi kalau betul nak muka helok kenalah aku pastikan aku buat ketiga tiga diatas ini dan terus istiqomah. Doakan aku yer!

 

So my Verdict /finding produk Vitamin C Serum

Aku dah mula pakai dalam seminggu, dan kebetulan aku travel ke Bali (untuk kali ke 4 heheh) tapi masa aku pergi ya allah punyalah panas. So bersedialah untuk burn or berjelaga.

Tapi, alhamdulillah tak ada weh. Serius!.. 2 orang anak saudara yang follow sama hahah berbelang muka.  Terus keesokan harinya terus mintak pakai serum ini.

So apa finding aku pasal produk ini ? haaa inilah yang aku rasa.

  1. Tekstur yang sangat halus and lembut
  2. Rasa seperti air tetapi bukan rasa ‘kosong”
  3. Kadar serapan yang sangat cepat
  4. Muka memang tidak rasa berminyak
  5. Sesuai untuk prep sebelum mula make up
  6. Membantu kurang burnt

 

Macam aku cakap di awal tadi, dengan harga yang mampu milik memang aku tidak teragak agak untuk mencuba annona Vitamin C serum. Nasib baiklah aku bawak masa travel.

Tambahan pula aku tertarik membaca beberapa info yang google sebelum ini. Jadi aku kongsikan disini untuk rujukan pada aku sendiri or perhaps membantu orang lain untuk membuat keputusan.

Vitamin C Serum annona

kelebihan Vitamin C Serum Annona untuk kulit

  • Menghalang sinaran UV daripada matahari yang menyebabkan kulit rosak, jeragat dan tua sebelum waktunya.
  • Produk yang mempunyai antioksida kuat berperanan melindungi kulit daripada radikal bebas yang menjadi punca penuaan pramatang.
  • Exfoliant yang berfungsi menanggalkan sel-sel mati daripada permukaan kulit seterusnya menjadikan kulit semakin lembut, halus dan cerah.
  • Membantu mencerahkan kulit melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.
  • Dapat menanggalkan bintik hitam yang tak normal pada kulit.
  • Berfungsi sebagai anti-inflamasi yang sangat baik untuk mengatasi masalah jerawat.
  • Membantu penyembuhan luka pada kulit.

 

Point paling penting yang aku nak korang tahu, produk Vitamin C Serum ini berjaya mendapatkan KKM : LULUS KKM NOT161004544K. So selamat lah untuk digunakan. Ianya mempunyai 10x ganda Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa.

  • Tiada campuran Alkohol
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pewangi
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Kandungan utama Vitamin S Serum

Fuh.. fuh… semua diatas ni memang terbaik. Nak tau lebih lanjut korang google la glutathione tu apa.. and hyaluronic asid tu apa.  Kalau cerita nanti panjang lebar pulak. Cukuplah aku cakap produk ini ada kesemua diatas.

Maklumat lanjut

The post Vitamin C Serum annona rawat masalah parut & kusam appeared first on Modern Mum's Thingy.

Tips Pemilihan bidang pengajian di Universiti

$
0
0

Zaman sekarang memang berubah. Tidak sama seperti zaman aku 23 tahun dahulu. Ijazah yang korang dapat untuk kerja pertama belum tentu menjanjikan kerjaya korang selepas graduasi.  Tapi aku nak tekankan disini, Pemilihan bidang pengajian di Universiti amat penting korang tengok dari segi keperluan 5-10 tahun kehadapan.

Boleh katakan pada zaman aku 60% meneruskan pengajian dalam bidang yang dipelajari.  Tapi sekarang aku tengok yang amik Bidang perubatan pun belum tentu meneruskan kerjaya dalam bidang itu.

Faktor ekonomi dan pembangunan negara memang sangat mempengaruhi peluang pekerjaan. Pada tahun 1990-2005 , bidang engineering memang hebat. Tapi kalau ikut kata kawan kawan dalam bidang ini. Sekarang telah menjadi stagnant.

Contoh yang korang boleh lihat kebanyakkan kilang kilang hebat di bayan lepas telah berpindah ke negara yang menawarkan kos yang lebih rendah seperti vietnam dan china. Masa aku belajar di USM tahun 1994-1998 memang budak-budak engineering masyuk yakmat oo pada masa tu.

Aku grad 1998, zaman serangan soros, zaman meleset so bidang broadcasting yang aku ambil sangat affected.  Ramai yang hilang pekerjaan. Broadcasting dan advertising adalah satu bidang yang bergantung kepada sesuatu syarikat untuk melakukan promosi.

Namun aku bernasib baik jalan atau path aku menjurus kepada bidang hari ini, walaupun aku suffer 1 tahun pertama selepas grad.

Sebab itu Pemilihan bidang pengajian di Universiti sangat- sangat penting dengan keadaan mengetahui permintaan 5 atau 10 tahun selepas tamat belajar.

Dan sekarang pada tahun 2019, pekerjaan aku sekarang adalah sebagai ux designer dan kebetulan sifat dan bidang kerja aku aku ni  lebih kepada observation dan analisa pattern.  Jadi kali ini aku tergerak untuk bercerita pasal pemilihan bidang pengajian di Universiti.

 

 

Korang tahu ujian psikometrikkan? zaman aku dahulu tidak ada yer, beruntung budak zaman sekarang sebab sekurang kurangnya ini dapat membantu korang membuat keputusan dalam memilih bidang yang korang suka.

Kami memilih kursus yang kununnya yang kami inginkan mengikut keputusan peperiksaan spm atau stpm.

If bernasib  baik dapatlah apa yang korang nak, nasib tidak baik memang kena tendang ke bidang pengajian lain. Contohnya aku, Pilihan pertama aku adalah Ilmu kemanusiaan tetapi aku dapat bidang pengajian Komunikasi Massa yang merupakan pilihan ke3.

Kecewa sangat tapi apa boleh buat, so terpaksa harung sahajalah. (padahal aku tak tahu pun Ilmu kemanusian tu apa, masscomm tu apa  hahah. Aku main hentam sahaja)

Yer, sebenarya 2x aku kecewa, kecewa dalam halatuju hidup aku  pada masa itu tapi yakhirnya aku memang bersyukur ke hari ini.

Kisah aku, zaman degree hingga kerja

Dalam kekecewaan sebenarnya aku bernasib baik dan ALLAH telah luruskan perjalanan hidup aku yang sebaiknya untuk aku. Walaupun pada asalnya aku kecewa dan aku rasakan aku serorang yang tidak bernasib baik sebab berpunca dari kesilapan memngisi borang UPU selepas SPM, membuatkan aku memilih tingkatan 6 dalam bidang sastera pulak. berubah 360 darjah!

FUh!! bagi aku pada waktu itu consider itulah dark time dalam hidup aku.  korang boleh baca kisah sedih aku dalam entri kegagalan yang membawa sinar

Tetapi itulah titik tolak dan jiwa aku dalam perkerjaan aku hari ini.

Pendek kata pemilihan aku dalam bidang masscomm bukanlah pilihan pertama aku,  tetapi itulah yang terbaik untuk aku rupanya. Bila habis graduate orang lain semua menuju ke production house atau TV station tapi aku dah tetapkan aku mahukan bidang NEW MEDIA yang masih asing pada masa itu. Rezeki dapat company sekarang, dan masih disini. 20 tahun sudah!

Broadcasting mengalami zaman kemelesetan, byk production house bungkus. Aku pernah jadi freelance script writer tapi gaji habuk pun takda. Aku dengan kawan aku yg femes jadi direktor skrg ni. heheh  dia degil… dia tetap teruskan bidang ini, dan memang berbaloi sebab memang dikenali ramai.

Tahun 1998-2005 memang tengah hot  dengan bidang new media dan akhirnya berkembang kepada zaman sosial media yang korang hadap sekarang.

Dari menjadi account excutive untuk multimedia department (dlm bidang new media bukan finance dept yer) , project management dan akhirnya aku pilih jalan untuk menjadi UX Designer .

Inilah kisah aku, dan aku bersyukur sebab jiwa aku disini. Dan aku belum tentu sampai bila walaupun sekarang permintaan bidang ini sangat tinggi, namun faktor umur yang membuatkan aku berfikir 20x untuk berpindah ke syarikat lain.

 

Kisah anak-anak saudara dalam pemilihan bidang pengajian di Universiti

Berpatah balik 5/6 tahun yang dahulu, aku ni kira menjadi sumber untuk anak anak saudara aku untuk membuat pemilihan pengajian bidang belajar di universiti sebab paling muda huhuhu.

Kebetulan ,aku bekerja di company yang agak besar, hubungan aku dengan HR and VP HR yang agak baik. normally dia orang ini ada data pergerakanan peluang kerja. Jadi kalau ada saudara/kakak/abang yang bekerja di syarikat besar gunakan pengaruh mereka.

Aku berjaya yakinkan dia untuk mengambil bidang artificial Intelligent. Pada masa itu rasanya IPTA belum ada menawarkan bidang ini. Rezeki dia dapat menyambung bidang pengajian bidang ini diluar negara.

Jadi apa yang aku lihat, saat dia pulang ke tanahair. Peluang kerja untuk dia memang banyak. Bermula dengan program SLIM di Maybank, akhirnya berjaya diserapkan dalam sebagai permanent staff dengn bayaran yang agak lumayan untuk permulaan.

Namun ada juga anak saudara aku yang masih bertatih, belum mendapat pekerjaan yang sesuai. Antara faktornya pemilihan bidang pengajian kerana menurut ibu bapa, laluan bidang yang dipilih adalah biasa dan terlebih supply dia adalah graduan engineering dan perempuan.

Bukan Sexist yer tapi aku tetap merasakan memang berlaku diskriminasi untuk bidang ini untuk perempuan. Tapi untuk softaware engineering aku rasa okay.

Jadi faktor faktor ini korang kena consider sebelum memilih kursus yang bersesuain.

 

Tips untuk pemilihan pengajian di Universiti

Secara ringkas ini yang aku boleh kongsikan dengan korang. Sebelum buat keputusan untuk memilih bidang pengajian universiti kelak

  1. Rajin rajin jengah worldforum economic
  2. Linkend
  3. Dapatkan info dan data terkini dari VP and DIrector Human Resource
  4. Perlu diingatkan setiap negara mempunya data dan demand yang berlainan contohnya di US boleh refer disini https://www.cnbc.com/2019/01/24/here-are-the-most-in-demand-jobs-for-2019.html
  5. Malaysia mengikut hays https://www.hays.com.my/press-releases/HAYS_2013162 
  6. Refer https://afterschool.my/ untuk maklumat terkini setiap bidang dari maklumat kursus dan peluang pekerjaan kelak

 

Kalau korang tengok data dibawah ini, UX design kiranya adalah antara top 5 skill  untuk malaysia buat tahun 2019.

Alhamdulillah setelah 10 tahun dalam bidang ini barulah nampak permintaan yang hebat. hahah aku ada sedikit kecewa sebenarnya bila mana syarikat yang aku kerja sekarang ini belum fully appreciate demand untuk bidang ini.

Maklumlah GOC.. hahaha lembab sikit belum masuk internal politik. Nanti lah aku share pasal life sewaktu kerja pula.

Tapi aku bersyukur sebab termasuk dalam bidang ini  tanpa sengaja, bermula dengan episod sedih dan kecewa tapi setelah 20 tahun bekerja bidang ini menjadi sesuatu permintaan yang sangat tinggi.

 

 

The post Tips Pemilihan bidang pengajian di Universiti appeared first on Modern Mum's Thingy.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

$
0
0

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti adalah kisah percintaan sumayah dan hisyam. Walau pelbagai rintangan yang melanda cinta mereka suci dan tanpa henti.

Drama ini baru sahaja menemui penonton setelah drama Setelah cinta itu pergi telah pun melabuhkan tirainya.

Sumayyah atau Maya lakonan (Elizad) anak Tuan Rahim (Arash Mohd )disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Namum Malang untuk tuan Rahim kerana anak kesayangannya Sumayyah bercinta dengan Hisyam (Aeril Zafrel), seorang pelukis jalanan yang tiada punya apa-apa.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

Semestinyalah cinta mereka mendapat tentangan dari Tuan Rahim yang berhasrat menyatukan Sumayyah dengan Zarif (Isa Khan), anak kepada Tan Sri Zaid untuk mengembangkan empayar business.

Akhirnya mereka berkahwin atas bantuan kakak Maya, Salina (Farahdhiya) yang sebenarnya mempunya niat jahat dan sememangnya membenci Maya yang sentiasa mendapat perhatian dan pujian di dalam keluarga. keluarga Maya tidak boleh menerima Hisham yang berbeza darjat. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak.

Percintaan mereka diuji, Maya disahkan menghidapi menyakit Sirosis (liver failure). Hisyam berusaha keras menampung kos rawatan Sumayyah dan untuk mendapatkan rawatan Hisham terpaksa terima syarat bapa mertuanya iaitu menyerahkan kembali Maya. A

Apa yang berlaku seterusnya?. Pastikan korang berada di hadapan TV untuk terus menonton Sinopsis Drama Cinta Tanpa Hentihebat lakonan aeril zafrel sebagai pelukis Jalanan. Bagaimana agaknya dia cuba memenangi hati keluarga mentua dan dalam masa yang sama terdesak untuk memastikan isterinya kembali sihat.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

Bagaimana pula nasib kedua anak mereka? Aduh memang perit kalau kita bayangkan kita berada di tempatnya.  Setiap hari menonton  Drama Cinta Tanpa Henti ini pasti membuatkan diri kita sakit dan pedih.

Kerana Cinta dan kesengsaraan ini lah drama ini diberi judul Cinta tanpa henti.

  • JUDUL : CINTA TANPA HENTI
  • JUMLAH EPISOD : 20 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 26 Februari 2019
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • PENULIS SKRIP : Eja Lorena
  • PENGARAH : Zamri Zakaria
  • PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
  • PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Elizad Sharifuddin, Farahdhiya, Isa Khan, Nadia Brian, Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Hafidz Roshdi, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Noniswara, Zaefrul Nordin, Sharmaine Farouk, Azhar Amir, Qistina Raisah, Gen Darwish, Mia Deen

The post Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti appeared first on Modern Mum's Thingy.


Sinopsis drama cinta tanpa henti

$
0
0

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti adalah kisah percintaan sumayah dan hisyam. Walau pelbagai rintangan yang melanda cinta mereka suci dan tanpa henti.

Drama ini baru sahaja menemui penonton setelah drama Setelah cinta itu pergi telah pun melabuhkan tirainya.

Sumayyah atau Maya lakonan (Elizad) anak Tuan Rahim (Arash Mohd )disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Namum Malang untuk tuan Rahim kerana anak kesayangannya Sumayyah bercinta dengan Hisyam (Aeril Zafrel), seorang pelukis jalanan yang tiada punya apa-apa.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

Semestinyalah cinta mereka mendapat tentangan dari Tuan Rahim yang berhasrat menyatukan Sumayyah dengan Zarif (Isa Khan), anak kepada Tan Sri Zaid untuk mengembangkan empayar business.

Akhirnya mereka berkahwin atas bantuan kakak Maya, Salina (Farahdhiya) yang sebenarnya mempunya niat jahat dan sememangnya membenci Maya yang sentiasa mendapat perhatian dan pujian di dalam keluarga. keluarga Maya tidak boleh menerima Hisham yang berbeza darjat. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak.

Percintaan mereka diuji, Maya disahkan menghidapi menyakit Sirosis (liver failure). Hisyam berusaha keras menampung kos rawatan Sumayyah dan untuk mendapatkan rawatan Hisham terpaksa terima syarat bapa mertuanya iaitu menyerahkan kembali Maya. A

Apa yang berlaku seterusnya?. Pastikan korang berada di hadapan TV untuk terus menonton Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti. hebat lakonan aeril zafrel sebagai pelukis Jalanan. Bagaimana agaknya dia cuba memenangi hati keluarga mentua dan dalam masa yang sama terdesak untuk memastikan isterinya kembali sihat.

 

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti

Bagaimana pula nasib kedua anak mereka? Aduh memang perit kalau kita bayangkan kita berada di tempatnya.  Setiap hari menonton  Drama Cinta Tanpa Henti ini pasti membuatkan diri kita sakit dan pedih.

Kerana Cinta dan kesengsaraan ini lah drama ini diberi judul Cinta tanpa henti.

  • JUDUL : CINTA TANPA HENTI
  • JUMLAH EPISOD : 20 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 26 Februari 2019
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • PENULIS SKRIP : Eja Lorena
  • PENGARAH : Zamri Zakaria
  • PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
  • PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Elizad Sharifuddin, Farahdhiya, Isa Khan, Nadia Brian, Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Hafidz Roshdi, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Noniswara, Zaefrul Nordin, Sharmaine Farouk, Azhar Amir, Qistina Raisah, Gen Darwish, Mia Deen

The post Sinopsis drama cinta tanpa henti appeared first on Modern Mum's Thingy.

Itinerari Bali 4 hari 3 malam, bukan bajet style tapi tetap murah

$
0
0

Kali ini nak kongsikan Itinerari Bali 4 hari 3 malam bukan bajet style tapi tetap murah. Malah dapatlah travel macam orang kekaya jap sebab duduk di Villa dan makan mewah 2  kali (kira hebat lah untuk bajet traveller mcm aku hahah, .

Berbeza dengan trip sebelum sebelum ini yang hanya naik motor dan hotel biashe-biashe . Jenuh tau orang yang takde bonus macam ku ni  menabung untuk travel.  Nak buek camno.. nafsu berjalan tu besau nau.

Sebenarnya termasuk trip ini, kira dah 5 kali sampai ke bali hehe. Sebab apa? sebab Bali best, murah dan tidak pernah menghampakan. Kalau nak relax-relax dan rasa macam orang kaya sikit Bali is the best place la.

Kalau pergi jepun  pulak jatuh miskin hahaha tapi seronok part lain pulak. Kurang terdivert nak shopping kalau bandingkan dengan Bandung. Memang untuk chill chill sahaja.

Banyak gambar aku share di IG. #fairasaznitravel     Letak kat sini kang jenuh korang nak tengok pulak.

A post shared by azni (@azni) on


Keputusan untuk travel  ke sana di buat pada Bulan Dec 2018, bila  TERR… singgah web airasia yang menawarkan harga yang agak murah RM260 untuk return.

Mungkin sesetengah orang boleh dapat RM200 tapi masa free seat sahajalah kut. Travel period pula pada bulan Februari 2019. So booking dibuat adalah 3 bulan sebelum itu dengan harga RM260 kiranya memang berbaloi.

 

Aku bayar RM150 sahaja untuk stay Villa di Bali

Kedua, faktor credit AIRBNB yang akan expired pada Oktober 2019 so kena utilized secepat mungkin.

Kerana credit ini lah yang membuatkan aku boleh bermewah sikit. Untuk frequent traveller kalau tak ada airbnb amatlah rugi. Pastikan korang register dan nak lebih baik masuklah ikut link referer seperti aku bagi ikut banner bawah jadi korang akan dapat kredit awal yang berjumlah RM104 (ikut currency rate)

Haa… apa lagi.. jum jadi member AIRBNB! free maa.. korang kena rajin promote orang masuk bawah korang jer.

Kiranya korang ni macam tukang cerita apa kelebihan AIRBNB ni lepas tu bila orang dah subscribe ikut referal korang, korang dapat credit, orang baru masuk pun dapat. Kalau korang register without referral korang tak dapat apa.

Merata dah aku pergi dengan airbnb ni tau! Nak tahu lebih lanjut korang baca nih entri khas aku pasal AIRBNB. Korang klik sahaja small banner ni, akan terus pergi ke page untuk register.

 

 

Tajuk memang gempakkan  travel ke bali bukan bajet  style tapi tetap murah. Iyer.. memang murah. Sebenarnya banyak Faktor yang menyumbangkan ke arah itu.

 

Faktor Kenapa Ianya tetap murah

  1. Tiket Murah – Tips, if nakb Booking 3 orang max serentak, jangan 5 orang sekaligus yer. (RM260 per person)
  2. Penginapan 1 Murah – Hotel (RM80 semalam)
  3. Penginapan kedua Murah – Airbnb (Villa) (asalnya RM400 semalam tapi aku hanya bayar RM150 sahaja)
  4. Travel berkumpulan. 4 adults + 1 kid
  5. Sewa dan bawa kereta sendiri (RM80 sehari)

 

trip ke bali

Total Kos

Item RM Per Person
Air ticket 260.00
Airbnb 145 36.25
Hotel 160 40.00
transportation 275 68.75
minyak 87 21.75
Makan 340 82.50
brg masak 100 25.00
Topup digi for waze 30 7.50
parking and tips 30 7.50
Misc 30 7.50
TOTAL 559.25

Itinerari Bali 4 hari 3 malam

Day 1

  • Flight 7.10 malam, Sampai jam 10 so pilih hotel yang dekat dan murah
  • Tujuan asal nak sewa kereta nak jalan2 cuci mata ke kuta. tapi akhirnya cancel disebabkan suasana di airport waktu sampai agak kelam kabut yakmat, terus tiada mood nak jalan-jalan selepas itu
  • Rimas dengan org kejar utk taxi service. Kebanyakan approach kita dan keep repeating uber and grab tidak halal and salah. Padahal kami dah arrange untuk sewa kereta disana.
  • Offer line di airport agak mahal, so terpaksa activate DIGI hp anak sbb nak drive kereta ke hotel.
  • Bayar international roaming for DIGI RM30 for 3 days. Hanya  pakai utk waze dan sangat sangat reliablie. Terbaeklah DIGI.

Day 2

  • Kami tidak ambik breakfast sebab sah2 tidak halal jadi boleh jimat kos 150rupiah, hahah still murah tapi prefer food on the go.
  • Makan lah apa sahaja  beli di indomart or 7 eleven – air kopi + roti and sangat murah
  • Masalah untk mencari kedai yg jual pulsal  atau phone line disebabkan masih awal pagi. Akhirnya jumpa di roundabout berdekatan ngurah rai . Agak mahal berbanding Thailand dan Vietnam
  • Next, Isi minyak and terus menuju ke saluban beach
Wish list no 1. Suluban Beach (9-11pagi)

itinerari Bali 4 hari 3 malam

  • Memang cantik, tetapi  nak turun ke pantai  agak  mencabar hahah, anak tangga yang tinggi tapi okaylah turun pelan-pelan.
  • Suluban beach memang berikan view osem and kebanyakkan surfer and mat salleh sahaja
  • Seronok utk photog atau OOTD.
  • Tetapi tidak disarankan utk org tua and sakit lutut. Kalau turun ke pantai pun jenuh cuba bayangkan masa naik anak  tangga confirm aaa..  mmg berpeluh
  • Cadangan, kalau sampai di sini pastikan korang Lepak seketika di cafe. Ada beberapa Cafe operator disitu. Rasanya kalau sunset memang lawa kalau kat sini.
  • View memang saujana memandang tapi hanya mampu makan aiskrim sahaja. Takkan nak order mee goreng kut hahaha.

 

suluban beach

Wish list no 2. Lunch restoran Bale udang (12-1.30 tengari)

  • As suggested oleh salah seorang kawan yang pernah sampai
  • Menyajikan halal food dengan view yang cantik cuma sikit tidak selesa sebab cuaca panas (tapi masa tu malaysia pun tengah panas yakmat)
  • Tandas bersih dan paling win ada musolla . Kira hebatlah untuk di Bali, tak boleh samakan Bandung or Jakarta.

Wish list no 3. Starbuck (2.30-3.30 petang)

  • Katanya Starbuck terbesar di south east Asia
  • Tersalah tekan waze sudahnya sampai outlet lain., so tersesat sekejap dan buang masa sikit.
  • Mmg besar tapi bad side, terlampau ramai sgt org . Meja tak cukup and berebut and  agak panas terus rasa macam tak eksklusif.
  • Tapi interesting sebab educative, dan agak kurlass dari segi interiornya.
  • Cuma,  Harga kopi agak mahal berbanding biasa di Malaysia. (maybe indon harga begitu tidak tahulah pulak)
Wish list no 4.  Seminyak beach. (4.00-6.00 petang)
  • Ini wish list anak saudara yang nak OOTD kekdahnya.
  • Pantai landai dan memang cantik.
  • Selain dari itu susunan bantal bantal dan payung yang membuatkan ianya sesuai untuk OOTD

itinerari Bali 4 hari 3 malam

Wishlist no 5. Tanah lot ( tak kesampaian )
  • Next Plan asal nak ke tanah lot tidak kesampaian sbb risau nak masuk ubud yg agak gelap and  kedua prob telkomsel yang ditawarkan harga yg tidak kompetitif sgt utk traveller .
  • Pakej internet lokal+media sosial +video streaming sangat tidak sesuai untuk traveller. Video streaming dia bagi 2GB hahah buat apa untuk traveller. Mungkin ada pakej lain so pastikan korang tanya okay.
  • Hahah cerita bab telkomsel disini sebab faktor ini lah yang buatkan kami terpaksa cancel ke Tanah Lot.
Wishlist no. 6 Stay Villa di Ubud (6.00-7.00 petang)

  • First time pengalaman drive sendiri pergi ubud, selalunya ambil pak supir.
  • Pengalaman memandu sendiri agak mencabar Jalan gelap dan sempit dan suka hati mak bapak orang2 bali ni sampai naik confuse siapa  yang patut jalan dulu.
  • Sepanjang jalan kita orang agak berhati hati dan kelakar juga, nanti akan ceritakan pasal memandu di Bali sahaja.
  • Problem navigate waze untuk sampai ke destinasi ini so kena tukar google maps yg dari kordinat dari owner .
  • Akhirnya sampai walaupun terlepas simpang disebabkan tiada signage and gelap
  • Rasa mcm tak percaya lokasi yg mmg sgt terpencil. Tidak terbayang walaupun dah tengok google maps sebelum ini.
  • Tapi rasa menyesal dan panik  sebelum itu hilang bila tgk villa yg super osem nih
  • Mmg cantik seperti dlm gambar and bayangan. Tersenyum abis anak2 sadara .Terus dia org terjun kolam walaupun jam 7 malam.
  • Apa lagi masak maggi dan nasi beriani dari Brahim lah selepas itu.

Day 3

Wish list no 4.  Pasar Seni Ubud (9.00-11.30 Pagi)

itinerari Bali 4 hari 3 malam

  • Kalau ke Ubud wajiblah pergi ke pasar di Ubud. Ubud terkenal dengan Arts seni yang paling menarik dari kawasan lain. Sebab itulah cerita eat, pray & love shooting disini.
  • Selain dari itu memang suka pusing2 pekan ubud utk cari souvenir and butik2 di sepanjang jalan monkey forest.
  • Cuaca mmg panas .. agak bermasalah nak mencari parking bila berkereta. Dahulu naik motor senang banget!
  • Makanan halal, ada beberapa kedai nasi padang disini. Dun wori!

Wishlist no 5. Tegal lalang (2.00-3.30 petang)

  • Katanya ada banyak spot untuk OOTD dan juga aktiviti ekstrem yang menarik
  • Menawarkan servis seperti buaian mengikut tahap ekstrem dan juga aktiviti lain
  • Sepanjang perjalanan ke Tegal Lalang ada banyak kedai kedai deko dan craft yang sangat menarik. berbeza dangan produk di pasar Ubud.
  • Spot di Tegal lalang selalunya menawarkan jualan kopi dan aktviti ekstrem di sawah bukit.

Wishlist no 6. Mount batur (4.30-6.30 petang)

  • Pemandangan Gunung berapi yang menarik
  • Cuaca yang lebih dingin
  • Masalah  mencari kedai halal. Hanya ada 1 sahaja. Kebanyakkan kedai menawarkan buffet
  • Bernasib baik dapat coffee house, mampu minum kopi sahaja waalaupun anak merengek nak waffle sebab was was
  • View mengadap mount batur, mount abang dan juga mount Agung.
  • Spectacular!
Wishlist no 7. Massage di Spa (7.30-10.00 malam)
  • Ini acara wajib kalau ke Bali, satu kerugian kalau tak berpeluang nak pi massage ni.
  • Kos dalam RM60 untuk full body massage, atau with scrub RM80
  • Murah yakmat banding dengan Malaysia
  • Lepas tu jalan jalan di Monkey forest, sambung medi pedi pula hanya RM30

Day 4

 Wishlisht no 8. Lepaking di Villa ( Check out jam 12.00 tengahari)

  • Harus bangun awal pagi, Infact setiap hari bangun awal sebab nak dengar bunyi kicauan burung burung .. cewah
  • Ambil gambar di sawah padi, hadapan villa
  • Konon nak berbasikal tapi tak sempat pulak sebab pulun amik gambar. Cahaya cantik di awal pagi.
  • Pulun swiming di Villa.
  • Next menuju ke Kuta dan stop di Nasi padang Natrabu untuk lunch

Wishlist no 9. Last minit shopping (2.00-4.30 Petang)
  • Experience shopping di bali sebelum ini untuk setengah items memang murah kebanyakan made from Australia contoh baju renang quicksilver, roxy dan brand lain
  • Anak and anak saudara dapat rembat sport shoes New Balance pada harga RM110.00 (lebih kurang)
  • Kalau tak sempat shopping souvenir kebanyakkan shopping mall pun boleh dapat.

 

Den Pasar Airport (5 petang) .. dah jum balik ke pangkal jalan.

Dah set dengan penyewa kereta  hantar transport ke airport dalam jam 5 petang.  So  we all berjumpa di bahagian pelepasan sahaja.  Airport Den pasar ini berbeza dengan 6 tahun dahulu. Memang besar dan equipped dengan beberapa kemudahan. Surau yang aku jumpa ada 2 tempat. Hard Rock pun ada dalam tu.

Kalau korang tanya aku lagi kenapa aku suka sangat pergi bali, sebab kadang kadang boleh dapat harga lebih murah dari pergi sabah. Lepas tu hospitaliti servis memang tiptop. Value for money

Disebabkan setelah 5 kali pergi belum berpeluang ke Tanah Lot, confirm aku akan pergi lagi ke bali tapi bila TIket murah sahaja .. hahaha.. aku kan bajet traveller.

The post Itinerari Bali 4 hari 3 malam, bukan bajet style tapi tetap murah appeared first on Modern Mum's Thingy.

8 Fakta Vitamin C Serum yang akan membantu memperbaiki kulit

$
0
0

Sebenarnya aku baru  tahu betul betul kelebihan Vitamin C serum di saat aku mencari info untuk masalah pigmentasi aku ini. Vitamin C sangat sangat membantu untuk mengurangkan masalah pigmentasi ini,  tetapi fakta yang paling menarik aku jumpa adalah Vitamin C merupakan jenis vitamin yang tidak dapat diproduksi langsung oleh tubuh.

Heheh mungkin orang lain dah tahu, tapi serius aku baru tahu pasal ini.

Ya..  aku ambik mudah sebelum ini. Bila terngadah baru lah nak belajarkan. Sekarang info semua dihujung jari, nasib baik … hehhe.. jadi seperti biasa bila aku dapat info aku sukalah titipkan dalam entri ini supaya semua pun mendapat manfaat sekali, yang penting bila aku tak ingat aku refer semula blog aku sendiri.

Hurmm sepatutnya aku selitkan literature or reference yang aku godek godek disini supaya lebih valid.  Nanti aku update semula entri time to time bila aku jumpa okay.

8 Fakta Vitamin C Serum

Sebelum ini aku ada kongsikan pasal masalah hemoglobin aku kan, aku juga terjumpa satu fakta yang menarik. Untuk gallakkan penyerapan iron lebih tinggi carilah yang sedia ada Vitamin C. Ianya lebih efektif.

Haa .. korang tahu tak pasal ini ? … aku rasa korang pun macam aku kan.. tak tahu jugal.

Jadi bagaimana pulak penjagaan kulit untuk luaran ? Selain daripada mengambil buah buahan yang mempunyai kandungan Vitamin C ini secara dalaman, kita digalakkan juga untuk mengambil produk skin care yang mempunyai kandungan Vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air, dan pembuangannya pula sewaktu kita membuang air kecil. Untuk itu lebih elok, sebaiknya kita mengambil serum yang mempunyai kandungan Vitamin C yang mempunyai konsentrasi  Vitamin C semata – mata.  Antara produk yang aku rasa memang popular dan mampu milik adalah Serum Vitamin C Annona ini.

Penggunaan Serum Vitamin C ini membantu kulit kita menyerap Vitamin C yang kita oles dan letakkan di kulit kita.

8 Fakta Vitamin C Serum

  1. Menggalakan produksi kolagen
    Masalah kekurangan kolagen akan menyebabkan timbul garis halus dan kedut yang membuatkan kita nampak lebih tua. Penggunaan Vitamin C yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan pengeluaran Kolagen.
  2. Melindungi Kulit dari terus rosak pancaran cahaya
    Vitamic C hebat dalam melindungi kerosakan kulit dari sinaan UVA dan UVB. Ianya bukanlah alternatif terbaik sebagai pelingdun tetapi gabungan sunscree dna Vitamin C benar benar baik untuk kulit kita
  3. Mengurangkan lingkaran hitam mata
    Sangat membantu mengurangkan bulatan di bawah mata.  Kulit akan nampak lebih sekata,
  4. Mempercepatkan proses penyembuhan
    Kajian Vitamin C memang mempercepatakn penyembuhan semulajadi badan. Jadi ia sangat ideal untuk kulit diseluruh baan kita. UNtuk bahagian muka sememangnya baik untuk menyembuhkan luka kecol, parut jerawat dan lain lain kecacatan.
  5. Mengurangkan skin discloration
    Vitamin C yang berkulaiti juga dapat membantu kita untuk mendapat kulit yang lebih seragam dan sekata.
  6. Memperbaiki kelembapan kulit dan hidrasi
    untuk mereka yang ada masalah kulit kering, Vitamin C ini adalah wajib dipakai. Vitamin C sememangnya dapa memperbaiki kandungan kelembapan dan penghidratan keseluran kulit kita.
  7.  Kulit lebih cerah dan sihat
    Di samping meningkatkan kulit keseluruhan kulit anda, vitamin C dapat mencerahkan kulit yang kusam dan membolehkannya kelihatan lebih sihat dan lebih glowing.  vitamin C pasti akan menjadikan kuli lebih sihat, segar dan revitalized
  8. Mengurangkan Inflamasi
    Ia juga didapati bahawa vitamin C,  mempunyai ciri-ciri yang mengurangkan keradangan. Ini sesuai untuk orang-orang yang bangun pada waktu pagi dengan bengkak yang sedap di sekeliling mata atau kawasan kulit / muka yang lain. Sedikit serum vitamin C boleh mengurangkan masalah ini.

 

8 Fakta Vitamin C Serum

Kenapa perlu mula menggunankan Vitamin C Serum  annona

  • Ramai orang memilih vitamin C berbanding dengan serum kimia lain dan produk penjagaan kulit kerana serum vitamin C adalah semulajadi.
  • Tidak perlu bimbang  untuk reaksi kulit kerana tidak ada bahan kimia atau bahan-bahan lain yang boleh dipersoalkan.
  • Serum vitamin C dirumuskan dan dihasilkan untuk menjadi produk yang boleh dipakai untuk digunakan setiap hari.

Cara penggunaan Vitamin C Serum Annona

  • Terbaik digunakan sebanyak 2 kali sehari
  • Harus diletakkan di muka sebelum menggunakan make up. (pastikan ianya serap terlebih dahulu)
  • Selepas menggunkan daily facial toner

Point paling penting yang aku nak korang tahu, produk Vitamin C Serum ini berjaya mendapatkan KKM : LULUS KKM NOT161004544K. So selamat lah untuk digunakan. Ianya mempunyai 10x ganda Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa.

 

Maklumat lanjut

The post 8 Fakta Vitamin C Serum yang akan membantu memperbaiki kulit appeared first on Modern Mum's Thingy.

Buffet Ramadhan Best Western I City Shah Alam

$
0
0

Buffet Ramadahan di Best Western I city Shah alam kali ini menampilkan tema Aladin & The Malaysian Treasures. Huhh.. sesuatu sangatkan. Kenapa lah tetiba Aladin di bulan puasa . hahah terkejut tengok maskot menyambut di depan pintu. 

Rupa-rupanya Chef  berkongsi cerita,  konsep mereka kali ini bertemakan aladin seperti cerita zaman P Ramlee dahulu kala. Cerita seperti Ali baba bujang.  Masih dalam mood melayu dan diselitkan Elemen arab.. makanan yang terhidang itulah harta karun yang dipersembahkan oleh pihak hotel.

OOO…

Muncung sahaja bila aku mendengar penjelasan chef tu.  Setiap hotel pastinya ingin mencari kelainanan supaya mudah kita mengingati makanan yang boleh kita kaitkan dengan hotel tersebut. Jadi ingat Aladin ingat hotel best Western i city

Haa siap berkonsep kan!

 

Buffet Ramadhan Best western I City

 

Juadah berbuka puasa yang disajikan memang sangat menarik, sangat sangat asli seperti melayu lama.. Ada beberapa dish yang aku nak korang cuba try test tengok and masuk mulut terus nanti heheheh. Yerlah dah bayar mahal mahal.. balun sahajalah makan. Apa nak takut yer dak..

Terdapat 160 jenis juadah  yang korang boleh cuba Buffet Ramadhan Best western I City. Dari nasi, lauk pauk, satay, kebab dan hidangan sampingan seperti kebab and macam macam lahi lah . Nanti aku kongsikan complete menu dia bawah.

Buat pertama kalinya, aku tidak menuju ke bahagian dessert, berbanding sebelum sebelum ini. Mata aku dari awal bila masuk ke dewan makan ini memang tertumpu kepada lauk pauk untuk di makan bersama nasi.

Entahlah, memang sangat menggiurkan. Memanggil manggil aku untuk mencuba kesemuanya.

Serius aku pelik kali ini. tapi .. eh bukan aku sahaja. Abam aku pun sama rupanya.

Memang banyak sungguh, and bak kata abam first time datang hotel lauk pauk ni memang  ada “rasa”.

Rasa maksud disini seperti di masak dari rumah cukuplah semua.

Buffet Ramadhan Best western I City

Buffet Ramadhan Best western I City

Pilihan Modernmumthingy

1. Ketam Masak Lemak

Memang aku peminat ketam. Tapi bila datang hotel selalunya aku kurang sikit nak ambil sebab faktor nak mengopek dan mengupas.  Tapi aku tengok kuah lemak tu memang nampak macam cukup lemak, pedas. So Aku ambil jugak sebab geram!

Huihh.. memang  5 bintang aku bagi. Serius sedap.  Cukup semua lah, siap dimasak bersama nenas so semua cukup rasa.

Alku harap bulan ramadahan nanti adalah hidangan ni nanti, dan korang wajib ambik dan cuba. Serius tak menyesal

Buffet Ramadhan Best western I City

2. Durian Free flow

Bila sampai nampak durian tergolek golek dekat luar. Mak aih biar betul nih. Haa makan lah berapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat kena makan diluar tu lah. Nanti habis berbau dalam dewan makan tu hahah.

Buffet Ramadhan Best western I City

Eh setting di luar tu menarik juga sebab selain dari itu terdapat pelbagai stall yang akan menawarkan makanan yang macam macam

BIla  aku dah tengok balik gambar-gambar rupanya tak banyak yang aku ambil sebab asyik sangat melayan makanan di situ hahahha. Paling best ketam masak lemak tu lah. Tapi kalau korang betul- betul nak tengok gambar makanan yang ada korang jengah blog kawan aku ni . Saidila.com

Menu Buffet ramadhan

kalau Ikutkan memang banyaklah menu yang tersedia. In total sebanyak 160 menu tau. banyak sangat. Tapi mai aku nak share sikit sebanyak apa yang ada

  • rendang ayam,
  • ketam masak lemak nenas,
  • rendang daging minang,
  • pajeri terung,
  • bamboo clam,
  • kentang masak rosemary,
  • ikan lemak merah,
  • ayam bakar dengan sos cili pedas,
  • labu lemak udang kering,
  • Sotong goreng berempah,
  • Ikan masak asam pedas,
  • daging salai masak lemak

Belum lagi dessert, side dish, lauk pauk bakar seperti Lamb BBq, udang, ketam,

Stall :

In total akan terdapat 12 Stall . Macam macam ado.

Rojak Campur dan Rojak Sotong, Cucur Udang, Keropok Lekor, Keledek Goreng, Cendawan, Cucur Kurma, Keladi dan Pisang Goreng beserta sos pencicah cili, tomato, thai dan susu pekat. Roti Canai, Murtabak dan kuah dal sayuran, ABC dan Cendol beserta pelbagai bahan-bahan.

Eh ada  banyak lagi.. Memang marbeles… cuba lah pergi .

 

Buffet Ramadhan Best western I City

Untuk makluman setiap hari pusingan menu berubah ubah yer. Jangan marah sis pulak kalau ketam masak lemak tak ada hehehe.

Harga Tempahan Awal (Early Birds) Buffet Ramadhan Best western I City

  • Dewasa: MYR 119
  • Kanak-kanak / Warga Emas: MYR 69

Tempahan awal bermula 13 Mac hingga 30 April 2019 akan mendapat harga istimewa iaitu hanya MYR 99 / pax sahaja untuk dewasa.

Lagi istimewa, tempahan 9 pax dewasa, akan mendapat 1 pax percuma.

Tempahan

  • Buffet Ramadhan di Best Western I-City akan bermula pada 6 Mei hingga 3 June 2019.
  • Untuk tempahan, sila hubungi
    • 03-5521 9000
    • enquiry@bestwestern-icity.
    • sales@bestwestern-icity.my

 

Lokasi

  • Best Western i-City Shah Alam, A-GF-01, No. 6,
    Persiaran Multimedia, CityPark, i-City,
    4000 Shah Alam, Selangor
  • Instagram : www.instagram.com/bwicity

 

BACA : Review dapor penyet

The post Buffet Ramadhan Best Western I City Shah Alam appeared first on Modern Mum's Thingy.

Ohfreefood apps yang wajib semua muat turun dalam HP

$
0
0

Ada satu applikasi atau Apps  yang dikenali nama ohfreefood yang aku rasa memang patut ada dalam setiap hp korang mulai hari ini. The beauty of this apps korang boleh #kongsirezeki dan elakkan pembaziran dengan kawan-kawan opis or penduduk kampung or taman perumahan.

Simple sahaja kan !

Masih diperingkat awal tapi objektif kewujudan apps nih sangat sangat bagus. Kadang kadang kita boleh stuck nak pikir dengan siapa kita boleh berkongsi rezeki, atau nak bersedekah. Tapi yg penting kewujudan apps seperti ini membuktikan IOT tanpa batasan.

Terkenang pula kalau zaman aku kecik-kecik, arwah mak selalu masak lebih dan akan sumbangkan pada jiran tetangga.  Seronok betul zaman tu, siap bertukar juadah. Tambah tambah kalau bulan puasa.

Tapi dalam keadaan sekarang aku memang akui, memang tak sempat nak bersembang sembang dengan jiran tetangga seperti zaman zaman mak kita dahulu. Maklumlah sekarang ni kaum wanita ramai yang berkerjaya. Berbeza dengan zaman arwah mak aku yang menjadi surirrumah sepenuh masa. Majoriti yang sampai rumah jam 7 petang, nak sediakan makan malam dan uruskan anak anak pulak.

Dua zaman yang berbeza tapi kita boleh teruskan tradisi memberi dengan menggunakan apps ni kan. Manalah tahu kan, ada termasak lebih boleh lah kongsi dengan jiran jiran nanti.

Aku tidak tahu sama ada applikasi ni boleh membataskan pergaulan seperti zaman mak mak kita, tapi looking at realiti sekarang memang aku jarang bertemu muka dengan jiran tetangga.  Jadi aku mengharapkan apps ini boleh memperbaiki sesuatu yang “hilang’ dari zaman mak mak kita.

jadi korang ingat yer, ingat Ohfreefood kalau teringat makanan atas meja yang banyak tu tak tahu nak buat apa.

  • #kongsirezeki
  • #terlebihmasak
  • #takhabismakan
  • #sajabelilebih

User experience dan interface design

Dah kerja hakiki aku, huhuh ,aku memang suka explore aku memang suka mencuba apps seperti ini dari segi user experience, flow, kontennya, objektif dan sebagainya yang berkaitan. hahah memang itulah kerja hakiki.  Tapi untuk permulaan, aku bagi thumbs up pada inovasi idea seperti ini.

So sis dah test hari ini dari segi flow dan user experience utk apps ni. Mmg banyak lagi yg boleh improve. Tapi come on guys apps ini masih baru beberapa bulan dalam pasaran.

Aku memang sentiasa teruja untuk mencuba benda yang baru tambah tambah yang membawa manafaat kepada masyarakat. Jadi aku rasa macam bertanggung jawab pulak nak war-warkan benda yang baik macam nih.  Barulah semua start up company akan lebih bersemangat untuk menghasil kan produk yang bermutu seperti ini.

Aku percaya pihak team ohfreefood akan tingkatkan lagi design, font yang digunakan dan user experience based on feedback yang dia terima dalam peringkat pilot projek ini. Dengarnya banyak Universiti pun banyak berstuju untuk join program ini. Maka kuranglah masalah pelajar yang tidak cukup makan seperti yang heboh dalam media sebelum ini

Aku cuma mahukan semua rakyat Malaysia support inisiatif meraka.

Baru- baru ini secret recipe buat promosi buy 2 free 1, jadi aku pun ambik kesempatan ini beli lebih sambil sambil test apps ini kan. Memula tu adalah error atau problem dari ios ini tapi team ohfreefood bersungguh sungguh untuk fixed kan masalah ini.

Akhirnya bila aku berjaya Listkan makanan tersebut, perasaan tu memang best. and bila ada pula orang request makanan yang kita share tersebut. Memang satu perasaan yang BEST!

 

suka kemain dapat kek sedap yer

 

Bagaimana untuk memulakan Ohfreefood

  1. Install apps di playstore atau di apple store
  2. Login via Fb ataupun register email
  3. Share food – isilah maklumat seperti yang diminta
  4. Listkan makanan tersebut
  5. Tunggu sehingga keluar successful

 

Kalau dah appear makanan tersebut di main landing page seperti ini, bermaknamakanan anda berjaya di listkan di dalam apps ini dan tunggu lah mungkin ada kawan atau pun strangers yang berada dalam senarai apps ini untuk request makanan yang ada listkan

Oh lagi satu, anda juga boleh rejek sekiranya anda lihat orang yang sama meminta atau request makanan yang anda keluarkan

 

 

Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal apps ni, aku syorkan korang cuba masuk website dia orang and dowload lah apps nih. Jom support start up lokal

Website : www.ohfreefood.com
Facebook : https://www.facebook.com/ohfreefoodofficial/
Instagram : https://instagram.com/ohfreefoodofficial/

The post Ohfreefood apps yang wajib semua muat turun dalam HP appeared first on Modern Mum's Thingy.

Viewing all 293 articles
Browse latest View live